Damansara Specialist Hospital.
Arianna menangis lagi. Dia hanya mampu melihat Doktor Haikal dan beberapa orang jururawat memegang Amir yang tiba‐tiba meracau dan meronta‐ronta sambil memanggil nama Maizura.
Doktor Haikal menyuntik sejenis cecair penenang di lengan Amir. Seketika lelaki itu semakin lemah dan kembali tenang. Dua orang jururawat yang membantu segera mengemaskan peralatan lalu keluar dari bilik itu.
Doktor Haikal menghampiri Arianna yang masih menangis di atas sofa di ruang bilik. Doktor Haikal merupakan kenalan Dato’ Mokhtar. Kerana itu Arianna sengaja memindahkan abangnya ke hospital itu demi mendapatkan khidmat dari doktor yang lebih dipercayai.
“Cik Arianna.”
Arianna bangun dari kerusi. Air mata diseka dangan hujung jari. Doktor Haikal memandang dengan penuh rasa simpati.
“Doktor, macamana keadaan abang saya. Dia tak apa‐apakan?”
“Insha‐ALLAH. Dia sudah selamat. Cuma masih diganggu kisah silam. Kita perlu tunggu sehingga dia sedar dan bertenang sepenuhnya sebelum dirujuk kepada pakar psikiatri,” jelas Doktor Haikal.
Arianna cuma mengangguk. Pandangan legat pada tubuh Amir yang terbujur kaku di atas katil.
“Cik Arianna, bila Dato’ akan pulang? Dato’ sudah diberitahu tentang keadaan Amir?” tanya Doktor Haikal pula.
“Belum. Papa masih tak tahu keadaan abang. Insha‐ALLAH kalau tak ada aral, esok papa akan
sampai,” beritahu Arianna.
Doktor Haikal sekadar mengangguk tanda faham. Dia kemudian meminta diri untuk keluar.
“Err... doktor,” panggil Arianna ketika Doktor Haikal hendak menutup pintu wad.
“Bila abang saya akan sedar?”
“Emm... saya baru suntik Amir dengan ubat penenang. Kesannya amat kuat supaya Amir dapat
berehat lebih lama. Mungkin empat atau lima jam baru dia akan sedar,” jelas Doktor Haikal.
“Err... doktor, boleh saya minta sesuatu? Maksud saya, kebenaran dari doktor?”
“Apa yang boleh saya bantu?” Doktor Haikal tunak memandang wajah suram Arianna.
Pukul sebelas empat puluh minit pagi, Shahril menerima panggilan dari Arianna menyuruh dia
datang ke hospital dengan segera.
Sangka Shahril, ada perkara buruk yang berlaku pada Amiruddin. Lalu dia mengarahkan Anuar
menggantikan tempatnya melawat tapak projek. Shahril bergegas ke hospital. Setelah mendapat izin dari Doktor Haikal, dia menuju ke bilik yang menempatkan Amiruddin.
“Arianna,” panggil Shahril yang melangkah masuk. Arianna yang setia di sisi Amir berkalih lalu
mengukir senyum.
“Kenapa dengan Amir?”
Shahril memandang wajah pucat Amir yang masih ketiduran. Kemudian mengalihkan pandangan pada Arianna.
“Abang Amir tak apa‐apa,” beritahu Arianna. Shahril berkerut dahi.
“Habis tu kenapa tadi Rianna cemas aje?”
“Saja. Nak suruh Abang Shah datang cepat.” jawab Arianna membuatkan kerut di dahi Shahril
makin bertambah.
“Abang Shah busy ke?”
“Tak jugak. Masa Rianna call tadi abang tengah preparenak ke site. So, abang suruh Anuar gantikan abang. Ingatkan ada perkara buruk yang berlaku,” jelas Shahril lalu mengeluh halus.
“Iye ke? Abang Shah marah?”
“Tak adalah. Habis tu kenapa suruh abang datang?”
“Saja. Nak jumpa,” Arianna tetap berseloroh.
“Arianna..!” Shahril mencerunkan pandangan membuatkan Arianna ketawa kecil.
“Tak adalah. Rian sebenarnya perlukan pertolongan abang.”
Hampir satu jam berlalu, Arianna dan Shahril menghela nafas lega melihat hasil kerja mereka.
Doktor Haikal yang datang menjenguk juga nyata gembira melihat perubahan wajah Amir. Rambut sudah dipotong pendek. Janggut dan misai yang tak terurus juga sudah dibuang. Amir kini sudah berwajah dahulu. Wajah sebelum tragedi luka itu berlaku.
Shahril menghenyakkan punggung di sofa melegakan kepenatan yang terasa. Pinggangnya terasa lenguh setelah mengangkat Amir diletak ke kerusi roda untuk dibawa ke bilik air. Amir yang tidak sedarkan diri membuatkan rancangan mereka berjalan dengan lancar.
Arianna berdiri di sisi katil, merenung wajah abangnya yang masih ketiduran. Air mata ditahan dari tumpah. Rindu pada Amir telahpun terubat setelah melihat perubahan wajah itu. Arianna menghampiri Shahril. Tersenyum lebar melihat lelaki itu yang tersandar keletihan di sofa. Pakaian sudah berkedut sana sini.
“Penat?” tanya Arianna melabuhkan punggung di sofa bertentangan. Shahril hanya tersenyum nipis sambil membetulkan duduk.
“Penat jugak. Maklumlah...”
“Abang dah tua,” sampuk Arianna lalu ketawa. Shahril mencebik panjang.
“Iye. Abang tahu abang dah tua,” akui Shahril.
“Kalau dah tahu cepat‐cepatlah cari isteri. Nanti tak sempat pula nak rasa nikmat rumahtangga,” usik Arianna yang masih ketawa. Shahril tercengang tiba‐tiba.
“Iye? Mana Rianna tahu berumahtangga tu nikmat?”
Mendengar soalan itu, Arianna terus menarik muka. Shahril pula mentertawakan dia.
“Rian tengok dan dengar cerita dari orang‐orang yang dah kawin. Macam Anuar. Lepas kawin dia nampak bahagia dan ceria selalu. Maklumlah, hidup dah terjaga. Makan pakai semua ada orang uruskan. Senang hati,” balas Arianna mempertahankan kata‐katanya.
“Abang tahu. Emm... Arianna setuju ke?” tanya Shahril.
“Setuju apa?”
“Kahwin dengan abang.”
Arianna tergamam. Lidahnya kelu tiba‐tiba. Tidak disangka dia sendiri telah membuka perkara yang selama ini dielakkan. Shahril yang menyedari dia terdiam dengan tiba‐tiba menyambung tawa.
“Tak payahlah buat muka macam tu. Abang gurau aje,” ujar Shahril. Seketika barulah Arianna
mengukir senyum. Namun cukup hambar.
Mereka terdengar suara orang bercakap‐cakap di depan pintu bilik. Mak Senah menjenguk kepala ke dalam. Hanya seketika sebelum keluar kembali. Arianna dan Shahril yang saling berpandangan hanya tersenyum.
Arianna bangun dari kerusi menuju ke pintu. Dia menarik daun pintu membuatkan Mak Senah dan Pak Usin di luar tersentak.
“Arianna?”
“Kenapa tak masuk?”
“Betul ke ini bilik Amir?” soal Mak Senah teragak‐agak untuk melangkah masuk. Sangkanya dia
tersilap bilik setelah terpandang wajah yang agak berlainan yang terbujur di atas katil.
“Betullah. Tak salah lagi,” sampuk Shahril tiba‐tiba.
Mak Senah hampir meloncat. Dia berpaling ke kanan sambil mengurut dada. Shahril ketawa kecil melihat emaknya yang terkejut.
“Ish! Bertuah punya anak. Buat terkejut mak aje. Kenapa ada kat sini? Tak kerja ke?” tanya Mak
Senah setelah terpandang Shahril yang bersandar di sofa.
“Tengah dating, mak,” balas Shahril sebelum menyambung tawa. Pak Usin mendekati anak tunggal mereka.
Mak Senah menggeleng perlahan mendengar jawapan Shahril. Dia memandang Arianna yang sedang mencebik.
“Siapa punya kerja ni? Patutlah Mak Senah tak perasan. Ingatkan salah bilik,” Mak Senah
memaksudkan wajah Amiruddin.
Plastik berisi bekalan makanan tengahari untuk Arianna diletak ke atas meja sebelah katil. Mata
memandang wajah Amir yang sudah bersih dan kemas.
“Rian dengan Abang Shah,” beritahu Arianna.
“Doktor Haikal tahu ke?”
“Tahu. Doktor pun setuju dengan apa yang kita orang buat.”
“Emm... baguslah. Mak Senah harap selepas Amir sedar, dia akan berubah,” Mak Senah menyatakan harapan. Suara berubah menjadi sayu. Mata masih memandang wajah Amiruddin.
“Insha‐ALLAH. Sama‐samalah kita berdoa,” ujar Arianna. Digosok perlahan bahu Mak Senah.
“Bila Amir akan sedar?” tanya Pak Usin di kerusi.
“Menurut doktor, emm... dua tiga jam lagi sedarlah,” beritahu Arianna setelah menelek jam.
“Baguslah. Kita doakan Amir supaya cepat sembuh,” ujar Mak Senah. Mereka berempat sama-sama
menganggukkan kepala.
“Oh ya! Jangan lupa esok Dato’ akan pulang. Pak Usin kalau boleh nak suruh Arianna pergi jemput kat airport. Elok Arianna sendiri yang beritahu Dato’ keadaan Amir. Pak Usin tak tahu macamana nak cakap dengan Dato’,” ujar Pak Usin.
“Baiklah, Pak Usin,” Arianna bersetuju.
“Rianna nak abang temankan?”
“Abang Shah tak kerja ke?”
“Kerja. Tapi flight Dato’ sampai petang. Abang pun dah habis kerja,” balas Shahril.
“Oh ya, Rian lupa. Okey juga kalau macam tu. Pak Usin dan Mak Senah temankan abang kat
hospital, Rian dengan Abang Shah pergi jemput papa kat airport,” Arianna akhirnya memberi
persetujuan.
“Eloklah tu. Dahlah, Arianna pergilah makan. Ini Mak Senah ada bawakan makanan.”
Mak Senah mengambil plastik tadi lalu dihulurkan pada Arianna. Gadis itu menyambut dengan
senyuman lebar.
“Mak Senah masak lauk apa hari ni?”
“Sambal udang dengan sup cendawan.”
“Wah! Sedapnya.”
“Untuk Shah ada juga ke, mak?” Shahril mencelah tiba‐tiba.
“Mana mak tahu kamu ada kat sini. Mak bawa lauk untuk Arianna aje.”
“Ish! Mak ni memang tak sayangkan anak sendiri,” Shahril mencebik.
“Kamu yang salah bukannya mak.”
“Maklah yang salah. Tak beringat.”
“Mana mak tahu kamu datang awal.”
“Mak....”
“Eh! Tak payahlah Abang Shah nak merajuk. Makin buruk rupa tu. Dahlah. Jom kita pergi
makan. Lauk ni pun bukannya Rian boleh habiskan sorang‐sorang. Mengada‐ngada nak
merajuk konon. Buruk!” celah Arianna meleraikan tingkah meningkah dua beranak itu.
“Betul tu. Tak payahlah nak merajuk. Buruk benar rupa orang tua merajuk,” sambung Mak
Senah pula.
Arianna terkekeh‐kekeh ketawa. Shahril di kerusi tersengih sumbing.
“Betul tu, Mak Senah. Kalau Abang Shah merajuk pun bukannya ada orang nak pujuk,” kata
Arianna yang melangkah ke pintu. Shahril bangun dari kerusi mengekori.
“Habis tu, Rianna pujuklah abang,” balas Shahril mahu meneruskan kisah.
“Tak ada masa,” balas Arianna pula.
Kedua mereka keluar dari ruang bilik meninggalkan Mak Senah dan Pak Usin yang akan
menemani Amir. Mak Senah hanya tergeleng kepala melihat ulah Arianna dan anak bujangnya.
Fariez tak henti‐henti mendail nombor telefon Arianna. Sejak semalam dia mencuba tapi
masih gagal. Janji mereka tidak tertunai memandangkan Arianna tiada di rumah ketika dia ke
sana semalam. Bahkan rumah itu juga bergelap menandakan tiada penghuni.
Fariez hairan. Ke mana Arianna dan pembantu rumahnya? Adakah gadis itu lupa pada janji
mereka? Janji untuk bertemu supaya dia dapat menceritakan segala‐gala sekaligus melamar
Arianna.
Fariez mengheluh kasar. Telefon disumbat ke dalam poket seluar penuh rasa kecewa. Langkah
kaki dihala ke kafeteria di dalam bangunan pusat perubatan swasta yang sentiasa sibuk itu.
Tiba‐tiba langkahnya terhenti. Pandangan mata menangkap kemesraan satu pasangan yang
sedang makan di ruang itu. Fariez mengundurkan langkah ke belakang. Mengintai dari sebalik
dinding.
“Apa Arianna buat kat hospital ni? Kenapa Shahril ada sama?” Fariez bercakap sendirian.
Langsung tidak terlintas di fikiran tentang Amiruddin yang selama ini sakit kerana diri lebih
dikuasai api cemburu.
Nafas Fariez berdesah kuat. Cemburu mula berkobar‐kobar. Benar dia terlalu cemburu melihat
kemesraan pasangan itu. Kesangsian mula terbit di hati mengenai status hubungan Arianna
dan Shahril.
Patutlah Arianna lupa pada janji mereka. Rupanya Arianna ada bersama lelaki lain. Fariez
benar‐benar marah. Tidak sanggup untuk terus melihat kemesraan itu, lalu kaki dipanjangkan
menghala ke pintu masuk dengan hati yang sarat dengan kekecewaan.
Arianna tidak menyedari mereka sedang diperhatikan. Dia dan Shahril asyik menjamu selera
sambil berbual mesra. Arianna juga tidak tahu yang Marlisa, Norman dan Fariez turut berada di
pusat perubatan itu. Mariati, kakak Marlisa sudah selamat melahirkan anak sulungnya
tengahari tadi. Marlisa juga gagal menghubungi Arianna kerana telefon bimbit Arianna tidak
aktif. Kehabisan bateri.
Selesai makan, Arianna menghantar Shahril ke kereta. Sewaktu mereka melangkah ke pintu,
Marlisa dan Norman menuju ke kafeteria. Pasangan itu tercari‐cari kelibat Fariez yang disuruh
menunggu di situ tapi tak kelihatan.
Di kawasan tempat letak kereta, Fariez berdiri di sisi sebuah kereta tidak jauh dari kereta milik
Shahril. Rasa cemburu dirasakan semakin meluap‐luap melihat Arianna yang beriringan
dengan Shahril menuju ke situ. Sempat bergurau senda sebelum Shahril memandu keluar.
Fariez sudah tidak menahan apa yang dirasa. Lalu dia melangkah laju pergi dari situ.
Meninggalkan Arianna yang masih melambai kepergian Shahril.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan