Di sebuah taman tidak jauh dari Fiction, di mana rata‐rata pokoknya hanya tinggal dahan dan daunnya telah gugur, walaupun tanpa timbunan salji dan angin sejuk masih terasa, Suri peluk tubuhnya dengan tangan kiri, menggigil kesejukan. Tangan kanannya masih lagi dipimpin Jun menuju ke kedai makan yang tampak lama dan kecil. Mereka memasuki kedai makan itu dan ambil tempat di hadapan tukang masak yang sedang memotong bahan dengan kadar yang laju.
Jun duduk di atas bangku kecil itu lalu tersengih seperti anak kecil bila wajahnya dipandangi oleh tukang masak tersebut. Dia angkat dua jarinya. “Macam biasa pakcik,” katanya.
Tukang masak itu mengangguk faham dan meneruskan tugasnya.
Mata Suri liar melihat sekelilingnya yang asing. Tidak pernah dia tahu ada kedai begini berdekatan Fiction dan orang juga tidak ramai di dalamnya. Jelas sekali hanya mereka berdua dan seorang lelaki tua di hujung barisan meja bar.
“Sekarang boleh lah kita cakap,” ujar Jun ceria namun dalam nadanya seperti dia sorokkan sesuatu.
Suri memandang Jun selepas ralit membaca menu di atas meja. Kemudian pada pergelangan tangannya masih dipegang Jun.
“Tangan dulu,” tegurnya tegas.
Jun tersengih sambil memohon maaf.
“Abang nak cerita fasal apa?” soal Suri yang sebenarnya berasa tidak puas dengan sikap Jun hari ini. Tidak pernah lelaki ini buat perangai gila tiba‐tiba heret dia keluar dari kedai macam itu sahaja tanpa dia sempat pakai baju sejuk. Sudahlah dia sudah dipandang serong dengan Fredrick, sekarang ini Lucy pun mungkin akan berbuat demikian juga.
Jun keluarkan sesuatu dari kot baju sejuknya. Sebuah artikel dari web hiburan.
Suri baca sepintas lalu. Kepalanya masih lagi berfikir tentang sikap dua orang manusia di tempat kerjanya.
‘Waris Nomi Industries Ltd bertunang lagi?’
“So?”
“Don’t feign ignorance Suri.”
“Fasal apa?” soalnya bodoh. Seboleh mungkin dia tidak mahu kawan‐kawannya yang dia bina di bandar ini kenal siapa dia, waris kepada apa atau tragedi yang berlaku padanya dua tahun lalu. Semuanya dia ingin lupakan dan hanya menjadi seorang orang yang normal. Mungkin agak mustahil tetapi sepanjang dua tahun ini, boleh kata hidupnya normal.
Dua mangkuk berisi mee kari udon juga sepinggan kecil jeruk dan dua gelas air masak tersedia di hadapan mereka. Terliur Suri rasakan bila melihat dua ekor udang yang bersaiz besar terendam cantik di dalam mangkuknya.
“Terima kasih,” ucap mereka serentak.
Tukang masak itu tersenyum suka. “Anak mesti kekasih yang Jun katakan tu eh? Cantiknya. Pandai kau pilih Jun,” cakap tukang masak itu membuatkan mata Suri terkedip‐kedip tidak faham. Gadis itu berpaling memandang wajah Jun yang sudah merah dan panik.
“Pakcik bukan dia! Bukan dia!” nafi Jun.
Tukang masak itu sudah ketawa terbahak‐bahak. Dia memandang ke arah lelaki tua yang duduk di hujung baris. “Kau percaya tak Tanaba yang Jun bawa makwe dia datang hari ni,” sakatnya dan lelaki tua di hujung baris itu hanya sahut dengan ketawa kecil.
“Aish pakcik ni, saya kata bukan lah!” marah Jun. Mukanya sudah masam dan separuh memberontak.
Tukang masak itu tidak percaya. “Dah kalau bukan dia, perempuan yang kau kata ad...”
“Haaa.... yang tu, yang tu!” potong Jun cepat‐cepat. Aksi dan nadanya seperti menyorokkan sesuatu dari Suri dan menambahkan lagi syak wasangkanya.
Tukang masak itu terdiam dan mulutnya ternganga luas. Lantas dia mengangguk memahami dan bergerak menjauhi mereka dan mengibas‐ngibas tangannya ke arah Jun. Lelaki itu mendengus geram.
“Orang tua tu memang mulut tempayan,” rungutnya kemudian memandang gadis di sebelahnya. Mata Suri bertukar sepet dan kening bertaut menjadi satu.
“Care to explain?”
“Bukan sekarang Suri. Makan, nanti abang nak tanya benda yang serius,” cakapnya dan terus menyuap mee udon yang gemuk dan menyelerakan itu ke dalam mulut tanpa menoleh lagi ke arah Suri.
Suri ketap bibirnya. Perutnya juga sudah memulas dan dia tidak mahu buang sesaat lagi membiarkan meenya kembang.
MANGKUK berisi mee kari udon mereka sudah licin berish dan mangkuk kecil berisi jeruk juga hanya tinggal bebrapa hirisan sahaja. Suasana di dalam kedai kecil itu sepi. Tiada tukang masak yang masakkan makan tengah hari mereka atau pelanggan lelaki tua itu tadi. Hanya ada mereka berdua sahaja. Wajah keduanya penuh rasa yang bercelaru.
“Kenapa abang beritahu saya sekarang?” soal Suri dalam nada rendah. Tiada tanda‐tanda yang dia akan menangis waima marah sekalipun.
“Sebab abang tak tahu macam mana caranya untuk dedahkan hal ni pada kau,” balas Jun senada dengan Suri.
Mereka berdua merenung ke hadapan, fikiran melayang entah ke mana dan perasaan tidak pernah setia pada satu rasa yang sama.
Suri mengeluh kecil. “Abang tak patut bagitahu saya tentang hal ni. Saya tak pernah nak tahu pun tentang dia. Hidup ke, mati ke... saya ni bukan sesiapa pada dia, ibu saya bukan sesiapa pada dia... kewujudan kami hanya umpama nyamuk yang mengigit kulitnya,” cakap gadis itu sedih. “Abang tak... beritahu dia tentang saya?”
Jun menggeleng. “Lama abang fikir sama ada nak bagitahu kau dulu atau dia dulu... dan abang rasa abang buat keputusan yang tepat kan?”
Suri mengukir senyum nipis. “Macam mana abang boleh fikir yang Yahagi Kiyoshi tu ayah saya? Kitaorang tak kongsi nama keluarga yang sama pun.” Dahulu ya namanya Yahagi tetapi sejak dia pindah duduk bersama Orang Tua Heitai, seingatnya sejak dia berumur lima tahun, datuknya tukar nama keluarganya menjadi Nomiya bagi memudah urusan sekolah dan pelbagai. Lebih‐lebih lagi urusan pewarisan harta.
Jun hanya tersenyum manis. “Adalah,” katanya penuh rahsia. Rasanya belum lagi masa untuk dia cakap betapa bapa tirinya itu rindukan anak gadisnya. Setiap hari lelaki itu akan lihat perkembangan Suri di internet dan membaca semua jenis artikel berkaitan Suri dari sudut hiburan sehingga ke bahagian ekonomi. Tidak pernah pun lelaki tua itu tinggal satu berita tentang Suri. Lagipula dengan permintaan terdesak sahabat baiknya... Memang sudah tiba waktunya untuk dia dedahkan rahsia yang dia simpan sejak dia di bangku universiti lagi.
“Oh ye.” Suri mendekatkan wajahnya pada Jun. “Siapa lagi antara kita yang tahu tentang saya?”
Jun menjauhkan sedikit dirinya dari gadis itu. Dia seperti dapat rasakan aura inferior yang Suri pancarkan. Pantas dia menggeleng. “Hanya abang je yang tahu. Kau jangan risau.”
Mata Suri menyepet. Jari telunjuknya mengarah pada dapur kedai, merujuk kepada tukang masak yang mesra berbual dengan Jun tadi.
Sekali lagi Jun menggeleng pantas. “Tak. Abang sorang je. Sumpah!”
Suri hela nafas lega. Bahunya meleret dan dia tersandar pada meja bar. “Baguslah. Tapi abang kena janji jangan bagitahu sesiapa pun terutama sekali orang‐orang kat Fiction.”
“Kenapa? Sebab Fiction tu Suri punya ke sebenarnya?”
Mata Suri membulat tetapi badannya masih lembik seperti jeli, tersandar lemah di meja bar.
“Macam mana abang tahu?”
“I’ve got my intel. Budak‐budak tak boleh tahu.” Jun masih tetap dengan sifat rahsianya membuatkan Suri berasa geram tiba‐tiba. Lantas dia cubit peha Jun.
“Ish apa ni!” marah Jun sambil mengusap‐usap pehanya.
Wajah Suri mencebik. Sakit konon! Pakai seluar tebal pun hendak rasa sakit lagi. Nampak sangat penipunya!
Malas Suri bangkit dari bangku. Dia harus pulang cepat ke Fiction dan sambung kerjanya yang
tergendala tadi. Semakin lama dia pergi semakin lama nanti mata helang Fredrick memerhatikannya. “Okeylah bang. Saya pergi dulu. Terima kasih belanja. Bye!” ucapnya laju tanpa menunggu respons Jun.
MALAM itu, insomnianya kembali lagi. Seperti malam‐malam sebelumnya, dia akan lebih banyak merenung siling dari terbang ke awanan mimpi indah atau terseksa dalam igauan mimpi ngeri. Berapa banyak kali dia sengap, berapa banyak kali air matanya mengalir dari itu, hakikatnya mata yang merah dan lebam hitam bawah mata adalah bukti yang depressinya tidak akan berkurang dari sehari ke hari jika keinginan dia untuk bahagia seperti bukan salah satu jalan yang wujud untuk dia.
Banyak perkara bermain dalam fikirannya. Seperti setiap satu dari episod itu umpama wayang dari filem‐filem luar negara yang tiada kesudahan yang bahagia. Semuanya tergantung di tengah jalan dan heronya mati tiba‐tiba tanpa sempat menyudahkan misi infiniti yang tiada hujungnya.
Apa yang lebih merunsingkan dia ialah tentang kewujudan bapanya di tengah‐tengah filem yang tertayang dalam fikirannya. Selama ini dia tidak fikirkan kemungkinan akan satu episod dia akan berjumpa dengan orang yang tinggalkan ibu dan dirinya begitu sahaja. Apa yang lansung tidak masuk akal ialah klausa ketiga dalam kontrak ‘Pra‐perkahwinan’ yang datuknya gariskan pada dia tempoh hari ialah di mana dia harus memaafkan kesalahan bapanya.
Memaafkan?
Adakah dia seperti budak yang baharu kenal erti masalah hormon? Dia sudah lepas zaman rebel dan sejujurnya dia tidak pernah kisah lansung akan lelaki yang bernama BAPA dalam hidupnya. Sebagaimana lelaki itu pergi sebegitulah perkataan ‘bapa’ itu pergi dari kamus hidupnya.
Telefon pintarnya tiba‐tiba bercahaya. Ada pesanan ringkas masuk ke dalam kotak pesanan atas talian.
‘Jumpa esok.’
Bersama kotak bual itu muncul watak seekor panda yang sedang meloncat gembira.
Terkedip‐kedip mata Suri membaca pesanan Shawn. Sekarang ini sudah mencecah dua pagi dan lelaki itu tidak tidur lagi? Tidakkah lelaki itu berasa penat setelah tiba dari New York beberapa jam lepas?
Begitupun, jari Suri laju menekan ikon telefon pada paparan skrin. Beberapa saat bunyi dering dan Shawn angkat panggilannya bersama tona suara yang mengejutkan dirinya yang dia sebenarnya telah menelefon lelaki ini tanpa dia sedar! Pantas Suri matikan talian. Dadanya berdebar kencang dan dia kematian kata‐kata.
“Apa... aku... dah buat?” soalnya sambil merenung skrin telefon. Tiba‐tiba panggilan masuk dari Shawn menjadikan gadis yang tadi terbaring lemah, melompat terkejut dan telefon pintarnya tercampak ke bawah.
“Gilaaaa, kenapa dia call balik?” Suri meracau. Panik. Kepala berpinar dan dia sudah tidak tahu hendak buat apa. Tidakkah Shawn tahu yang dia sebenarnya tersilap tekan? Tetapi ia memang logik untuk menelefon semula pemanggil jika perkara seperti ini berlaku dan ia lebih logik jika dia bertindak untuk menjawabnya dan menjelaskan hal tersebut tetapi disebabkan dadanya sedang turun naik dengan perasaan yang kencang dan menderu‐deru dengan oksigen yang terlebih‐lebih ini, dia hanya hanya mampu melihat.
Lama menunggu panggilan yang tidak berbalas, Shawn matikan panggilan dan telefon pintarnya berhenti menyanyi. Begitu juga panik dan debaran jantungnya. Suri hembus nafas lega. Cepat‐cepat dia capai telefon pintarnya dan membalas pesanan lelaki itu. Saat itu Miza membuka pintu biliknya. Rambut serabai dan mata separuh terbuka.
“Insomnia lagi ke?” soal sahabatnya prihatin.
“Ha...” jawab Suri lemah.
“Tapi... perlu ke kau menjerit? Tak pernah‐pernah kau menjerit sebab tension tak boleh tidur, tang‐tang hari ni kau meletup ke?” soal Miza lagi dengan mata antara hendak buka dan tidak.
Sesekali dia akan sengap.
Suri dilanda rasa bersalah. “Aku ganggu kau ke?”
Miza menggeleng. Tangan juga turut melambai. “Bagus sebenarnya, aku kena siapkan assignment tapi aku tertidur. Nasib baik kau menjerit.”
Mendengar Miza cakap begitu semakin Suri rasa bersalah. Dia tahu walaupun sahabatnya berkata begitu, apa yang Miza sangat perlukan sekarang ialah tidur. Menjadi pelajar tahun ketiga buatkan hidup gadis itu sedikit huru hara. “Nak aku teman?”
Miza senyap. Berfikir. “Memandangkan kau dah offer, boleh je. Kau pun bukannya boleh tidur sampai subuh nanti dan aku pun nak model sebenarnya. Boleh tak kau tolong aku? Aku stuck kat satu pose ni,” mintanya polos.
Dengan senang hati Suri melompat turun dari katilnya dan membontoti langkah Miza. Sebenarnya dengan membantu Miza, ia membantu proses untuk dia lebih cepat capai kualiti tidur yang enak dan bagus. Mungkin juga kerana pada masa itu dia tidak banyak berfikir dan lebih banyak termenung kosong. Juga nasib baik Miza tidak soal banyak akan sebab dia menjerit tadi, jika tidak dia tiada tempat lain lagi hendak lari kerana Miza ialas seorang penembak tepat!
“KAU... baik kau cerita kat aku apa yang jadi malam tadi!” arah Miza tengah hari itu bila Suri sudah segar dan ‘top‐up’ tidurnya yang hanya setakat lima jam sahaja. Gelang hitam ternampak jelas di bawah mata gadis itu namun kurang sedikit dari pagi tadi di mana gelang hitam itu sudah menyerupai mata panda.
“Yang mana ek?” soal Suri buat‐buat tidak ingat sambil berlagak selamba menyapu mentega pada roti bakar. Makanan ‘brunch’ nya untuk hari itu ialah roti bakar, buah lai dan secawan air koko panas. Dalam hati punya dia manahan debar sebab sudah tertangkap dengan antena Miza yang berkesan itu.
“Yang mana ek?” Miza ikut rentak mainan Suri. “Bukan yang fasal kau menjerit tiba‐tiba malam tadi? Yang kau sebut ‘Gilaaaa, kenapa dia call balik?’?” soalnya polos. Diakhir kata mata Miza tiba‐tiba jadi tajam bersama senyuman sinis yang panjang sehingga ke telinganya.
Muka Suri bertukar merah. “Ak... aku ada je... jerit macam tu ke?”
“Shawn?” teka Miza. Tepat pula tu.
Bertambah‐tambah merah muka Suri dibuatnya.
Ketawa Miza meletus. Satu kompleks teres boleh dengar gelak tawanya yang berdekah‐dekah seperti jantan. Entah apa yang menggeletek hati perut gadis itu sehingga boleh ketawa sebegitu kuat sekali. Suri menggeleng‐geleng melihat riaksi Miza yang melampau.
“Apa sahaja yang kau fikirkan Miza, bukan seperti yang kau bayangkan.” Gadis itu menyambung semula kunyahannya dan mengisi perutnya yang kosong. Dua tahun lepas dia mungkin bukan orang paling rajin untuk menjamah makanan tetapi semakin hari, diet pemakanannya semakin baik walaupun dari pandangan orang lain dia tetap kelihatan seperti orang yang tidak kuat makan.
“Apa yang aku fikirkan?” soal Miza itu cuba bermain psikologi.
Suri menjungkit bahu. “Who knows?”
Miza sandarkan badannya pada dada kerusi. Tangannya bersilang. “Then, was it someone else? Yuri?”
Suri menggeleng.
“Orang Tua Heitai?”
Gadis itu menggeleng juga.
“Aku?” soal Miza ssedikit terkejut.
Suri ketawa sinis. “No silly. Orang lain yang kau ataupun aku... lansung tidak pernah fikirkan selama ni,” jawabnya sayu. “Walaupun bukan secara lansung dia sebabkan aku menjerit, tapi dia sebabkan aku tak boleh tidur semalam.” Dia teguk air kokonya. Rasa pahit di hujung tekaknya membawa dia untuk letak mug itu kembali pada meja dan dia terbatuk‐batuk mencari nafas. Sebelum ini dia minum rasanya manis sahaja, macam mana boleh jadi pahit dalam sekelip mata?
“Fasal ayah kau ke?” teka Miza dan sekali lagi ianya tekaan yang tepat. Tidak pernah salah.
Gadis itu beralih duduk di sebelah Suri dan mengurut‐urut belakang Suri.
Suri pandang wajah Miza sedikit terkejut namun apa yang hendak dikejutkan? Miza ialah gadis yang cepat tangkap baca situasi. Tiada apa yang gadis itu tidak dapat agak. Dia lantas berdiri.
Ada benda yang dia hendak tunjukkan pada Miza.
Sahabatnya tercengang‐cengang dengan ekspressi bersalah melihat Suri menginggalkan meja makan. “Aku salah cakap ke?”
Seminit dua kemudian Suri kembali semula pada meja makan bersama‐sama sekeping kertas A4 di tangan gadis itu.
“Suri, aku minta maaf kalau aku salah cakap,” ucap Miza tidak bertangguh.
“Tak Miza, kau tak salah dan kau perlu tahu ni.” Suri serah kertas itu pada Miza dan sahabatnya membaca setiap baris kandungan isi surat itu. Wajah bersalah Miza memudar dan diganti dengan riak tidak percaya.
“Heol....”
Suri terduduk lemah. “Aku tak tahu Miza. Aku rasa ini cara atuk halang aku dari kahwin dengan Ryuuji atau dia sebenarnya tak nak aku masuk campur dalam hal keluarga. Dua‐dua kemungkinan tu buat aku rasa terluka sebenarnya Miza,” luah Suri.
Miza baca lagi sekali isi kandungan kontrak tersebut jika dia ada tertinggal apa‐apa.
Kontraktee hendaklah mematuhi syarat satu (1), dua (2) tiga (3) dan empat (4) sebagaimana yang telah digarisi oleh kontraktor. Syarat 1 dan 2 ialah syarat am yang harus dilakukan oleh kedua‐dua kontraktee manakala syarat 3 adalah syarat khas buat setiap kontraktee. Syarat-syarat yang dikemukan adalah:
1. Tiga kali pertemuan rasmi (date) di tempat awam (tarikh pertemuan akan dimaklumkan pada masa hadapan)
2. Hadiri majlis formal sebagai pasangan (akan diberitahu kelak)
3. Baiki hubungan dengan Yahagi Kiyoshi (bapa kandung kontraktee) (baiki; memulihara, menerima, memaafkan, berbaik)
4. Sebelum pertemuan ketiga bagi memenuhi perkara satu (1), kotraktee hendaklah melaksanakan perkara tiga (3) terlebih dahulu.
Sekiranya kontraktee gagal memenuhi mana‐mana syarat, pertunangan antara kedua belah pihak keluarga akan terputus begitu sahaja dan kontrak ini telah mengambil kira pendapat dari kedua belah pihak yang terlibat.
“Kau nak buat juga ke?” soal Miza ragu‐ragu. Jika dia berada di tempat Suri, dia tidak pasti samaada dia bersedia untuk memperbaiki hubungannya dengan bapanya sendiri. Setelah bapanya tinggalkan mereka mengejar cinta perempuan lain, perspektif dia terhadap lelaki bertukar dan semakin sukar untuk mempercayai cinta lelaki yang mudah‐mudah menabur madah padanya.
Pertanyaan Miza tadi Suri biarkan berlalu sepi. Hanya satu renungan yang dalam dapat dia berikan.
Miza tergamam. “Kalau sekalipun kau setuju, kat mana kau nak cari ayah kau? Gambar dia pun kau tak ada,” risaunya dengan tekad Suri.
“A... aku tahu dia kat mana...” jawab Suri dengan nada rendah.
“Kau tahu?!”
Suri mengangguk. “Kau ingat tak customer yang selalu datang ke kafe yang aku cerita kat kau sebelum ni?”
“Dia ayah kau?” teka Miza sedikit gementar.
Bibir Suri cemberut. “Ayah tiri customer tu, ayah aku.” Suri membetulkan pertanyaan Miza.
“Serius?”
“Aku pun macam kau juga Miza. Tapi... nama ayah tiri Abang Jun, Yahagi Kiyoshi. Itu jelah perkara yang aku ada untuk aku bandingkan dengan bukti Abang Jun. Selainnya, aku percaya apa yang dia cakap,” jelas Suri.
Wajah Miza memaparkan riak yang berbeza. Gadis itu tidak percaya dengan apa yang dia katakan. Tetapi sahabatnya tidak banyak membantah kerana gadis itu sendiri juga tiada infomasi lain untuk membangkang kenyataan Jun.
Seketika suasana bertukar sepi dan mereka lebih banyak melayan perasaan sendiri.
“Kau... nak jumpa dia?” soal Miza. Gadis itu bangkit dan menuju ke arah sinki, mengambil sebuah cawan kemudiannya menuju ke arah peti sejuk. Mencari jus untuk membasahkan tekaknya.
“Tak nak,” jawab Suri ringkas. Namun hatinya saling bertingkah dengan dirinya sendiri.
Sebahagian enggan untuk berjumpa dengan bapa kandungnya dan sebahagiannya lagi memaksa dirinya sendiri untuk berjumpa dengan lelaki yang sanggup tinggalkan dia dan ibunya tanpa sebarang penjelasan yang dapat dia fahami.
“Tapi kenapa aku rasa kau nak tunaikan jugak kontrak ni, Suri? Aku salah baca pandangan kau ke?” Miza kembali ke tempat asalnya bersama secawan penuh berisi jus yogurt berperisa mangga.
Suri ketap bibirnya. “Aku keliru Miza. Aku memang tak nak jumpa dengan lelaki tu tapi... Ryuuji...”
“Kenapa dengan Shawn?”
“... Ryuuji...” Suri tidak mampu sudahkan kata‐katanya. Dia malu hendak beritahu sahabatnya yang dia cintakan Shawn. Dia malu kerana tempoh hari dia beria‐ia menidakkan penyataan Miza. Lagi‐lagi pula dia sebenarnya berasa ragu‐ragu dengan niat Shawn untuk mengahwininya dan mengikut kehendak datuknya begitu sahaja.
“Kau cintakan dia Suri?” soal Miza lembut.
Wajah Suri meredup. Malu‐malu dan dengan pipi yang hangat dia mengaku. “Ya.”
Miza ketawa gembira. Gembira bila Suri sudah boleh meneruskan hidupnya tanpa terus berpaut pada bayangan Yurino. “Baguslah Suri. Aku tahu dah, kau mesti cintakan dia. Mustahil kau tak cintakan dia lepas apa yang dia buat untuk kau. So sweet.”
Suri tersenyum hambar. “Jadi aku rasa aku patut...”
Miza mengangguk setuju. “Ya. Nak dekat sedekad kau tak jumpa dia. Samaada kau maafkan dia atau tidak, lain kali. Apa yang penting, kau jumpa dia dulu. Tanya dia, kenapa dia tinggalkan kau dengan mak kau. Marah dia atau apa‐apa sahaja. Bukan mudah untuk memaafkan tetapi kau boleh cuba sikit‐sikitkan?”
Namun begitu wajah Suri tetap muram walaupun sudah menerima nasihat Miza.
“Kenapa?”
“Aku baru terfikir...” Suri ketap bibirnya. Tapak tangannya basah dan berasa sedikit bodoh
kerana baharu terfikirkan hal ini. “... patut ke aku bagitahu Ryuuji, siapa diri aku yang
sebenarnya? Apa yang berlaku dua tahun lepas? Patut ke?” soal Suri kurang yakin. “Lepas apa
yang berlaku antara aku dengan Yuri dua tahun lepas, aku tiba‐tiba tersedar Miza. Bila fikirkan apa yang Yuri pernah buat pada aku dulu, aku jadi takut. Patut ke aku sorok identiti aku dari
Ryuuji atau patut ke aku bagitahu dia kebenaran di sebalik semua perkahwinan ni?”
“Apa yang kau rasa yang boleh buat kau rasa lebih bahagia, Suri?” soal Miza semula.
Suri tersentak. “Aku tanya kau Miza.”
Miza tersenyum manis. “Kau kena tahu satu benda Suri. Untuk membina sebuah hubungan
yang bahagia dan berkekalan, perkara paling utama yang patut kau buat ialah buang setiap
keraguan yang boleh timbul antara kau dan Shawn. Apa yang berlaku antara kau dan Yuri
dulu, semua itu sebab pihak ketiga. Bukan salah kau atau salah Yuri. Kauorang berdua mangsa
keadaan yang orang lain putar belitkan. Perkara kedua yang paling penting ialah kepercayaan,
yang sebenarnya berkait rapat dengan keraguan. Dulu, Yuri tahu siapa kau tapi dia tetap pilih
untuk tolak kau tepi. Suri bayangkan kalau Shawn tak tahu siapa kau dan suatu hari nanti
orang lain yang beritahu perkara tu yang mana kau sepatutnya bagitahu dia, bukan ke dah
timbul isu kepercayaan kat situ? Suri... aku rasa kau tahu nak buat apa kan?” Miza ambil sehelai
tisu lalu dia hulurkan pada Suri.
Perlahan Suri ambil tisu huluran Miza. Setitis air mata jatuh ke atas permukaan tisu dan setitis
lagi pada permukaan pinggan makannya. Tiba‐tiba emosinya memuncak dan semakin banyak
air mata yang mengalir deras menuruni tulang pipinya. Rongga hidungnya mula dipenuhi
cecair dan badannya tersengut‐sengut. Dari semalam dia tahan air matanya dari mengalir, hari
itu dia menangis hiba memikirkan akan kemungkinan yang manakutkan hati perutnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan