KETUKAN pintu mengejutkan Hana dari lena. Kepalanya berat. Tubuhnya masih berasa bisa akibat kesejukan semalam. Dahi dan bawah lehernya disentuh, tapi tidak panas lagi. Demamnya sudah kebah. Kedengaran ketukan pintu berulang lagi. Bagai memaksa dia membuka juga. Digagahkan diri bangun dan melangkah perlahan ke pintu lalu dibuka. Izwan berdiri tegak di depan pintu. Tangannya memegang dulang.
“Selamat pagi Cik Hana. Saya bawakan bubur untuk Cik Hana.” Pagi itu Izwan sungguh ceria dapat membawa sarapan ke bilik Hana. Inilah yang ingin dibuat selama ini. Tapi tiada alasan.
Dengan alasan semalam, dia boleh bertemu Hana dengan lebih kerap lagi.
“Izwan tak perlu susah untuk saya.” Hana semakin serba salah. Dia tidak suka rasa terhutang budi. Dia akan rasa terbeban. Cukuplah hutang budi pada Ridduan yang masih tidak terbalas dan sekarang pada Izwan pula.
“Susah apanya. Masak memasakkan memang bidang kepakaran saya.” Izwan melangkah masuk ke bilik Hana.
“Ehhh... awak nak ke mana ni?” Tanya Hana yang menghalang perjalanan Izwan seperti ingin masuk ke biliknya.
“Nak letak makanan Cik Hana la.” Jawab Izwan bersahaja.
“Tak apa saya boleh bawa sendiri. Tangan saya masih kuat dan mampu angkat barang lagi. Awak dah bawa bubur ni pun, saya sangat berterima kasih dan juga terima kasih sekali lagi selamatkan saya semalam.” Hana ingin mengambil dulang, tapi Izwan menepis.
“Tak apa. Biar saya bawa masuk ke dalam bilik Cik Hana. Saya boleh teman Cik Hana makan. Lagi pun saya nak pastikan Cik Hana betul‐betul makan bubur ni. Kemudian makan ubat.”
Izwan masih berkeras. Dia ingin juga masuk ke bilik Hana.
“Izwan. Maaf... saya tak boleh benarkan awak masuk. Saya janji dengan awak, saya akan makan bubur yang awak masak ni. Sekarang awak bagi pada saya. Lagi pun tak manis kalau ada staf tengok awak masuk ke bilik saya ini.”
Izwan mengalah bila Hana tidak mahu mengalah. Dulang bertukar tangan.
“Terima kasih banyak‐banyak Izwan. Lain kali tak perlu bawa makanan untuk saya. Saya rasa nak makan, saya sendiri akan order pada awak tapi bukan di bilik, di restoran... okey. Terima kasih sekali lagi.” Lembut tutur Hana.
Hana menghadiahkan senyuman manis pada Izwan. Senyuman itu buatkan Izwan suka pada Hana. Cara percakapan yang lembut membuatkan hatinya tidak sakit bila ditolak. Hana tidak sama seperti perempuan lain di resort ini. Hana seorang perempuan yang sangat berbeza daripada mereka.
Hana siap beruniform kerja, blaus berwarna krim serta blazer dan seluar berwarna kelabu dari fabrik yang sama. Dia lebih selesa memakai seluar dari skirt pendek. Nampak lebih elegan dan sopan. Tidaklah terdedah, menjadi santapan orang ramai pahanya yang gebu. Disebabkan itu dia juga bertahan dalam kejadian semalam. Jika tidak, pasti kulit kakinya mengering.
Kali ni dia tetap bekerja walaupun ada cuti sakit. Dalam keadaan puncak begini, tidak patut dia
bercuti dan terbaring di atas katil sedangkan staf‐staf lain bertungkus‐lumus memecah peluh menjalankan tugas mereka. Dia mengikat skarf kecil di lehernya. Rambutnya melengkung-lengkung
dikemaskan. Wajahnya di solek ringkas untuk menaikkan seri wajah. Dia tidak mahu kelihatan pucat walaupun dia sebenarnya masih tidak sihat.
Bubur yang hampir sejuk, dijamahnya. ‘Sedap...’ walaupun tiada selera, kelazatan buat dia makan hingga licin. Kemudian ditelan ubat yang diberikan. Dia telah bersedia memulakan kerja pada hari ini. Langkah dimulakan dengan bacaan bismillah, doa keluar rumah serta doa Nabi Yunus sebelum keluar dari bilik. ‘Semoga semua urusan hari ini dipermudahkan oleh Allah SWT...’ doa dalam hati.
Pagi itu dia mulakan kerja yang telah terbengkalai semalam. Dia bersama seorang waitress menuju ke vila membawa sarapan pagi untuk Mr. Eric. Hana turut membantu menyusun semua hidangan. Jambangan bunga Lily di letakkan atas meja. Daripada summery description tentang Mr. Eric yang di email oleh GM, ada tertera yang Mr. Eric sukakan bunga Lily. Jadi, dia gunakan bunga Lily untuk memohon maaf.
Kedengaran lif bergerak turun ke bawah. Hana mencapai jambangan bunga Lily dan berdiri tegak bersama waitress untuk menyambut kedatangan tetamu VIP.
“Good morning Mr. Eric...” Sapa Hana sebaik saja pintu lif terbuka.
Eric berlalu tidak endahkan Hana dan waitress.
“Mr. Eric, I would like to apologize. Yesterday I can not welcome you.” Jambangan bunga diletakkan di atas meja sebelah Eric.
Eric mengerling bunga Lily putih dan Hana silih berganti.
“Awak tak perlu minta maaf dan terima kasih pemberian bunga ini...”
Hana tergamam. Waitress yang sibuk menghidangkan makanan ke pinggan Mr. Eric turut tergamam, memandang Hana. Lelaki berkulit putih, mata biru, rambut blonde,tinggi lampai boleh berbahasa? Nak katakan kacuk, totally mat Salleh pure. Hana terdiam. Keliru.
Jam tangan dikerling. Waktu briefing hampir tiba.
“I have to go first and I hope you enjoy this place. If you have any problems, you can call me. I come to you immediately. My numbers appear on the card. See you again, Mr. Eric”Hana melangkah pergi.
“Tunggu..”
Sekali lagi Hana tergamam. Tidak dapat terima kenyataan yang Mat Salleh di depannya bercakap bahasa Melayu. Hana menoleh.
“Siapa nama awak?”
“Saya... nama saya Hana Maliqa.”
“Hana... wondeful name... saya harap kita berjumpa lagi.”
Hana menunduk tanda hormat dan berlalu pergi. Dia bagaikan disampuk Mr. Eric. Walaupun masih ada loghat english, tapi masih mampu faham apa yang dikatakan Eric. Dia mula kagum dengan Eric. Kagum dengan bahasa sendiri. Orang berbangsa asing pun tak malu berbahasa Melayu.
TENGAH HARI, Hana dan Sofea memantau semua hidangan yang tersedia. Terutama menu khas mengikut cita rasa dan tekak group Korea dan China. Makanan yang tersedia perlu diasingkan dari lunch buffet. Ketika itu Izwan ternampak Hana sedang bekerja, segera keluar dari dapur.
“Cik Hana... Cik Hana buat apa kat sini.” Tanya Izwan dengan nada risau.
“Kerja la. Buat apa lagi. Tak kan nak menari pula.” Sampuk Sofea.
Hana menyiku tangan Sofea tanda kurang sopan. “Saya kerja la.”
“Tapi bukan Cik Hana sepatutnya cuti sakit.”
“Ehh... yang kau sibuk sangat ni kenapa? Macam kau rapat dengan Cik Hana ni. Aku yang baik dengan Cik Hana pun tak sesibuk kau. Dia nak kerja ke, cuti sakit ke, cuti kecemasan ke, dia punya pasal la. Kau apa peduli. Kau buat aje kerja kau kat dalam dapur tu. Sibukkan hal orang lain.” Sofea menjeling tidak puas hati orang seperti Izwan mengambil tahu tentang Hana.
‘Cuti sakit...’ Sofea latas mengerling Hana di sisinya. “Cuti sakit? Cik Hana sakit ke?” Sofea agak
terkejut. Dia memandang dari atas hingga ke bawah dan naik semula ke atas. Dari wajah Hana kelihatan seperti biasa saja.
“Tak la... saya sihat.” Hana mengulum senyuman. Dia tidak mahu Sofea atau sesiapa tahu hal semalam. Cukuplah Izwan dan doktor saja yang tahu.
“Tapi kan...”
“Ehh... tak ada tapi‐tapilah. Kau tu sibuk aje. Pergilah masuk dalam dapur. Tempat kau kat sana. Bukan kat luar ni. Busuk la.” Celah Sofea. Tidak memberi peluang Izwan bercakap.
Bila mendengar perkataan busuk diungkit lagi, Izwan terus meninggalkan mereka berdua. Itu saja yang dia selalu dengar. ‘Busuk... busuk... busuk... busuk sangat ke badan aku. Orang lain pun kerja juga kat dalam dapur ni, tapi tidak dilayan seperti aku...’ bisik hatinya. Geram... bila mengenangkan perilaku Sofea padanya di depan Hana. Sofea telah menjatuhkan maruahnya sebagai seorang lelaki dan hero di mata Hana. Tangannya menggenggam kuat lalu ditumbuk meja besi di tepinya. Terkejut beberapa orang staf yang berada berdekatan. Izwan wajah selamba meneruskan kerjanya semula, tanpa rasa bersalah.
“Sofea... kenapa awak cakap macam tu tadi?”
“Betul la Cik Hana. Bukanya saya yang reka‐reka cerita. Cik Hana tak bau ke busuk. Baulah... naik sesak nafas ni tak dapat udara yang segar. Itulah kalau ketiak tu tak pakai deodoran. Mashem. Eee... geli la.” Sofea siap membuat gaya geli‐gelema sambil menggoyangkan badannya menandakan terlalu geli.
Hana menahan mulutnya dari ketawa bila melihat reaksi Sofea yang lucu. “Betul...”
“Haa.. tengok Cik Hana pun mengaku dia tu busuk. Bukan salah saya...” Lantas Sofea memotong sebelum Hana terus berkata‐kata.
“Tapi, awak tak boleh cakap macam tu pada dia. Pasti hati dia terguris dengan kata‐kata awak. Niat awak tu dah betul untuk tegur dia, cuma cara yang tak betul. Tegurlah dia baik‐baik, lembut‐lembut supaya dia tahu tentang diri dia dan berubah kepada yang lebih baik. Wangi macam awak. Bukan macam cara awak tadi yang lebih menyindir kelemahan dia. Mesti dia terasa. Awak mesti minta maaf balik daripada dia. Mana tahu satu hari nanti, awak dalam kesusahan dan dia satu‐satunya orang yang tolong awak ketika itu. Macam mana?” Hana juga mengaku betul apa yang Sofea cakap. Tapi dia sampai hati nak berkata begitu. Hana hanya menahan hidung bila Izwan mendekatinya. Ditambah pula Izwan telah membantunya semalam.
“Kalau dia, tak tolong pun tak apa Cik Hana. Saya sanggup berada dalam kesusahan. Yang Cik Hana ni bela dia dari tadi kenapa? Tak kan Cik Hana sukakan dia. Tak sesuai la Cik Hana.”
“Awak ni Sofea. Ke situ pula.”
“Ya la. Cik Hana dari tadi asyik membela dia daripada saya. Mesti ada sesuatu.”
“Tak ada apa‐apalah. Cuma apa yang saya cakap tu benda betul. Dahlah cepat buat kerja. Saya nak pergi tengok guest atas bukit pula lepas ni...” Hana cuba menukar topik. Takut Sofea dapat hidu kelainan dalam nada dan wajah dia. Jika Sofea terus korek tentang dia dan Izwan, sudah pasti hal semalam diketahui Sofea.
“Cik Hana... Cik Hana tak sesuailah dengan dia tu. Saya cakap ni betul. Macam cerita dongeng beuty and the beast. Cik Hana yang lawa ni, plus mewah dengan wangi‐wangian, boleh dapat yang lebih baik. Lebih handsome macam... hah... macam Mr. Ridduan. Barulah sesuai, padan, cun‐melecun bagai pinang dibelah‐belah. Seorang Handsome, seorang lagi cantik. Haa... dapat anak ni, sure putih gebu. Sila‐silap kembar tiga” Sofea ketawa berdekah‐dekah sedirian. Dia boleh bayangkan Hana dan Ridduan.
Hana merenung tajam. Di bibirnya tiada sepalit senyuman. Apa yang Sofea semakin melalut ni.
“Ehh... Awak ni Sofea, sampai ke situ awak fikir. Saya tak mungkin bersama Mr. Ridduan noktah.
Awak tu yang sebenarnya tergila‐gilakan Mr. Ridduan tu, katakan saya pula.” Hana meneruskan
kerjanya.
Sofea tersenyum gedik bila Hana kata begitu. “Cik Hana... saya rindu la pada Mr. Ridduan. Kenapa la dia tak datang sini lagi. Pergi pun tak ucap selamat tinggal. Kecewa saya.” Sofea mengomel sendiri. Hana tidak respons.
Kepalanya ligat berpusing. Memikirkan Ridduan bila nama itu dibangkit oleh mulut Sofea. Kecewa datang lagi. Sejak dia mengetahui Izwan yang menyelamatkan dirinya dan bukannya Ridduan, dia bertambah kecewa. Wajah Ridduan sangat jelas semalam. Dia ingatkan Ridduan benar‐benar muncul. Dia ingin memohon maaf atas kekasarannya dulu dan berterima kasih kerana selamatkan nyawanya tertangguh lagi. ‘Kenapa aku rasa begini?’ Bertanya sendiri.
Kepalanya berpusing dan pening tiba‐tiba. Pandangan mata menjadi kelam dan ingin pitam. Sempat dipaut pada tangan Sofea.
“Cik Hana... kenapa ni? Cik Hana betul tak sihat ke?” Sofea berubah wajah. Cemas...
“Tak... mungkin panas. Saya rasa pening.”
“Cik Hana duduk dulu. Saya ambilkan air.” Sofea mengambil air isotonic dari peti minuman tin di tepi meja kaunter dan memberi pada Hana.
Hana meneguk air. Dia bersandar dan menarik nafas beberapa kali bagi melegakan rasa peningnya. Ketika itu, waitress yang bersamanya di vila pagi tadi, datang ke arahnya.
“Cik Hana... Mr. Eric minta Cik Hana sendiri serve dia untuk lunchhari ni.”
“Apa?” Hana terkejut dengan kenyataan waitress itu. Rasanya, untuk pelayan VIP juga telah dipilih GM. Dia hanya memantau jika ada masalah. “Bukan awak dan Fahmi dilantik jadi pelayan di sana?”
“Betul. Tapi Mr. Eric yang cakap kat saya tadi.”
“Baiklah. Awak ikut saya sekali ya. Menu lunch Mr. Eric dah siap ke?”
“Sudah.”
“Kita pergi sekarang.” Hana berdiri semula. Pening yang dirasai masih tidak lega. Tapi ditahankan juga.
“Cik Hana... boleh tak saya nak ikut? Saya teringin sangat nak masuk ke vila tu.”
“Boleh. Tapi awak kan kena tengokkan group Korean China tu. Next time ya.”
Sofea muncung. Hajatnya tidak tercapai lagi. Ditinggalkan Hana dan waitress.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan