“Shawn bercakap,” ucapnya bila dia lekap telefon pintar itu di sisi wajahnya. Berasa sedikit debar tetapi berat hati pada masa yang sama. Pasti mahu memujuknya pulang Ke New York.
Dia tidak akan termakan kata‐kata pujuk Annie Rose selepas dia bersusah payah menyeludup keluar dari hospital di New Zealand seminggu yang lepas. Nampaknya makcik dia sudah mengerahkan pasukan‐pasukan tentaranya untuk mencari anak saudaranya yang menghilangkan diri dan enggan pulang ke rumah selepas sesi memujuk di bumi kepulauan kecil itu tidak menjadi.
Belum sempat dia hendak mendengar suara Annie Rose yang lembut dan lemak merdu itu, telefon pintarnya terlepas dari genggamannya dan tercampak jauh dek tekanan innertia yang sedang berlaku. Tanpa dia sengaja, dia telah melanggar tubuh seorang gadis bertubuh kurus kering. Nasib baik dia sempat peluk tubuh itu, jika tidak melayang tubuh itu sepertimana yang berlaku pada telefon pintarnya. Bagus juga telefon itu melayang. Tidak perlulah dia berasa berbelah bahagi.
“Awak tak apa‐apa...” soalnya bersalah apabila menyedari akan kondisi gadis itu yang berbalut di tangan juga bertongkat. Bila dia dapat lihat wajah itu, lidahnya kelu. Pipi yang cengkung tampak tidak bermaya, mata bundar dengan iris gelap, kening terukir cantik di kedua belah namun ada kecacatan di sebelah kirinya yang berjahit di hujungnya. Entah kenapa dia rasa seperti satu deja vu. Dia pernah lihat sebelum ini. Di suatu tempat asing yang dia tidak dapat ingati di mana.
“Kita pernah...”
Tiba‐tiba air mata gadis itu mengalir. “Daniel...”
SHAWN bangkit dari pembaringannya. Sekali lagi dia mimpikan perkara yang sama. Bahagian dan tempat yang sama. Perasaan yang hadir waktu itu berdetak irama yang sama. Aneh. Apa makna mimpinya itu sehinggakan dia sering mimpikan situasi yang sama?
Lemah dia bangun dari pembaringannya. Jam dinding di biliknya diintai. Samar‐samar dia lihat waktu sudah menginjak pukul 2.30 pagi. Mulutnya kering dan dia perlukan sedikit air untuk dia menyegarkan dirinya dari kantuk. Sepanjang dia menuju ke arah dapur, mindanya asyik terfikirkan mimpi yang dia alami sebentar tadi. Cebisan memorinya menjadi satu mimpi yang menghantuinya. Juga punca kepada kenapa dia enggan untuk tinggalkan negara ini.
Sebahagian dari dirinya ingin mengetahui siapa gadis itu dan kenapa dia dipanggil sedemikian?
Shawn capai gelas di dalam kabinet atas lalu air mineral di dalam tong dituang penuh ke dalam gelas. Rakus dia meneguk minuman tersebut. Sesudah itu, dia lepas nafas panjang dan matanya jadi segar dan otaknya berfungsi lebih baik.
Tiba‐tiba fikirannya melayang memikirkan Suri. Waktu‐waktu begini, setiap kali dia hantar pesanan ringkas, pantas sahaja gadis itu membalas. Tanda yang gadis itu masih berjaga. Untuk gadis seperti Suri berjaga malam‐malam begini, apa yang gadis itu lakukan?
Dia juga perasan akan lebam di bawah mata Suri. Pernah tempoh hari ketika dia pergi ke bangunan kerajaan bersama gadis itu, ternampak jelas lebam di bawah mata Suri. Lebih‐lebih lagi gadis itu kerap menguap dan menggosok mata. Menjelang subuh, gadis itu tidur tidak sedarkan diri. Sehingga dia fikir, yang Suri pengsan sedangkan menurut Bianca ﴾doktor peribadi Suri﴿ gadis itu hanya tidur dan perkara ini hanya perkara biasa. Bila difikirkan semula, Suri ada sorokkan sesuatu. Mungkin Suri anak kerabat tetapi tidak semua yang ada doktor peribadi yang sanggup jadi bodyguard pesakit sendiri dan ikut kita ke mana sahaja kita pergi.
Shawn lepaskan hela panjang. Mengingati temu janji semalam bawa sedikit rasa bahagia pada dirinya. Sedikit demi sedikit dia kenal siapa Suri dan dia tidak kisah siapa Suri di mata orang lain. Kerana bagi dia Suri sempurna di matanya.
TEMU janji semalam habis di tengah jalan selepas dia habiskan kisah hidupnya yang memalukan. Dia rasa malu dan segan kerana sekali lagi dia menangis di hadapan lelaki itu.
Lagi‐lagi Shawn banyak mendiamkan diri sepanjang dia bercerita. Menambah rasa malunya ialah bila dia keluar dari kafe itu dengan lagak dramatik seperti di dalam mana‐mana drama ‘makjang’ yang dia pernah lihat di televisyen ataupun di komputer ribanya.
Suri hela nafas berat. Rasa malu yang dia rasa semalam masih berbekas di hatinya. Dia berharap sangat yang dia tidak akan terserempak dengan Shawn di kampus hari ini.
“Mengelamun ke study?”
Suri tersentak. Matanya bulat melihat Shawn mengambil tempat di hadapannya bersama senyum manis yang buatkan Suri berasa tidak keruan. Pantas Suri menunduk memandang buku notanya, konon‐kononnya dia tidak pernah kenal waima bersua muka sekalipun dengan lelaki yang cuba berbual dengannya. Tangan kirinya menutup wajah dan tangan kanan menulis sesuatu di atas buku notanya. Baharu sahaja dia berdoa untuk tidak bertembung dengan lelaki ini tetapi nampaknya takdir bermain dengan dirinya.
“Suri?” panggil Shawn, kepala cuba mencari wajah Suri yang terlindung balik rambut depan yang panjang dan tangan kiri yang sengaja menyorok wajah.
Semakin dekat wajah Shawn ke arahnya, semakin dalam dia menarik mukanya. Bibirnya sakit akibat gigi mengigit bibirnya kuat.
Shawn menarik badannya semula. Dia lihat Suri yang sengaja mengelak melihatnya. “Awak tahu, bila awak buat macam ni, saya rasa terluka sangat. Kalau awak mengelak berjumpa dan bercakap dengan saya, ada baiknya awak tak cerita pada saya semalam. Jujurnya saya tak kisah pun siapa awak Suri. Kita ada kekurangan masing‐masing dan saya terima kekurangan awak dengan hati terbuka. Kalaulah awak tak tinggalkan saya semalam, kita dapat habiskan date kita yang awesome tu,” bisik lelaki itu. Dihujung katanya seperti ada helaan yang berat terhembus sekali.
Mendengarkan itu, Suri mula berasa serba salah tetapi dia tidak tahu untuk beriaksi bagaimana. Dia tidak pernah berhadapan dengan situasi yang begini. Sepanjang 20 tahun dia hidup, yang dia ingat hanya penolakan demi penolakan. Jarang orang menerima dia dengan sepenuh hati dan penuh kehangatan.
“Kalau awak enggan, saya pergi. Kalau awak dah sedia, awak tahu mana nak cari saya,” cakap Shawn lalu bangkit.
“Nanti!” Serentak Suri capai pergelangan tangan Shawn, menghalang lelaki itu dari pergi.
“Shhh!” tegur seorang pustakawan yang sedang mengemas buku di rak berdekatan. Ada juga mata‐mata di meja berdekatan memandang ke arah mereka.
Pipi Suri memerah lantas dia menunduk maaf. Pergelangan tangan Shawn dilepas dengan rasa sebal dan dia duduk semula, mata tidak lepas dari memandang Shawn; tajam.
Lemah Shawn mengambil tempat semula di hadapan Suri. Tangan bersilang dan badanya bersandar pada kerusi. “Awak nak apa?” dingin Shawn menyoal.
Suri bermain dengan pennya. “Kalau awak pergi, saya tak tahu nak cari awak dekat mana.” Lain yang dia mahu cakap, lain yang keluar dari dua ulas bibirnya.
“Seriously Suri?” soal Shawn sedikit melenting dengan suara yang tertahan‐tahan. Nasib baik dalam perpustakaan, kalau dekat luar agak‐agaknya free‐free sahaja Suri dapat dengar amarahnya.
“Okay! I’m sorry,” kata Suri kesal. “I won’t do that again. I promise,” janjinya dengan wajah sedih meminta simpati. Pipinya yang sedia merah bertambah merah.
Shawn mengembungkan wajahnya. Lama dia mentap wajah Suri, perhatikan kening kiri gadis itu dahulu kemudian jatuh pada hidung dan bibir yang mencebik sedih. Dalam hatinya, dia sudah ketawa terbahak‐bahak. “Tengoklah,” dia berdolak dalih. Fikir Suri seorang sahaja yang boleh main tarik tali dan dia tidak boleh. Huh, dia pun pandai juga.
“Ryuuji!” Kali ini Suri pula yang naik angin. Sekali lagi mereka ditegur pustakawan bersama jelingan maut yang menakutkan.
“Argh!” rungut Suri. Hilang segala rasa malu dan sedihnya tadi diganti dengan rasa geram yang tidak sudah. Bagaimana dia boleh lupa yang Shawn ialah seorang lelaki yang sangat menjengkelkan?!
Shawn ketawa kecil. “Okey. Maaf awak diterima. Dah kemas. Saya nak bawak pergi somewhere,” arahnya.
Dahi Suri berkerut. “Pergi mana?” soalnya. Tangan masih tidak lepas memegang pen dan tiada ura‐ura yang dia akan patuh arahan Shawn. Dia sedar yang Shawn suka bawanya ke tempat-tempat yang dia tidak pernah lawati sebelum ini termasuklah kafe tempat mereka berbual semalam. Dia khuatir juga jika Shawn ingin membawanya ke tempat yang jauh. Petang ini dia ada kerja dan dia tidak mahu ambil cuti tiba‐tiba pada waktu begini.
“Adalah. Tak jauh pun. Jom,” ajaknya pula. Dia juga turut mengemas alat‐alat tulis yang gadis itu guna masuk ke dalam bekas dan buku‐buku nota serta buku‐buku teks yang tebal ke dalam pelukannya. Dia hanya perlu menunggu Suri untuk bergerak ke arahnya.
Sebaik sahaja gadis itu berdiri di sebelahnya, dia bawa langkah gadis itu keluar dari perpustakaan dan buku‐buku teks tebal yang Suri guna itu diletak di dalam troli. Dia tidak sabar ingin menyambung semula temu janji mereka yang tertangguh semalam.
GADIS itu berdiri berpeluk tubuh, mata tajam merenung dirinya yang berdiri di hadapan studio tempat gadis itu banyak meluangkan masa menyudahkan kerja‐kerja kursus. Lama dia berfikir samaada dia perlu atau tidak untuk terbang semula ke nagara ini sedangkan cuti yang dia terima sudah hampir tamat dan sepatutnya habiskannya dengan keluarganya dan membantu adik tirinya; Annie Rose, mempersiapkan majlis kahwin gadis itu. Dia mungkin sudah gila.
“Ya, apa yang aku boleh tolong?” dingin sekali Miza menyoalnya.
Blake ketap giginya geram. Bila fikir semula, dia semangnya sudah gila. Kerana gadis seoang ini, dia sanggup melanggar peraturan dan menyuruh rakan sekerja membuat ‘background check’ terhadap Miza. Tidak pernah dia buat kerja segila itu. Kalau tertangkap, lesennya mungkin boleh digantung atau lebih teruk dia akan dibuang dari agensi tersebut!
Dia tarik nafasnya dalam. Sudah berkulit‐kulit wajahnya terkopes dek gelak tawa Shawn tempoh hari setelah dia ceritakan hal sebenar pada sahabatnya itu. Berbakul‐bakul juga kata-kata nasihat berupa ejekan dia terima. Hari ini dia datang untuk jernihkan air yang keruh.
“Saya datang nak minta maaf,” ucapnya.
“Untuk?”
“Untuk apa yang saya panggil awak tempoh hari...” Dia kesal. Sangat‐sangat kesal. Gara‐gara mendengar hasutan kata seorang kawan yang Shawn kenali, hatinya terbakar mengetahui yang Miza itu kononnya jenis bertukar‐tukar teman lelaki. Padahal, bercinta pun tidak pernah.
Apatah lagi bawa balik lelaki ke rumah. Cuma hanya ada seorang lelaki yang sering keluar masuk rumah gadis itu dan lelaki itu ialah bekas tunang Suri juga merupakan sahabat baik Miza.
“Okey.” Pantas Miza membalas dalam nada yang sama seperti percakapannya sebelum ini.
“Dan lepas ini anggap jelah yang kita tak pernah kenal pun sebelum ini. Aku tak nak ingat benda‐benda macam tu pernah wujud dalam kepala aku,” sinis dia berkata lalu berpaling masuk semula ke dalam studionya.
Mendengarkan kata‐kata dingin Miza, entah kenapa belakang tubuh Blake seperti dipanah beribu anak panah ais yang membekukan seluruh anggota tubuhnya namun akal berfikir pantas sebelum peluang yang tipis seperti benang ini hilang buat selamanya. Dia dapat rasakan jika dia lepaskannya, dia tidak akan dapat peluang untuk berjumpa gadis ini lagi dan memikirkannya buatkan badannya yang sebentar tadi terbeku dek tembakan sinis Miza, kembali hangat.
“Itu sahaja? Saya fikir awak...” Anak matanya laju mencari alasan untuk alasan senipis benang itu dan dia nampak sebuah kanvas sederhana besar yang terletak di tengah studio tempat Miza meluahkan inspirasi kreatif di hujung jarinya. “... awak perlukan model untuk lukisan awak? Sekadar maaf, saya tak rasa awak puas dengan itu sahajakan? Saya sanggup jadi hamba untuk awak sehari ni.”
Blake gigit bibirnya. Itulah padahnya bila terlajak perahu boleh diundur tetapi terlajak kata.... dan dia kini separuh sesak nafas memikirkan yang Miza akan tolak tawaran gilanya ini. Tidak tahu kenapa tetapi dia benar‐benar akan serahkan dirinya untuk apa sahaja asal gadis itu terima tawarannya. Terjun bangunan setinggi 50 tingkat pun dia sanggup. Itu rekod lompatan paling terkini yang dia pernah buat.
Kedengaran Miza menghembus nafas berat. “Sesuatu yang boleh hidupkan sel‐sel otak aku dari ‘Fiction’... mungkin tawaran kau akan aku pertimbangkan. Aku bagi masa lima minit dari sekarang,” cakapnya lemah dan kembali semula pada muka kanvas di tengah studio itu.
Blake tidak dapat menyembunyikan senyuman gembiranya bila dia dengar kata‐kata Miza dan tanpa menunggu lama dia pantas berlari mencari sesuatu yang gadis itu maksudkan. Bunyi derap langkah larian Blake mencuri lirikan mata Miza. Bibir gadis itu herot. “Lari macam tahu apa yang aku nak. Tak ada peluang untuk kaulah seman...” kutuknya sambil berpeluk tubuh.
Namun hampir ke jangkauan masa lima minit, lagi satu satu nanosaat dan Blake sudah berada di hadapan pintu dengan mengah dan peluh yang mengalir di kedua belah pipinya, lelaki itu mengangkat sebungkus beg kertas berisi pastri dan sebekas minuman sejuk. Bersama itu lelaki
itu tersenyum menang dan berjalan mendekati Miza yang sedikit tergamam dengan kehadiran pantas Blake.
“Tart telur dan jus blackcurret. Sorry, Fiction tak jual Ribena tapi mereka ada jual blackcurrent. Itu boleh kira sama kan?” kata lelaki itu sedikit merayu.
Miza berasa betul‐betul tidak percaya. Dia berlari melihat isi dalam bekas beg kertas yang berisi tart telur seperti yang Blake katakan, untuk seketika... dia rasa betul‐betul tergamam. Kedua anak matanya memandang lelaki itu dengan rasa was‐was. Tiada siapa tahu makanan yang sering dia idamkan dalam waktu‐waktu ideanya kering kontang ini melainkan Suri Nomiya dan Yurino Genji. Bagaimana Blake boleh tahu, dia tidak dapat fikirkan tetapi dia mula rasa curiga dengan lelaki di hadapannya ini. Yang masih tersengih‐sengih seperti dengan senyuman naif itu dapat mencairkan hatinya yang keras.
SHAWN memberhentikan kereta kecilnya di hadapan sebuah tasik, 10 minit perjalanan dari kampus dan hanya lima minit perjalan pulang ke Fiction. Suasana sekeliling tasik itu tampak sunyi tanpa pengunjung dan hanya kelihatan beberapa ekor burung beterbangan di dahan pokok tanpa dedaun. Tasik yang luas dipagari dengan pagar kayu kelihatan tenang dan sesekali permukaan air berkocak bila seekor dua ikan bermain di permukaannya. Suhu di luar masih lagi sejuk walaupun salji semakin berkurangan di sekeliling mereka namun suasana masih lagi mencengkam juga jika keluar berjalan hanya memakai sehelai dua lapis baju. Dia lihat Suri disebelah yang berpakaian cukup tebal dan selesa. Dengan kehadiran parka tebal dari jenama mahal, dia tidak rasa yang Suri akan merungut sejuk kalau dia ajak gadis itu bersembang di bangku berhadapan tasik itu.
Gadis itu menoleh memandang wajah Shawn, pipi dan cuping telinganya sedikit memerah bila ditenung begitu. “Apa?” soal gadis itu gementar.
Shawn tarik senyum senang. Dia cuba capai earmuff yang dia baharu beli di kedai eksesori semalam selepas ditinggal begitu sahaja. Earmuff yang bewarna putih dengan hiasan wajah kambing biri‐biri di kedua belahnya membuatkan si pemakainya tampak comel dan membuatkan Shawn tersenyum lebih lebar. Semakin merah wajah Suri bila Shawn pakaikannya earmuff tersebut.
“Glad it looks better on you,” komen Shawn dengan senyuman yang membuatkan jantung Suri terus berlari laju dari tadi. “Hope you feel a lot warmer cause I want take us a stroll outside,” ujar lelaki itu dan tanpa menunggu respond gadis itu, dia membuka pintu dan berjalan keluar.
Suri hela nafas gementarnya perlahan. Menenangkan jantungnya yang berlari pantas sepantas Maserati. Kedua belah tangannya menekup pipinya, dapat rasakan yang kehangatan pipinya yang merebak ke seluruh badannya. Penangan senyuman Shawn boleh buat dia rasa macam hendak demam. Dia kemudian buka pintu kereta Volkswagen Golf dan mendekati lelaki yang sedia menunggunya di sebelah pokok ceri yang hambar tanpa sebarang dedaun dan bunga-bunga indah.
Sebaik sahaja Suri tiba di sebelah Shawn, lelaki itu masih lagi menampal senyuman manis yang melajukan semula denyutan jantung Suri, membawa mereka berjalan sekitar tasik itu.
“Once, saya pernah datang sini dengan parents saya. It was a lovely evening. Tasik dan pokok ceri... the smell of the nature, the warmth, everything glow brightly. The sun and the wind...”
Shawn katup matanya dan menghirup udara sejuk seperti menghirup udara segar pada musim bunga. Wajahnya mendongak pada sinaran cahaya matahari yang memberi sedikit rasa hangat tika cuaca sejuk masih lagi berlegar di sekeliling mereka. “Mereka beritahu saya ini tempat di mana mereka bertemu dan jatuh cinta.”
Suri berharap yang dia juga dapat merasakan apa yang Shawn rasakan kerana dia seolah dapat membayangkan suasana itu tetapi yang kurangnya ialah dia sendiri. Tiada ‘parents’ itu dan dia tidak tahu dimanakah tempat ibu bapanya jatuh cinta. Tiada satu apapun yang dia tahu tentang mereka melainkan hanya sekeping memori di sebuah rumah kecil, di meja makan di mana mereka sering bergurau senda dan saling usik mengusik. Dan sekeping memori itu hanya ditemani dua orang orang dewasa yang dia gelar ibu bapa tanpa dia ingati wajah mereka. Begitupun, dia bersyukur yang dia masih ingati sekeping memori itu kerana selebihnya hanya memori duka yang meruntuhkan motivasi dirinya.
Shawn buka matanya. Dia pandang wajah muram Suri disebelahnya. Tiba‐tiba dia rasa bersalah. Adakah percakapannya tadi ada melukakan perasaan Suri? Melalui apa yang Suri ceritakan padanya semalam, gadis itu menjadi yatim piatu sejak berumur lima tahun dan gadis itu lansung tidak mengingati wajah ibu bapanya. Lantas Shawn ambil jemari kanan Suri yang tersarung dengan sarung tangan bulu kambing.
“Hey...” tegur Shawn. “Awak okey?”
Gadis itu paksa senyum di wajahnya. “Yeah. Saya okey. Cuma rasa sedikit cemburu dengan memori yang awak ada.”
Lagi Shawn rasa bersalah. Dia tiada niat untuk buat Suri rasa begitu sebaliknya dia ingin berkongsi memori itu. Lagipula dia ada agenda lain untuk dia lansungkan. Ini baharu pembukaan. Sepanjang malam dia fikir untuk menghadapi situasi ini. Suri bukan gadis mudah seperti kali pertama dia jumpa gadis itu. Tanggapan pertamanya terhadap Suri setelah mengetahui siapa ﴾dalam erti siapa itu ialah kedudukan, latar belakang dan gosip dari internet﴿, dia fikir gadis bernama Suri Nomiya ialah jenis gadis manja dan tidak boleh hidup tanpa gosip liar dan beli belah yang melampau. Sebaliknya, bila dia betul berkenalan dengan Suri, gadis itu lebih banyak memendam dan tiada keyakinan diri. Lansung tiada imej Paris Hilton yang masyarakat lebelkan.
“Kalau macam tu...” Shawn tarik nafasnya. Dia dapat dengar gementar di dalam suaranya. “... apa kata kita buat memori tu? Awak dan saya.”
Gadis itu seperti tergamam. Iris gelap yang bersinar misteri itu memandangnya dengan penuh rasa terkejut dan keliru. “Ryuuji...”
“Saya dah fikir masak‐masak sejak kita setuju untuk berkahwin dan saya sebenarnya dah silap.”
Semakin besar iris gelap itu memandangnya. Sedikit bingung dan dari gaya anak mata itu bergerak‐gerak, Suri sudah fikirkan perkara yang bukan‐bukan. Sebelum keadaan jadi semakin teruk, Shawn pantas bertindak.
“Ada satu perkara yang saya nak jelaskan pada awak sebelum awak fikir yang lebih bukan-bukan. Lepas awak beritahu saya semalam akan tujuan awak setuju dengan perkahwinan ni, saya nak tanya awak pula lepas awak dengar tujuan saya. As much as you afraid I’ll leave you, as much as I afraid you’ll hate me.” Dia berharap sangat udara sejuk ini dapat menyejukkan tangan dan kakinya yang dirasakan berpeluh‐peluh. Dia lantas tarik Suri duduk di bangku berdekatan.
Bila mereka duduk di bangku itu dan saling berbalas pandangan, Shawn dapat rasa mata gadis itu seperti menarik‐nariknya masuk ke dalam diri gadis itu. Seperti ada satu dunia misteri yang berlegar di dalam kepala Suri dan perut di kening kiri itu, lebih menarik dirinya untuk menyentuh wajah gadis itu. Seperti apa yang berlaku tempoh hari ketika mereka sama‐sama melihat matahari terbit di bangunan kerajaan.
“Do you remember, masa kita lihat matahari terbit tempoh hari?” soal Shawn dan Suri mengangguk perlahan. Menanti apa yang ingin Shawn katakan.
“The time that you ask me about my first love...”
Ketika itu dia nampak Suri seperti termenung panjang. Mungkin cuba mengingati apa yang berlaku. Ekspressinya tika itu dan betapa dia cuba mengelak untuk berbicara tentangnya. Mungkin Suri perasan sesuatu atau mungkin tiada apa yang tampak signifikan tetapi kemudian gadis itu kembali padanya.
“Awak cakap ‘Semua orang ada cinta pertamanya Suri. Saya percaya awak juga ada. Saya minta maaf kalau penerimaan saya pada pertunangan ni melukakan awak tapi saya tak pernah berniat buruk pada awak,’.”
Shawn mengangguk. “Saya cakap macam tu sebab saya nak mengelak dari cakap tentangnya Suri dan saya rasa macam tak sopan untuk saya ceritakan tentangnya tapi bila semakin lama saya kenal awak... saya semakin tak sanggup fikirkan yang awak akan bencikan saya. Saya tak tahu kenapa tapi...” Dia lepaskan satu kelahan berat. Dia sudah mula melalut dan dari cara Suri pandang wajahnya, dia tahu dia patut straight to the point!
“Saya sudi kahwin dengan awak sebab saya nak balas dendam dan lupakan cinta pertama saya,” jujurnya. “Simply awak umpama sponge love saya.”
“Sponge love?”
Shawn garu belakang kepalanya. Dia dengar term sponge love ini pun dari kawannya yang belajar di Belgium. “Ia cara orang yang putus cinta untuk bangun dan teruskan hidup. It wasn’t exactly love for fluttering heart and flying cupid. It’s more like – ”
“ – awak gunakan saya?”
Shawn tahu yang perkataan ‘gunakan’ itu kedengaran kejam tetapi bila dengar baris ayat itu keluar dari mulu Suri sendiri, dia rasa dia terluka dalam. Apatah lagi Suri yang dipergunakan.
“Suri... saya minta maaf. Saya sekarang memang bersungguh nak kahwin dengan awak – ”
Suri angkat tangan menutup mulut Shawn. Apa yang mengejutkannya ialah bila wajah Suri yang tenang dan di hujung garis mata itu seperti sedang tersenyum ataupun menahan air mata? Dia tidak tahu.
Ketawa kecil meletus di bibi gadis itu. “Awak betul‐betul dah kenakan saya kat situ,” komennya. “Saya ingatkan awak nak tarik diri dari perkahwinan ni, takut saya.”
Shawn bingung.
Melihatkan ekpressi Shawn yang sebegitu, Suri ketawa lagi. Salah satu cara untuk tutup hatinya yang bergelora dengan rasa sedih dan kecewa. Mengetahui hakikat yang dia digunakan untuk ‘sponge love’ Shawn lupakan cinta pertama. Lagipula untuk balas dendam... umpama selama ini Shawn nampak dia sebagai alat dari manusia yang mempunyai perasaan dan rapuh.
Mungkin dia patut tampal perkataan ‘CAUTION: FRAGILE’ juga gambar cawan gelas yang sudah pecah dekat dahinya. Tetapi bila dia timbang semula tujuan Shawn dan tujuan dia untuk berkahwin, itu semua tampak adil di matanya saat ini kerana dia juga serupa seperti Shawn.
“Awak tak patut cakap minta maaf sebab kita berdua seri. 0‐0,” cakapnya. “Saya juga gunakan awak sebagaimana awak gunakan saya, itu kalau awak sedar. Saya guna awak sebagai batu loncatan untuk naikkan status saya?” Dia jongket kening kirinya yang bercalar halus di hujungnya itu. Kedua belah matanya melirik ke arah Shawn, seolah dia ingin satu tindak balas dari Shawn. Apa sahaja tindak balas.
Tidak ambil masa yang lama untuk lelaki itu faham maksud jelingannya. Shawn ketawa kekok.
“Ya. Ya. Saya tahu tu. Awak beritahu saya semalam...”
Suri tersenyum lebar sambil mengangguk suka. Bagus juga budak Shawn ini, fikirnya.
“Lagipun kita berdua agree on the term pun bukan sebab fluttering heart and flying cupid bukan?” soal Suri lagi dan Shawn sekali lagi ketawa kekok dengan kepala mengangguk dalam kekeliruan. Sepertinya baharu sahaja tersedar dari satu hentakan kuat yang lebih dasyat dari dia jatuh menjunam kerana hilang kawalan ke atas papan ski dua tahun lepas.
Suri berasa lega sangat yang Shawn tidak perasan akan perasaan yang dia simpan untuk Shawn dan dia tidak tahu samaada dalam masa terdekat ini dia akan dapat luahkannya. Satu benda yang pasti, dia bukannya jenis yang head on dalam hal macam ini.
Suasana antara mereka menjadi senyap sunyi selepas itu. Seorang termenung menghadap tasik seorang lagi berangan merenung langit. Ayat terakhir Suri tadi seperti betul‐betul menghentam mereka berdua dan buatkan seorang keliru dan seorang lagi resah.
“Suri...”
“Ya?”
“Sebelum ni kita pernah jumpa ke?”
Kening Suri bertaut. “Maksud awak?” Seingat dia yang pertemuan pertama mereka disebabkan oleh perlanggaran dan salah faham melibatkan duit sebanyak 10,000y. Banyak betul harga yang dia bayar untuk satu kos permulaan jodoh yang berbelit.
“Sebelum kita... awak tahu berlanggar dan lempar duit tu...” Suara Shawn seperti ditiup desir angin. Menjauh dan jauh.
Suri cuba fikir samaada dia pernah bertemu Shawn sebelum pertemuan ‘mahal’ itu. Dia imbas setiap wajah yang dia pernah jumpa di jalanan dan di kampus dan di mana‐mana sahaja dia berada. Namun walaupun otak manusia dicipta lebih banyak gigabytes dari super computer tetapi satu kelemahan manusia ialah pemikiran yang terhad. Lagipula perasaan yakin yang dia sememangnya tidak pernah berjumpa Shawn sebelum pertemuan ‘mahal’ itu.
Gadis itu menggeleng. “Nope!”
Shawn terima jawapan Suri dengan kerutan di dahi. “Are you sure cause I think we do.”
“When?”
“Dua – ”
Telefon pintar Suri berbunyi nyaring. Ia jadi lebih nyaring bila suasana sekeliling mereka hanya pokok kering dan tasik tanpa itik yang berenang. Gadis itu mencapai telefon pintarnya yang berada dalam poket baju parkanya. Panggilan dari Fredrick. Sempat dia intai waktu di hujung atas skrin. Bibir gadis itu menjuih. Dia ada masa lagi 30 minit sebelum shiftnya bermula dan pengurus kedai itu sudah mula mencarinya seperti dia sudah terlambat 30 minit!
“Kejap eh. Saya kena jawab ni,” Suri minta izin dan Shawn tersenyum nipis. Gadis itu bagun dan
menjauhkan diri dari Shawn agar perbualannya tidak didengari.
Tanpa Shawn sedar, dia terintai‐intai ke arah Suri, cuba mencuri dengar sedangkan jelas terang
lagi bersuluh yang gadis itu tidak mahu dia mencuri dengar. Sebagi seorang lelaki sopan,
sepatutnya sikap mencuri dengar itu seperti sudah melanggar peraturan hidup dia tetapi dia
tidak dapat menolak perasaan ingin tahu dan rasa yang mencuit‐cuit ulu hatinya itu. Lagipula
dengan rasa terbakar yang tiba‐tiba. Bukan kerana dia cumburu, pshh! Tetapi kerana dia rasa
terkejut yang Suri tidak ingat pertemuan mereka dua tahun lepas. Dia yakin yang gadis dia
jumpa di hospital dua tahun lepas ialah Suri Nomiya. Tiada siapa lagi yang dia jumpa sebelum
ini yang mempunyai parut di kening kiri sebegitu selain tunangnya.
Dia kembali mengintai ke arah Suri dan nampaknya gadis itu sudah selesai berbual dengan
sesiapa sahaja yang menjadi pemanggil itu tadi. Dia sudah tidak sabar untuk menyambung
sesi soal jawabnya dengan Suri namun melihatkan kerut di wajah gadis itu, ada sesuatu yang
tidak kena.
“Ryuuji saya minta maaf. Saya kena pergi sekarang,” ucap gadis itu sebaik sahaja tiba
dibangku.
Shawn terkejut. “Ke – Apa yang terjadi?”
“Fiction. Terima kasih sebab bawa saya datang sini dan beritahu segalanya. Saya hargainya.
Saya pergi dulu.”
Shawn tarik pergelangan Suri. Takkan dia kena tinggal lagi? “Tak. Biar saya hantar awak. Tak
jauh pun, lima minit je.” Sebahagian darinya tidak ingin berpisah dengan gadis itu lagi. Dia
baharu sahaja ingin memulakan sesuatu yang baharu dengan Suri dan seperti dia ketahui, Suri
bukan gadis yang mudah.
“Tak.” Wajah Suri seperti enggan untuk memberitahu sebab dia terkejar‐kejar untuk pergi ke
Fiction. “Saya boleh aja naik bas dari sini dan seperti awak cakap, ia bukannya jauh sangat dari
sini. Lagipun ini untuk kebaikan awak. Bye!” Tanpa menunggu balas kata dari Shawn dan
menyukarkan keadaan, Suri tarik tangannya dari pergelangan lelaki itu dan berlari menuju ke
arah perhentian bas yang kebetulan baharu sahaja berhenti di hadapan perhentian bas tidak
jauh dari sini.
Gadis itu berlari anak mengejar bas tersebut agar dia tidak tertinggal. Melihat akan pemergian
bas tersebut bersama kepulan asap kelabu begitu jugalah kelabu di wajah Shawn.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan