Label

Sabtu, 7 Januari 2017

NOVEL Luka Melukai Bab3

Janggal terasa saat Anaz mencium dahinya dan dia pula menyalami tangan jejaka itu.Berdebar‐debar hatinya saat Anaz menyarungkan cincin dijarinya.Ya,Mayra baru sahaja siap bernikah.Akad nikah yang serba ringkas bertemakan colour cream,dinikahkan oleh ayah Mayra sendiri,Encik Nazrey.Yer,bertunang dengan orang lain,nikah dengan orang lain.Macam tak sangka,akhirnya Mayra telah pun menjadi isteri orang.

“Anaz jom breakfast,”suara Mayra saat dia menjejakkan kaki ke bilik Anaz.Mayra meletakkan tray makanan di atas meja berdekatannya dan menyelak langsir.

“Kacaulah,”ujar Anaz separuh sedar terganggu dengan cahaya terang yang memasuki ruangan biliknya.

“Anaz dah subuh belum?”soal Mayra pada Anaz yang terus berselubung dalam comforter tebal dan tiada tanda‐tanda untuk bangun.

Ni mesti belum bangun subuh lagi..bisik Mayra sendirian.

“Jom Encik Anaz,memandangkan tangan Encik Anaz belum boleh kena air,jom saya ajar bertayamum nak?Asalkan Encik Anaz jaga solat,”tutur Mayra sambil membuka selimut yang menyelubungi tubuh Anaz.



InsyaAllah..tak lama lagi oklah tu,suara hati Mayra sambil memandang tangan kiri Anaz yang berbalut itu.

“Jangan kacau boleh tak?”suara Anaz geram.

“Encik Anaz dah lupa,inikan tugas saya..Encik Anaz nak ke saya abaikan Encik Anaz?Kita pun sama‐sama dah dapat pengajaran,kan?Mati ni bila‐bila masa sahaja.Saya cuma ingatkan je.Nak atau tak terpulang pada Encik Anaz.Yang penting saya dah menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang Islam.Lagipun..,”tutur Mayra panjang lebar pada Anaz.

“Yelah,yelah..senyaplah.Aku bangun ni..”potong Anaz yang tidak tahan mendengar bebelan Mayra itu.Anaz lantas cuba untuk bangun dan Mayra mengambil tugasnya membantu Anaz duduk disisi katil.

“Jadi Encik Anaz setuju?”soal Mayra ceria.

“Hmm…”balas Anaz ringkas.Entah kenapa,semenjak Mayra menjadi isterinya,hati Anaz sudah semakin sejuk dengan wanita itu.

“Jap ye saya ambil debu.Lepas tu baru kita breakfast ya Encik Anaz.”beritahu Mayra mula melangkah.

“Mayra,”panggil Anaz.

“Ya,Encik Anaz,”sahut Mayra.

“Mulai sekarang panggil abang,”arah Anaz langsung tiada riak romantic pada wajahnya.Lagaknya seolah seorang GM mengarahkan pekerjanya.

“Ok,Encik Anaz.Eh,abang,”jawab Mayra serius seperti mengikut arahan boss.Langsung tiada garisan senyuman diwajah kedua‐dua pasangan suami isteri ini. Mayra meneruskan langkahnya untuk mengambil debu yang disediakan buat Anaz bertayamum.

****

Hari itu,Mayra membawa Anaz menjalani rawatan seperti biasa.Namun,tiada feedback positive yang diberikan oleh Doc terhadapnya.Anaz balik dengan hati yang sakit.

“Belum lagi.Jari pun dia tak dapat gerakkan.I can’t confirm it when or it is possible or not.Kita tengok perkembangan dia macam mana.Yang penting,you terus bantu dia.Support dia,”ujar Dr Dayana merujuk kepada keadaan kaki Anaz.

“Betul ke doc.Saya yakin my husband boleh,”tutur Mayra penuh keyakinan.

“Arrrggg!” jerit Anaz sendirian di dalam biliknya mengenangkan hal yang baru dilaluinya pagi tadi.

“Abang,kenapa?”terpacul wajah Mayra disebalik pintu secara tiba‐tiba.

“Kau boleh keluar tak?”jerkah Anaz.

“Ok abang,”balas Mayra terus menutup kembali pintu bilik lelaki itu.Hatinya berdegup kencang. Terbayang sekali lagi saat baru sahaja dia sedar dari kemalangan,dia terpaksa menghadapi tengkingan lelaki itu yang enggan memaafkannya.Hampir sebulan sudah Mayra disisi Anaz.Menjaga makan minum dan kesihatannya,jua cuba menjadi seorang isteri yang terbaik untuk jejaka itu.

******

“Abang jom makan,”

“Tak nak,”

“Jom”

“Tak nak,tak naklah”suara Anaz enggan.

Jom nanti lapar karang”

“Kau ingat aku baby ke apa nak paksa‐paksa?Kau pergi makan sendiri.”

“Makanlah sikit jee..”pujuk Mayra tanpa bosan.

“Kau memang tak faham bahasa ya?”suara Anaz lantas terus menolak dulang yang berisi makanan ditangan Mayra.Habis hancur berderai pinggan dan cawan kaca bersama makanan yang berteraburan.Mayra tergamam.Hatinya bagai dihiris.Makanan yang dimasak dengan penuh kasih tanpa ajinomo dibuang sebegitu sahaja.Barulah dia faham,Anaz langsung tidak boleh diganggu saat moodnya kurang baik.

“Apa tunggu lagi,kemaslah,”arah Anaz geram umpama seorang supervisor terhadap anak buah. Tidak sedikit pun dia memandang wajah Mayra saat itu.Badannya membeku diatas wheelchair sambil matanya tidak berkalih dari menikmati pemandangan luar yang nyaman disebalik jendela yang terbuka.Pun begitu,hatinya tidak setenang pemandangan yang dilihatnya.

“Baik abang,”akur Mayra sambil menyeka air mata yang mula bergenang.Didalam hatinya,dia berjanji tidak akan sesekali menggangu lagi lelaki itu jika mood Anaz kurang baik.Mayra perasan,semenjak berjumpa dengan Doktor tempoh hari,mood Anaz sentiasa didalam keadaan yang tidak baik.Untuk keluar dari bilik pun terkadang lelaki itu enggan.Ternyata,semakin sukar untuk dia memahami hati jejaka itu.

“Jangan nangis.Habis kemas,Mayra boleh keluar,”tutur Anaz memperlahankan suaranya namun tetap dalam nada yang tegas.Anaz masih lagi enggan memandang wajah Mayra.Entah kenapa,hatinya bagai tidak senang tatkala mendengar esakan kecil Mayra yang mula mengalirkan mutiara jernih di pipinya yang mulus itu sambil mengemas cebisan kaca yang berderai.

*********

Mayra mengunjungi farmasi Kota Warisan berdekatan kawasan perumahan keluarga suaminya di Jalan Warisan Setia.Selama ini Anaz tinggal di area Damansara.Namun,terpaksa berpindah ke rumah mama dan papanya buat sementara waktu memandangkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan sekarang.

“Uppss..sorry,”suara Mayra perlahan saat terasa badannya melanggar seseorang.Matanya tidak beralih dari membelek supplement yang dipegangnya.

“Eh?Mayraaaa…!”panggil suara seorang wanita sambil terus mendapatkan bahu Mayra.Spontan Mayra memandang kepada empunya suara.

“Elsa?”Wajahnya bagai tidak percaya melihat sahabatnya disitu.

“Kau buat apa kat sini?Rindulah kat kau,”suara Elsa teruja sambil memegang kedua‐dua tangan Mayra.

“Ni,aku nak beli supplement untuk suami aku ni.Bagi semangat kat dia sikit,”suara Mayra sambil menunjukkan botol vitamin yang digenggam ditangan kanannya.

“Owh..Macam mana husband kau sekarang?”

“Macam tulah.But now is more better.Tangan dah okay dah bukak dah balutan minggu lepas.Cuma kaki jelah.Apa pun,aku yakin,dia boleh sembuh.Cuma dia macam moody sikit lately because doc tak bagi feedback positive lagi.Apa pun,semuannya masih baru lagi.InsyaAllah,dia boleh,”terang Mayra berkenaan suaminya.Dia yakin Anaz akan sembuh.

“InsyaAllah..Hmm..Tak sangka kau kahwin jugak dengan dia,kan..Aku rindu kat kau.Lama dah tak nampak kau kat office.Betul ke kau cuti tanpa gaji setengah tahun?Encik Haniff yang cakap.Gila betul aku dengar.Tapi yalah,nak buat macam mana,kan..Aku faham,”tutur Elsa sambil memeluk lengan sahabatnya itu.Elsa tahu,Mayra pasti rindu akan kerjayanya sebagai graphic designer itu.Untuk mempertikaikan keputusan Mayra,Elsa tidak sanggup.Enggan mengguris hati sahabatnya itu.

“Perancangannya macam tulah.Mana tahu,mungkin lebih awal.Jangan risau,InsyaAllah aku yakin aku akan kembali,”balas Mayra ringkas.

“Jom aku belanja kau makan lepas ni.Nak tak?Dah lama tak makan sama ni semenjak kau kahwin,”ajak Elsa pulak.

“Jom.”Mayra menghadiahkan segaris senyuman.

****

“Mayra kena tidur kat bilik abang mulai sekarang,”arah Anaz bagaikan seorang Managing Director tanpa segan silu.

“Apa dia abang?”bulat mata Mayra mendengarnya.Wajahnya merah padam tibatiba.

Tangannya terhenti dari menyuap Anaz makan.

“Yes,untuk jaga abang,”balas Anaz selamba.

“Okay,”jawab Mayra akur akhirnya.Demi menebus kesalahannya,Mayra tidak pernah sekali membantah permintaan Anaz.

Hari itu,Mayra sudah pun mengemaskan barangnya yang tidak sebanyak mana dari bilik tetamu untuk berpindah ke bilik Anaz.Bukan main gembira lagi wajah family Anaz melihatkan kemesraan mereka berdua.Sudah boleh sebilik katakan!Tidak dinafikan,Puan Raissya dan Encik Ayden sememangnya sangat menyenangi menantunya itu.Melihatkan sikap bertanggungjawab Mayra dan kesabarannya membuatkan mereka bersyukur.Jarang sekali Mayra meminta bantuan meskipun mereka turut sama menyediakan pembantu untuk menguruskan Anaz.Namun,Mayra lebih suka melaksanakan tugasannya sendiri.Bagi Encik Ayden dan Puan Raisyya,hadirnya Mayra bagaikan satu rahmat meskipun jodoh mereka bermula dengan sebuah kelukaan.Mereka sangat berharap agar jodoh antara anak dan menantunya kekal hingga ke syurga.

Malam itu,perlahan Mayra membuka pintu bilik Anaz.Mayra dapat melihat Anaz duduk tekun diatas katilnya bersama notebook kesayangan.Jarang sekali dia melihat Anaz berenggang dengan notebooknya.Segala keperluan jejaka itu sudah pun diuruskannya sebentar tadi.Hanya tunggu masa untuk tidur sahaja.

“Tengok apa tu abang?”suara Mayra memecahkan kesunyiaan sambil meninjau apa yang dilihat Anaz.

“Kerja.”sepatah jawab Anaz sambil tekun menaip sesuatu.Entah dokumen apa yang dilihat Anaz Mayra tak tahu.Yang dia pasti,Anaz sememangnya selalu online.Namun jarang sekali dia melihat Anaz melayari laman social seperti facebook mahupun Instagram dan sebagainya.

“Okaylah,Mayra tidur dulu.Kalau abang nak apa‐apa,kejut Mayra ya,”ujar Mayra sambil menutup lampu tidur disisi kanan katilnya.Tugasnya menjaga Anaz untuk hari ini telah pun siap.Mayra keletihan.Dia melelapkan matanya.Dalam diam,Mayra sangat berharap agar Anaz cepat sembuh.Dalam diam,Mayra sangat merindui dunia luar,alam pekerjaannya.Tugasnya sebagai seorang graphic designer.Dan kadang‐kadang fashion designer separuh masa.Tugas yang memerlukan bakat dan kreativiti untuk berjaya.Dan,dalam diam,Mayra sangat berharap agar segalanya kan berakhir dengan baik.

“Alright,”jawab Anaz ringkas.Sesekali dia mengerling kearah Mayra yang sudah pun berbaring disebelahnya.Bantal peluk menjadi penghalang antara mereka berdua.

‘Aikk..Suruh tidur kat sini pun boleh nangis ke?Bukan ajak buat apa‐apa pun,’bicara hati Anaz yang masih boleh perasan akan titisan air mata yang mengalir di pipi Mayra di kesamaran lampu tidur meskipun mata perempuan itu telah pun terpejam rapat.Entah kenapa,hatinya sedikit terguris melihat air mata itu.Anaz dapat rasakan Mayra ada menyembunyikan sesuatu daripadanya.Atau,mungkinkah Mayra tidak gembira hidup bersamanya walaupun gadis itu sentiasa memberikan dorongan positive padanya setiap hari..Walaupun gadis itu berlagak ceria disiang hari dan tak pernah membantah akan permintaannya.Apakah salahnya kerana memaksa gadis itu mengahwininya?Apakah Mayra tidak gembira dengan layanan baik mama, papa dan adik‐beradik Anaz terhadap Mayra?Tapi tak mungkinlah kot!Sebab Anaz nampak sendiri kesenangan dan keikhlasan Mayra tatkala mereka bermesra dan bergelak tawa bersama.Perlahan,Anaz dapat rasakan,yang hatinya sudah mula menyayangi insan yang bernama Mayra ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan