“CIK HANA.. orang lama pernah cakap, hutang darah dibayar darah, hutang nyawa dibalas nyawa. Saya rasa, sampai bila‐bila pun Cik Hana tidak mampu membalas pertolongan Mr.Ridduan.” Kata‐kata Sofea terngiang‐ngiang lagi.
Sejak Hana mengetahui perkara sebenar, ayat itu sering kali timbul dalam fikirannya. Dia bingung. ‘Apa yang perlu dia buat? Perlu ke dia berjumpa Ridduan? Memohon maaf atas kekasarannya dan berterima kasih atas pertolongan yang telah selamatkan dirinya.’ Sepanjang hari dia bertanya sendiri. Sekejap‐sekejap termenung, mengelamun jauh. Memikirkan Ridduan.
Ada saja kesalahan dilakukan. Dia tidak dapat fokus pada kerja lagi.
Jika terus begini, silap‐silap di diberhentikan kerja kerana tidak fokus dan komited terhadap kerja. Hana membuat keputusan mencari Ridduan.
Matanya terpandang Shahrul yang sibuk menaip. Tinggal mereka berdua saja dalam pejabat. Nabila dan Sofea menguruskan kerja di luar.
“Shahrul, esok pelancong dari Korea akan daftar masukkan. Macam mana persiapan? Ada apa-apa
masalah?”
“Buat masa sekarang ini, semua masih mengikut perancangan. Saya dah uruskan bilik serta makanan mengikut cita rasa mereka. Cuma ada beberapa aktiviti yang saya tengah setup.”
“Okey... kalau ada apa‐apa masalah atau perlukan pertolongan, bagi tahu saya. Esok saya akan ikut serta untuk uruskan bersama awak.”
“Baik Cik Hana. Lagi pun sekarang ni saya tengah buat laporan keseluruhan segala perbelanjaan yang dibuat oleh Mr. Ridduan untuk di serahkan pada Bahagian Akaun.”
“Oh... laporan keseluruhan?” tanya Hana dengan wajah pelik.
“Ya... tengah hari tadi Mr. Ridduan dah check out. Semua perbelanjaan telah diselesaikan. Cuma saya nak buat summury untuk Bahagian Akaun lebih faham.” Jelas Shahrul sambil jari terus lincah menaip.
“Mr. Ridduan dah check out...” Hana tergamam. Baru pagi tadi dia berselisihan faham dengan Ridduan, sekarang dah tiada.
“Ya... kenapa Cik Hana?” Shahrul mengerling Hana. Tangannya juga berhenti menaip.
Hana keluar dari pejabat tanpa menjawab soalan Shahrul. Rasa bersalah, terkilan dan kesal bercampur baur. Akhirnya Ridduan pergi begitu saja. Tidak sempat dia mengucapkan terima kasih atas segalanya. Sudahlah kali terakhir berjumpa tadi, mereka bergaduh besar. Hatinya sakit. Perasaannya sedih. Kepalanya serabut. Ketika dia kecewa dengan Aman dulu pun, tidak sesakit sekarang. Mungkin betul kata Sofea, dia telah berhutang nyawa. Kini Ridduan betul-betul menunaikan permintaannya tadi, jangan tunjukkan muka di depannya lagi.
MENGHIRUP angin malam, terasa sejuk di hatinya. Makan malam seorang diri, bertambah sayu di hati. Jika ada Ridduan, pasti sudah terpacul di depannya kini. Hana tersenyum sendiri. Dia teringatkan Ridduan yang selalu muncul di mana saja dia berada. Rasa bersalah datang lagi. Wajah Hana berubah muram pula.
Makan malam dipesan Hana sampai. Salad ayam menjadi pilihan. Malam ini terasa tiada selera untuk makan, walaupun sejak pagi tadi dia tidak menjamah sebarang makanan. Semuanya kerana Ridduan. Seleranya hilang satu hari. Hanya air suam sebagai alas perut. Belum sempat salad sampai ke mulutnya, Izwan datang membawa sup cendawan dan roti bawang putih.
“Eh... saya tak pesan ni...” Hana memandang Izwan dan hidangan yang terhidang silih berganti.
“Saya tahu... saya masakkan khas untuk Cik Hana. Dari petang tadi saya perasan wajah Cik Hana seperti sedih aje. Sebab tu saya masak special untuk Cik Hana. Walaupun tak berapa special sangat.”
“Oh... gitu. Baik sungguh hati awak... kalau tak silap saya, awak ni Izwankan. Salah seorang pembantu Chef Mazuki.”
“Ya... Cik Hana ingat pada saya lagi.” Izwan gembira. Tidak sangka perempuan secantik Hana perasan kehadirannya di resort itu. Tidak seperti perempuan lain, mereka akan menjauhkan diri darinya.
“Mestilah ingat. Saya wajib ingat setiap staf di sini. Tapi perlahan‐lahan.”
“Emmm... Cik Hana makan dulu. Saya minta diri. Selamat menjamu selera..” Melihat Hana memberi senyuman manis membuat Izwan rasa dihargai. Hati Izwan berbunga bila dapat berbual dengan Hana walaupun sekejap.
Hana celup roti bawang putih ke dalam sup cendawan dan masuk ke mulut. ‘Hmmm... sedap’ desis Hana. Sup cendawan berkrim dan cukup rasa membuka selera Hana hingga licin dimakannya.
Bunyi pesanan ringkas masuk tidak henti‐henti. Hana mengerling bar isyarat telefon. Penuh... beberapa hari ni, isyarat telefon langsung tiada. Hana tidak dapat berhubung dengan Aman. Kali terakhir dia mendapat pesanan ringkas dari Aman yang tidak sempat dibalasnya. 57 pesanan suara dari Aman. ‘Wow...’ Lantas Hana menghubungi Aman dan menunggu panggilan dijawab.
“Assalamualaikum...”
“Walaikumsalam sayang...”
Hana terdiam. Sayang... sudah lama dia tidak mendengar suara Aman memanggilnya begitu. Dia ingin menghargai saat‐saat begitu. Jika boleh, ingin saja dirakamnya.
“Hana... kenapa senyap saja ni?” lembut suara Aman malam itu. Membangkitkan rasa rindu di hati Hana. Hana tersenyum sendiri.
“Abang apa khabar? Abang tengah bertugas ke?” tanya Hana. Dia takut jika mengganggu Aman. Selalunya, jika dia call dan Aman tengah sibuk, Aman akan membiarkan saja atau terus mematikan talian.
“Eh... tak... abang cuti hari ni... ingat nak jumpa Hana di sana. Tapi abang takut dipanggil bos bila‐bila masa.”
“Hana faham.” Itu saja jawapan standard Hana. Seperti pita yang di rekod. Berulang‐ulang.
“Abang selalu call Hana, tapi tak pernah dapat? Hana offkan telefon ke? Hana tak rindukan abang? Sekarang Hana dah jauh daripada abang, Hana nak menjauhkan diri lagi daripada abang ke?” Aman berkata perlahan. Ada nada sebak terselit dalam kata‐kata itu.
“Taklah... isyarat kat sini tak berapa nak baik beberapa minggu ni. Tapi sekarang dah elok.”
“Hana tak rindukan abang?” soalan itu ditanya lagi bila Hana tidak menjawabnya. Sejak pemergian Hana, dia selalu teringat pada Hana. Rindu pada Hana. Itulah, bila dekat tidak diendahkan, bila dah berjauhan baru teringat.
“Emmm.. rindu.” Hana jawab perlahan.
“Hana sihat,”
“Sihat... cuma hari tu Hana demam sebab le...” Hana tidak menghabiskan ayatnya. Dia takut, jika Aman tahu tentang kejadian lemas itu, Aman tidak benarkan dia bekerja di sini lagi. Wajah Ridduan muncul dalam khayalannya. Rasa bersalah datang lagi dan lagi. Sesak hatinya.
“Hana demam sebab apa?”
“Haa... sebab letih. Mungkin pertukaran cuaca kot. Sini lebih panas dan malam terlalu sejuk”
Hana menukar alasannya.
“Sekarang dah sihat ke?”
“Alhamdulillah sihat...”
“Sekejap ya Hana.”
Kedengaran bunyi telefon berbunyi. Hana tahu, itu pasti panggilan daripada bos Aman. Aman mempunyai dua buah telefon bimbit. Satu untuk urusan kerja dan satu lagi untuk peribadi. Sebab itu jika dia bertugas, telefon peribadinya tidak akan dibawa atau dimatikan saja. Dia juga tahu Aman pasti mengakhiri panggilannya sekejap lagi. Dia dah duga....
“Hana... abang ada kerja. Tengah malam ni abang call Hana ya.”
“Okey... take care.”
“Bye sayang... I miss you so much.”
Belum sempat Hana membalasnya talian telah dimatikan. Hana juga yakin yang Aman tidak akan menelefonnya seperti yang diperkatakan tadi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan