“ADA RIBUT?”
Lysandra yang menyoal memeluk tubuh sendiri. Stola dan palla ditarik agar tidak mendedahkan auratnya. Pandangannya diangkat memandang dahan pokok yang bergoyang kuat. Bunyi gemersik dari daun yang bergesel dan siulan udara yang berpintal mengisi suasana.
Semakin lama tiupan udara menjadi semakin kencang. Mereka berjalan dalam keadaan terhuyung‐hayang. Cuba menstabilkan badan daripada diterbangkan oleh ribut.
“Cepat berpaut pada pokok!” Lewis bertempik menyeru mereka.
Mereka bersusah payah mengayuh kaki dan melawan udara yang bertiup dari arah bertentangan. Udara seolah‐olah mahu memisahkan mereka. Dedaun kering yang gugur bersepah di lantai hutan berterbangan sehingga mengganggu penglihatan. Hampir sahaja kepada pokok sebesar tiga pemeluk dewasa, Lysandra yang berada di kedudukan paling belakang terangkat ke udara.
“Lysandra!” Musyrif dan Lewis melaung serentak.
Mereka sempat berpaling ke belakang. Melihat Lysandra yang terpelanting antara dua pokok yang berbatang sederhana. Lysandra dilihat cuba berjalan keluar namun dia terhalang oleh satu benteng lutsinar. Setiap tumbukan dan hambatan yang diberikan meninggalkan kilauan. Benteng itu terlihat begitu kukuh sehingga sukar dibolosi.
Tidak lama kemudian, Hervey pula gagal mengimbangkan badannya. Dia tersalah langkah menyebabkan dia tergelincir. Lewis di hadapannya sempat memaut tangannya. Kemudian, Musyrif pula turut memaut tangan Lewis kuat‐kuat.
Tiba‐tiba, kaki Hervey ditarik oleh tumbuhan menjalar yang melingkari pohon di belakang mereka. Gagal bertahan, akhirnya Hervey terpelanting juga antara dua pokok di penjuru kanan.
Hervey cuba menghentak kaca lutsinar yang membentenginya dengan pisau. Namun, pisau yang mengenai kaca terpelanting ke belakang dan terpacak di atas tanah.
Lewis pula ditarik oleh tumbuhan menjalar itu. Tangan Lewis tergelincir daripada telapak tangan Musyrif. Dia juga menerima nasib yang sama seperti Lysandra dan Hervey. Benteng lutsinar cuba diretakkan dengan tumbukan bertalu‐talu namun tetap gagal. Lewis hampir putus asa.
Sebaik sahaja mereka berempat terpisah, ribut yang membadai beransur‐ansur reda. Musyrif perlahan‐lahan meleraikan pautan dari pokok. Pandangan bersilih ganti antara Lewis, Hervey dan Lysandra. Mereka dilihat terbongkok‐bongkok, merunduk. Telinga berusaha dikatup sambil melutut.
Musyrif tidak sanggup melihat wajah mereka. Wajah yang menzahirkan terlalu banyak kesakitan. Tubuh mereka dilihat menggelupur sebelum rebah menyembah tanah.
“Musyrif?”
Ketika dia berlari untuk menyelamatkan mereka, Musyrif terganggu oleh satu suara. Suara itu berulang‐ulang memanggil namanya.
Apabila Musyrif menoleh di sebelahnya, kelihatan seorang wanita anggun mengatur langkah ke arahnya. Dia memakai kurung berwarna kuning keemasan. Kepalanya pula disarungkan dengan kain kosong berwarna kuning. Raut wajahnya begitu indah dan cerah. Seulas senyuman tergaris pada bibirnya yang tipis.
“Awak siapa? Boleh saya tahu? Awak berpihak kepada kejahatan atau kebenaran?” Musyrif mengajukan soalan. Dia pelik melihat seorang wanita berpakaian seperti di Agia di tempat yang asing seperti Nicanor ini.
“Nama kita Cempaka,” jawabnya sesudah tergelak kecil. Cempaka berhenti beberapa tapak di hadapan Musyrif. Jarinya mengemaskan sekuntum cempaka putih yang terselit pada telinganya.
“Macam mana awak tahu nama saya?”
“Cempaka kenal siapa awak. Cempaka sama macam awak. Bukan orang sini juga,” ucap Cempaka. Dia melirik ke arah Lewis, Lysandra dan Hervey yang sedang pengsan. “Itu kawan awak, kan?” soal Cempaka pula.
“Ya. Awak tahu... macam mana saya nak selamatkan mereka?” tanya Musyrif.
Cempaka tidak terus menjawab soalannya. Dia berjalan menghampiri ‘kurungan’ Lysandra. Jemarinya bermain dengan tumbuhan yang menjalar pada pokok itu. Kemudian, tangannya dibawa menyentuh kaca lutsinar yang masih belum terhapus.
Cempaka tertunduk. Dia seperti sedang memikirkan sesuatu. Matanya dipejam sebelum kembali dibuka pantas.
“Kawan‐kawan awak berada di satu tempat yang jauh, Musyrif. Sangat jauh... melangkaui masa.
Benteng ini adalah angkara sihir. Cempaka tidak mampu melepasinya,” terang Cempaka dengan tenang.
“Cempaka nak tolong saya? Macam mana nak bebaskan mereka? Ada cara untuk pulihkan mereka?” Musyrif enggan berputus asa.
“Cempaka ada tawaran untuk Musyrif,” tuturnya. Dia berjalan lemah lembut ke satu arah hutan.
Terdapat satu lorong kosong yang lurus. Anehnya, lorong itu tidak terlihat semasa mereka mula‐mula sampai di sini. Di hujung lorong itu, terdapat sebuah gerbang pintu berwarna kuning berkilauan.
“Kalau Musyrif diberi pilihan, mahukah Musyrif kembali ke masa lalu? Menghalang kematian ibu bapa Musyrif daripada terjadi?” soal Cempaka sambil meleretkan senyuman.
“Tapi.. itu tak mungkin terjadi,” dalih Musyrif.
“Cempaka cuma bertanya. Tidakkah Musyrif terfikir... bahawa semua yang berlaku kepada Musyrif di tempat asing ini cuma mimpi? Mungkin semua ini cuma berlaku dalam kepala awak sahaja. Semuanya mungkin tidak benar,” Cempaka menerka.
“Maksud Cempaka?”
“Cuma ada satu cara sahaja untuk pastikan,” lanjut Cempaka lagi. Tangannya terangkat menunjukkan ke arah pintu gerbang kuning.
Hati Musyrif tertarik dengan tawaran Cempaka. Dia memikirkan kebenaran di sebalik kata-katanya.
Bagaimana kalau semua ini hanya berlaku dalam kepalanya? Mungkin, apabila dia masuk ke dalam gerbang ini, dia akan dikembalikan kepada kehidupannya yang dulu. Mungkin ibu dan ayahnya tidak meninggal dunia. Semua ini barangkali ilusi Musyrif sahaja.
Musyrif akur lalu berjalan ke arah gerbang itu. Dia melihat bahagian dalam gerbang yang berkilauan. Sebelum dia menapak masuk ke dalamnya, dia sempat melihat ke arah Cempaka yang masih tersenyum. Lalu, Musyrif membawa dirinya masuk ke dalam pintu gerbang tersebut.
Musyrif merasakan tubuhnya tenggelam dalam takungan air. Dia cuba untuk bernafas namun air mengasak masuk ke dalam rongga pernafasannya. Seketika kemudian, kesakitan itu berakhir. Pernafasannya kencang.
“Musyrif? Musyrif?”
Musyrif terasa tubuhnya digoncang. Kelopak mata yang berat diangkat perlahan‐lahan. Kelibat
seseorang kelihatan berbalam‐balam di pandangan mata. Semakin lama, pandangannya semakin jelas. Degupan jantungnya seakan‐akan terhenti. Wajah itu adalah wajah yang teramat dirinduinya.
“Ibu!”
HERVEY terperanjat dengan pemandangan di hadapannya. Dia kini tidak lagi berada di kawasan Hutan Sigalia. Dia sedang berjalan menuju ke sebuah penempatan yang asing. Beberapa orang kanak‐kanak berlarian dan melintasinya. Beberapa buah gerai dibina di kiri dan kanan, sedikit terpisah dari kawasan kediaman di hadapannya.
Kepalanya menoleh ke kiri. Hervey terpandang pantulan wajahnya pada cermin yang tergantung di gerai. Anehnya, imej wajah yang dilihat bukan milik Hervey. Hervey cuba untuk berundur ke cermin tadi untuk menelek wajahnya.
Dia cuba mengalihkan badannya namun gagal. Ternyata, Hervey tidak dapat mengawal tubuhnya. Jiwanya seperti terperangkap dalam jasad orang lain. Meskipun begitu, Hervey tetap dapat menghidu bau tanah dan merasa bahang mentari yang terpancar dari langit.
Kakinya berhenti berjalan di hadapan seorang ibu muda. Dia dilihat mendukung anak lelakinya yang menangis kelaparan. Dia cuba meminta belas kasihan daripada peniaga makanan sedikit roti untuk dibuat mengalas perut namun hampa. Peniaga gerai itu menghalaunya agar segera beredar.
“Kau tak apa‐apa?” Suara itu terpacul keluar dari mulut yang bukan milik Hervey. Suara yang
terlontar itu juga bukan juga terkeluar atas kehendaknya.
Perempuan itu menggeleng sebelum berlalu pergi.
Hervey lekas membeli sebuku roti dari penjual tersebut. Dia mengejar langkah perempuan itu lalu menghadiahkan sebuku roti kepadanya.
“Terima kasih tuan. Kami sudah lama tak makan. Terima kasih banyak‐banyak sebab menolong kami,” ucapnya sambil menunduk hormat. Dia mencubit roti lalu menyuapkan ke dalam mulut anak yang dikendongnya. Beberapa suapan, akhirnya budak lelaki itu berhenti menangis.
“Namaku Helene. Boleh aku tahu, siapa nama tuan?” soalnya sopan.
“Nama aku Favlos.”
Mendengarkan kata‐kata itu, Hervey mulai tersedar. Rupa‐rupanya, jiwanya sudah bersatu dalam tubuh Favlos. Patutlah dia turut merasakan gejolak perasaan kejam yang menggelegak dalam darahnya. Berada dalam tubuh Favlos dan melakukan kekejaman Favlos seperti yang selalu diceritakan adalah mimpi paling ngeri!
“Begitu susah sekali hidup kau. Aku tergerak untuk menolong. Bagaimana kalau kau... tinggal sahaja di rumah aku? Jangan salah faham. Kalau kau tinggal di sana nanti, hidup kau tidaklah melarat seperti sekarang. Setidak‐tidaknya, untuk anak kau juga.”
“Tetapi tuan...” Helene berat hati. Namun, setelah menatap lama wajah anaknya, dia akur.
Kesempatan ini cuma datang sekali seumur hidup. Mungkin ini adalah permulaan untuk memulakan hidup baru. Lembaran hidup yang lebih bahagia.
Melihatkan anggukan Helene, Hervey berjalan mendahului mereka. Helene dipimpin perjalanannya sehingga ke rumah kayu besar milik Favlos. Pintu pagar rumah Favlos dilintasi.
“BESAR betul rumah tuan. Rasanya tak layak aku tinggal di sini,” Helene merendah diri.
“Jangan kata begitu Helene. Mulai sekarang, rumah ini juga rumah kau. Mari, aku tunjukkan bilik kau.”
Pergelangan tangan Helene diraih lalu dia ditarik masuk ke dalam. Lorong panjang yang berada di tengah rumah ini terasa begitu suram. Cuma diterangi oleh lampu sisi yang malap.
Dindingnya pula dihiasi oleh ukiran dari simbol‐simbol yang tidak dikenalinya.
Mereka berhenti di hadapan sebuah pintu di sebelah kanan. Pemegang pintu ditolak lalu Helene disuruh masuk ke dalamnya.
Helene meletakkan anak lelakinya di atas lantai. Matanya meninjau keadaan dalam bilik itu. Bilik itu kosong dengan hanya diterangi oleh cahaya dari lampu pelita kecil di atas kepala. Helene kembali berpaling melihat ke arah Hervey. Bibirnya teragak‐agak mahu mengajukan soalan.
“Tuan Favlos. Maaf kalau saya biadab. Tapi, kenapa bilik ni terlalu sunyi ya? Seluruh kampung ini pun nampak kosong semacam sahaja. Saya takutlah, tuan. Hati saya tak sedap,” Helene berterus terang. Bibirnya diketap.
“Jangan risau. Aku lebih suka rumah dan bilik aku begini. Suram.”
Helene mengerutkan dahinya. Belum sempat dia bertanya soalan lain, dia dipintas.
“Kosongkan fikiran kau, Helene. Aku akan datang dan bawakan makanan untuk kau dan anak kau. Beristirehatlah. Buat seperti bilik sendiri. Cuma ingat, jangan keluar dari bilik ini.”
Pintu bilik terus ditutup rapat. Helene memeluk anaknya yang mula merengek ketakutan.
“Philon, jangan takut sayang. Kita sudah ada tempat tinggal. Selepas ini, kita tidak akan merempat lagi. Kau tak akan kedinginan lagi di luar, sayang,” ucap Helene lalu mengucup dahi anak dalam dukungannya. Dia menepuk‐nepuk lembut belakang anaknya sehinggalah dia terdiam.
Malam akhirnya menjelma. Pintu bilik Helene dikuak. Favlos dilihat masuk ke dalam sambil menatang dulang makanan. Beberapa keping roti dan minuman sudah tersedia. Dulang itu diletakkan di atas lantai, dekat dengan Helene.
Seperti biasa, Helene mengucapkan terima kasih sebagai penghormatan. Ketika dia mahu mencapai dulang makanan, tiba‐tiba dulang itu disepak sehingga terbalik. Roti dan air tumpah di atas lantai. Helene berasa terhina. Dia terkejut dengan perubahan mendadak pada layanan yang diterima.
“Kenapa ni, tuan? Saya... tak faham.” Helene terkebil‐kebil. Dia menjangkau tangan lalu memeluk anaknya yang duduk sedikit berjarak darinya. Berkongsi ketakutan dengan Philon.
Melihatkan ketenangan pada raut wajah Favlos yang telah hilang, dia bertambah keliru.
Hatinya membisikkan bahawa lelaki di hadapannya berniat jahat.
“Kau fikir, kau bertuah? Bahawa aku akan membantu pengemis merempat macam kau? Kau silap besar, perempuan. Aku bencikan kebaikan... dan aku tidak mungkin memberi belas kepada sesiapa pun!”
“Apa maksud Tuan Favlos?”
“Aku kutip kau dan anak kau, tak lain tak bukan untuk memenuhi kepuasan aku sendiri.”
Helene melihat bibir Favlos bergerak‐gerak lalu mengunjurkan tangan kepadanya. Gerakan
tangannya membuatkan Helene terapung‐apung di udara. Dia ditolak, terhempas ke dinding.
Helene cuba melepaskan diri namun tubuhnya terlekat pada dinding.
“Kau... Kau ahli sihir!” tengking Helene. Air mata mula mengalir menuruni pipi cerahnya. Helene
putus harapan. Dia tahu, menemui ahli sihir adalah musibah besar. Ahli sihir sentiasa bersifat
kejam dan selalu memberi celaka kepada manusia.
Si kecil Philon berlari mendapatkan ibunya. Dia mencapai kaki Helene, cuba menariknya agar
turun namun terjelepok. Punggungnya sendiri terhenyak ke lantai. Namun, Philon tetap tidak
berputus asa. Dia terus cuba menarik Helen yang tergantung sedikit tinggi daripada
ketinggiannya. Philon cemas, seolah‐olah memahami bahawa mereka berada dalam bahaya.
Helene melihat Favlos yang berjalan mundar‐mundar di hadapannya. Tangan Favlos bersilang
di belakang.
“Terlalu mudah kau mempercayai orang, Helene. Kau masih belum mengenali aku. Aku, ahli
sihir yang kejam. Aku berbuat kejam untuk menambah kuasa!” bentaknya.
“Philon!”
Philon yang masih berpaut pada kaki ibunya ditarik kasar. Dia terpisah dan terseret ke lantai. Si
kecil itu cuba untuk bangun. Tetapi kaki Favlos terlebih dahulu memijak dadanya. Philon
terhentak beberapa kali kuat ke lantai kerana kekuatan pijakan kaki Favlos.
Setelah itu, tubuh Philon ditarik dan dipaksa untuk bangun. Pakaian dilurutkan dengan cuma
tinggal kain dalam yang menutupi separas betis. Kemudian, tubuh kecilnya menerima
hambatan demi hambatan. Beberapa kali kawasan perut dan mukanya dihentam dengan
tumbukan padu. Kakinya longlai, berdiri terhuyung‐hayang menerima serangan bertalu‐talu
dari segenap penjuru.
Tangisan dan rayuan daripada Helene langsung tidak diendahkan. Malah serangan menjadi
semakin rancak dengan setiap raungan Helene. Walaupun Philon dibelasah sehingga rebah ke
lantai, dia terus‐terusan menyepak betis Philon. Bunyi retakan tulang yang didengari seolaholah
memuaskan hatinya.
Muka Philon ditolak dengan kaki. Terlihat kesan lebam membulat pada kedua‐dua belah
matanya. Begitu teruk dia dibelasah menyebabkan tubuhnya begitu lemah sehingga sukar
untuk bergerak. Tubuh putih melepaknya dipenuhi oleh tompokan lebam berwarna ungu.
Darah mengalir dari tepi bibir dan keningnya.
“Tuan Favlos, tolonglah hentikan semua ni. Aku tak sanggup. Ambillah aku... aku tak sanggup
lagi tengok Philon menderita. Biarkan aku yang tanggung semua kesakitan dia. Tolonglah...”
rayu Helene.
Wajah cantik Helene sudah kusut dan basah dengan air mata. Berkali‐kali dia cuba melepaskan
diri dari rantaian sihir Favlos. Sepanjang Philon diseksa, tekaknya tidak berhenti menjerit dan
merayu sehingga suaranya serak.
“Baiklah, kalau itu kau yang mahu.”
Dengan satu gerakan tangan, Helene terjatuh dari dinding. Dia merangkak mahu mendapatkan
Philon namun belakangnya dipijak keras. Kemudian, rahangnya ditarik dari arah atas dan
bawah serentak. Bibirnya terkoyak luas sehingga ke telinga. Darah membuak keluar dari
tempat koyakan. Rontaan Helene semakin melemah.
Helene sempat mengunjurkan tangan mahu menjangkau Philon yang sudah tidak sedarkan
diri. Kepalanya disepak sehingga pengsan sebelum diheret keluar dari bilik.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan