KELOPAK matanya terasa hangat dan basah. Musyrif terpisat‐pisat memandang persekitaran. Dia merenung langit biru di celah rimbunan daun pokok. Hidungnya mencium bau daun kering yang bertaburan melapik pembaringannya. Tangannya menjulur, meramas daun coklat sehingga hancur.
Musyrif cuba menolak tubuhnya. Dia duduk dalam keadaan berlunjur. Dia tidak dapat melupakan senyuman terakhir ibu dan ayahnya. Tangisan mula mengalir kembali menuruni pipi. Musyrif mengambil masa untuk menenangkan diri. Hembusan nafas diatur sehingga meredakan degupan jantung yang laju semasa dia sedar tadi.
Musyrif tercari‐cari gerbang berwarna keemasan yang dia masuk sebelum ini namun tidak berjumpa. Bahkan lorong yang menghala ke arah pintu gerbang tadi juga sudah hilang. Cempaka juga tidak terlihat di mana‐mana. Dia musykil. Apakah sebenarnya tujuan Cempaka membawa dia ke bayangan masa silam? Adakah Cempaka berpihak ke arah kebatilan atau kebaikan? Yang pasti, pertolongan Cempaka telah mengubati rindu yang bertarung dalam benaknya. Itu pun Musyrif sudah cukup bersyukur.
Kepalanya menoleh ke arah kanan. Kelihatan Hervey, Lewis dan Lysandra yang masih terperangkap dalam kaca lutsinar. Lapisan jernih itu kelihatan berkilau akibat pantulan cahaya. Dia bangun lalu berdiri tegak. Perlahan‐lahan dia berjalan ke arah ‘kurungan’ Hervey yang paling hampir dengannya.
Musyrif tunduk mengepal tanah. Dia melihat ke arah Hervey yang masih terbaring tidak sedarkan diri. Dia membaca ayat‐ayat daripada Surah Yusuf dan Surah An‐Nisa’ dan menghembuskannya perlahan pada tanah. Serentak, Permata Berdarah yang selama ini bergantungan pada tengkuknya berpusing‐pusing. Kemudian, tanah dilemparkan kepada lapisan lutsinar.
Musyrif menunggu rontaan Permata Berdarah berhenti. Dia memberanikan diri. Tangannya
dicecahkan di antara dua batang pokok itu. Halangan yang berpunca dari sihir itu sudah terhapus. Dia melangkah melepasi pokok lalu melutut di sebelah Hervey.
Baru sahaja dia mahu mengejutkan Hervey, tiba‐tiba Hervey terjaga sendiri. Peluh membasahi
tengkuk dan bahagian atas Tunic. Dia seraya bangun dan beristighfar panjang. Dia tunduk lama memandang tanah sebelum mengangkat kepala memandang Musyrif. Anak mata hitamnya bergerak‐gerak.
“Itu bukan aku, Musyrif. Bukan aku. Aku tak kejam,” tutur Hervey.
“Apa yang kau cakap ni?”
“Tadi aku terperangkap dalam badan Favlos. Entah kenapa Favlos seolah‐olah nak pengaruhi aku untuk ikut perangai kejam dia. Aku tengok sendiri, Musyrif. Kasihan budak kecil tu. Dia didera sampai lebam... sampai dia meninggal dunia. Ibunya pula, Ya Allah! Terpaksa melihat anaknya diseksa. Dia dikoyak mulutnya sampai mati! Aku tak sanggup, Musyrif. Aku bukan macam tu!” beritahu Hervey. Dia bersungguh‐sungguh membela dirinya.
“Sabar... sabar. Semua dah berakhir,” ucap Musyrif. Dia memeluk bahu Hervey. Cuba
menenangkannya. Berkali‐kali dia mengangguk mengiyakan pengakuan Hervey bahawa bukan dia yang menyeksa dua beranak yang disebutkan. Bahawa pukulan yang singgah pada kulit mereka itu bukan kerahan kudratnya.
“Kuatkan diri, kawan. Lewis dan Lysandra masih belum sedar. Kita kena tolong mereka,” kata
Musyrif.
Dia mengajak Hervey membebaskan Lysandra. Selepas berjaya memecahkan benteng, mereka
bersama‐sama menghampiri Lysandra. Musyrif membacakan ayatul Kursi, menghembusnya dalam genggaman tangan lalu melepaskannya di atas kepala Lysandra. Tidak lama kemudian, Lysandra juga tersedar.
Lysandra kelihatan murung. Dia duduk tersimpuh seketika di atas tanah. Setelah beberapa kali
dipanggil, barulah Lysandra membalas pandangan.
“Awak tak apa‐apa?” tanya Musyrif.
“Saya... saya bunuh mereka. Darah merata‐rata. Saya bunuh mereka, Musyrif...”
Lysandra merintih. Air matanya mula mengalir turun. Kedua‐dua tapak tangan yang menampan tanah tadi diangkat. Tangannya yang menggigil diperhatikan lama‐lama. Tiba‐tiba sahaja Lysandra jadi tidak terkawal. Dia berusaha mengesat tangannya pada baju. Seolah‐olah melihat kotoran dari kesan darah yang masih menempel pada telapak tangan.
“Lysandra, bertenang. Semua dah berakhir,” Musyrif memujuk dengan nada tenang.
Lysandra mengangkat lalu membengkok kedua‐dua kakinya. Dia duduk memeluk lutut sambil
badannya terhinggut menahan esakan. Mukanya disembamkan pada lutut.
“Hervey, kau jaga dia. Biar aku yang kejutkan Lewis,” beritahu Musyrif. Setelah melihat anggukan dari Hervey, dia beredar ke tempat Lewis terbaring.
Lewis dikejutkan dengan cara yang sama. Bahu Lewis kemudian digoncangkan sehingga dia terjaga.
Sebaik sahaja Lewis bangun, seluruh tubuhnya kelihatan lemah. Musyrif dipeluknya lama. Dirinya yang tegas dan tenang selama ini sudah tiada. Dia melihat sisi Lewis yang begitu goyah. Dibisikkan sesuatu pada telinga Musyrif berkali‐kali. Bahawa dirinya begitu berdosa.
“Aku... Favlos buat aku berzina... Aku takut...”
“Itu bukan diri kau.”
Lewis menangis tersedu sedan. Dia kemudian meleraikan pelukan erat. Tubuhnya ditundukkan
sehingga dahinya menyentuh tanah. Lewis sujud menghadap Illahi. Istighfar dan perkataan taubat diulang berkali‐kali membasahi bibirnya. Lama sehinggalah akhirnya dia mengangkat kepala.
“Apa yang aku, kau dan Lysandra alami tadi... itu semua perbuatan Favlos. Kejahatan Favlos yang selama ini kita dengar. Ternyata lebih dahsyat daripada apa yang mereka cerita,” Hervey yang sedang berdiri di belakang Musyrif memberitahu.
Mereka saling berpandangan. Lysandra yang kemudian muncul turut mengangguk, bersetuju.
“Seingat aku, sebelum kau semua terperangkap tadi, ada sesuatu berlaku pada Permata Berdarah. Semacam tindak balas. Aku syak, ribut dan perangkap tadi semuanya berpunca daripada Permata Berdarah,” tutur Musyrif.
“Aku percaya. Permata tu menyimpan segala kejahatan Favlos. Aku terperangkap dalam tubuh
Favlos tadi. Seolah‐olah aku melihat dari kaca mata Favlos. Hampir saja kejahatan Favlos
mempengaruhi aku.” Hervey mengulas panjang.
“Aku juga,” sahut Lysandra sambil memeluk tubuh. Lewis pula terangguk.
“Kita kena teruskan perjalanan. Kena hapuskan Permata Berdarah secepat mungkin sebelum perkara yang lebih teruk berlaku. Selepas kita bawa permata ni ke Air Terjun Agios, semua gangguan akan berhenti,” tutur Musyrif.
Musyrif menghulurkan tangan dan membantu Lewis untuk berdiri.
Mereka kemudian segera berjalan keluar dari kawasan itu. Perjalanan mereka berpandukan aliran sungai yang berada tidak jauh dari tempat mereka berjalan. Akar pokok yang tumbuh timbul dan menjalar di atas tanah dilangkah. Tangan Musyrif kemas menggenggam pedang. Bersiaga terhadap gangguan yang boleh hadir dari mana‐mana arah.
Hervey kemudian berhenti. Telinganya dipicing sambil menahan nafas.
“Kau dengar tak?” soal Hervey.
Musyrif yang berjalan di sebelahnya turut berhenti melangkah.
“Bunyi air sungai...”
“Makin deras,” pintas Hervey.
“Bermakna kita sudah makin dekat dengan Air Terjun Agios. Mungkin beberapa minit lagi kita
akan sampai,” ujar Musyrif.
“Lebih baik kita lekas sikit. Lagi cepat kita sampai, lagi bagus,” balas Hervey pula. Dia melajukan langkahannya. Langkahan dibuka besar‐besar mendaki kawasan tanah yang semakin tinggi. Sekali‐sekala mereka berpaut pada batang pokok yang tumbuh di tepi ketika memijak batu‐batu besar.
Beberapa minit mereka berjalan, Musyrif tersedar sesuatu. Dia menarik lengan Hervey. Mulutnya sedikit terbuka tanpa sepatah bicara.
“Kenapa berhenti?”
“Hervey... mana Lewis dan Lysandra?”
LEWIS melihat Musyrif dan Hervey berjalan di hadapan sementara dia pula berjalan bersebelahan Lysandra.
Langkah Lewis kemudian menjadi semakin perlahan. Bunyi air terjun yang mengisi pendengaran bertukar dengan bunyi nyaring. Telinganya bengang. Dia tidak lagi memandang ke arah perjalanan mereka. Dia menunduk dan mengusap jantung yang semakin kencang mengetuk dada. Tangannya menenyeh dada bahagian kiri sehingga Tunicnya berkedut.
Lewis akhirnya mengangkat kepala. Kornea mata yang berwarna coklat kini bertukar menjadi
merah darah. Berkilau seperti Permata Berdarah ketika sedang bercahaya. Dia kemudian memandang Lysandra. Lengan Lysandra dipaut, menahan Lysandra dari menjauhkan diri. Bibirnya perlahan‐lahan meleretkan segaris senyuman.
“Apa yang kau buat ni, Lewis. Lepaslah!” tegas Lysandra.
Lysandra mula pelik dengan sikap Lewis yang tiba‐tiba berubah. Begitu berani menyentuhnya.
Lengannya direntap berkali‐kali namun cengkaman Lewis kali ini ternyata agak kuat sehingga
menyakitinya. Tangannya yang lain cuba menepis namun ditahan dengan tangan kiri.
“Kau sangat cantik, Lysandra. Bagaikan bidadari,” Lewis memujinya.
Lewis tergelak‐gelak melihat Lysandra yang masih belum mahu kalah. Rontaan Lysandra menjadi hiburan. Seluruh wajah Lysandra dijelajahi dengan pandangan mata. Begitu dia ingin menyentuh kulit wajah Lysandra yang mulus dan cerah. Sebaik sahaja jari telunjuknya mahu menyentuh dagu Lysandra, kakinya dipijak kuat. Pegangannya terlepas.
Belum sempat Lysandra membuka langkah seribu, pelipat kakinya ditendang. Lysandra jatuh
tertiarap. Belum sempat bangkit, kakinya ditarik dari belakang secara mengejut. Lysandra mencakar tanah. Kemudian, Lysandra mengalihkan badan lalu menendang Lewis tepat pada perutnya.
“Tak semudah itu!”
Kain palla yang menutupi kepala Lysandra ditarik. Menghalangnya daripada melarikan diri. Leher Lysandra terjerut lalu Lewis menampan tubuh Lysandra pada sebatang pokok.
“Pandang aku, Lysandra. Pandang! Inilah wajah yang selalu cintakan kau. Sudah terlalu lama aku menaruh perasaan, Lysandra. Tapi kau tak pernah peduli. Aku cuma nak kau jadi milik aku. Hati aku ini hanya untuk kau, sayang.” Lewis tampak bersungguh. Seluruh tubuhnya kelihatan bergetar. Dadanya berombak. Menahan rasa yang semakin bergolak di hati.
“Lewis!”
Tiba‐tiba, Lysandra pula seolah‐olah terpukau. Tindak balas pada matanya menyerupai Lewis. Dia menjadi terlalu berang.
Pedang pada sisipan Stola ditarik lalu diacukan di hadapan Lewis. Pedangnya melibas angin.
Sesekali, pedang dihayunkan sehingga hampir seinci sahaja untuk mengenai kulit Lewis. Lysandra asyik menyerang manakala Lewis lebih banyak mengelak.
Ketika Lysandra hampir sahaja mahu membenam mata pedang pada dada kiri Lewis yang terdedah, suara jeritan Musyrif menyedarkan dia daripada lamunan. Pedang terhenti beberapa inci di hadapan dada kiri Lewis. Tangan Lysandra menggigil. Genggaman pada pedang dilepaskan lalu pedang itu jatuh tergeletak di atas tanah.
“Maafkan aku, Lysandra. Aku tak sengaja. Aku tak tahu kenapa tiba‐tiba aku jadi begitu tadi. Itu tak pernah berniat untuk apa‐apakan kau. Tolong... maafkan aku?” pinta Lewis. Lewis meraup wajahnya. Dia mula sedar apa yang cuba dilakukannya. Hampir sahaja Lysandra menjadi mangsanya.
“Kau berdua di bawah kawalan Permata Berdarah tadi. Sebab tu kau berdua berubah,” beritahu
Musyrif. Permata Berdarah diangkat separas bahu. Menunjukkan cahaya dari Permata Berdarah yang sedang memudar sebelum malap sepenuhnya.
Lysandra pula berdiam diri. Masih terkejut dengan kejadian tadi. Dia mengambil pedangnya yang terjatuh lalu disisipkan kembali pada pinggang. Dia enggan melihat wajah Lewis. Lysandra terus berjalan melintasinya lalu berhenti di di sebelah Musyrif. Wajah Musyrif dilihat sekilas dengan hujung mata.
“Maafkan saya, Musyrif. Saya tak sengaja,” tutur Lysandra perlahan. Kemudian dia berjalan
mendahului mereka mengikut arah perjalanan tadi.
MEREKA kini sudah sampai di Air Terjun Agios. Bunyi kocakan air mengalir mengisi pendengaran. Udara di sini terasa lebih dingin. Bunyi binatang kedengaran di sebalik pokok. Sesekali terlihat binatang kecil yang melompat dari pokok ke pokok.
Dari jauh kelihatan sebuah pondok sederhana besar terbina di kawasan rata. Seseorang dilihat
menapak keluar darinya. Berdiri di pintu pondok dan mengamati mereka dari jauh. Lelaki
berjambang itu bergerak turun lalu berjalan ke arah mereka. Dia akhirnya berhenti di hadapan
mereka.
“Sampai juga kau semua akhirnya. Memang banyak halangan yang perlu kau semua tempuh sebelum menjejakkan kaki di sini,” tutur lelaki tua itu kepada Musyrif.
“Suara ini...”
“Namaku Ophelos. Aku bersahabat dengan Igetis, ketua kau. Aku pernah menolong kau,” beritahu Ophelos sambil mengusap jambangnya.
Ingatan Musyrif segera mampir kepada peristiwa lama. Suara itulah yang membantunya untuk
membacakan petikan dari Surah An‐Nisa’ dan Surah Yusuf ketika hendak merampas Permata
Berdarah dari genggaman rangka Favlos. Juga suara sama yang mengingatkannya tentang bahaya sebelum dilanda ribut kilat.
“Macam mana boleh tahu yang kami hendak datang ke sini?” soal Hervey pula.
“Aku juga berfirasat. Ketika berdoa dulu, aku dapat bayangan tentang kedatangan kau semua. Tetapi semasa kau dihalang oleh sihir dulu, aku tak dapat menolong. Aku pernah bersumpah demi Allah untuk menjaga kawasan air terjun ini daripada penceroboh,” ucap Ophelos.
Ophelos bercakap‐cakap sambil menguatkan suara sedikit untuk melawan bunyi dari air terjun.
Wajah mereka berempat diperhatikan satu‐persatu. Pandangannya mati kepada Lewis dan Lysandra. Dia melihat mereka berdua seperti sedang gelisah. Sesekali mereka dlihat menggaru‐garu tengkuk. Muka mereka kelihatan memerah.
“Masih ada kesan sihir yang melekat pada kamu.” Ophelos menunjuk kepada Lewis dan Lysandra.
“Mana ada. Aku dah sihat,” tutur Lewis. Suaranya menekan halkum.
“Ceburkan dia ke dalam air,” suruh Ophelos.
Musyrif dan Hervey teragak‐agak untuk mencekak lengan Lewis.
Lewis dilihat tiba‐tiba meronta‐ronta kasar. Cengkaman diperkuat pada lengannya. Mata Lewis
melihat ke arah Permata Berdarah yang bergerak‐gerak di tengkuk Musyrif. Kornea mata bercahaya sebaik sahaja cahaya dari Permata Berdarah bernyala. Seolah‐olah unsur daripada Permata Berdarah diserap sebagai kekuatan tambahan kepadanya.
“Jangan tolak aku!” marah Lewis.
Namun, permintaan Lewis langsung tidak dihiraukan. Mereka terus menarik dan mengheret
walaupun kakinya berdegil mencakar tanah. Tubuh Lewis ditolak sehingga terbenam di bawah
permukaan air. Tiga kali Lewis cuba untuk keluar. Musyrif dan Hervey ditepis. Malah Musyrif juga hampir tergelincir kerana terpijak batu licin.
Akhirnya, rontaan Lewis terhenti dengan satu jeritan panjang. Kelihatan asap hitam menusup keluar menembusi pori kulitnya. Meresap pada Tunic sebelum terlepas ke udara. Dia perlahan-lahan bangun dan keluar dari permukaan air. Wajahnya pucat lesi. Melihat Lewis yang melemah, dia segera dipapah keluar.
“Lysandra?”
Sekilas, Lysandra menoleh sambil menjegilkan mata memandang Ophelos. Matanya bertukar
menjadi merah seperti dipukau. Dia melihat wajah Ophelos yang masih kelihatan tenang.
“Kata Igetis, kau seorang perempuan yang kuat, Lysandra. Kau pernah buat sebelum ni. Dan
hari ini aku mahu lihat sendiri. Aku yakin, kau tak akan menghampakan aku,” ucap Ophelos
sambil tersenyum manis.
Cahaya merah pada mata Lysandra mulai pudar.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan