PAGI itu kecoh satu resort memperkatakan tentang Ridduan. Bermula seorang waitress yang menghantar bil kepada Front Office Department bercerita kepada receptionists. Kemudian cerita itu tersebar pada housekeeping hingga ke makcik cleaner. Bagai virus yang merebak cepat. Hampir semua staf perempuan moody pada hari itu dek kerana kecewa.
Rancangan Ridduan cukup terancang pada mulanya bila dia meminta chef sendiri yang menguruskan candle light dinner daripada hidangan hinggalah ke decoration dan dibantu oleh pelayan lelaki sahaja. Ridduan tahu, seorang staf perempuan tahu pasti kecoh satu resort bergosip. Ridduan tidak kisah jika dirinya diperkatakan tetapi dia harus menjaga reputasi Hana sebagai staf baru di situ. Ridduan banyak mengetahui mengenai Hana dari Sofea.
Sofea memberi laporan group yang akan check‐in pada hari ini kepada Erma. Group yang dihadiri oleh sepuluh orang perempuan untuk meraikan bakal pengantin bersama kenalan rapat sebelum bergelar isteri. “Kenapa orang kita suka terikut‐ikut cara orang barat,” keluh Sofea.
Erma tidak ceria menyemak laporan tanpa memberi respons pada Sofea. “Cik Erma ni kenapa
masam pagi‐pagi? Muncung tu dah panjang sedepa ke depan. Senyum la sikit. Senyum, tak perlu kata apa‐apa. Senyum...” Sambil menyanyi mengikut irama untuk memujuk Erma tapi tidak berjaya. Malah dikerling tajam.
“Lantaklah kat dia... duit dia... kita buat kerja kita saja. Janji sale tinggi, rating point pun tinggi. Kau orang juga yang senang. Dapat makan lebih.” Acuh tak acuh Erma menjawab pertanyaan Sofea yang tidak dijawab tadi.
“Betul juga kan.. tapi persoalannya sekarang pula, kenapa Cik Erma kita ni moody je? Ada masalah ke? Ke senggugut. Saya ada ubatnya. Nak... nak ke?” Sofea ketawa lucu walaupun sebenarnya tidak lucu.
“Banyak kau punya senggugut. Kau ni buat‐buat tak tahu, atau sengaja buat tak tahu. Kau tahukan malam tadi Mr. Ridduan tempah candle light dinner table. Siap buat di tepi pantai lagi. Sakit betul hati aku ni..” nada cemburu.
Lantas Sofea menghentak meja front desk. “Apa! candle light dinner. Serius ni... dengan siapa?”
Sofea membulatkan mata, teruja. Jelous pun ada. Dia amat terkejut dengan apa yang didengarinya tadi.
“Kau nikan Sales Marketing Assistance. Mr. Ridduan itukan bawah urusan department kau. Mesti dia survey kat sana. Takkan kau tak tahu?”
“Eh... betul juga tu.... tapi saya betul‐betul tak tahu. Saya baru tahu ni. Kalau Cik Erma tak bagi tahu saya, memang saya takkan tahu.”
“Kau ni buat kerja ke tidak? Ke sibuk nak mengorat Mr. Ridduan juga?”
“Mengorat Mr. Ridduan memang agenda saya. Tapi kerja tetap jalan. Maybe dia last minute planning dengan Encik Shahrul kot. Sebab Mr. Ridduan under Encik Shahrul.”
“Ni bilnya. F&B yang keluarkan bil pagi tadi. Kau ambil masukkan dalam summery bill dia.”
Bil bertukar tangan. Sofea melopong melihat jumlah bil yang agak besar. “Satu resort dah gempar la ni. Patut la nampak semua orang moody aje. Rupanya semua sedang berkabung.”
Dia juga berasa sedih. “Siapalah perempuan bertuah ni. Kenapa bukan aku...” sayu saja nada Sofea.
Terjawab juga persoalannya bila dia hairan melihat staf perempuan kebanyakannya monyok pagi‐pagi ni. Sampaikan berselisih bahu pun tidak bertegur. Itu salah... etika sebagai pekerja di resort ini perlu bertegur sapa sesama sendiri atau sekurang‐kurangnya memberi senyuman terutamanya berselisih dengan guest. Wajib senyum.
Sofea terlihat kelibat Hana dari jauh, segera mendekati Hana. “Assalamualaikum Cik Hana... sihat hari ni?”
“Waalaikumsalam. Alhamdulillah sihat, Sofea...” Hana memberi senyuman manis.
“Cik Hana saja mampu tersenyum manis hari ni.” Sofea berkata perlahan sambil menundukkan
kepalanya.
“Apa dia Sofea. Saya tak dengar.”
“Eh... tak ada apa‐apa. Cuma saya masih terkejut. Kenapa Cik Hana boleh terjun ke dalam kolam tu kalau tak pandai berenang?” soal Sofea. Betapa takutnya ketika itu bila melihat Hana terkapai‐kapai lemas. Penjaga kolam pula tiada ketika itu. Lagi pun dia baru saja bekerja bersama Hana. Boleh jadi sejarah hitam kalau Hana mati lemas di sini. Sudah pasti tiada pengunjung ingin bercuti ke sini lagi. Takut Hana menjadi hantu dan mengganggu pelancong.
Boleh gulung tikar dibuatnya. Dia pula tiada kerja. Minta dijauhkanlah.
“Saya juga terkejut.” Hana tersenyum malu. Bila terkenangkan balik kejadian itu, terasa lucu.
“Saya lagi terkejut tengok Cik Hana lemas. Terkapai‐kapai. Nasib ada penyelamat yang kacak...”
“Hai Hana,” tegur Ridduan dengan senyuman yang meluruhkan hati si gadis yang memandangnya.
Sofea tersentak bila Ridduan muncul di belakangnya. Dia yang sedih dengan gosip tergempar pagi ini telah melupakannya bila terpandang senyuman Ridduan. Senyuman Ridduan betul-betul seperti ubat penenang.
“Hai Mr. Ridduan.” Sofea tersenyum‐senyum.
Hana mengerling Sofea yang tidak berkedip memandang Ridduan. Ridduan pula tidak melepaskan peluang menatap wajah Hana. Hana pula rasa canggung berdiri di antara mereka.
Dia berlalu pergi.
“Hana!” Panggil Ridduan
Sofea tersentak dari keasyikannya.
“Cik Hana... tunggu sekejap. Saya nak kenalkan, ini Mr. Ridduan.”
‘Ridduan... jadi nama dia Ridduan...’ desis Hana. Baru dia tahu gerangan nama lelaki yang mengganggunya semalam.
“Mr. Ridduan ni salah seorang regular guest di sini. Rasanya dah dua minggu dia menginap di sini. Segala urusan Mr. Ridduan di resort ini, bawah penyeliaan Encik Shahrul. Kalau tak silap saya, Mr. Ridduan juga belum tentukan sampai bila dia duduk di sini. Betul Mr. Ridduan?” terang Sofea kepada Hana. Tapi, matanya tidak lari dari Ridduan.
“Ya... betul tu. Kemungkinan lebih lama saya duduk di sini daripada yang dirancang.” Ridduan
melirik pada Hana. Bibirnya mengulum senyuman.
“Oh... ya ke? Mr. Ridduan nak cari jodoh kat sini ke?” Sofea cuba mencungkil rahsia.
“Mungkin... jika ada yang terpaut di hati, apa salahnya.” Makin menjadi‐jadi dia merenung Hana. Tapi, tidak diendahkan Hana.
“Oh... adakah perempuan itu, perempuan yang sama Mr. Ridduan bawa ke candle light dinner
semalam. Mr. Ridduan melamar dia?” Sofea teruskan misinya.
Hana mengerling Sofea. ‘Soalan apa yang Sofea cuba tanyakan ini. Sofea tahu pasal semalam? Sofea tahu ke aku orangnya?’ tanya Hana sendiri. Hana mula cemas. Dia tidak senang dengan topik perbualan antara mereka.
“I will. Jika dia sudi. Betul tak Cik Hana.” Ridduan cuba memetik nama Hana. Dia ingin lihat respons dari mulut Hana yang diam sejak tadi. Ada rona cemas di wajah Hana. Kulit pipi Hana juga bertukar kemerahan sedikit.
“Wow... bertuahnya perempuan tu. Bukan saya ke Mr. Ridduan?”
Ridduan senyum sumbing. Sofea ni membantutkan pertanyaan dia pada Hana.
“So... that girl, dah terima Mr. Ridduan ke?” Sofea terus‐menerus bertanya. Masih tidak puas hati.
“Jika dia tak terima saya, saya akan pastikan dia terima saya. Walau macam mana cara pun.” Kata‐kata itu ditujukan kepada Hana sebagai hint.
“Orang macam Mr. Ridduan ni, ada ke perempuan yang nak tolak? Imposible.” Kepalanya menggeleng sambil memandang dari atas ke bawah. “Cik Hana... kalau ada lelaki macam Mr. Ridduan minat dekat Cik Hana, Cik Hana nak tolak ke?” Sofea mencuit Hana. Ingin mendapat sokongan dari Hana, apa dikatakan adalah benar.
Hana memandang arah lain. Dia tidak berminat campur dalam perbualan mereka.
“Maaf... saya pergi dulu. Sofea, you sambung kerja you.” tegas Hana memberi arahan. Dia naik lemas bila namanya asyik dikaitkan.
“Tunggu... you alldah breakfast?” Ridduan bertanya lagi. Itu sebenar hajatnya. Dia ingin sarapan
bersama Hana pula. Tidak puas bersama Hana makan malam tadi. Ingin disambung pagi ini pula.
“Belum lagi,” lantas Sofea menjawab manja.
“Jom... kita breakfast bersama. Saya belanja.”
“Okey...” lantas Sofea menjawab.
“Maaf Mr. Ridduan. Saya perlu attend briefing. Sofea boleh temankan Mr. Ridduan. Saya pergi dulu.” Lembut Hana menolak pelawaan Ridduan. Dia perlu bersikap profesional ketika bekerja walaupun dia tidak menggemari cara Ridduan memandangnya. Ditambah pula Ridduan merupakan tetamu tetap di sini. Dia masih perlu bersopan. Hana meninggalkan mereka berdua. Dia melangkah laju, tidak menoleh lagi.
“Jom, Mr. Ridduan,” pelawa Sofea.
“Ke mana?”
“Mr. Ridduan ni muda‐muda dah pelupa. Tadi kata nak breakfast dengan saya.” Sofea tersenyum girang.
“Ooo... okey. Jom.” Beberapa langkah Ridduan berhenti tiba‐tiba.
“Opsss... tiba‐tiba saya rasa dah kenyang. Sorry ya Cik Sofea. Next time, saya lapar saya ajak awak makan.” Ridduan juga meninggalkan Sofea terpinga‐pinga..
Sofea kecewa lagi. Wajahnya yang berseri‐seri hanya seketika saja. Kini bertukar muram.
Perasaan sedihnya datang kembali. Kalaulah dia dapat breakfast dengan Mr. Ridduan pagi ini, pasti bertambah makan hati staf di sini. Kurang‐kurang dia dapat juga merasa title The Best Women Win.
HANA sibuk membuat persiapan barbeku untuk kumpulan reunion di tepi pantai. Kitchen staff memasang dapur barbeku berkaki. Di kawasan resort tidak dibenarkan membakar di atas tanah untuk menjaga kebersihan dan memelihara pasir pantai. Kayu api disusun menegak antara satu sama lain di tempat yang telah dikhaskan untuk unggun api. Meja panjang dipasang dan disusun mengikut ketetapan yang telah dirancang.
Jambangan bunga ros ditatap lama. Kenangan makan malam bersama Ridduan menerjah di fikiran dan bermain‐main di bayangan matanya. Semakin lama semakin jelas seperti kelibat Ridduan sedang duduk di kerusi rehat merenung arahnya.
Sofea perasan reaksi Hana seperti nampak hantu, memandang arah itu. Ridduan sedang melambai‐lambai.
“Mr. Ridduan... hai... hai...” Laung Sofea sambil melambai‐lambai. Hatinya berbunga gembira.
Hana melihat gelagat Sofea. Lucu hatinya. Nampak sangat Sofea sukakan Ridduan.
Ridduan sebenarnya melambai Hana bukannya Sofea.
HANA berdiri di depan kaunter Front Office. Wajahnya menunduk dan mulutnya terkumat-kamit
perlahan. Di tangannya memegang sebuah fail. Sebatang pen di pegang dan digoyang-goyang mengikut rentak hati. Sekejap‐sekejap di tanda pada fail. Dia sibuk menyemak tempahan bilik untuk kumpulan barbeku di Front Office yang akan datang sebentar lagi. Dia perlu menyerahkan senarai nama untuk kegunaan reception ketika mendaftar masuk. Bilik juga telah reserve cukup‐cukup mengikut bilangan nama. Sedang Hana fokus pada kerjanya, Ridduan datang dari belakang dan mencuit bahu kiri Hana lalu berdiri di sebelah kanan Hana.
Hana menoleh ke kiri tapi tiada sesiapa lantas mengalih ke sebelah kanan. Wajah Ridduan betul‐betul di hadapannya. Sangat dekat. Hidung mereka hampir bertembung. Hembusan nafas Ridduan juga dapat dirasai. Hana tersentak. Serta merta menolak tubuh Ridduan.
Menjarakkan antara mereka. Dia menjeling tajam pada Ridduan.
Ridduan pula menjeling penyambut tetamu yang asyik memerhatikan gelagat mereka berdua dari tadi. Dia mengajuk jelingan Hana. Ridduan dan penyambut tetamu ketawa lucu. Sofea datang dan mencuit bahu Ridduan lalu dia menyendeng di sebelah Ridduan.
“Happy je.... ada apa‐apa yang nak share ke?” soal Sofea yang berdiri di sebelah Ridduan. Dia
mendekatkan jarak mereka hingga berlaga tangan. Ketika itu Ridduan memandang Sofea.
Hana melangkah pergi...
“Hana...” Ridduan memanggil Hana tapi tidak diendahkan. Hana pergi tanpa menoleh lagi.
“Sofeakan ada. Biarlah Cik Hana tu. Dia banyak kerja yang nak diuruskan. Terkejar sana, terkejar
sini. Dah macam tak cukup tangan dan kaki. Sofea boleh temankan Mr. Ridduan.” Sofea tersenyum‐senyum dan mengenyitkan matanya.
Ridduan yang melihat gelagat Sofea melangkah laju. Meninggalkan Sofea terpinga‐pinga sekali lagi. Malas nak melayan Sofea. Lain yang diharapkan, lain yang datang.
HANA berbincang dengan Chef Marzuki, merangkap ketua kepada chef‐chef di bahagian dapur. Dia membincangkan menu yang telah ditetapkan untuk kumpulan reunion buat kali terakhir. Sebagai pengesahan tetap. Dia perlu memastikan semuanya tersedia seperti yang telah dirancang.
Perjumpaan ini merupakan perjumpaan semula setelah sekian lama tidak berjumpa selepas tamat pengajian. Hana mahu semua berjalan dengan lancar serta memuaskan hati pelanggannya. Dia mahu mereka melakar kenangan yang indah di sini. Hana seorang komited terhadap kerja, akan mengesahkan sendiri supaya semuanya lancar.
“Chef! Mana Chef! Chef!” laung Ridduan dari luar hingga masuk ke dalam dapur sambil membawa pinggan berisi daging panggang dan diletakkan di depan Chef Marzuki.
“I nak daging ni dimasak well done bukan medium rare.” Tegas wajahnya.
Hana turut tersentak dengan kelakuan Ridduan. Berani sungguh dia masuk hingga ke dapur mencari Chef. Hana menundukkan kepala. Malu dengan perbuatan Ridduan menerjah masuk dan memarahi Chef.
“Mr. Ridduan, selalunya you inginkan daging panggang yang medium rare. Even medium pun you tolak. Sekarang pula you nak well done.” Jelas chef.
Kerana telah lama menginap di situ, hinggakan chef‐chef tahu kehendak hidangan Ridduan. Dia pula hairan dengan kelakuan Ridduan hari itu. Selalunya, jika Ridduan tak puas hati, dia akan memberitahu pelayan saja. Tidak pernah sampai menyerang masuk ke dapur.
“Itu sebelum ni. Mulai sekarang saya nak daging dibakar secara well done. Okey....” tegas Ridduan tapi matanya hanya melekat pada Hana walaupun sedang bercakap dengan chef.
“Izwan... kau bakar daging ni bagi kasi well done. Kalau boleh, kasi hangit sikit. Ini arahan Mr.
Ridduan.” perli chef secara terang‐terangan.
“Baik,” Izwan, Pembantu chef menurut arahan ketuanya.
Dia terpandang Hana. Itu kali pertama Izwan melihat Hana. Malah dengan senyuman manis
padanya. Sebelum ini dia hanya mendengar nama saja. Tidak pernah melihat orangnya kerana
dia bercuti untuk menjaga ibunya yang sakit.
Ridduan mengerling arah Izwan. Dia perasan yang Hana senyum pada pembantu dapur.
Pembantu dapur juga kelihatan kaku melihat Hana. Hatinya tiba‐tiba membara. Dia tahu, mesti
lelaki itu terpegun dengan senyuman Hana seperti dirinya.
“Eh, cepatlah. Apa pandang‐pandang.” Ridduan panas hati.
Izwan berlalu...
Hana yang diam dari tadi hanya menahan sabar dengan kerenah Ridduan. Dia semakin rimas
dengan karenah Ridduan yang asyik muncul depannya. Dia tahu, pasti bukan kebetulan tapi
disengajakan. Tapi apakan daya, dia tidak boleh memarahi Ridduan. Buruk baik Ridduan tetap
tetamu di situ dan tetamu juga sentiasanya betul selagi dia tidak melampaui batasan yang
keterlaluan. Hana segera keluar dari dapur. Takut‐takut, keadaan menjadi lebih kalut. Ada pula
periuk, belanga, senduk, pisau berterbangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan