Maizura terus menangis, Diana tidak henti‐henti memujuk. Diana memandu keretanya menghantar Maizura pulang. Dia ada mengajak Maizura untuk bermalam di rumahnya sementara Amir menenangkan diri tapi Maizura menolak. Maizura mahu pulang untuk menceritakan segala kebenaran kepada Amir sebelum keadaan benar terlambat.
Mak Senah dan Pak Usop sejak tadi kehairanan. Setelah Amir pulang dalam keadaan marah-marah
sebelum menghamburkan kesemua barang‐barang milik Maizura. Kedua mereka hanya berdiri kaku di tepi anak tangga.
Maizura melangkah ke dalam rumah sebelum diterkam Mak Senah setelah melihat kemunculannya.
“Zura, apa yang berlaku ni? Kenapa Amir marah‐marah?” tanya Mak Senah cemas.
Namun Maizura tidak menjawab pertanyaan itu. Dia sekadar tersenyum nipis sebelum kembali
mengatur langkah ke tingkat atas. Mak Senah dan Pak Usop di kaki tangga terus berpandangan. Maizura menjadi sayu melihat barang‐barang miliknya yang bertaburan di atas lantai di depan pintu bilik. Dengan langkah longlai dia masuk ke ruang itu.
“Abang, jangan buat Zura macam ni.” Maizura menangis hiba.
Amir yang sedang menyinga sambil memunggah barang‐barang Maizura bertambah berang. Dia mendekati Maizura lalu mengheret wanita itu keluar.
“Keluar dari sini sekarang juga. Aku tak mahu tengok muka kau dalam rumah ni lagi. Pergi dari sini! Pergi!!” Amir menjerit lantang lalu menghumban tubuh Maizura membuatkan isterinya terjelopok di lantai.
Mak Senah ingin menerpa melihat keadaan itu tapi dihalang suaminya. Akhirnya Mak Senah hanya mampu memandang Maizura yang sedang menangis dengan penuh rasa simpati.
“Abang, jangan buat Zura macam ni, bang. Ampunkan Zura, bang. Zura tak salah...” Maizura menangis dan merayu.
Dia mengesot mendekati Amir yang berdiri memandang lalu memeluk kaki itu. Tapi Amir menyentap kuat lalu menjauhi. Maizura menangis lagi. Amir langsung tidak peduli.
“Sudahlah. Aku dah muak dengar suara kau. Lebih baik kau keluar dari sini sebelum aku bertindak lebih teruk. Keluar! Mulai hari ini aku haramkan kau jejakkan kaki ke rumah ni lagi!” jerit Amir membuatkan Maizura tergamam.
Tangisan Maizura terus mati. Hanya air mata yang mengalir membasahi pipi. Maizura langsung dia tidak menyangka Amir akan berkata begitu.
“Abang... jangan buat Zura macam ni. Maafkan Zura bang...”
“Sudah! Aku kata pergi! Pergi dari sini. Bawa barang‐barang kau sekali. Jangan balik ke sini lagi. Aku tak nak tengok muka kau lagi. Dasar perempuan jalang!”
“Ya ALLAH! Abang... kenapa dengan abang ni! Zura tak bersalah, bang. Semua ni rancangan Ziela dengan Zaidi. Mereka nak musnahkan rumahtangga kita, bang. Zura tak pernah buat apa yang abang sangkakan!” Maizura bangun lantas memeluk Amir tapi lelaki itu menolak tubuhnya kasar. Maizura terdorong ke belakang. Kepalanya terhantuk pada dinding bilik.
Mak Senah tidak dapat menahan diri lagi. Dia terus menerkam mendapatkan Maizura. Kepala Maizura mula berdarah setelah terhantuk dengan agak kuat. Pandangan Maizura mula berpinar.
“Ya ALLAH! Amir! Apa yang kau buat ni? Kau sedar tak ini isteri kau?! Tergamak kau pukul
Maizura!!” Mak Senah menjerit nyaring memarahi Amiruddin. Dia sudah tidak pedulikan amarah lelaki itu.
Pak Usop segera berlari ke tingkat atas melihat keadaan yang semakin kalut. Lebih‐lebih lagi setelah isterinya mula masuk campur.
“Mak Senah jangan nak menyibuk. Ini urusan aku dengan Maizura. Pergi dari sini. Jangan nak jadi pembela perempuan tak guna ni!!” bentak Amiruddin kasar.
“Amir!! Kenapa dengan kamu ni?! Cuba bawa mengucap. Ingatkan Tuhan, Amir!!” Pak Usop
terpaksa campur tangan setelah isterinya turut diherdik. Mahu saja dia menerkam dan menampar lelaki itu. Tapi disabarkan hati.
“Pak Usop pun sama. Kalau nak bela sangat perempuan ni, belalah. Aku tak kisah. Aku dah halau dia keluar dari sini. Aku dah haramkan dia balik ke sini!”
“Hey! Perempuan jalang! Perempuan sundal yang tak sedar diri. Dengar sini. Aku, Amiruddin
Mokhtar ceraikan kau, Maizura Abdul Hamid dengan talak tiga. Aku dah tak ada apa‐apa hubungan dengan kau lagi. Kau boleh pergi dari sini ikut jantan yang suka. Aku tak peduli. Kau boleh berambus!!”
Maizura tergamam. Mak Senah turut terkejut begitu juga Pak Usop. Nyata Amir sudah benar-benar
hilang kewarasan diri hingga sanggup berkata begitu.
Setelah menghamburkan kata‐kata nista, Amir masuk ke dalam bilik menghempas daun pintu. Ketiga‐tiga mereka makin tersentak.
Tangisan Maizura tenggelam. Air matanya juga hilang. Pilu di hati tak tertanggung lagi. Lalu dia bangun menuju ke tingkat bawah. Mak Senah cuba menghalang tapi tidak diendahkan. Dengan sendu yang tersekat‐sekat dan tertahan di dada, Maizura mencapai kunci kereta Amir lalu keluar dari situ. Meninggalkan Pak Usop dan Mak Senah yang masih berada dalam kejutan.
Amir menjerit lantang di ruang biliknya. Dia menyelerakkan apa saja yang tercapai dek tangan.
Dinding batu ditumbuk bertalu‐talu menghamburkan rasa sakit hati. Darah merah mula mengalir dari genggaman yang terluka. Amir akhirnya terjelopok di tepi dinding dengan tangisan yang berlagu pilu.
Maizura memecut kereta membelah kepekatan malam. Air mata terus mengalir walau tangisan tidak kedengaran. Hatinya tersayat pilu lebih‐lebih lagi setelah mendengar kata‐kata terakhir suaminya. Amir sudah melafazkan cerai ke atas dirinya. Bermakna dia kini sudah hilang status yang selama ini diagung‐agungkan.
Maizura tiba‐tiba meraung. Langsung tidak mempedulikan hon dari kenderaan lain setelah dia
memandu dalam keadaan bersimpang siur. Maizura meraba beg tangan mencari telefon. Hatinya bertambah sayu setelah jemari tersentuh surat pengesahan dari doktor yang menyatakan dia sudah mengandung. Surat yang ingin diserahkan pada Amir. Namun semua itu langsung tak kesampaian.
Maizura meraung hiba. Apalah guna semua itu lagi. Dirinya kini sudah dibuang oleh lelaki yang amat dicintainya itu.
Jemari Maizura terketar‐ketar menekan telefon membuat panggilan. Seketika suara Diana menerjah pendengaran.
“Diana... aku sedih, Diana. Amir dah ceraikan aku... Diana...” beritahu Maizura dengan suara yang tersekat‐sekat.
Dia terus memandu kereta sambil telefon terpekap di telinga. Beberapa kali juga hon dari kenderaan lain yang berbunyi membuatkan dia tersentak. Namun Maizura tak mengendahkan. Dia mahu cepat sampai ke rumah Diana. Hanya Diana satu‐satunya tempat untuk dia mengadu.
“Zura, kau kat mana ni? Kenapa dengan kau?”
Diana benar‐benar cemas mendengar suara Maizura yang tersekat‐sekat bersama tangisan yang meledak. Lebih dia cemas mendengar bunyi hon yang berpanjangan dari corong telefon. Diana dapat meneka ketika itu Maizura sedang memandu. Lalu dia segera menghidupkan enjin keretanya yang tersadai di bahu jalan.
Sewaktu pulang tadi Diana merasa tidak sedap hati. Fikiran tertumpu pada Maizura lalu dia mengambil keputusan untuk berhenti di pertengahan jalan. Rupa‐rupanya apa yang dirasa dia benar‐benar berlaku.
“Diana... aku... aku nak jumpa kau. Aku sedih... Diana. A... Amir dah tak percayakan aku. Dia kata ak... aku curang pada dia. Dia dah cerai... kan aku, Diana! Dia halau a... ku keluar dari rumah...”
“Zura, kau kat mana ni? Aku tahu kau sedang memandu. Tolong berhenti sekarang, Zura. Kau beritahu aku kau ada kat mana. Aku akan datang jumpa kau sekarang.”
Diana semakin cemas. Dia turut memandu dalam keadaan laju. Waktu itu jalan raya masih sibuk dengan kenderaan memandangkan malam masih muda.
“Diana... ak... aku sedih! Amir dah... bencikan aku. Aku sedih, Diana... Kesian anak a... ku. Dia dah... tak ada ayah...” Maizura terusan menangis. Pedal kereta diinjak kuat. Kereta itu terus meluncur laju.
“Zura, aku kata berhenti sekarang. Berhenti di tepi jalan. Aku akan datang sekarang. Tolong berhenti!” jerit Diana kuat.
Dia menekan pedal kereta serapat mungkin. Mahu segera sampai kepada Maizura yang benar-benar
memerlukan dia.
“Diana... Amir dah ben... cikan aku...”
“Maizura!!”
“Diana... tolong aku...”
“Berhenti sekarang, Zura!”
“Diana... aku...”
Poonnnn!!
Diana tergamam. Telinganya bingit mendengar bunyi hon yang berpanjangan. Diikuti dentuman yang kuat.
“Zura!!!”
Spontan Diana menginjak brek membuatkan keretanya berpusing beberapa kali. Diana cuba mengelak dua buah kereta yang bertembung tidak jauh dari situ. Keretanya terus berpusing-pusing
sebelum terbalik.
Dalam keadaan yang agak cemas, Diana masih dapat melihat sebuah kereta yang dielak tadi melambung tinggi ke udara sebelum jatuh terhempas ke jalan raya.
Pandangan Diana mula berpinar. Mujur dia mengenakan tali pinggang keledar. Kalau tidak pasti dia sudah tercampak keluar. Keretanya yang terbalik terseret beberapa meter sebelum tersadai di bahu jalan, tidak jauh dari sebuah kereta yang remuk setelah melambung tinggi.
Diana sempat melihat darah merah yang mengalir dari kereta yang remuk itu. Bahkan dia sempat melihat Maizura yang menggapai dari dalam sebelum dia turut pengsan tak sedarkan diri.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan