Label

Jumaat, 27 Januari 2017

CERPEN Meniti Pelangi Indah

Hujan gerimis mengundang rasa terharu buat pelajar‐pelajar di kolej 12 Universiti Malaya. Tatkala ini kelihatan ramai yang melelapkan mata masing‐masing untuk menghayati lena tidur disulami kesejukan hujan. Namun tidak bagi zamani. Zamani watak utama bagi cerita ini. Zamani merupakan pelajar yang selalu merendah diri dan tidak pandai untuk menunjukkan bakat yang dia ada. Sikap zamani yang kadang‐kadang lurus bendul memberi peluang kawan-kawan yang lain untuk membulinya namun semua itu cerita lama. Jika ini diceritakan balik kisahnya saat mula‐mula menjejakkan kaki di kolej ini sememangnya banyak cerita yang terselindung dan boleh dibuat novel dalam beberapa bahagian. Namun cerita ini akan berkisar kisah hidupnya pada tahun akhir semester di kolejnya.

“zamani, mana ko nak pegi ni ujan‐ujan?” kata hakim yang merupakan teman sebiliknya.

“aku ada kerja sikit ni..penting sangat kot..”katanya sambil tersenyum.

“ko tu awek bukannya ada. Buat‐buat tergesa‐gesa pulak aku tengak ko.”perli Hakim.

“hai....setiap kali aku nak keluar ko mesti cakap benda yang sama. Awek2 ni tak pentinglah dan aku sedar siapa diriku ini.”katanya sambil berlawak jenaka.



Hakim hanya mampu melihat dan membiarkan sahaja temannya itu keluar dalam keadaan hujan yang belum reda. Zamani yang dalam keadaan tergesa‐gesa mengambil motornya dan menuju ke arah luar pagar kolej 12.

Arah tujunya merupakan padang bola kerana perlawanan bola sepak antara kolej akan diadakan pada minggu hadapan. Semangatnya yang berkobar‐kobar memang tidak boleh disangkal lagi. Di benak fikirannya hanya bola, bola dan bola.

Dalam keadaan hujan lebat langsung tidak difikirkannya yang penting hatinya berkata dia ingin menang dan menjadi juara. Bola ditendang sekuat hati di hadapan pintu gol dan zamani menjerit sekuat hati tanda puas dapat menjaringkan gol meskipun dia tahu itu hanyalah perlawanan latihan. Baju kotor, badan penat langsung tidak dipedulikannya asalkan puas bermain bola.

Pendekkan cerita.....................”_

Kejohanan bola sepak antara kolej telah diadakan...

Kelihatan semua pasukan sudah bersedia namun pasukan zamani yang dikenali sebagai Singa lapar masih tidak sampai‐sampai. Pasukannya yang merupakan juara bertahan pada tahun lepas menjadi harapan budak‐budak kolejnya.

“lamanya budak‐budak ni...tahulah juara tahun lepas.”bebel zarina yang merupakan kawan baik zamani.

“si zamani pun satu kaki poyo bajet star main tak adalah hebat sangat pun. Katanya sambil diiringi gelak tawa bersama budak‐budak perempuan yang sememang suka bergosip.

Tak lama kemudian hadirnya pasukan yang dikatakan poyo oleh zarina dengan semuanya berbaju merah menyala dengan harapan membuat team pihak lawan takut.

“sampai pun ko bajet star..bajet c.ronaldo la sangatkan”..kata zarina sambil tersenyum.

“eh..ko ni salah ke aku jadi star. Aku berusaha pun sebab kolej kita jugak kan?kata zamani sambil ketawa.

“yela ko...ko buat yang terbaiklah..kitaorang semua sokong korang ni. Bagi kolej kita menang lagi ya.”zarina akhirnya berlalu bersama‐sama kawannya.

Setiap yang dijangka pasukan singa lapar akhir masuk ke final bertemu kucing mengaum yang merupakan kolej ketujuh. Di saat bola berada di kakinya dan membawa ke arah pintu, zamani terpaku seketika apabila seorang pelajar perempuan melintasi belakang pintu gol pihak lawan.

Zamani terpaku dan akhirnya bola dirampas.

“zamani ko men bola ke ko nak tengok perempuan?”jerit hakim dan beberapa kawan yang lain yang merupakan peminat setia singa lapar.

Kelihatan nora berjalan bersama kawan‐kawannya bagi menyaksikan kolejnya iaitu kucing mengaum. Nora merasa kurang selesa apabila zamani memandangnya seperti singa lapar. Dia memalingkan muka dan mengambil tempat bersama kawan‐kawannya.

Zamani berasa penah melihat pelajar tersebut. Hatinya seperti terkunci tanpa menghiraukan tomohan dan kata‐kata orang yang berada diluar. Kedudakan masih 0‐0 hingga ke minit 70.

“dia datang tengok bola jugak rupanya.”hatinya mula berbisik.

“kenapa aku rasa macam dah jatuh cinta ni..”dia bermonolog dalam hatinya.

Zamani menjadi begitu bersemangat melihatkan gadis tadi datang menonton bola. Pada minit ke 90 satu lorongan cantik dihantar kepada zamani dan akhirnya satu rembatan dilakukan dan gol telah dijaringkan oleh zamani.

Semua yang berada di situ bersorakan dan menjerit memanggil nama zamani sebagai hero singa lapar. Zamani menjerit sekuat hati dan mengangkat tangan sebagai tanda syukur. Di sebalik meraikan jaringan tersebut dia sempat menjeling ke arah nora dan melemparkan senyuman. Nora langsung tidak menunjukkan sebarang reaksi kerana melihatkan kolejnya kalah lagi pada tahun ini.

“ko memang hebatlah. Tahniah la menang lagi tahun ni..” zarina melemparkan kata‐kata pada zamani.

“akhirnya c.ronaldo ni jugak yang jaringkan gol..”katanya sambil sedikit membuat muka berlagak.

“yela2..ko jangan nak berlagak sangatlah tadi bola nasib jela..kalo aku pun boleh je nak masukkan dalam pintu gol tu. Zamani tersengih dan mula mencari kelibat nora.

“awak yang baju hitam tu.....panggil zamani sambil menunjukkan pingat yang dipegangnya. Nora menjadi rimas namun masih melemparkan senyuman.

“tahniahlah kolej awak menang lagi tahun ini.”zamani tersenyum melihatkan kata‐kata nora.

“awak nama apa ? tak salah kan saya nak berkenalan?..” nora menjadi segan mendengar kata-kata zamani.

Nora cuba berjalan meninggalkan zamani yang terpingga‐pingga. Zamani berasa serba salah dan membiarkan nora melangkah meninggalkannya.

Pendekkan cerita.................

Zamani berusaha mencari facebook nora demi mengenal lebih rapat nora. Nasibnya begitu baik apabila hisham yang merupakan kawan baik zamani dan juga senior nora di fakulti mengetahui facebook nora.

Dengan seberapa pantas yang boleh, zamani mengapai laptopnya dan mencari nama nora batisha. Akhinya menjumpai facebook nora dan dia berharap nora akan menerimanya sebagai kawan.

“harap dia terima aku la...tapi aku dah tukar profile picture mesti dia tak perasanlah nanti.”cuba
menenangkan dirinya.

Pendekkan cerita................

Nora menerima zamani sebagai rakan facebooknya. Ketika ini juga zamani memfokuskan hanya pada nora dalam facebooknya.

Ruangan chating..”﴿

Zamani‐“nama awak nora rupanya..kan senang bagitau ari tu..

Nora‐“eh...awak siapa ? kita pernah kenal ke?

Zamani‐“saya kapten pasukan singa lapar. Awak dah lupa ke ?”

Nora‐“oh.......yang berlagak tu eh? Kenal sangat2...tapi tahniah la kat awak ya

Zamani‐awak ni xde lah sombong sangat. Ni yang senang ni......

Nora‐senang?? Apa maksud awak??

Zamani‐maksud saya..senang lah saya tuk berkawan dgn awak...sy ingat awk ni mcm cewek2 yang bajet cun kat luar sana.

Nora‐ kurang asam punya ayat....

Hari demi hari , masa demi masa zamani dan nora menjadi kawan yang baik dan selalu berkongsi cerita tapi bukan cerita peribadi. Zamani merasakan dia sudah menjumpai cinta sejatinya setelah lama single. Mereka menjadi seperti belangkas dan bersama dalam pelbagai hal. Zamani merasa sangat selesa dan mulai sayang terhadap nora.

Pendekkan cerita..........

Sebulan kemudian..........

Zamani meluahkan perasaannya kepada nora. Nora terkejut dan cuba berdiam sahaja. Zamani terpaku dan rasa keliru.

“aku ada buat salah ke? Aku jujur betul2 bukannya main‐main “hatinya berbisik.

Esok ,lusa dan berminggu‐minggu nora tidak kelihatan on9 dalam facebooknya. Mesej juga tidak dibalas.

“ko nape sekarang aku nampak serabut macam kera ni..dahlah rambut macam penyapu dah aku tgk ko ni..apa2 hal ko boleh cite kat aku.” Hakim cuba mengenalpasti masalah kawannya.

“kalo kita luahkan perasaan kat seseorang..memang org tu akan lari pastu sembunyikan diri ke? aku tak fahamlah apa silap aku.

“eh ko ni...memanglah kalo dia tak sedia tak pun dia dah ada bf. Ko ni betul‐betul ke dah jatuh cinta. Aku ingat ko ni gay..layan bola je 24 jam.” hakim seakan perli.

“ko tak paham..aku memang gila bola tapi aku kan manusia dan aku ada rase cinta antara dua insan. Aku rasa aku dah jupe cinta hati aku la.” Zamani membuat muka bersalahnya.

“ko sabarlah..ko pegi solat hajat pastu mintak petunjuk ilahi..kita ada tuhan dan doa adalah senjata kita bila kita ada masalah.”hakim cuba memujuk hati keras zamani.

Selesai menunaikan solat hajat, hati zamani menjadi semakin tenang. Kalo sebelum ni jika dia stress pastinya speaker sony gear yang akan bergema sehingga menganggu kedamaian jiwa pelajar lain.

Pendekkan cerita...............

Kul 7 pagi keesokannya satu pesanan ringkas muncul di kaca telefon bimbitnya.

Mesej...

awak...saya minta maaf...saya dah buat awak terasa tapi awak harus tahu saya belum sedia lagi. Saya lagi gembira jika kita berkawan seperti dahulu dan selesa. Saya bukan tidak boleh terima awak tapi sy arap awak mengerti. Saya minta maaf. Nora.Salam.

Zamani cuba membalas mesej itu namun berjam‐jam masih tidak juga nora tidak membalasnya. Hari demi hari zamani berfikir dan kadang2 cuba melupakan nora. Namun masih tidak boleh melupakannya.

Malam......kul 8.....pasar seni....

Melihat peminta sedekah dan penyanyi jalanan membuat zamani cukup terharu hingga menitiskan air mata.

“aku bersyukur atas segala kurniaanMU...”hatinya mula terusik.

Di saat dia meletakkan wang di tabung seorang pak cik buta. Dia merasakan bahawa dia bertanyakan sesuatu kepada pak cik buta setelah melihatnya cuba berjalan untuk pulang.

“terima kasih nak..........”pak cik tua berkata.

Pak cik..pak cik tinggal dimana? Tak pe biar saya pimpin pak cik.

“Tak pe nak..pak cik dah biasa..walaupun secara zahirnya pak cik buta tapi hati pak cik tidak buta. Hidup ini penuh cabaran dan dugaan nak. Kita hidup di dunia ni hanya sementara.” Kata-kata pak cik tersebut telah membuatkan zamani tersentuh. Dia tahu bahawa dia telah banyak melakukan kesilapan dalam hidupnya.

“pak cik..saya telah melakukan kesalahan kepada kaum hawa..saya rasa bersalah sangat.....”zamani cuba meluahkan ceritanya sambil menunggu bas untuk menghantar pak cik buta itu pulang.

“nak.....tidak baik kita merosakkan kaum hawa..meskipun mereka lemah tapi sebab mereka jugalah kita berada di sini...ingatlah nak kalo kita merosakkan dan melukakan hati mereka azabnya begitu besar disana..nak...jauhilah zina jika berlaku bertaubatlah.......”kata‐kata pak cik buta itu cukup bermakna namun zamani tersenyum.

“pak cik dah salah tafsir. Saya Cuma membuatkan seseorang itu kecewa dgn saya dan larikan diri daripada saya. Saya betul‐betul jujur dan sayang kat dia tapi saya sedar diri saya ni tak seberapa.”

“oh...gitu plak kamu ni..kamu harus bersyukur. Sekurangnya kamu sihat tubuh badan..kamu perlu lihat mereka yang lagi teruk hidupnya...jika kamu betul2 jujur padanya kamu berusaha tapi ingat jodoh di tanganNYA. Kita boleh berusaha dan berdoa. Ingat tu anak muda.

Masa berlalu dengan pantas...........

Hari demi hari kisah nora dan zamani seakan lenyap di arus masa. Namun Zamani masih berhasrat untuk menjadikan nora permaisuri dalam hidupnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan