Saya terbangun oleh bunyi kercipan burung‐burung di awal pagi ini. Matahari masih belum naik sepenuhnya, jadi sekarang masih nampak gelap di sekeliling saya. Saya memang selalu tidur tanpa cahaya lampu sejak dari saya kecil lagi. Saya baru sahaja plan mahu sambung tidur bila bunyi ketukan pintu kedengaran.
“Annie, bangun! Kita kena pergi sana rumah aunty kau nanti!” Panggil mak saya.
Saya yang masih agak “mamai” pun rasa blur dan tertanya‐tanya kenapa perlu pergi ke sana...
“Eh, kau lupakah hari ini ‘calon’ dia datang merisik?” Jawab Mak saya, sepertinya dia dapat baca fikiran saya.
Saya pun menepuk kepala saya, rasa bersalah pula sebab terlupa akan hari penting aunty Jamie saya itu. “Okey, mak. Bagi saya tiga puluh minit untuk bersiap!”
Kedengaran mak saya ketawa kecil di sebalik pintu bilik saya itu. “Relax, Annie. Saya saja mahu
bangunkan kau awal‐awal. Kita pergi sana nanti jam sepuluh pagi. Kau mandi dan makan sarapan dulu.” Seakan‐akan dia dapat tahu yang saya rasa annoyed kena bangun awal tanpa sebab, dia tambah lagi, “Mak ada masak nasi goreng sardin kegemaran kau, campur dengan belacan lagi itu. Hmmm, sedap oh.” Berliur terus saya bila mak sebut pasal makanan kegemaran saya itu, terus saya pun terbangun habis.
“Okey, mak. Sekejap lagi saya turun makan,” kata saya lalu bergegas ke bilik mandi untuk
memulakan hari ini. Setelah saya siap berpakaian kemas untuk aktiviti nanti, saya pun terus ke ruang makan dan duduk menikmati sarapan bersama dengan mak saya.
“Eh, Annie. Apa khabarlah si Marvin?” Tanya mak saya tiba‐tiba. Saya hampir‐hampir tersedak
daripada minum kopi panas itu.
“Marvin...? Oh. Zero...” Saya masih belum biasa lagi dengan nama sebenar Zero itu. “Dia belum
balas SMS saya lagi sejak beberapa hari lalu,” kata saya, sedikit terkilan dengan hal itu walaupun di masa lalu memang Zero selalu lambat balas SMS atau e‐mel saya pun.
“Hmm... Seminggu mak jumpa dia, mak terus dapat rasakan aura yang sangat baik ya,” kata mak dengan selamba, namun saya dapat tangkap juga maksud tersirat kata‐kata mak itu.
“Mak... Jangan mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin, mak,” tegur saya sambil mengeluh.
Mak saya makan dua tiga sudu nasi goreng itu, meneguk kopi panas itu, dan menghembus nafasnya dengan rasa lega. “Bukan apa, Annie. Saya nampak Marvin memang sangat ambil berat pada kau.”
“Memanglah mak. Kami kan kawan baik...” jawab saya, sambil itu hati saya kecut pula setiap kali perkataan ‘kawan baik’ itu disebut. Sejak kebelakangan ini saya selalu saja sebut ayat itu sepertinya ia adalah ayat keramat saya.
“Hmm... Dulu saya dengan bapa kau pun kawan baik juga...” Mak saya terhenti bercakap tatkala ayat ‘bapa’ pula disebut. Dia memandang saya dengan rasa bersalah. “Sorry, Annie... The point is, kawan baik pun boleh jadi suami isteri juga akhirnya, kan?”
“Mak, Zero deserve untuk bersama dengan perempuan yang ideal dengannya... Seseorang yang mempunyai kerjaya dan paling penting, sihat dari segi mental.”
“Itu pandangan kau saja, Annie. Siapa tahu Marvin fikir lain pula, kan?”
“Mak... Saya tidak mahu fikir pasal cinta buat masa ini. Mak belum lupa, kan, kali terakhir saya
terlibat dalam hal ‘cinta’ ini?” Muka Ste muncul di dalam fikiran saya buat sebentar, namun saya berjaya membuangnya jauh‐jauh semula.
“Annie... Yang itu tidak kira... Tapi Marvin adalah real. Dia lelaki yang baik. Sopan pula itu. Kau
pastikah yang kau mahu jadi kawan baik saja dengan dia?”
Saya mengangguk tanpa berfikir panjang. “Ya, saya pasti, mak. Saya rela berkawan baik dengannya kerana itu akan pasti berkekalan lama.”
Mak saya mengangkat kedua‐dua belah tangannya, putus asa dengan hal ini. “Okeylah, mak tidak akan paksa lagi. Cuma pesan mak, di masa depan, kalau kau rasa kau jatuh cinta sama seseorang, bawa dia jumpa mak dulu, mak kasih confirm kewujudannya.” Saya cuma tersenyum saja, dalam hati bersetuju juga dengan sentimen mak saya itu. Tapi saya tahu yang hal cinta ini adalah perkara terakhir yang akan saya fikir buat masa ini. Saya masih perlu datang ke beberapa temu janji di HMBP itu untuk terapi‐terapi saya. Skizofrenia ini bukan penyakit yang datang dan pergi dalam masa yang singkat. Ia perlu banyak masa untuk saya benar-benar jadi lebih stabil lagi.
***
Tatkala kereta yang mak pandu itu menyusur ke halaman rumah aunty Jamie, kami berdua pun
mencari‐cari kelibat calon itu, namun yang ada hanyalah kereta milik aunty Jamie di garaj kecil di sebelah rumahnya.
“Peliknya. Kata jam sepuluh diorang datang,” mak saya mengerutkan dahinya. Sekarang jam
menunjukkan pukul sembilan setengah pagi.
“Ala, mak, mana tahulah flight delaykah ataupun diorang sesat mencari rumah ni,” kata saya.
“Aah, betul juga tu Annie. Mari kita turun sebelum aunty kau tu hilang kesabaran.”
Kami berdua pun turun dan menuju ke pintu rumahnya. Kelihatan beberapa kasut pelbagai jenis di karpet depan pintu rumah itu. “Eh, nampaknya diorang sudah sampailah,” saya menunjuk ke arah kasut‐kasut itu. Kami pun cepat‐cepat masuk ke dalam rumah itu dan terus menuju ke ruang tamu di mana aunty Jamie dan tetamunya berada. Kelihatan seorang lelaki yang saya agak‐agak umurnya di antara empat puluh hingga empat puluh lima tahun itu sedang bercakap dengan aunty Jamie dengan suara yang perlahan. Aunty Jamie duduk di love seat manakala lelaki itu pula duduk di sofa besar bertentangan dengan aunty Jamie. Meja kecil berada di antara mereka berdua, di mana terletaknya satu jag kopi dan satu dulang yang berisikan kuih‐muih yang saya agak mesti dimasak sendiri oleh aunty Jamie. Perut saya berkeroncong pula tengok kuih itu namun saya kena behave demi masa depan aunty saya.
Saya mengerutkan dahi saya dan memandang lelaki itu lagi dari jauh ﴾mak saya sudah pun duduk di sebelah lelaki itu, saya nampak dia tunjuk ke arah saya, mungkin memperkenalkan saya kepada lelaki itu﴿. Bukankah aunty Jamie cakap calon dia itu muda beberapa tahun daripadanya? Lelaki ini ketara tua daripada dia. Saya pun berjalan dengan perlahan ke tempat mereka dan duduk di kerusi yang terletak di sebelah kanan aunty Jamie. Lelaki itu cuma tersenyum dan mengangguk ke arah saya, lalu dia sambung perbualannya dengan aunty Jamie.
“Jadi, apa pendapat kamu, Jamie? Kamu perlukan masa atau kita boleh bincang terus pasal
pertunangan?”
“Hmm... Saya perlukan masa, encik. Hal ini serius bagi saya dan saya mahu pastikan yang saya boleh bahagia di samping anak encik.”
Anak encik? Jadi lelaki ini ialah bapa kepada si calon? Jadi, manalah si calon itu? Saya memusingkan kepala saya mencari kelibat si calon. Bapanya nampak gelagat saya itu lalu ketawa kecil. “Dia pergi tandas. Sudah lima minit berlalu. Mungkin dia nervous.”
Seakan‐akan on cue, bunyi flush kedengaran, diikuti oleh bunyi pintu tandas dibuka. Selepas itu, kedengaran bunyi suara bercakap dari muka pintu ruang tamu itu. “Sorry, saya betul‐betul sakit perut tadi, tulah lambat...”
Suara itu sangat dikenali oleh saya. Saya tercegat dan menahan nafas saya buat seketika. Tidak
mungkin. Tidak mungkin. Tidakmungkintidakmungkintidakmungkin! Saya dengar mak saya
menahan nafasnya di hadapan saya. Ya, sudah tentulah mak saya pun terkejut juga kerana dia pun kenal akan suara itu walaupun baru juga dia kenal akan orang itu.
“Ah, Marvin! Mari sini, saya mahu kau jumpa ni keluarga si Jamie...” kata bapanya, tidak sedar akan perubahan wajah saya dengan mak saya. Lelaki yang dipanggil Marvin itu pun melangkah ke ruang tamu itu dan apabila matanya singgah ke wajah saya, dia pun tercegat juga dan nampak mukanya menjadi pucat dan nafasnya menjadi laju. Kali ini, bapa dia perasan akan perubahan anaknya itu. “Eh, kau ni kenapa? Macam kau nampak hantu saja.”
Saya mengelakkan eye contact dan menundukkan muka saya, nafas saya sendiri menjadi laju juga. Saya betul‐betul terkejut dan tidak sangka bahawa calon yang bakal kahwin dengan aunty Jamie ialah lelaki yang sejak akhir‐akhir ini tidak pernah lari daripada pemikiran saya. Ya, Marvin di sini adalah orang yang sama dengan kawan baik saya, Zero! Saya memandang ke arah mak saya dan menggelengkan kepala saya, diam‐diam memberitahu mak saya jangan dedahkan yang kami sudah lama kenal. Kalau demi kebahagiaan aunty Jamie, saya sanggup berpura‐pura seakan‐akan Zero alias Marvin ialah bakal uncle saya, bukan kawan baik saya selama setahun lebih! Mak saya mengangguk, dapat tangkap isyarat saya itu. Saya pandang ke arah aunty Jamie, dan rasa lega bila nampak dia kelihatan tidak suspek apa‐apa tentang perubahan atmosfer di sini. Mungkin dia terlalu fokus pada rasa nervousnya...
Zero memilih kerusi di sebelah aunty Jamie untuk dia duduk, dan dia pun mencapai secawan kopi itu dan menghirupnya dengan perlahan. Sepanjang perbincangan itu, saya dengan mak saya bermain mata saja bila ada peluang. Saya langsung tidak berani mahu pandang ke arah Zero, takut bila mata kami bertentangan saya akan hilang nekad saya untuk terus berpura-pura.
Sebaliknya saya fokus lebih kepada perbincangan itu, di mana aunty Jamie bersetuju untuk mahu mengambil masa lebih lagi untuk berkenalan dengan lebih lanjut lagi dengan Zero. Nampaknya Zero pun tidak ada tentangan akan rancangan ini. Dalam hati saya bermacam‐macam perasaan bercampur‐baur. Gembira? Sedih? Kecewa? Hmm... Buat apa pula saya mahu kecewa? Kan saya sendiri mahu dia bahagia, dan kebetulan bakal isteri dia pun aunty saya sendiri, kan lebih bagus daripada Zero kahwin si Isabelle itu...
Namun, saya tidak faham kenapa di sudut hati saya, saya rasa macam mahu menangis sahaja?
***
Hari itu berlalu dengan sangat lambat bagi saya. Akhirnya pada jam dua belas tengah hari,
perbincangan mereka pun sudah selesai. Aunty Jamie ada cuba pelawa anak‐beranak itu untuk makan tengahari bersama‐sama namun ditolak dengan lembut kerana mereka ada flight kembali ke Sarawak pada jam dua petang. Dalam hati saya bersyukur juga mereka tidak join kami, sebab kalau tidak, keadaan akan jadi lebih tegang lagi. Saya tidak pasti juga sama ada saya mampu mahu teruskan berlakon atau tidak. Hari ini punya kejadian rasanya terlalu berat bagi saya untuk saya tangani.
Selepas anak‐beranak itu beredar ﴾Zero langsung tidak pandang saya pun, dan saya rasa lega
bercampur dengan bimbang juga kerana saya tahu dia marah yang saya buat‐buat tidak kenal dia tadi﴿, mak saya dengan aunty Jamie pun pergi ke dapur untuk memasak makanan tengahari, manakala saya yang memang tidak tahu masak ini duduk di ruang tamu sambil online melalui handphone menggunakan Wi‐Fi milik aunty saya. Tidak lama selepas itu, bunyi mesej Whatsapp saya berbunyi, dan saya pun membaca mesej itu:
Zero: Annie... :﴾
Saya: Hmm...
Zero: Serius, Annie. Saya tidak tahu...
Saya mengeluh panjang.
Saya: Saya pun tidak tahu kau setuju mahu kena arranged marriage. Seminggu saya tunggu kau balas mesej saya...
Zero: Saya sibuk dengan hal itu. Saya tidak mahu sebenarnya tapi bapa saya yang tegaskan itu...
Saya: Hmm... Sekurang‐kurangnya kau kahwin aunty saya, bukan si Isabelle tu, LOL.
Zero: Annie, tidak lucu ini, tahu.
“Annie! Makan!” panggil mak saya dari dapur itu. Saya pun laju‐laju balas Zero:
Saya: Zero, saya pergi makan dulu, mak saya panggil sudah.
Zero: Annie, malam ini kita Skype‐video call, okey?
Saya: Okey.
Tanpa menunggu jawapan susulan daripadanya, saya pun terus tutup Wi‐Fi network di handphone saya dan pergi ke meja makan untuk menjamu selera. Semasa kami sedang khusyuk makan, mak saya membuka topik perbualan.
“Hah, Jamie. Apalah pendapat kau tentang si Marvin tu?”
“Hmm... Dia nampak okey jugalah. Rupa boleh tahan. Tapi saya tidak ada rasa chemistry tu.”
Mak saya melayangkan tangannya. “Haiya, apa main chemistry‐chemistry ni? Calon sudah ada,
dia pun nampak macam mahu saja tu.” Sambil itu dia menjeling ke arah saya, dan saya jeling
dia balik seakan‐akan kata‐katanya tidak memberi apa‐apa kesan terhadap saya.
Aunty Jamie mengeluh panjang. “Jus, bagi saya chemistry itu penting dalam hubungan suami
isteri. Kalau chemistry tiada, perkahwinan itu tidak akan bertahan lama.”
“Saya dengan Agustine dulu ada chemistry, pun sama juga cerai akhirnya,” rungut mak saya.
“Jadi, apa macamlah rancangan kau seterusnya? Kau akan cakap dengan dia selalu?”
Aunty Jamie mengangguk. “Ya. Itupun kalau dia ada masa. Dia ada jelaskan pada saya yang
kerja dia memang demand banyak masa. Dia sendiri mengaku yang dia sangat jarang keluar
dengan kawan‐kawannya apalagi mahu cari teman istimewa.”
Saya mengangguk, setuju dengan kata‐kata itu, kerana saya memang tahu hidup Zero
memang begitu sejak dari awal perkenalan lagi. Saya bertekad untuk beritahu Zero malam ini
yang kami berdua tidak boleh terlalu rapat lagi demi aunty Jamie. Ia tidak rasa betul sudah
kerana dia akan jadi bakal uncle saya dalam masa yang terdekat ini. Dan aunty Jamie tidak
boleh tahu akan hal persahabatan kami berdua. Tentu dia akan batalkan pertunangannya
kerana dia akan rasa simpati pada saya, dan saya tidak mahu itu berlaku. Lagipun, saya dengan
Zero hanya kawan baik sahaja, tidak mungkin akan bercinta.
“Apa kau rasa, Annie, bila bakal uncle kau tu umur dua tahun lebih tua daripada kau saja?”
Tanya mak saya, ada sedikit nada usikan.
Saya menyeringai. “Pelik. Saya tidak mahu panggil dia uncle.”
“Ya lah, Annie. Kau panggil dia Marvin atau abang sajalah, okey?” Aunty Jamie ketawa kecil.
Marvin... Atau Zero...Saya mengelipkan mata saya beberapa kali. Entah kenapa hati saya ini rasa
kosong saja, rasa macam saya telah kehilangan kawan baik saya. Ya, memang itu yang akan
berlaku dan saya akan pastikan Zero akan ikut saja apa yang saya pinta malam ini!
Selepas itu topik perbualan pun berubah arah ke idea‐idea decorasi rumah kami itu, dengan
itu saya menghembus nafas lega kerana saya tidak mahu lagi fikir lebih tentang Zero yang
bakal menjadi uncle saya. Dalam perjalanan pulang pula, mak saya buka balik topik pasal Zero
itu.
“Annie, itulah kau terlambat sudah. Sekarang Marvin akan jadi milik aunty kau.”
“Mak!” Saya mendengus kuat. “Cara mak cakap itu seakan‐akan saya putus cinta pula.”
Tanpa memandang ke arah saya dan fokus memandu, dia membalas, “Annie, tolonglah
berhenti menafikan perasaan kau sendiri. Mak kenal sangat dengan kau.”
Saya tersentap seketika. “Mak, tiada apa yang saya perlu nafikan pun.”
“Apa‐apa sajalah, nak oi,” mak saya menyerah kalah. Selepas itu kami berdua pun diam sambil
menikmati lagu yang dimainkan di radio Mix.fm itu. Bila lagu The Moffatts berkumandang,
mak saya pun menguatkan suara radio itu. “Hah, ni lagu kegemaran mak. Lagu sesuai untuk
kau juga, Annie.”
Saya hanya menggeleng kepala saya, namun saya juga menghayati lirik lagu “Miss You Like
Crazy” itu:
"I used to call you my girl,
I used to call you my friend,
I used to call you the love,
The love that I never had,
When I think of you,
I don’t know what to do,
When will I see you again...
I miss you like crazy,
Even more than words can say,
I miss you like crazy,
Every minute of every day,
Girl I’m so down, when your love’s not around,
I miss you, miss you, miss you,
I miss you like crazy.
You are all that I want,
You are all that I need,
Can’t you see how I feel,
Can’t you see that my pain’s so real..."
Mak saya pun ikut menyanyi lagu romantis itu. Saya pula masih menghayati lagu itu. Aneh
sungguh perasaan yang saya rasai sekarang ini tatkala mendengar setiap perkataan di lirik lagu
ini. Fikiran saya menuju ke arah Zero, namun saya masih tetap dengan mantra “dia ialah kawan
baik saya” itu. Saya tidak mahu jatuh cinta pada bakal suami aunty saya sendiri, itu tidak betul!
Lebih baik saya bersendirian daripada bercinta. Zero akan bahagia di samping aunty saya
kerana aunty saya adalah seorang yang baik, pandai memasak, berpelajaran tinggi, dan cantik
pula itu. Memang sepadan dengan Zero. Bagai pinang dibelah dua.
Zero, sayangnya kita tidak boleh buat road trip seperti yang dijanjikan itu... Demi masa depan,
saya rela melepaskan kau pergi...
***
Pada tepat jam sembilan malam, saya dengan Zero pun memulakan Skype‐video chat, namun
beberapa minit berlalu dan kami berdua cuma memandang sesama sendiri tanpa kata‐kata.
Zero nampak pucat lagi, dan saya pula rasa sejuk di seluruh badan saya walaupun hakikatnya
suhu bilik saya itu agak panas. Akhirnya atas kegelisahan ini saya membuka bicara. “Zero...
Kenapa kau pucat ni? Kau tiada makankah ni?”
Zero menggeleng kepalanya dengan pantas. “Tiada selera.” Nadanya mendatar saja, kurang
emosi.
“Kenapa kau nampak sedih? Kalau kau marah pasal saya buat‐buat tidak kenal kau tadi tu, saya
minta maaf banyak‐banyak, okey? Saya buat begitu supaya aunty Jamie tidak syak yang kita
berdua sudah lama berkenalan.”
Riak wajahnya berubah menjadi masam. “Kenapalah kalau dia tahu pasal persahabatan kita?”
Saya menghembus nafas saya dengan kuat. Dia masih tidak faham‐faham lagi. Okey, kau yang
minta ini, Zero! “Zero. Dengar baik‐baik ni. Aunty saya sudah berumur tiga puluh empat tahun.
Sekejap lagi mahu mencecah empat puluh tahun. Dia memang mahu sangat membina rumah
tangga namun jodohnya belum kesampaian, sehinggalah hari ini. Kaulah satu‐satunya harapan
dia, Zero. Tolong jangan kecewakan dia, okey?” Saya merayu padanya. Zero nampak macam
sukar mahu percaya saja akan kata‐kata saya.
“Tapi, Annie... Saya tidak mencintai dia! Saya tidak mahu dia dan saya sengsara atas
perkahwinan yang dirancang ini, bukan atas nama cinta!” protes Zero.
“Siapa kata lepas kahwin tidak boleh bercinta? Itu tidak mustahil Zero, asalkan kau buka hati
kau luas‐luas dan menerima dia seadanya. Dia berkerjaya, cantik, pandai masak, baik pula tu.
Apa lagi yang kau mahukan daripadanya? Dia sudah cukup padan dengan kau. Kau pun bukan
makin muda lagi. Dahlah sibuk selalu, mana ada masa mahu explore lagi untuk cari jodoh.
Inilah satu‐satunya peluang yang kau ada.”
Zero terdiam sejenak, lalu dengan suara kecilnya bertanya, “Kita masih boleh berkawan seperti
biasa, kan, Annie?”
Okey, Annie, ini bahagian yang paling susah ni! Saya berdehem. “Sebenarnya, Zero... Ia lebih
bagus kalau kita jangan jadi rapat lagi.”
Zero terbeliak mata mendengar kenyataan saya itu. “Kau seriuskah ni. Annie? Kau mahu
putuskan persahabatan kitakah?”
“Bukan begitu. Cuma jangan rapat macam sekarang ini. Saya mahu kau fokus lebih pada aunty
Jamie. Dia berhak untuk berpeluang untuk mengenali kau dengan lebih mendalam lagi. Saya
cuma akan jadi penghalang untuk itu berlaku!” Saya menunduk, tidak sanggup lagi mahu
pandang wajah Zero, takut saya akan break down depan dia pula. Saya kena kuat dan tabah
menghadapinya, supaya Zero dapat terima kenyataan ini!
“Kau... Memang mahu saya kahwin dengan aunty kau?”
“Ya! Saya percaya kau akan jadi suami yang baik pada aunty saya.” Kami diam lagi beberapa
saat.
“Okey,” kata Zero dengan nada kesal dan pasrah. “Saya akan kahwin dia. Besok saya akan
bagitahu bapa untuk uruskan pertunangan kami. Dan selepas itu saya mahu bawa dia ke
Sarawak untuk berjumpa dengan saudara‐mara kami. Kau dan mak kau dijemput hadir sama
kalau kamu berdua ada masa.”
“Aunty saya kata pada kami yang dia mahu ambil masa untuk berkenalan dulu dengan kau.
Kau boleh jemput dia datang di sana dulu sebelum bertunang,”cadang saya. Zero
mengangguk dengan perlahan.
“Okey, jadi lepas ini saya akan kol dia untuk bincang tentang trip dia ke sini.” Saya memberikan
senyuman ikhlas pada dia. Dia membalas senyuman saya dengan senyuman pahit. “Annie,
ingat ni, saya buat ini demi kau, okey. Asalkan kau gembira dengan keputusan saya.”
“Ya, terima kasih, Zero. Saya doakan kebahagiaan kamu berdua,” kata saya. Saya tidak pasti
apa yang saya rasakan pada ketika ini. Saya telah berjaya membuatkan kawan baik saya setuju
untuk mengahwini aunty saya. Saya tahu ini adalah perkara yang paling benar yang saya tidak
pernah lakukan sebelum ini, namun saya masih tidak faham mengapa hati saya rasa macam
ianya kehilangan sesuatu yang berharga?
Apa yang saya pasti ialah, mulai dari saat ini segala‐galanya akan berubah dalam hidup saya.
Cuma saya tidak pasti ke arah manakah perubahan ini, dan buat masa ini saya tidak mahu fikir
tentang masa depan. Saya kena fokus kepada yang sekarang ini. Tentang penyakit saya
terutamanya. Saya kena tolong diri saya sendiri dulu. Dan rumah ini perlu kena renovate juga
sepenuhnya, jadi lepas ini saya akan lagi sibuk dengan semua ini dan saya tidak akan ada masa
untuk “berkabung” atas hampir‐kehilangan kawan baik saya ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan