Label

Ahad, 8 Januari 2017

CERPEN Kesabaran Untuk Kebahagian

Aku memejam mata rapat! Takut untuk melihat keputusan matrik. Macam mana kalau aku tak dapat 4.00? Macam mana aku nak apply medic? Macam mana kalau aku dengan dia berpisah? Macam
mana?

“Hoi! Bukaklah mata tu!”

Syifa menghempuk bahuku. Aku menggeleng laju.

“Takuttt!!”

“Gila kau ni. Cepatlah klik enter!” marah Syifa.

“Biar aku jelah yang klik.” Sampuk Qasirah. Laju jari telunjuknya menekan enter pada papan kekunci komputer.

Suasana menjadi hening. Lantas aku membuka mata perlahanlahan.

Ya Allah, tolonglah hambaMu ini.

“Tahniah Hannah!!” jerit Syifa.



Aku bersyukur ke hadratMu.

Mataku mula berlinangan. Syukur kerana aku dapat apply medic.

InsyaAllah..

Telefonku bergetar. Skrin telefon kulihat terlebih dahulu. Ibu! Automatik aku menekan punat berwarna hijau.

“Hello. Assalamualaikum.” Aku menyapa.

“Wa’alaikumussalam. Macam mana result?” tanya ibu.

“Alhamdulillah bu. 4 .00..” jawabku.

“Alhamdulillah.. So, bolehlah sambung medic,kan?”

“InsyaAllah..”

“Nanti terus balik tau.” Pesan ibu.

“Baik,bu..” balasku.

Talian dimatikan. Bibirku mengukir senyuman. Masih ada seorang insan yang perlu aku khabarkan berita gembira ini. Aku mendail nombor telefonnya. Jariku tiba-tiba terhenti. Ahh.. Kalau dia tengah sibuk sekarang, macam mana?

“Kenapa Hannah?” tanya Qasirah.

“Tak ada apa-apa.” Ujarku.

“Elehh.. Nak call Taufiq lah tu.. Call jelah.. Bukan ke dia suruh kau call dia lepas tau result?”

Syifa berbicara.

“Tapi.. Kalau dia ada kelas sekarang macam mana? Nanti aku ganggu dia pulak.” Aku menopang dagu di atas meja.

“Hish kau ni! Tak call lagi, macam mana nak tahu dia busy atau tak! Payah betul.” Marah Syifa.

Aku tersengih. Sahabat-sahabat aku ini maju benar bercinta! Aku memang payah nak terlibat perkara-perkara macam tu. Cuma sejak akhir-akhir ini, aku seperti terjatuh hati pulak dekat lelaki yang bernama Taufiq ni. ‘Ter’ okay!

Taufiq adalah kawan aku masa sekolah menengah. Sebenarnya, aku tak rapat masa sekolah menengah, tetapi kami mula rapat sejak aku masuk matrikulasi dan dia sambung diploma dalam bidang kejuruteraan.

Umur Taufiq tua setahun dari umurku. Ramai orang tanya hubungan kami berdua. Tetapi, bagi aku hubungan antara aku dengan Taufiq tidak lebih dari kawan. Itu jawapan yang keluar dari mulut aku.

Kalau hati, hanya Allah sahaja yang tahu.

“Aku call eh?” perlahan-lahan aku mendail nombor telefon Taufiq.

Belum sempat aku menekan nombor terakhir, telefonku bergetar. Oleh sebab terkejut, aku melepaskan telefon tersebut. Gelak sakan Syifa dan Qasirah dibuatnya. Malu aku!

“Siapa call?” tanya Qasirah.

“Taufiq.” Jawabku.

“Angkatlah weh!!” bersungguh-sungguh Qasirah menyuruh.

Hee.. Aku tersengih kelat.

“Hello? Assalamualaikum.” Aku menyapa.

“Wa’alaikumussalam. Hannah! Macam mana result?” tanya Taufiq, bersemangat.

Aku hanya tersenyum.

“Alhamdulillah.. Okay.” Jawabku.

“Okay tu macam mana?”

“4.00 laa.. Sibuklah kau.” Balasku.

“Wooo.. Tahniah. Lepas ni sambung mana?”

“Medik . Kalau boleh oversea, aku ikut je.” Ujarku.

“Ohh.. Tak nak belajar Malaysia ke?”

“Entah.”

“Ha ha.. Apalah kau ni. Kalau kau dapat tawaran kat mana-mana, inform aku,okay?”

“Kenapa?”

“Sebab aku nak tahu. Apa punya soalanlah kau ni.” Galak suara Taufiq ketawa. Hatiku berdegup pantas. Taufiq.. Sudah lama kita tak berjumpa. Walaupun kau rajin update gambar kau dekat facebook.

Aku tetap nak tengok kau depandepan.

Rindu? Yes I admit. I miss him.

“Nanti aku call kau balik. Ada hal sikit. Assalamualaikum.” Aku cepat-cepat mematikan talian.

Aku tidak mahu perasaan pelik ini makan diriku! Lindungi hati ini ya Allah..

Syifa mengerutkan dahi.

“Kenapa kau letak?” tanya Syifa.

“Aku takut.” Jujur aku memberitahu.

“Betul ke buat ni...” Tambahku lagi.

“Laa.. Kau dah confess ke belum?” tanya Qasirah.

Aku menggeleng perlahan.

“Korang tak rasa ke macam aku pulak terhegeh-hegeh nak kat dia? Mesti dia anggap aku kawan je.” aku menunduk, melihat lantai.

“Hmm.. Aku no comment. Sebab sekarang ini masalah hati kau dan hati dia. Not my heart.” Ujar Syifa.

Aku ketawa perlahan.

“Yeah I know.. Aku rasa aku tak perlu confess kat dia. Kawan lebih baik. Kan?” ujarku.

“Kalau kau okay, it’s alright. But, kalau hati kau merana, tak dapet den nak nolong.” Balas Qasirah.

***

Majalah sekolah menengah kubelek sehelai demi sehelai. Kenangan yang lepas mula mengimbau dalam ingatan. Rindu. Aku rindukan guru-guru, rakan sekelas dan mak cik – mak cik kantin. Senyuman terukir di bibir. Apabila tiba muka surat album kelas 5 Sains 1, mataku tertumpu pada wajah Taufiq. Ha ha.. Lawak. Muka yang sangat blur!

Kenapalah aku boleh tersangkut hati pada wajah yang blur ni! Serius, dulu aku tak suka dekat dia! Nak bercakap apatah lagi. Pernah sekali kami satu kumpulan untuk aktiviti asrama. Taufiq adalah
ketua kumpulan. Aku pulak? Ahli yang paling malas! Nak sumbang idea apatah lagi. Aku membuat
keputusan untuk mendiamkan diri.

Dia pernah sekali cuba untuk berbicara denganku. Aku hanya memandang dia dengan rupa seposen. Waktu itu, aku tak berapa nak ambil tahu sangat pasal kumpulan aku. Aku lebih suka membuat
kerja sendirian. Sombong tak aku pada masa tu? Ha ha!

“Nama apa?” tanya Taufiq.

“Hah??” aku mencabut earfon yang kupakai di telinga.

“Apa kau cakap tadi? Tak dengar. Sorry.” Ujarku.

“Kau nama apa?” tanya dia.

“Ohh.. Tak kenal aku ke?” aku tergelak. Ada juga orang tak kenal nama aku. Adess..

“Kalau kenal, tak adalah aku tanya.. Kau budak baru asrama, so aku baru kenal.” Balas Taufiq.

Aku tersengih.

“Sorry laa.. Nama aku Hannah Irdina. Form 4. 4 Sains 1.” Jawabku.

“Oh.. Nanti kau bawak kertas kerja ni okay? Kita present sama-sama.”

Beritahu dia.

“Hah?? Pre..present? Present apa?” terkebil-kebil diriku.

“Itulah kau.. Masa bincang, diam jee.. Bila-bila sumbat kapas je terus dalam telinga.” Pedas sindirannya.

Aku menunduk muka. Malu! Terasa darah menyerbu ke seluruh bahagian mukaku! Taufiq gila!! Beberapa minit kemudian, nama kumpulan kami dipanggil. Jantungku ni bagai nak pecah! Laju semacam berdegup! Entah apa bendalah aku kena present! Si Taufiq bukannya nak menolong! Jahanam!

“Assalamualaikum. Kami dari kumpulan Gol Gila Bola…” intro Taufiq. Semua orang memberi tepukan gemuruh. Aku pun gemuruh jugak. Tapi yang lawak, kenapa nama kumpulan aku tu sengal
sangat?

“Kenapa nama kumpulan awak Gol Gila Bola?” tanya kapten asrama kepadaku.

“Hah? Err.. Sebab..” aku tergigit lidah. Aduh! Malu aku!

“Sebab kami semua gilakan bola. Lebih-lebih sekarang demam bola. Betul kan?” jawabku selamba.

Semua orang bersorak. Aku melihat ke arah ketua kumpulan, Taufiq. Dia tersenyum sendirian. Kutuk akulah tu!

“Okay.. Boleh awak ceritakan tentang maksud logo kumpulan awak?” tanya kapten asrama lagi.

Tanya aku ke? Gila! Asyik-asyik tanya aku! Apa guna si Taufiq ni? Gumamku.

“Better saya jawab soalan ni..” mikrofon bertukar tangan antara aku dengan Taufiq. Aku tersengih. Selamat!

“Gambar bola menunjukkan kami berada dalam satu bulatan di mana kami saling bekerjasama antara satu sama lain. Bilangan corak di dalam bulatan ini menunjukkan bilangan ahli kumpulan kami iaitu 6 orang.” Jawab Taufiq.

“Kenapa ada satu corak yang tidak berwarna?” tanya kapten lagi.

“Oh.. Itu sebab ada salah satu ahli kami yang sedang tidur. Orang lain bersemangat mewarna, dia seorang je yang tidur.” Jawab Taufiq tanpa memandang wajahku. Wajah Taufiq mempamerkan senyuman nakal.

Arghh!! Sindir aku lagi! Bengang!

“Okay.. sebelum korang kembali ke tempat duduk, macam biasa, korang kena cabut satu kertas dalam kotak ini dulu dan lakukan tugasan untuk menceriakan kami semua.” Kapten menyerah satu kotak kepadaku.

Hah??? Aku kena cabut ke? Aku mendekati belakang Taufiq.

“Weh, kau jela yang cabut.” Bisikku.

“Takpe.. Kau cabut je..” balasnya.

Aduh! Sengal betul dia ni! Perlahan-lahan aku memasukkan sebelah tangan ke dalam kotak yang
dihulurkan oleh kapten. Aku main cabut sahaja. Nasib koranglah.. Aku menghurkan kertas yang dicabut kepada kapten.

“Okay.. Tugasan yang perlu dibuat ialah kumpulan Gol Gila Bola akan menari tarian ‘chicken dance’!!” ujar kapten.

“What? Mana boleh!” balasku drastik.

Semua orang menumpu ke arah wajahku. Ops!! Volume tinggi pulak! Adesss…

“Sorry.” Aku tersengih malu. Ibu!! Nak balik!!!

***

“Malam ni ibu nak kenalkan Hannah dengan anak kawan ibu.” Ujar ibu sambil tersenyum.

Hah? Apa kena pulak? Ada kaitan dengan aku ke?

“Anak kawan ibu? Siapa?” tanyaku.

“Wait and see.” Balas ibu.

Alahh.. Nak berahsia-rahsia pulak. Ni mesti lelaki! Sejak bila pulak ibu aku reti berahsia bagai ni?

“Assalamualaikum..” kedengaran suara dari luar rumah memberi salam. Aku bergegas masuk ke dalam bilik untuk menyarungkan tudung.

“Wa’alaikumussalam.” Sahut ibu lalu menuju ke pintu hadapan.

Aku sekadar mengintai di sebalik langsir bilik. Malu dengan anak teruna yang berdiri di sebelah kawan ibu. Hensem. Aduh! Apa aku buat ni? Cepat-cepat aku beristghfar di dalam hati.

“Hannah..” ibu memanggil namaku.

Patutkah aku keluar? Ibu ni sengaja rancang semua ini! Aku mengatur langkah menuju ke arah ruang tamu. Tangan kawan ibu kusalam dengan baik.

“Inilah anak perempuan awak ya Fina? Dah besar. Lawa.” Puji sahabat ibu.

Malu aku! Terasa nak sembam mukaku ini dekat bantal!

Ibu tergelak.

“Ada ada sahaja awak ni Ros.” Balas ibu.

Lawak. Ibu pula yang nak malu ni kenapa? Err..

“Hmm.. Ros, mari kita ke dapur. Dinner dah siap.” Ajak ibu kepada sahabatnya.

“Hannah nak ikut.” Ujarku.

“Hannah duduk sini. Kenal-kenal dulu dengan anak kawan ibu. Boleh?” ibu menahanku.

Kenal-kenal?

Alahhh.. Aku mana reti! Malu! Hannah malulah ibu!! Jerit batinku. Aku kembali duduk di atas sofa. Lelaki itu sibuk dengan iphone miliknya. Mesti lelaki tu dipaksa oleh Puan Ros untuk datang ke rumahku. Tekaku di dalam hati.

Ibu dan puan Ros meninggalkan aku dengan lelaki asing di ruang tamu. Aku mendiamkan diri sahaja. Malas nak memulakan topik. Huh.

“So, nama awak apa?” tanya lelaki tersebut lalu memasukkan iphone ke dalam poket seluarnya.

“Hah?” apa yang dia cakap tadi? Aku tak beri tumpuan sangat tadi.

“Apa nama awak?” tanya lelaki itu balik.

“Ohh.. Hannah Irdina.” Jawabku. Malas nak borak lama, aku pandang ke arah lain.

“Saya Fawwaz.” Balas lelaki tersebut.

“Tak tanya pun.” Balasku diikuti dengan ketawa kecil. Aku memang macam ni. Siapa suruh bermesra dengan aku tak bertempat? Kalau tak suka dengan perangai aku, aku lagi suka!

Dia turut sama ketawa. Aku hanya memerhatikan keadaan dia. Serius aku rasa macam aku terpukau melihat cara dia ketawa. Nampak terlalu, hensem. Oh,tidak!! Aku takkan jatuh cinta!

Dia berhenti ketawa. Bibirnya masih tidak lepas dari tersenyum. Segera aku mengalihkan pandangan daripada memandang dia.

“Awak, tolong jangan senyum macam tu boleh tak?” beritahuku.

“Kenapa? Senyum itu adalah sedekah. Salah ke saya bersedekah?” usik Fawwaz.

Erk. Kerek betul dia ni!

“Saya tak perlukan sedekah awak.” Balasku.

Dia ketawa lagi.

“Amboi.. Sombong. Saya memang macam ni, pemurah. Murah dengan senyuman. Tapi! Saya bukan buaya darat, okay.” Awal-awal lagi dah bagi amaran.

Aku pula yang tersenyum.

“Eleh.. Tadi duk belek-belek iphone, bukan mesej dengan girlfriend ke?” sakatku.

“Eh? Itu klien la. Eh,kejap! Awak cemburu ke?” dia pula menyakatku.

Habis merah padam muka aku. Malu!

“Eh?? Tak ada masa saya nak cemburu bagai. Saya baru je kenal awak. Jangan nak perasan.” Bidasku.

Fawwaz gelak lagi.

“Saya tanya je.. Dan bergurau. Sorry?” ujar Fawwaz.

“Tak diterima.” Balasku berpura-pura serius. Kemudian aku kembali tersenyum.

“Saya tak ambil hati pun laa.. Jomlah dinner. Malas nak borak panjang dengan awak.” Ujarku selamba.

Fawwaz hanya tersenyum.

***

Aku pelik melihat wajah ibu yang asyik tersenyum selepas agenda dinner bersama Puan Ros malam semalam. Apa kena dengan ibu ni?

“Ibu? Ibu kenapa senyum dari tadi? Ada berita gembira ke, bu?” tanyaku.

“Tak ada apa-apa. Ibu cuma suka tengok kamu dan Fawwaz berkawan semalam.” Ujar ibu.

“Hah? Ibu jangan nak rancang pelik-pelik. Hannah baru je kenal Fawwaz. Itu pun ibu yang paksa.” Balasku.

“Fawwaz tu baik. Ibu kenal dia.”

“Ibu ni.. Anak orang jugak dibelanya. Habis tu Hannah ni siapa nak bela?” rajukku.

Ibu ketawa kecil.

“Ibu nak Hannah tahu Fawwaz tu baik. Itu aje.”

“Ibu kan dah tahu, Hannah sukakan orang lain.”

“Taufiq tu? Masalahnya Taufiq tu suka ke tidak dekat kamu?” tanya ibu.

Suka? Penting ke ‘suka’ tu? Aku dah berjanji untuk tunggu Taufiq sampai dia jadi engineer. Tetapi Taufiq peduli ke dengan janji pelik aku tu?

“Tapi.. Hannah nak tunggu Taufiq.” Perlahan bicaraku.

“Hannah.. Jodoh itu rahsia Allah.. Kalau Hannah dengan Taufiq tak berjodoh? Takkan Hannah tak boleh terima?”

No! Aku akan pastikan jodoh aku dengan Taufiq. Allah tahu siapa yang ku inginkan. Walaupun aku tak pernah confess perasaan aku dekat dia, tapi aku yakin Taufiq tahu dan memahami akan perasaan
aku terhadapnya.

“Tapi Hannah tetap tak boleh terima Fawwaz.” Balasku.

“Hannah.. Fawwaz tu berkerjaya. Boleh jaga Hannah dekat overseas nanti.” Pujuk ibu.

“Overseas? Maksud ibu?” aku tak faham apa yang ibu cuba sampaikan.

“Surat belajar Hannah baru sampai petang semalam. Hannah dapat sambung belajar dekat Egypt.” Ujar ibu.

“What? Alhamdulillah.. Syukur ya Allah..” Akhirnya aku dapat belajar seperti yang aku inginkan. Terima kasih ya Allah..

“Kenapa ibu rahsiakan?” tanyaku.

“Ibu tak rahsiakan. Ibu just nak beritahu lewat sikit. Ibu nak ada orang jaga kamu kat sana. Fawwaz boleh jaga kamu.”

“Ibu.. Kalau Fawwaz jaga Hannah, jadi siapa nak jaga tempat kerja Fawwaz?” balasku.

“Fawwaz tu berkerja merata tempat. Dia boleh bertukar tempat atas kehendak dia.”

“Hannah tak suka Fawwaz. Hannah tak nak Fawwaz.” Aku berkeras.

“Ini mesti sebab Taufiq tu kan? Hannah, ibu tak nak paksa Hannah.. Tapi ibu nak Hannah berfikir baik-baik. Hannah tu perempuan.. Hannah kena ada orang mahram di samping Hannah. Untuk jaga Hannah dekat sana.” Pujuk ibu lagi.

“Betul tu Hannah. Lagipun abah tengok Fawwaz tu bukannya jahat orangnya. Abah dah kenal Fawwaz dah lama.” Sampuk abah.

Eee!! Kenapa semua back up Fawwaz? Malaslah nak layan. Aku mengatur langkah untuk masuk ke kamar.

“Hannah nak ke mana?” tanya ibu.

“Istikharah!”

***

Hatiku memberontak untuk menghantar SMS kepada Taufiq. Tetapi, aku takut. Serius aku kata, aku payah sikit nak berSMS dengan mana-mana lelaki. Kecuali kawan-kawan sekelas masa sekolah dulu. Aku jarang berSMS dengan Taufiq. Maklum sahaja, Taufiq beriman orangnya. Semua ahli keluarganya baik-baik. Kadang-kadang aku rasa aku tak layak buat Taufiq. Aku pernah terserempak
dengan adik perempuan Taufiq. Cantik dan yang paling penting, alim. Sewaktu aku berjumpa dengan
adik perempuan Taufiq, aku berasa diriku ini terlalu hina di mata Allah. Aku merasakan bahawa diriku ini masih lalai dan ingkar akan perintah Allah dalam menutup aurat. Aku bertudung, tetapi kakiku? Aku lalai menutup kakiku dengan stoking. Sedangkan adik Taufiq memakai stoking. Sejak dari peristiwa itu, aku berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna. Berkenalan dengan Taufiq mengajar aku banyak perkara. Peribadi diri dan ahli keluarga Taufiq menyebabkan aku berasa ingin menjadi salah satu daripada ahli keluarga mereka. Aku tahu angan-angan aku ini sia-sia belaka. Berkawan dengan Taufiq sudah membuatkan aku bersyukur.

Telefon Blackberry milikku berdering menyebabkan aku sedikit tersentak. Nama Taufiq tertera pada skrin. Sejurus melihat nama itu, jantungku berdegup pantas. Patutkah aku menjawab panggilan ini? Hmm.. Angkat jela.

“Ya? Assalamualaikum.”

“Wa’alaikumussalam. Hmm.. Kau dapat tawaran belajar kat mana?” tanya Taufiq.

“Egypt.”

“So, bila pergi?”

“Dua minggu lagi. Aku risau.” Luahku.

“Kenapa?”

“Ibu aku nak kahwinkan aku dengan anak kawan dia.” Tiba-tiba aku menjadi sebak. Aku juga mengawal suara agar Taufiq tidak cam akan suaraku.

“Serious? Habis tu macam mana medic?”

“Lelaki tu akan ikut sama pergi Egypt. Untuk jaga aku kat sana.” Jawabku.

“Oh..”

“Kau rasa aku patut buat macam mana? Aku tak nak kahwin lagi..”

“Aku tak tahu. Kenapa kau tak nak ikut je cakap ibu kau?” tanya Taufiq.

“Aku tak sukakan lelaki tu!” bentakku.

“Dia jahat ke?” cepat Taufiq bertanya.

“Tak adalah.. Dia baik. Tapi..”

“Tapi?”

“Aku sukakan hamba Allah yang lain! Aku tunggu dia..” aku sedikit berkias. Aku berharap sangat Taufiq mengerti.

“Siapa?” tanya Taufiq lagi.

“Rahsia.”

Taufiq tergelak.

“Adoii.. Sempat lagi kau nak berahsia.. Kau ingat kau tu Datuk Siti Nurhaliza? Biarlah rahsiaa..”

Taufiq membuat nada lagu Biarlah Rahsia.

Giliran aku pula ketawa.

“Gila. Tapi aku tak boleh terlalu berharap sangat dekat hamba Allah tu.. Sebab dia tak tahu aku sukakan dia.” Ujarku berkias lagi.

“Peliklah kau ni. Eh, aku ada hal. Kawan aku minta tolong siapkan assignment. Kau jangan susah hati tau. Kalau kau dengan lelaki tu ditakdirkan bersama, korang pasti akan bahagia juga. Rancangan Allah semuanya baik-baik. Ingat tu. Aku off dulu. Assalamualaikum.”

Talian dimatikan.

Air mataku menitis. Ada benarnya kata-kata Taufiq itu. Aku tidak boleh bersedih. Aku akan buat apa yang aku nak buat! Go Hannah! You can do it!

***

Aku mencatat senarai barang untuk dibeli di pasaraya. Banyak juga barang kena beli ni. Tak sabar nak Egypt! Hatiku benar-benar teruja. Aku mengenakan abaya dengan tudung Syria berwarna kelabu. Lantas aku mencapai kunci kereta yang tergantung di dinding.

“Hannah..” ibu memanggil. Segera aku memalingkan muka ke belakang.

“Ya bu?”

“Hannah dah fikirkan belum? Pasal perkahwinan Fawwaz dengan Hannah?” tanya ibu.

Aku menelan air liur. Aduh! Apasal ibu boleh ingat hal ini?

“Erk. Hannah tak nak.” Beritahuku perlahan.

“Baiklah.. Kalau Hannah masih tak bersedia, ibu tak paksa.” Balas ibu. Aik? Sedih sahaja bunyinya. Ibu pasrah dah ke?

“Ibu? Ibu okay?” tanyaku. Risau juga tengok ibu tiba-tiba fed up. Ini bukan ibu yang aku kenal!

“Ibu okay.” Ujar ibu yang cuba tersenyum. Aku tahu itu senyuman sekadar ingin aku berpuas hati.

“Ibu.. Hannah minta maaf. Hannah tak nak jadi anak derhaka. Maafkan Hannah,bu..” mataku mula bergenang. Tubuh ibu kupeluk erat.

“Ibu harap sangat ada orang boleh jaga Hannah dekat Egypt nanti.” Luah ibu.

Hatiku tersentuh dengan kata-kata yang diluahkan oleh ibu. Begitu risau ibu terhadapku.

Jahatkah aku menghampakan harapan ibu? Aku cuma masih tidak bersedia. Ya Allah.. bantulah aku..
Rintih hati kecilku.

***

Semua ahli keluargaku turut berkumpul di lapangan terbang. Aku memeluk tubuh adik bongsuku dengan erat. Sebak rasanya untuk meninggalkan Malaysia. Meninggalkan orang yang aku sayang.

Tambahan lagi, orang yang aku sayang tiada di sini. Sedih!

“Adik belajar rajin-rajin tahu. SPM tahun depan, buat yang terbaik.” Pesan aku kepada Farhana, adik bongsuku.

Farhana tersenyum. Seterusnya, aku bersalam dan mencium tangan ibuku. Ibu menggosok kepalaku dengan lembut. Mata dan mukaku menjadi panas. Terasa air mata ingin keluar.

“Study kat sana jangan stress sangat. Jangan lupa solat 5 waktu. Sentiasa berzikir dan berselawat. AlQuran jangan lupa.” Pesan ibu.

“InsyaAllah. Ibu dengan abah jaga diri baik-baik. Jaga kesihatan.” Pesan aku pula.

Fawwaz memandangku sambil tersenyum. Aku turut membalas senyumannya.
“Awak, terima kasih kerana memahami saya. Kalau ada jodoh, pasti kita bertemu lagi.” Ujarku.
“InsyaAllah.” Balasnya.
“Kak Hannah!”
Aku mendengar seseorang memanggil namaku. Lantas aku berpaling ke kiri. Aisya!
“Aisya!!” aku memeluk Aisya. Sudah lama benar aku tidak bertemu dengan gadis itu.
“Kak Hannah nak pergi mana?” tanya Aisya.
“Akak nak naik flight. Sambung belajar dekat Egypt. Pukul 10 akak kena check in.” ujarku
sambil melihat jam pada tangan. Baru pukul 8.30 a.m..
“Abang dah tahu?” tanya Aisya lagi.
“Abang?” aku tersenyum. Lantas aku mengangguk kecil.
“Mana abang?” Aisya mencari kelibat Taufiq. Aku tergelak kecil.
“Abang dekat U la…” jawabku.
“Laa.. Kenapa abang tak hantar akak. Hmm.. Abang ni memanglah!” gumam Aisya.
Aku mengerutkan dahi. Pelik betul Aisya ni.
“Aisya? Jom balik.” Ajak seorang wanita dalam lingkungan 40an
yang baru sahaja tiba
berhampiran kami. Aku kenal wajah ini! Umi Taufiq!
“Umi, inilah kak Hannah. Kawan angah.” Ujar Aisya. Ishh Aisya ni! Janganlah kenalkan aku
dekat umi tu! Malulah akak!!
Aku tersenyum kecil. Takut weh! Umi Taufiq turut tersenyum.
“Hannah yang selalu angah cerita itu ke? Baru sekarang boleh jumpa.” Ujar umi Taufiq.
Aku hanya tersengih.
“Oh ya, kejap ya puan.” Aku pergi ke arah ibuku. Lalu ku ajak ibu berkenalan dengan umi
Taufiq.
“Ini ibu saya. Ibu, inilah umi Taufiq.” Aku meperkenalkan mereka berdua.
Ibu dan umi Taufiq bersalaman.
“Hannah nak pergi belajar dekat Egypt,umi. Best kan?” beritahu Aisya kepada uminya.
Aku hanya terdiam.
“Bertuah anak puan dapat belajar luar negara.” Puji umi Taufiq kepada ibuku.
Aku menunduk muka. Aduh! Malu! Dipuji oleh umi Taufiq pulak tu. Err..
Pengumuman untuk check in sudah dibuat. Aku dan ibu saling berpandangan.
“Puan, saya pergi dulu.” Ujarku.
Umi Taufiq memelukku sebaik sahaja aku bersalam dengannya. Melihat wajah uminya
membuatkan aku menjadi bertambah rindu untuk berjumpa dengan Taufiq. Ya Allah, kau buangkanlah
perasaan itu daripada hatiku ini. Sungguh tidak elok aku merindukan lelaki yang tidak halal buatku.
Sejurus itu, aku bersalaman dengan Aisya pula. Aku mengeluarkan kertas dari dalam tas tangan.
Surat. Surat yang sudah lama akuu ingin sampaikan kepada Taufiq.
“Aisya..” aku membisik ke telinga Aisya.
“Ya?”
“Tolong serahkan surat ini dekat abang.” Bisikku.
Aisya tersenyum mesra sehingga menampakkan lesung pipitnya. Comel!
“InsyaAllah. Kakak don’t worry. You will get happiness when you come back. InsyaAllah.” Ujar
Aisya.
Aku berkerutkerut
tidak faham. Apa yang Aisya melalut ni? Takkanlah Taufiq sukakan aku?
Impossible!
***
Setahun berlalu..
Cuaca di Egypt sudah dapat aku biasakan. Kalau musim sejuk, sejuknya bukan kepalang!
Menyengat sampai urat nadi! Nasib baik hari ini kelas tamat awal. Boleh juga aku rehat dekat rumah.
Aku membelek surat khabar yang dibeli di kedai pagi tadi. Belum habis lagi dibaca, jadi aku habiskan
juga hari ini. Banyak info dan ilmu yang boleh dipelajari dengan membaca. Rugi kalau kita terlepas
ilmuilmu
tersebut. Maklum sahajalah.. Ilmu itu harus dicari.
Aku berhenti membelek apabila tiba di muka surat yang bertulis artikel tentang ‘Engineer’.
Wahai hati bersabarlah.. Bagaimana agaknya keadaan Taufiq di Malaysia? Sudah lama dia tidak
menghubungiku. Aku pun tak naklah ganggu dia. Manalah tahu kalau dia busy? Mungkin dia sudah ada
perempuan lain. Terpaksalah aku merelakan. Dia bukannya milikku!
Tetapi, takkanlah dalam masa setahun ini dia langsung tak nak bertanya khabar diriku?
Sampainya hatimu Taufiq! Hampir sahaja air mataku tumpah, aku segera menyekanya. Bibirku segera beristighfar dan zikrullah. Hanya kepada Allah sepatutnya kuserahkan hati ini.
***
Tiga tahun berlalu..
Aku berjalan keluar daripada airport. Alhamdulillah.. Akhirnya aku pulang jua ke tanah air.
Rindu!!! Segarnya udara!
PIN!PIN!
Aduh! Rosak mood bahagia aku! Kereta manalah tak reti adab dan sopan ni? Geram aku! Aku
mengerling pada kereta yang membuat hon tadi.
Seseorang keluar daripada kereta tersebut. Lelaki segak bercermin mata hitam. Ceh!! Bajet
hensemlah tu?
“Hannah!” dia menjerit teruja.
Dia kenal aku kah?
Lantas lelaki itu membuka cermin mata.
“Ya Allah.. Fawwaz!”
***
Ruparupanya
ibu menyuruh Fawwaz datang menjemputku di lapangan terbang. Hmm.. Macam
ada agenda tersembunyi je. Aku mula tidak sedap hati.
“Beruntunglah awak nanti dapat suami hensem.” Fawwaz bersuara.
“Hensem? Siapa?” tanyaku. Pelik!
“Mestilah orang pilihan ibu awak. Dia dah tak sabar nak kahwin.” Ujar Fawwaz.
Bulu romaku sudah meremang. Gila! Ini semua gila! Ibu masih nak jodohkan aku dengan
Fawwaz? Aku tak nak!!
“Cincin dah ada kat rumah. Tunggu empunya diri sahaja mahu approve atau tidak.” Tambah
Fawwaz lagi.
Aku seperti mahu pengsan. Somebody tolong culik aku sekarang!!
***
“Ibu? Ada orang hantar cincin ke?” tanyaku sebaik sahaja Fawwaz pulang.
Ibu tersenyum.
“Kamu ni Hannah.. Tak nak salam dengan ibu dulu ke?” usik ibu.
Aku tersengih. Lalu aku menyalami tangan ibu. Aku sudah mengetahui bahawa abah tiada di
rumah. Outstation di Singapura. Itu pun Fawwaz yang beritahu dalam kereta tadi. Amboi.. Rapat
bebeno hubungan Fawwaz dengan keluarga aku sekarang. Ini tak boleh jadi!
“Cincin tu ada. Dalam bilik Hannah. Hannah tengok sendirilah cincin tu lawa atau tak.” Ujar
ibu.
Aku bergegas masuk ke dalam bilik. Pintu bilik aku kunci dengan rapat. Kotak cincin berada di
atas meja tulisku. Perlahanlahan
aku menghampirinya. Kalau benar Fawwaz yang memberi cincin ini,
maka tamatlah riwayat aku! Aku dah berjanji supaya tidak akan mengecewakan harapan ibu lagi.
Kotak cincin dibuka. Cantik. Ada sekeping kad terselit pada kotak tersebut.
Assalamualaikum.
Kepada Hannah Irdina. Ehem. Sudikah awak mengahwini saya? Itu sahaja yang hendak saya
sampaikan. Sekian.
Yang ikhlas,
Jejaka Comel.
Jejaka comel? Ya Allah!! Makhluk mana pulak ni!! Telefonku bergetar. Ada mesej masuk.
Taufiq!
+ Sudi tak?
What? Adakah itu Taufiq? Subhanallah... Tidak kusangka bahawa Taufiq melamarku. Aku
menaip mesej ringkas.
+ 
Lantas aku berwuduk untuk menunaikan solat syukur. Syukur kepadaMu ya Allah.
***
Sebulan berlalu..
Kini aku sudah bergelar sah sebagai seorang isteri. Isteri kepada seorang jurutera yang comel!
Aku masih tidak percaya bahawa akhirnya aku menjadi miliknya. Padahal aku dengan dia rapat gitugitu
je dulu. Kuasa Allah, siapa tahu,kan?
“Sebenarnya, abang dah lama minat akak.” Ujar Aisya petang tadi.
“Iya? Mana Aisya tahu?”
“Dia selalu stalk fb akak. Sampai suatu hari dia try nak tegur akak.”
Ha ha.. Aku pun selalu jugak stalk facebook dia. Kalau tidak, takkanlah aku boleh kenal wajah
umi. Kua kua..
“Tapi, abang ni pemalu. Dia payah nak ngorat orang lain macam lelaki lain. Dia lebih suka diam.
Dengan Aisya pun dia tak nak cerita. Payah!” bebel Aisya.
Aku sudah tergelak. Habis pecah semua rahsia Taufiq. Bolehlah aku sakat dia nanti!
“Ini yang tersenyum sorangsorang
kenapa?” tanya Taufiq.
Spoil betul. Baru nak berangan.
“Bila awak start minat saya?” aku bertanya.
“Bila ek? Lupa dah..” balas Taufiq sambil membuat muka.
“Hmm.. Okay.. Tak nak bagi tahu sudah.” Aku berpurapura
merajuk.
Taufiq tergelak.
“Ololo.. Merajuk pulak. Hei. Tak comellah sayang merajuk.” Taufiq duduk di hadapanku.
Mataku bertentang dengan matanya. Baru aku tahu mata Taufiq ni berwarna hazel. Cantik!
“Abang..”
Belum sempat Taufiq menghabiskan katakata,
aku sudah tergelak.
“Kenapa gelak?” tanya Taufiq kehairanan.
“Tak biasa dengar awak bahasakan diri ‘abang’. Kelakar.” Ujarku.
Taufiq turut sama gelak.
“Kenalah biasakan. Kita kan dah suami isteri.” Balas Taufiq.
Aku tersengih.
“Sambungsambung.”
Balasku.
“Abang suka dekat Hannah masa dekat asrama lagi. Dulu budakbudak
dorm abang semua pakat
duk cerita tentang Hannah. Abang pun try cari siapa Hannah. Ruparupanya
budak tu..”
“Lepas tu?” aku beria nak tahu.
“Abang buat tak tahu ajela..”
“Cehhh… Itu aje? Tak best cerita abang. Meh nak cerita kisah Hannah pula.” Ujarku
bersemangat.
Taufiq menarik tubuhku ke dakapannya. Aku selesa berada di sampingnya.
“Dulu.. Ada budak dorm Hannah, junior la.. Dia kata ada seorang senior hensem. Senior tu minat
dekat junior tu. Hannah tanyalah siapa? Dia orang tunjukkan Hannah dekat abang. Hannah tak pandang
pun abang masa tu.. Sebab abang tak adalah hensem mana.”
Taufiq mencubit pipiku.
“Apa?? Ee.. pandai kutuk abang eh..”
“Sakitlah.. Itu dululah.. Dulu!” aku tergelak. Nostalgia zaman bila entah! Ha ha..
“Tapi, abang dulu famous jugak eh? Dan gatal! Kecikkecik
dah belajar mengorat! Dengan
budak junior pulak tu. Agakagaklah..”
ujarku.
Taufiq pecah ketawa.
“Biasalah tu.. Baru nak masuk alam remaja. Nak try jugak.”
“Gatal!!!” giliran aku pula mencubit pipinya.
“Dengan sayang, tak ada pulak nak mengorat macam tu.” Aku memuncungkan mulut. Geram
dengan Taufiq! Tak reti nak tarik perhatian aku langsung dulu.
“kalau abang ngorat sayang dulu, tak adalah kita kahwin macam sekarang. Abang selalu berdoa
dekat Allah supaya dijodohkan dengan sayang. Hati abang resah bila dapat tahu sayang kena kahwin
dengan Fawwaz. Alhamdulillah berkat doa tu, kita bersama.” Ujar Taufiq.
Aku rasa macam nak menangis pun ada. Aku pun buat benda yang sama. Aku bersabar untuk
menerima kebahagiaan seperti ini. Sungguhlah kesabaran itu perit dan akan menghasilkan buah yang
paling manis. Subhanallah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan