Irwan mengetap bibir. Sakit batang tubuhnya dibelasah sebegitu, apalah sangat hendak dibandingkan dengan pedih hatinya yang bagai dihiris‐hiris, disimbah garam dan cuka, dihina sebegitu. Lebih memedihkan apabila dia tidak mampu bangkit untuk mempertahankan maruah ibunya daripada diinjak‐injak begitu. Sepanjang hidupnya, inilah saat yang paling rendah dan hina yang pernah Irwan rasai. Hidungnya kembang‐kempis, bibirnya menggigil-gigil, bukan akibat menahan sakit, tetapi akibat menahan sebak di dadanya.
Beberapa orang pelajar tingkatan lima berlari menuju mereka, cuba meleraikan pembelasahan itu, namun keempat‐empat senior masih tidak puas melanyak Irwan. Justeru, berlaku pergelutan antara empat orang pembelasah tadi dengan pelajar tingakatan lima lain yang tampil cuba meleraikan pembelasahan. Pelajar‐pelajar tingkatan lain, tiada yang berani campur tangan.
“HOI!” Tiba‐tiba terdengar suara lantang yang menjerit dari koridor di depan Dewan Selera.
Mendengar suara itu, semua pelajar berhenti bergelut. Malah, empat pembelasah juga berhenti membelasah. Irwan masih mengkerekot di atas lantai.
Siapa itu?
Terdengar bunyi derap kaki yang laju dan kuat, bergegas menghampiri mereka. Irwan mengangkat muka. Cikgu Hamdan sudah berdiri berdepan dengan pelajar‐pelajar tingkatan lima tersebut.
“Dah kenapa!” Suara Cikgu Hamdan keras. Semua pelajar tingkatan lima diam. Irwan menjeling, senior yang membelasahnya tadi tunduk. Walaupun dengan muka yang sangat mendendam dan tidak puas hati, tapi tetap tunduk! Dengan Cikgu Hamdan memang tak ramai pelajar yang suka cari pasal. Cikgu ragbi, dan mempunyai badan yang besar, sesamseng manapun pelajar, selalunya di depan Cikgu Hamdan, mereka jadi tikus juga.
Beberapa pelajar tingkatan lima memapah Irwan. Irwan tahu, kisah ibunya sudah tersebar di semua tingkatan. Dia selalu diherdik oleh pelajar senior, baik dari kalangan tingkatan tiga, empat mahupun lima. Selalunya dia buat tuli sahaja. Tapi, rupa‐rupanya masih ada beberapa kerat pelajar senior yang sanggup tampil mempertahankannya menunjukkan masih ada yang kasihankan dia. Dari jauh, Fateh yang baru hendak pulang ke asrama dari mesyuarat persatuan usahawannya, terkejut melihat kejadian di dewan selera. Dia menjenguk‐jenguk.
Apa yang terjadi? Dia lihat dari jauh Irwan dipapah bangun oleh beberapa pelajar tingkatan lima, dan ada juga senior ‘empat jahanam’ di situ. Irwan? Apa dah jadi? Jantungnya mula berdebar.
“Kamu berempat, esok pagi, masa perhimpunan pagi, jumpa saya di bilik guru.” Cikgu Hamdan
mengingatkan. Keempat‐empat senior itu masih tunduk dengan wajah menyinga, langsung tidak bereaksi apa‐apa.
“Faham ke tidak!?” Jerkah Cikgu Hamdan.
“Faham, cikgu”. Balas keempat‐empat mereka, malas dan seperti dipaksa‐paksa.
Kesemua pelajar tingkatan lima sudah beredar, cuma tinggal Irwan yang berdiri berdepan dengan Cikgu Hamdan, diperhatikan oleh pelajar‐pelajar lain di dewan selera itu. Terhiburkah semua orang lihat aku diperlakukan begitu? Irwan angkat kaki, mahu beredar.
“Awak. Ikut saya pergi klinik.” Cikgu Hamdan mengarahkan.
Sepanjang perjalanan ke klinik swasta di Pekan Gerik. Irwan langsung tidak berkata apa‐apa. Dia hanya memandang kosong ke luar tingkap. Maruah dirinya kini sudah pecah berkecai, hendak memandang muka Cikgu Hamdan pun dia tidak sanggup, apatah lagi untuk berkata-kata. Bagi Cikgu Hamdan pula, macam‐macam perkara mula bermain di fikirannya. Lebih‐lebih lagi penghinaan yang dia dengar sendiri dengan teliganya ketika Irwan dibelasah tadi, tentang ibu Irwan. Mengejutkan. Sangat mengejutkan. Dia mahu bertanya, tapi melihat diri Irwan yang remuk semacam itu, dia belum sanggup. Di klinik, Irwan menunggu Cikgu Hamdan berbincang dengan doktor yang merawatnya tadi. Doktor tadi bimbang akan kecedaraan Irwan akibat dipukul, dia mahu lapor polis ﴾walaupun tadi ketika ditanya, Irwan jawab ‘terjatuh’﴿. Cikgu Hamdan pula sedang cuba meyakinkan doktor itu yang pelajar‐pelajar senior tersebut akan dihukum oleh pihak sekolah dan meyakinkan doktor agar tidak melaporkan kepada pihak polis. Entahlah apa sudahnya perbincangan itu.
Dalam perjalanan pulang, Pekan Gerik mula ditimpa hujan lebat. Bagi Cikgu Hamdan, memandu dlm hujan lebat begitu agak menggentarkan, jalan sudahlah gelap gelita, makin tak nampak apabila curahan air hujan mengaburi cermin depan kereta. Kilat sabung‐menyabung, angin kuat amat. Stereng digengam ketat, Cikgu Hamdan memandu penuh hemat. Sedang Irwan, masih melontar pandangannya ke luar tingkap, walaupun air hujan yang mengaburi tingkap kaca tidak memungkinkan Irwan nampak apa‐apa pada ketika itu. Sekali pun mata Irwan tidak berkelip. Bagai bangkai tak bernyawa, dia pegun di dalam kereta itu. Ribut bertiup terlalu kuat, dan hujan turun terlalu lebat, seperti sengaja mahu meruntuhkan harga diriku, getus hati Irwan. Sedetik, ada senyum tergores di bibir.
Apa lagi yang tinggal padaku? Maruah yang telah roboh, malah pecah berderai‐derai diinjak orang.
Senyum itu terus hilang tenggelam dalam rasa sebak yang amat melemaskan. Inilah kali pertama dalam hidupnya yang dia rasakan mahu menangis kuat‐kuat, meraung kalau boleh. Dia mahu cepat‐cepat keluar dari kereta. Dia cuma mahu menangis.
Anak pelacur tak sedar diri!
Kau tebuk mak sendiri ke weh!?
Cari pelanggan mak sendiri?
Aku jumpa mak kau memang siap dia!
Bertindihan nista yang tadi datang menukul‐nukul tempurung ingatannya. Retak rasanya kepala. Rasa bersalah terhadap ibunya terlalu berat mengantung di hati. Ah…. dia betul‐betul mahu menangis….
Cikgu Hamdan melepaskan Irwan pulang ke asrama tanpa bertanya apa‐apa. Tapi, ada tekad yang sudah bulat. Hal Irwan ini akan dia siasat, dari kulit sampai ke tulang. Memang ada sesuatu yang tidak kena, dan dia akan ketahui apa halnya.
Hujan masih lebat, angin masih kuat. Irwan berjalan melintasi blok‐blok asrama lelaki. Sudah hampir pukul 1 pagi. Memasuki blok tingkatan dua, suasana agak gelap, tidak tertangani oleh dua batang lampu koridor yang dibiar terpasang, tapi tersedu‐sedu menyala. Hatinya dirasakan lebih gelap lagi, kerana tiada lagi nyala cahaya.
Irwan menolak daun pintu biliknya, Fateh tiada di dalam bilik. Irwan menghembus nafas lega. Terus dia menolak daun pintu rapat‐rapat. Sebaik pintu terkatup, tubuhnya terus tersandar pada pintu bilik. Dia sudah hilang kekuatan berdiri. Dia biarkan punggungnya melurut jatuh terduduk di atas lantai. Bunyi tingkap kaca biliknya yang bergegar akibat diserbu angin di luar, tiada dapat menandingi gugah hatinya. Dari tingkap kaca, Irwan dapat melihat langit malam, yang nampaknya begitu galak melalak memancur hujan. Kilat sesekali mengintai dan menjeling, memeranjatkan malam dengan denyar putih. Lewat sedikit, baru terdengar tengkingan guruh yang bergemuruh menyergah tidur manusia yang tiada lena diganggu kegerunan.
Begitu hujan mengusik, namun hati Irwan langsung tidak tercuit. Basahnya Bukit Nasah, tiadalah dapat dibandingkan dengan lencun hatinya malam itu. Irwan mengetap geraham, bibirnya tercebik, tubuhnya menggeletar. Irwan menekap mukanya dengan kedua tapak tangannya. Lalu air matanya tumpah laju, lebih lebat dari hujan di luar. Irwan kalah dalam ribut yang sedang memunah‐ranapkan hatinya.
Fateh berdiri di luar bilik. Dia sebenarnya menunggu Irwan di tepi blok dari tadi. Dari sebelum hujan turun, sehingga lebat menggila. Tadi ketika dia terlihat kelibat Irwan memasuki kawasan blok, dia mahu terus menerkam bertanyakan keadaan Irwan, tapi tak jadi. Melihat Irwan yang berjalan lemah longlai, Irwan seperti tidak lagi sedar akan apa pun hal di sekelilingnya. Seperti jasad bergerak namun sudah tiada jiwa. Malah Irwan seperti tidakpun perasankan Fateh yang duduk tidak berapa jauh dari koridor utama blok.
Selepas melihat Irwan masuk ke dalam bilik dan menutup pintu, baru Fateh berjalan menuju bilik juga. Berdiri di hadapan bilik dia dan Irwan, entah kenapa hati Fateh berdebar. Sedikit sebanyak, Fateh basah juga terkena tempias hujan lebat yang berhabuk menyemi ruang koridor asrama. Fateh mengangkat tangan, mahu mengetuk pintu bilik, tapi dia serba salah. Mungkin Irwan mahu ruang bersendirian? Fateh berbelah bahagi begitu, sehingga dia terdengar suara Irwan dari dalam bilik. Suara Irwan yang tenggelam‐timbul dalam bunyi gemeretap titik hujan yang menimpa atap asbestos asrama dan juga bunyi ribut, kedengaran cukup kuat bergema dalam lohong telinga Fateh. Hati Fateh terus runtuh.
Suara esakan yang tersekat‐sekat dan sedu‐sedan yang tertahan‐tahan. Sebal hati Fateh mendengarkan raungan Irwan yang kian serak, sarat dengan rasa kecewa dan rengsa. Tanpa Fateh sedari, air matanya turut tumpah.
Irwan bukan orang yang mudah menangis. Sesakit manalah hati Irwan sehingga berteriak seperti anak kecil seperti itu. Fateh menyeka air matanya dengan lengannya, tapi air matanya turun lagi. Dia mengetap bibir menahan rasa sebak di dadanya. Sedangkan dia yang mendengar inipun sudah terasa cukup sesak, bagaimana Irwan di dalam?
Fateh duduk bersandar pada pintu, dan esakan Irwan semakin jelas Fateh dengari.
Hanya selapis papan pintu yang nipis memisahkan tubuh Fateh dan Irwan yang saling bersandar antara satu dengan yang lain, saling membelakang. Kerana itu tangisan Irwan begitu jelas dapat Fateh dengari.
Biarlah.. Biar Irwan menangis semahu‐mahunya malam ini. Fateh cuma mahu jadi peneman. Bila Irwan kalah tak dapat lagi menongkat tubuh, biarlah dia yang jadi tempat bersandar untuk Irwan, walaupun mungkin Irwan tidak sedari, seperti sekarang.
Hujan masih lebat. Patutlah. Rupanya langit turut mahu menemani Irwan menangis.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan