Saat kakinya menjejak permukaan licin kawasan lapangan terbang John F. Kennedy International Airport, dia disambut oleh seorang lelaki yang lengkap berpakaian kemeja putih, sut hitam, kasut kulit yang berkilat, cermin mata hitam, bersarung tangan putih dan seperti dalam kebanyakkan filem inggeris yang dia lihat, begitulah ekspressi Hems, pemandu keluarga mereka saat menyambutnya di luar pintu lapangan terbang.
“Tuan muda,” tegurnya. Tanpa berlengah Hems ambil trolinya dan pandu arah troli tersebut ke but kereta Chevrolet. Lansung tiada ucapan mesra mahupun senyuman.
Apapun Shawn semamangnya tidak mengharapkan itu dan dia melangkah masuk ke dalam perut kereta. Badannya sejuk disapa angin dingin Bandar New York yang bertahun‐tahun dia sudah tidak jejak malah ia menambahkan rasa kantuk dan penat yang dia rasakan setelah dia habiskan masa selama hampir 13 jam untuk tiba ke sini. Tambah lagi±80 minit untuk tiba ke rumah makciknya di Beekman, dia hanya menantikan saat tubuhnya rebah di atas tilam empuknya sahaja.
Hems masuk selepas selesai memunggah bagasinya ke dalam but. Dia betulkan posisi cermin
pandang belakangnya, cermin sisinya dan topinya yang ala‐ala pilot kapal terbang itu dan bersedia untuk memulakan pemanduan namun kakinya tidak memijak pedal minyak waima menekan butang mula enjin kereta.
“Kenapa Hems?”
“Tuan muda...” panggil pemandu itu.
Shawn pandang cermin pandang belakang yang menunjukkan wajah tanpa emosi Hems itu. Entah kenapa dia dapat rasakan yang pemandu itu memandang ke arahnya dari balik cermin mata hitam itu.
“Selamat pulang,” ujarnya setelah sekian lama membiarkan Shawn tertanya‐tanya. “Selamat tahun baru juga,” tambahnya diikuti senyuman nipis dihujung bibirnya.
Shawn ketawa halus. “Terima kasih Hems. Salamat tahun baru untuk awak juga,” balasnya lantas menutup kembali matanya membiarkan Hems memandu kereta SUV ini terus menuju ke estet 18 ribu ekar itu.
SELEPAS menikmati tidur dari malam semalam sehingga tiba keesokan petangnya, baharu dia berani menjengulkan muka di muka pintu dapur makciknya. Wanita itu lincah mengaul sup di dalam periuk ditemani pula beberapa pembantu rumah. Mulutnya lincah berkata itu dan ini. Sekali bila matanya terpandangkan kelibat Shawn di pinggir kaunter, pantas dia tinggalkan tugasnya dan mendekati anak saudaranya itu.
“Shawn lapar? Nak makan?” soalnya.
Mata Shawn tidak berkelip melihat wajah wanita itu. Tiada satupun yang tidak seiras. Semuanya serupa. Seperti difotokopi. Yang berbeza hanya warna rambut mereka. Pantas dia kalihkan wajahnya memandang ke luar tingkap, melihat tasik yang tenang di luar sana.
Beberapa ekor itik tenang berenang di dalamnya. “Tak. Saya dah makan makanan yang Shie
tinggalkan tadi.”
Shie mengangguk faham. Matanya ralat melihat peralatan di atas kaunter kemudian pada Shawn semula. Tiga tahun dia tidak berjumpa dengan anak saudaranya semenjak teruna itu membuat keputusan untuk lari dari katil hospital di Switzerland. Malah pengebumian adiknya juga tidak lelaki itu pergi. Wajah itu sedikit cengkung dan badannya juga kelihatan sedikit kurus di balik helaian baju tebal yang dia pakai. Dalam matanya yang tidak berhenti bergerak itu dia ternampak beg kertas di tangan kanan pemuda itu. Tersorok di balik kakinya yang panjang.
Shawn yang perasan akan gerak mata emak saudaranya itu, terus mengeluarkan beg kertas yang dia sorokkan itu. “Untuk Shie. Atuk yang kirim. Ban kacang merah,” cakapnya sedikit kekok.
Shie mengeluarkan isi dalam beg kertas itu menyerlahkan sekotak merah dengan tulisan emas dalam tulisan kanji. Matanya bulat. Bibirnya mengukir senyum. “Terima kasih. Mesti sedapkan,”
ujarnya, mata memandang ke arah wajah Shawn yang sedang mengetap bibir. “Dia macam mana? Sihat?”
“Sihat,” jawab Shawn pendek. Di dalam kepala, dia perah setiap selnya cuba mengingati apa yang dia mungkin lupa. “Oh... atuk kirim salam juga.”
Emak saudaranya mengangguk faham. Mata melekat memandang permukaan kotak. “Shawn... suka duduk dengan dia?” soalnya perlahan.
Shawn terkedu. Dia tidak pernah terfikir samaada dia suka duduk dengan datuknya itu atau tidak. Dia tidak pernah dapat merasakannya atau mungkin sebenarnya dia tidak mengendahkan hakikat itu. Dia tidak tahu sehingga Shie bertanya. Baharu persoalan itu timbul dalam kepalanya. Adakah dia suka tinggal bersama datuknya? Adakah?
“Oh,” keluh Shie. Bibirnya terukir senyum nipis. “Apa yang makcik fikirkan? Kamu cucu dia,
mestilah kamu suka. Silly of me.” Wanita itu berikan kotak itu pada salah seorang pembantunya di dapur, meminta snek itu dihidang di dalam bekas snek.
“Shie...”
“Ya?” perhatian wanita itu kembali tertumpu padanya. Mata itu menikam wajah Shawn membuatkan lidah pemuda itu jadi lebih kelu. Ada sebab kenapa dia lari dari keluarga ini dua tahun dahulu. Ada sebab kenapa setiap kali dia melihat wajah di hadapannya ini, hatinya seperti disiat‐siat. Suara manis yang sering dodoikan dia setiap malam dahulu akan terngiang-ngiang di telinganya dan kata‐kata terakhir wanita itu...
Shawn larikan pandangannya. Dia sebak. Sesal dan kecewa tidak pernah kenal erti untuk pergi dari hatinya. Menjerut jiwanya. Menambahkan rasa rindunya pada wanita itu. Dia tidak mampu. Dari awal dia tahu yang dia tidak mampu untuk berhadapan dengan emak saudaranya ini tetapi kerana Suri... Tidak, cukuplah untuk setakat ini. Shawn menggeleng perlahan. “Tak da apa‐apa. Saya naik bilik dulu.”
Perlahan dia bawa kakinya menuju ke biliknya di tingkat atas.
“Shawn,” laung wanita itu. “Jangan tidur lagi eh sayang. Malam ni kita makan sama‐sama.
Makcik jemput Taylor dan Somers juga,” beritahunya.
“Hm,” balas Shawn pendek dan lemah. Malam ini bertambah lagi dugaan dia.
“SEPATUTNYA dia memang rancang nak ikut sekali, tapi ada hal yang dia haruskan jadi dia mohon maaf sebab tak dapat ikut serta makan malam ni.”
Suara Annie‐Rose bergema‐gema di ruang makan utama. Entah kali keberapa gadis itu asyik
menyebut maaf bagi pihak tunangnya yang tidak dapat menghadirkan diri untuk makan malam ini. Shawn mengodek sup jagungnya perlahan. Fokusnya hanya pada butir jagung yang terapung di permukaan putih itu.
“Tak mengapa Annie. Dia orang sibuk jadi kami pun tak mengharap. Dapat jumpa dia masa majlis pertunangan kamu minggu lepas pun, dah kira okey. Sayang, Shawn tak dapat jumpa dia – “
“Tak kisah pun,” potong Shawn. Majahnya masih terpapr riak selamba dan bosan. Masih lagi
bermain dengan pencuci mulutnya yang separuh terusik. Dia hanya angkat wajahnya bila dia perasankan perubahan fokus setiap orang ke arahnya.
“Apa? Saya cakap sesuatu yang salah?”
Encik Taylor tersenyum. “Pakcik dengar kamu dah bertunang.”
Shawn mencebik. “Maaf sebab tak jemput,” ucapnya. “Maaf juga sebab tak bawa dia datang makan malam ni. Kalau saya tahu malam ni ada majlis suai kenal tunang masing‐masing, memang saya bawa.”
“Shawn!” tegur bapa saudaranya. Dengan wajah serius lelaki itu, sedikit pun tidak membuatkan
pemuda itu berasa takut.
“Tak mengapa Jason. Dia mungkin penat,” pujuk Puan Somers pula.
Shawn lepaskan sudunya. Sepanjang makan malam itu dia lansung tidak dapat menikmati setiap hidangan yang terhidang waima daging willington kesukaannya yang sepatutnya penuh rasa dan jus itu bertukar tawar dan perit di tekaknya. Malah Blake juga tiada mengikut mereka malam ini. Sibuk juga seperti tunang Annie‐Rose. Dia berharap sangat waktu ini dia juga ada pekerjaan tetap seperti sahabatnya itu walaupun dia tidak pasti apakah perkerjaan sebenar Blake. Dari gaya lelaki itu bercakap seperti biasa‐biasa namun kedengaran penuh muslihat juga. Tiap kali Blake datang melawatnya, pasti ada sahaja luka‐luka di badan lelaki itu. Apapun, palet lidahnya sudah tumpul dan perutnya senak. Hatinya sudah tidak mampu menahan rasa bercelaru. “Saya dah kenyang. Selamat malam,” ucapnya ringkas lantas menolak kerusinya dan angkit.
Tiada siapa menahannya dan dia tidak harapkan sesiapa menahannya. Hendak terus naik ke bilik, dia tiada hati untuk asyik menatap siling kapur biliknya itu. Lantas kakinya melencong ke arah luar rumah, menuju ke arah tasik luas yang wujud di belakang rumah keluarganya ini.
Sejuk tetapi dia tahan rasa itu. Kaki‐kaki tasik pun sedikit membeku. Dia tercari‐cari di manakah itik‐itik yang dia nampak berenang‐renang di tasik ini petang tadi. Puas dia menoleh ke kiri dan kanannya mencari haiwan itu, akhirnya dia hanya mengeluh kecil. Kepulan awan kecil keluar dari mulutnya. Tangan meraba poket seluar kemudian sekali lagi dia mengeluh.
Telefon pintarnya terletak elok di atas meja kecil tepi katilnya dan dia boleh terlupa tentang itu. Alangkah bagus jika saat ini dia dapat berbual dengan gadis itu. Dia dapat rasa yang dia mula rindukan kehadiran gadis itu.
“AKU lambat ke?” soal sahabatnya itu saat punggung lelaki itu mencecah permukaan kulit kerusi di hadapannya itu. Hiromi menggeleng tanda tidak mengambil hati akan hal itu. Lantas dia angkat jarinya memanggil pelayan untuk mengambil pesanan sahabatnya ini yang baharu pulang dari kampung halaman. Selesai membuat pesanan, sahabatnya itu tersandar lemah pada kerusi empuknya. Terpapar jelas di wajah itu akan kepenatan memandu jauh.
Dari tadi tangannya masih lagi memegang bibir cawannya. Memikir semula setiap rancangannya. Dia mungkin seorang pengkhianat tetapi bila berkenaan dengan orang yang dia sayang, dia akan lakukan apa sahaja. Apa sahaja.
“Tahniah atas pertunangan kau, maaf sebab tak dapat datang majlis tu. Jauh,” cakap sahabatnya.
“Nah. Tak apa. Aku faham,” jawab Hiromi perlahan. Dia hirup kopinya perlahan dan kopi pesanan sahabatnya juga tiba.
“Family kau sihat?” soalnya.
“Sihat,” jawab lelaki itu. Kemudian dari posisi menyandar, dia bangun dan bersandar pada tepi meja pula. Wajah itu mendekati wajah Hiromi. “Kau... tengah runsing fasal dia ke?”
Bibir Hiromi terukir kecil. Tiada apa yang dia dapat sorok dari lelaki ini. Satu‐satunya sahabat yang memahaminya. “Nampaknya orang tua tu dah buat benda yang impossible untuk dia. Boleh aku mintak tolong kau?”
Kening sahabatnya terangkat. “Impossible?” Wajah itu berubah. “Tak mungkin...”
Hiromi keluarkan telefon pintarnya dan mencari fail dari peti simpanannya. Kemudian bila paparan skrin menunjukkan halaman itu lantas dia unjukkan pada sahabatnya itu. “Kau seorang je yang aku boleh harapkan kalau tak, tak ada siapa boleh buat. Makita dah yakin yang dia akan dapat harta tu dan Orang Tua Heitai dah macam nak bagi harta tu dekat Makita. Aku tak boleh biarkan perkara ni berlaku.”
Tekun sahabatnya itu membaca dokumen fail itu. Dahinya berkerut‐kerut. “Dari mana kau dapat fail ni?”
“Setiausaha peribadi Orang Tua Heitai,” jawabnya jujur. “Aku tahu kau kalau boleh tak nak dedahkan identiti kau yang sebenar dekat dia tapi ini sahaja cara yang ada,” pinta Hiromi seperti merayu.
“Macam mana dengan bahagian budak tu pulak?” soal sahabatnya lagi. Kini wajah itu berubah serius.
“Jangan risau, budak tu tengah settlekan hal tu sekarang ni. Jadi macam mana?”
Sahabatnya itu mengeluh panjang. Telefon pintar Hiromi di pulang semula kepada tuannya.
Dengan hati yang berat, dia bersetuju. “Okey. Lambat laun dia tahu juga. Tapi –” Jun sandarkan
badannya kembali pada kerusi. Wajahnya keliru. “ –kenapa Orang Tua Heitai buat kontrak macam ni?”
Hiromi memandang ke arah luar. Dia sendiri juga keliru dengan apa yang bapa saudaranya sedang lakukan.
“INI cara kau hukum diri sendiri ke?”
Shawn mendongak melihat bapa saudaranya berdiri di sebelahnya dengan tangan kanan menyeluk masuk ke dalam poket baju sejuk dan sebelah lagi memegang selimut tebal. Selimut itu kemudian di berikan kepadanya. Shawn ambil selimut itu dengan tangan menggeletar.
Bapa saudaranya tersenyum lucu.
“Terima kasih,” ucap Shawn.
“So much like your father...” komen Jason.
Shawn senyap dan hanya menyelimut dirinya yang mengigil sejuk. Dia masih enggan untuk masuk ke dalam rumah mewah keluarganya tetapi dia seperti tidak sanggup lagi berdiri di tepi tasik dalam cuaca sejuk seperti ini.
“Jom ikut pakcik pergi satu tempat ni.” Jason mula melangkah lansung tidak menunggu kata setuju dari anak saudaranya dan Shawn tiada pilihan lain dari menurut perintah.
Mereka berjalan meninggalkan tasik, melalui denai yang dibarisi pokok‐pokok mapel yang togel tanpa daun yang sudah habis gugur di musim luruh lepas. Di sebelah kanannya ialah padang golf 18 pin dan di sebelah kirinya ialah hutan kecil yang dia selalu terokai dahulu jika dia datang melawat bersama ibu bapanya sewaktu dia kecil. Dia tiada saudara kecil yang lain. Dia tiada abang atau kakak atau adik sekalipun. Di dalam hutan kecil itu selalunya dia bermain sendiri dan bila ia menjadi terlalu sunyi... hutan yang kecil itu berasa besar dan tebal. Namun kehadiran seorang wanita bernama ibu akan datang mencarinya dan menemaninya bermain di sini. Berapa lama telah dia tinggalkan hutan kecil ini? Memori yang ada dalam memorinya berasa begitu jauh. Terlalu jauh.
Tiba‐tiba bapa saudaranya berhenti berjalan kemudian berpaling memandangnya. Ada senyuman di bibirnya. “Kita dah sampai.” Tangan kirinya menunjuk ke arah dalam hutan kecil itu dan Shawn mengikut arah tunjuk itu. Dia tergamam.
Beberapa meter ke dalam hutan, di sebuah pokok tua yang tinggi, terdapat sebuah rumah pokok dua tingkat yang besar. Ada balkoni juga dan tangga berpusar menuruni batang pokok itu sehingga ke dek pejalan kaki. Sisi dek itu adanya tiang lampu yang kecil menghiasi lagi kawasan itu. Walaupun tidak diterangi dengan cahaya lampu, Shawn masih mampu nampak rumah pokok itu. “Ini...”
Jason berjalan ke satu arah, bibirnya bercakap mengenai bekalan elektrik dan suis lampu. Shawn tidak mengikut hanya melihat bapa saudaranya terbongkok‐bongkok mencari kotak suis elektrik sebelum lelaki itu berteriak suka dan membuka penuntup kotak itu. Suis elektrik ditekan dan lampu‐lampu sepanjang dek pejalan kaki itupun hidup. Menyerikan malam sepi hutan kecil itu.
“Jom,” ajak Jason terus berjalan menaiki dek itu dan terus ke arah tangga berpusar itu.
Perlahan Shawn membontoti langkah bapa saudaranya. Lidahnya masih lagi kelu. Hatinya tidak
sudah berdetik rasa kagum.
“Pakcik minta kontraktor buat satu rumah kayu ni dua tahun lepas. Makcik kau yang minta
sebenarnya. Dia kata yang adik dia nak sangat ada satu rumah macam ni kat estet ni. Semenjak
rumah ni siap bina, ini adalah pertama kali, pakcik hidupkan lampu ni,” beritahu lelaki separuh abad itu.
“Mama yang nak?” soal Shawn tidak percaya.
Jason ketawa kecil. “Sebenarnya dia minta pun sebab kamu juga. Ah! Kunci.” Dia mencari kunci
dalam kocek seluarnya setelah tiba di hadapan rumah pokok selepas mendaki anak‐anak tangga menuju situ. “Dia cakap yang kau suka main dekat dalam hutan ni jadi dia suruh Shie buatkan satu untuk kau tapi...” suara orang tua itu senyap bila dia memasuki ke dalam rumah tersebut. Rumah itu tadi gelap kini menyala. Bapa saudaranya keluar semula dari rumah itu, memandang ke bawah, ke arahnya yang masih lagi berdiri di hadapan anak tangga itu.
“Kenapa berdiri di situ? Naiklah,” ajaknya.
Shawn masih lagi memproses akan apa yang bapa saudaranya katakan tadi. Yang rumah pokok ini terbina kerana dia. Kerana ibunya mahu rumah ini wujud untuk dia. Dua tahun lepas... Dia telan liurnya yang berasa kelat di hujung tekaknya itu. Bibirnya diketap kuat. Satu demi satu dia panjat anak tangga itu dan bila dia tiba di hadapan muka pintu, ada satu alas tapak kaki yang bertulis ‘Home Sweet Home’.
Dengan satu tarikan nafas yang dalam, dia masuk ke dalam. Walaupun dua tahun terbiar, ia
masih nampak bersih, teratur dan kemas. Segalanya nampak baru. Kusyen sofa, televisyen, rak
buku, meja makan, sinki, tandas juga. Ada beberapa pasu berisi pokok yang tidak dia ketahui
jenisnya. Tiada pula dia nampak bayang bapa saudaranya.
“Jason?” panggilnya.
“Atas!” balas lelaki itu.
Shawn tercari‐cari tangga menuju ke atas sebelum menjumpainya yang tersembunyi di balik
dinding rak bukunya dan memanjat ke atas.
Sekali lagi badannya jadi kaku. Di situ terdapat sebuah katil bujang, meja belajar, komputer,
rak pameran yang dibarisi pelbagai jenis model kereta, lori dan motor. Apa yang membuatkan
dia kaku ialah foto‐foto yang terpapar di ruangan dinding. Foto dirinya bersama ibu bapanya,
bersama emak dan bapa saudaranya, bersama keluarga Taylor dan Somers, dan bersama
rakan‐rakannya yang lain. Ketika dia masih lagi kecil atau pun sudah besar panjang. Semuanya
ada. Dari mana foto‐foto ini muncul?
“Shelby yang reka interior dalam rumah ni, foto‐foto ni dia kirimkan melalui emel dan pada
hari dia ingin datang ke sini, dua tahun lalu...”
“Dia pergi dengan papa. Untuk selamanya,” cakap Shawn menyudahkan kata‐kata bapa
saudaranya yang tergantung.
Lelaki itu menelan liurnya. “Mari.” Dia tarik tangan Shawn menuju ke balkoni.
Dari situ Shawn boleh nampak semuanya, malah rumah besar keluarganya itu juga.
“Shelby minta binanya dekat sini, mana dia boleh nampak kau jika kau bermain di sini, dan kau
boleh ajak kawan‐kawan kau bermain di sini...” tambah Jason.
“Semua ini untuk saya...”
“Dari sini juga boleh nampak bintang‐bintang...”
“Saya tak patut pulang sini.”
Wajah serius bapa saudaranya yang dari tadi sedia menakutkan bertambah menakutkan.
Namun Shawn tahu dibalik topeng itu ada seorang bapa yang penyayang dan sering
menghiburkan hati keluarganya. Jason telah lama dia anggap sebagai bapanya. Yang kelakar
dan sangat penyayang. Dia sedar yang dia ada keluarga yang bahagia yang mengambil berat
tentang dia, tidak seperti Suri. Hidup gadis itu lebih sengsara dari dia, kedua ibu bapanya juga
tiada, saudara maranya membencinya tetapi Suri tetap tempuh hidupnya dengan segala apa
yang yang ada. Entah kenapa, semua ini buatkan dia berasa lebih sedih. Lebih kecewa dengan
dirinya sendiri.
Shawn tidak endahkan pandangan tajam Jason, sebaliknya melihat ke arah dua belah
tangannya yang menggemgam erat kayu penghadang itu. “Saya tak patut pulang. Tempat ni
buat saya asyik ingatkan dia. Melihat Shie buatkan saya rindu pada dia...”
“Itu kakak dia.”
“Sebab tu saya tak suka! Benda tu buatkan saya fikir yang dia tak mati lagi. Yang sebenarnya
dia sedang memperbodohkan saya selama ni. Yang eksiden tu sebenarnya tak pernah berlaku.
Yang kalau saya terbang semula ke rumah lama saya, mereka ada di sana sedang menahan
ketawa...” Air mata Shawn mengalir juga. Dia cuba tahan air itu dari mengalir, dia cuba tahan
esak yang menolaknya kuat. “Saya tak patut balik...”
Kedengaran Jason hembus nafas perlahan. “Tapi kau tetap balik juga.”
Mendengarkan ayat itu buatkan dada Shawn bertambah sebak. Dia menangis seperti anak
kecil. Dua tahun dia tidak dapat lepaskan rasa marahnya, rasa kecewanya, rasa sesalnya dan
rasa sedihnya. Segala yang terbuku dalam jiwa, dia lepaskan semuanya perlahan‐lahan saat itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan