Sudah seminggu Arianna menghubungi Fariez tapi gagal. Dia turut bertanya pada Norman tentang lelaki itu tapi Norman juga tidak tahu ke mana Fariez menghilang. Norman memberitahu yang Fariez cuma mengatakan dia ingin pulang ke kampung. Dan Norman tidak pernah tahu di mana kampung lelaki itu.
Arianna mengeluh berat. Fikiran merasa cukup sarat memikirkan Fariez yang tiba‐tiba menghilangkan diri. Arianna tahu lelaki itu merajuk dengannya hanya kerana dia lupa janji mereka. Juga dia yang langsung tidak menghubungi lelaki itu. Semuanya gara‐gara dia terlalu risaukan Amir yang cuba membunuh diri dan tak sedarkan diri hampir sebulan lamanya. Arianna mengeluh lagi. Jam di dinding ruang pejabat dipandang. Pukul empat suku petang. Arianna sudah mula bosan untuk berada di ruang itu lalu dia melangkah laju menuju ke bilik Shahril.
“Cik Arianna nak ke mana?” tanya Laila melihat kemunculan bosnya. Arianna yang terhenti langkah hanya tersengih sambil menunding ke arah pintu bilik Shahril.
“Err... Encik Shahril tak ada. Dia keluar dengan Anuar ke site. Ada masalah kat tapak projek,”
beritahu Laila membuatkan Arianna menghela nafas halus. Semangat yang sudah berkurangan terus mengedur.
“Dah lama?”
“Emm... pukul tiga tadi,” beritahu Laila sambil melihat jam di pergelangan tangan.
“Kenapa dia tak inform pada saya?” Arianna yang nyata kecewa.
Laila sekadar tersenyum tak mampu menjawab. Arianna turut tersenyum nipis sebelum kembali ke bilik.
“Cik Arianna, ada apa‐apa yang boleh saya bantu ke?” tanya Laila yang terus memandang.
“Err... tak ada apa‐apa. I’m just bored,” beritahu Arianna. Dia tersenyum lagi sebelum masuk ke bilik.
Arianna termenung panjang memandang ke luar dari dinding cermin. Tiba‐tiba dia teringatkan kisah yang diceritakan Amiru padanya dua hari lalu. Kisah krisis rumahtangga mereka.
Arianna segera ke meja membuka komputer ribanya. Mencari sebuah jurnal yang disimpan. Bercerita tentang kronologi kisah Amiruddin dan Maizura.
Arianna mengusap dagu sambil mata menatap skrin. Terlintas di fikiran untuk cuba menyiasat tentang perkara itu. Tentang kata‐kata terakhir arwah kakak iparnya bahawa ada komplot yang ingin memecah belahkan rumahtangga mereka. Sebelum Maizura terlibat dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawanya juga meragut kewarasan fikiran Amiruddin.
Ketika mendengar luahan abangnya, Arianna turut merasa terkilan. Patutlah Amir tidak dapat menerima kenyataan hidup lantas menyalahkan dirinya dengan apa yang berlaku. Rupa-rupanya Maizura meninggal bersama kandungan yang berusia lapa minggu. Satu anugerah yang ditunggu‐tunggu selama ini.
Arianna meneliti kronologi kisah itu. Dia terpandang satu nama yang tercatat di situ. Diana! Menurut Amir, Diana merupakan teman baik arwah Maizura. Diana juga turut terlibat dalam kemalangan yang berlaku.
Arianna tiba‐tiba menjerit kecil. Dia sudah mendapat ilham. Dia akan menyiasat perkara tersebut melalui Diana. Arianna yakin Diana tahu apa yang telah berlaku.
Arianna membulatkan tekad. Dia akan cuba menyiasat tentang duduk sebenar perkara itu. Arianna berjanji pada diri untuk membersihkan nama Maizura. Juga mengembalikan maruah kakak iparnya dari fitnah itu walaupun Maizura sudah lama meninggalkan mereka.
Arianna mencari nombor telefon rumah Diana di dalam buku panduan telefon lalu cuba membuat panggilan. Berkali‐kali namun dia gagal. Tiada siapa yang menjawab panggilan. Arianna kecewa. Dia kembali bersandar di kerusi sambil merenung skrin laptop. Seketika pintu biliknya kedengaran diketuk dari luar membuatkan dia tersentak. Benar‐benar terkejut kerana asyik memikirkan tentang Diana.
“Cik Arianna, ada orang nak jumpa,” beritahu Laila yang muncul di muka pintu.
“Siapa?”
“Dia tak beritahu namanya.”
“Perempuan?”
“Lelaki. Hensem. Saya ingatkan Daniel Wuu. Nyaris saya nak minta autograf,” Laila tersengih.
Arianna tersenyum lebar. Dia dapat meneka siapa lelaki yang dimaksudkan Setiausahanya itu.
“Okey. Suruh dia masuk,” arah Arianna. Laila hanya mengangguk sekali dan terus keluar.
Arianna bersandar di kerusi. Pandangan dicerunkan tajam pada pintu yang tiba‐tiba terbuka. Arianna menahan senyuman tatkala melihat Fariez muncul bersama jambangan bunga yang besar.
Fariez melangkah masuk, menghampiri Arianna di kerusi. Seulas senyuman melebar di bibirnya. Setelah hampir, dia segera menghulurkan jambangan bunga di tangan.
“I’m sorry,” pinta Fariez.
Arianna hanya membeku. Memakukan pandangan tanpa menyambut huluran itu. Langsung tidak tersenyum.
“I’m really sorry, Arianna,” pinta Fariez lagi.
Dia sudah melutut di depan Arianna sambil menghulur jambangan bunga. Lagak seorang kekasih ingin melamar pasangannya. Sungguhpun begitu Arianna tetap berwajah t.gang “Arianna, Riez tahu Riez salah. Riez tak patut hilangkan diri macam tu. Tapi Riez...”
“Sepatutnya Rian yang kena minta maaf pada Riez. Rian lupa pada janji kita. Rian langsung tak call Riez. Rian yang buat Riez merajuk, kan?” Arianna bersuara akhirnya.
“Siapa yang merajuk?” Fariez berkerut dahi.
“Somebody, I think,” jawab Arianna. Namun dia masih tidak menyambut jambangan bunga yang dihulurkan.
Fariez bangun lalu menarik tangan Arianna. Kedua mereka berdiri mengadap satu sama lain. Saling berpandangan.
“Pada mulanya memang Riez merajuk. Tapi bila Riez tahu sebab yang membuatkan Rian lupa janji kita, Riez rasa tak patut kalau Riez marah pada Rian.”
“Sebab?”
“Emm... pasal Amiruddin, kan? Riez dapat tahu dia dah sembuh.”
“Macamana Riez tahu?”
“Norman yang beritahu. Lisa yang cerita pada dia.”
“Oh... iye ke? So sekarang dah tak merajuk lagi?”
“Tak. Lagipun ada orang pernah kata Riez makin buruk kalau merajuk,” ujar Fariez sambil mencebik.
Arianna ketawa kecil. Kata‐kata Fariez membuatkan dia teringat kenangan manis mereka ketika berada di US.
“As long as you know it,” tempelak Arianna. Fariez terus mencebik.
“Tak sudi terima bunga ni?”
“Of course. Bukan senang nak dapat bunga macam ni.”
Arianna mengambil jambangan bunga dari tangan Fariez. Haruman mawar itu dicium.
“Riez tunggu Rian balik, ya?”
“Kenapa?”
“Nak tuntut janji dulu.”
“Emm... okey. Jom,” Arianna mencapai beg tangannya.
“Pergi mana?”
“Kata nak ajak Rian keluar?”
“Iye. Tapi sekarang ke? Belum habis office hour lagi,” Fariez melihat jam di pergelangan tangan.
“I’m the boss, remember?”
“Oh... lupa,” Fariez ketawa kecil.
“Actually Rian dah boring duduk office. Lagipun dah nak pukul lima dah. Rian memang tengah plan nak balik pun.”
“You’re the boss,” Fariez memulangkan ayat Arianna.
Arianna tersenyum. Mereka melangkah keluar dari bilik menghampiri meja Laila.
“Laila, saya balik dulu. Ada hal. Awak pun kalau nak balik boleh balik sekarang,” arah Arianna setelah tiba di depan meja Setiausahanya.
Laila yang sedang menyiapkan kerja terlopong seketika. Sempat dia menjeling pada lelaki di belakang Cik Arianna.
“Err... Tapi Cik Arianna, Encik Shah?”
“Tak apa. Saya akan handle Encik Shah. Saya pun ada hal sebenarnya. Tak boleh nak tunggu dia.”
“Cik Arianna dah call Encik Shah ke?”
“Saya akan call dia. Okeylah. I have to go now. See you tomorrow. Bye.”
“Err... bye,” balas Laila teragak‐agak.
Arianna dan Fariez keluar dari ruang pejabat menuju ke arah lif. Arianna terus membuat panggilan pada Shahril.
“Hello, Abang Shah.”
“Arianna. Apa hal?” tanya Shahril. Ketika itu dia sedang memberi penerangan kepada kontraktor binaan mengenai bahan mentah yang mereka gunakan.
“Abang Shah, Rian balik sekarang. Actually Rian keluar dengan kawan. Abang Shah tak payah tunggu Rian, ya.”
“Kawan? Siapa? Lisa? Rian nak ke mana?”
“Tak tahu lagi. Tapi Abang Shah tak perlu bimbang. Rian akan balik sendiri, okey?”
“Okey. But make sure you call Dato’ and tell him. Abang tak nak Dato’ marahkan abang pulak,”
Shahril mengingatkan Arianna sedang hati tertanya‐tanya dengan siapa gadis itu keluar. Hingga tidak sempat menunggu dia.
“Of course. Okeylah Abang Shah. I have to go. Emm... lambat lagi ke Abang Shah nak balik?”
“Kejap lagi rasanya. Okeylah. Take care yourself. Bye.”
“Bye,” Arianna menekan butang off. Dia memandang Fariez di sisi.
“Siapa?” soal Fariez.
“My bodyguard,” beritahu Arianna pendek. Fariez sekadar tersenyum.
“Kita nak ke mana?” tanya Arianna setelah mereka keluar dari lif.
“Rahsia,” balas Fariez.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan