OMBAK petang itu turut jadi saksi. Dari kejauhan, Luqman Adzlie memandang ke arah laut lepas. Dada laut berombak memutih, arusnya tenang menuju ke pantai. Di sisinya, Manissa juga memandang ke arah yang sama. Luqman Adzlie memang tidak pernah serik.
“Tak sangka awak rupanya tetamu yang nak datang tu. Mak Intan pun dah pandai cover line!”
“Awak masih marahkan saya lagi?”
“Awak rasa?”
“Entahlah. Macam itulah yang saya rasa.”
“Awak dah pun jawab soalan tu.”
“Saya tahu awak berguraukan?”
“Saya tak main‐main awak!”
Dari air muka Manissa, dia memang nampak serius. Berkerut dahi Luqman Adzlie cuba menafsirkan sesuatu. Lain benar nampaknya emosi Manissa petang itu. Macam ada rasa tidak puas hati yang ingin disampaikan namun sukar untuk diluahkan. Hatinya berteka‐teki lagi.
Mengapa dengan Manissa?
“Tadi awak kata nak cakap sesuatu pada saya. Ermm…apa dia?”
“Err…saya nak minta maaf sebab dah menyusahkan hidup awak. Sebab saya awak bergaduh dengan tunang awak.”
“Ohh…bukan salah awak pun.”
“Saya memang rasa bersalah sangat.”
“Ini semua cuma salah faham.”
“Apa‐apa pun saya dah mengeruhkan hubungan baik awak. Awak kena bersikap jujur pada dia. Bukan mencari alasan untuk terus bertelingkah.”
“Sebelum saya kenal awak, hubungan kami memang sentiasa diuji. Dia macam tak percayakan saya. Hakikatnya memang saya memang ikhlas terima dia.”
“Tak ada perempuan yang tak cemburu!”
“Kalau saya benar‐benar tidak jujur…saya boleh terima. Dia macam tak faham masalah yang saya hadapi. Keluarga dan kerja sama penting buat saya.”
“Bukan dia tak faham tapi dia perlukan perhatian awak. Saya pun perempuan tau!”
“Agaknya semua perempuan macam tu kot!”
“Kami ada hak untuk disayangi.”
Luqman Adzlie menguntum senyum di bibir. Sebaliknya Manissa memberikan reaksi yang berlainan. Ditarik mukanya masam mencuka. Luqman Adzlie kembali serba salah. Umpama warna kelabu langit petang, jiwa Manissa tiba‐tiba terluka.
“Yang awak terasa kenapa?”
Manissa terus berjalan menuju ke pantai. Sambil berpeluk tubuh, pandangannya jauh dibuang ke tengah laut. Pertanyaan Luqman Adzlie tidak dijawabnya. Langkahnya masih belum berhenti sehingga kakinya basah dipercik debur ombak di pesisir pantai. Terpejam matanya menahan sejuk di kaki. Udara petang disedut dalam‐dalam. Terasa sedikit lega di rongga dadanya.
Luqman Adzlie berhati‐hati berjalan menyonsong Manissa dari belakang.
“Hey awakkk! Tunggulah saya. Awak tak jawab lagi soalan saya!”
Sambil menyinsing kain yang basah dipercik air laut, Manissa terus melayan perasaannya. Rasa sepi mula menundanya ke selat rindu. Beberapa keping kulit kepiting yang terdampar di tepian pantai dikutip. Satu‐persatu erat digenggamannya. Luqman Adzlie masih terkial‐kial cuba mendapatkan Manissa.
“Awakkk! Awak masih marahkan saya lagikah? Kan saya dah minta maaf!”
Langkah Manissa terhenti. Lalu dia menoleh ke arah Luqman Adzlie yang semakin hampir dengannya. Terkial‐kial Luqman Adzlie melangkah. Pasir pantai yang peroi menyukarkan sedikit pergerakan lelaki itu. Timbul juga rasa kasihan di hati Manissa. Namun perasaan itu disimpan dalam hati.
“Saya dah lama maafkan awak.”
“Habis tu kenapa lain macam mood awak petang ni?”
“Entahlah awak…jiwa saya rasa tak tenteram. Tak tahu kenapa!”
“Bagilah tahu saya. Mana tahu saya boleh bantu?”
“Saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana. Memang saya serba salah.”
“Apa guna kawan kalau tak boleh membantukan?”
“Betul kata awak tu tapi soal hati bukan semuanya boleh dikongsi.”
“Cakaplah apa saja. Saya bersedia.”
“Awak tak kesah?”
“Ermm…awak buat saya rasa takut.”
“Saya bukan hantu...kenapa nak takut?”
Luqman Adzlie berfikir‐fikir lagi. Apa sebenarnya yang ingin diberitahu oleh Manissa kepadanya? Kata‐katanya umpama teka‐teki. Pembayang sudah diberi sedangkan maksudnya perlu dicari. Hidup umpama silangkata, segala tempat kosong perlu diisikan jawapannya.
“Awak lihat ombak tu!”
“Ermm…cantikkan?”
“Memang cantik…memutih di dada laut. Tapi bukan itu yang saya maksudkan.”
“Kalaulah saya boleh baca apa yang tersirat di hati awak.”
“Apa yang tersirat di hati saya sekarang ini mungkin tak akan tersurat di hati awak.”
“Makin tenggelam saya dengan kata‐kata awak. Jiwa saya rasa kosong.”
“Itulah yang saya rasakan sekarang kalau awak nak tahu.”
“Hmm…semakin saya tak faham. Bertambah kusut jadinya fikiran ini.”
“Atau awak sengaja buat tak faham?”
Luqman Adzlie ditinggalkan dengan pertanyaan itu. Noktahnya perlu dicari. Manissa menoleh melihat Luqman Adzlie. Di wajah lelaki itu mengharapkan jawapan yang pasti atas setiap persoalan yang dilontarkan. Hakikatnya juga, jiwa dan perasaan Manissa turut kalut dengan apa yang dihadapinya sekarang. Satu perasaan yang sukar diungkap dengan kata‐kata. Tanpa dipaksa, roh lelaki itu sudah melekat di hatinya. Hanya ungkapan cinta bakal melerai segala yang sarat di dada. Semakin difikirkan semakin memberat resah di dadanya.
“Awak tahu tak segala yang ada di dada ombak, ada di hati kita. Tak nampak tetapi nyata adanya.”
“Pandai awak bermain kata‐kata.”
“Apalah ertinya indah kata‐kata kalau awak tak tahu mengungkap maknanya. Yang lemas dan tenggelam hanya saya seorang. Akhirnya sendiri berpaut di ranting kecewa.”
“Apa maksud awak? Kenapa nak perlu kecewa?”
“Cinta tak bersambut ibarat ombak yang menghempas…pasti meninggalkan guris kecewa di pantai landai. Diamnya pantai bukan kerana benci sebaliknya sarat dibeban rindu. Ombak hanya datang dan pergi…yang tinggal hanyalah pantai sepi sendiri…”
Ayat itu amat mengelirukan Luqman Adzlie. Mengapa perlu ada perkataan ‘saya’ dan ‘awak’ di situ? Apa sebenarnya yang mahu diungkapkan oleh Manissa kepadanya? Sungguh berlainan benar maksud yang tersirat. Sejak berada di rumah Mak Intan lagi tadi, perubahan air muka Manissa telah mengundang tanda tanya. Namun hanya didiamkan. Kata‐kata Manissa kepadanya masih diingat. Semuanya masih tergambar di ingatan. Amat jelas!
“Bukan sebab nak makan…datang saya juga memang bersebab.”
“Awak masih tak puaskan nak sakitkan hati saya?”
“Ehh…memang salah satu sebab saya nak jumpa awak. Awak mesti maafkan saya. Kalau tak… saya tak boleh tidur. Saya yang dah sakitkan hati awak walaupun hakikatnya niat itu memang tak ada.”
“Kata‐kata umpama pisau. Kalau terhiris memang sakit. Saya dah biasa terluka.”
“Tempias sakitnya tetap terkena juga. Sebab itu saya cari awak.”
Semakin berdebar dada Manissa. Mungkin Luqman Adzlie memahami apa yang tersirat di hatinya sekarang. Biarlah dia tahu, perasaan cinta itu terzahir secara tiba‐tiba tanpa dipaksa. Apapun keputusan, dia pasti rela menerimanya. Perasaan tenanglah.
“Saya bermimpikah? Betulkah apa yang saya dengar ni?”
“Awak tak bermimpi. Sayalah yang bermimpi awak…”
“Ermm…patutlah dada saya berdebar‐debar. Ada orang rindukan saya rupanya!”
“Tolonglah awak…saya tak buat kelakar pun!”
“Seriusnya awak.”
“Memang saya serius!”
Manissa sedar dia telah membuatlan Luqman Azdlie rasa serba salah. Dia sendiri dapat merasakan pola perasaan dan emosinya tidak menentu. Apa yang dia rasa, mungkin tidak dirasai oleh lelaki itu. Apa yang bermain di kolam rasanya hanya dia sahaja yang tahu. Untuk menyalahkan Luqman Adzlie dalam perkara ini memang tidak adil. Gelodak jiwanya memang melemaskan. Hanya lelaki itulah mula mencuri rasa hatinya.
“Dah sampai masanya untuk saya pergi awak…”
“Awak nak pergi mana?”
“Pergi sejauh mana yang saya mampu. Ke mana kaki mahu melangkah, di situ saya akan singgah.”
“Destinasinya?”
“Semuanya ikut gerak hati. Saya mesti pergi dari daerah ini.”
“Cepatnya awak! Saya belum puas berkawan dengan awak lagi.”
“Dah lama sangat saya di sini. Ada tanggungjawab lain yang mesti saya lunaskan.”
Luqman Adzlie mula mendepani Manissa. Desir ombak petang sudah tidak dihiraukan lagi. Mata dan seluruh perhatiannya tertumpu kepada Manissa. Renungan tajam matanya membuatkan Manissa semakin bertambah gelisah. Kalau kuat desiran ombak menghempas pantai, kuat lagi debar yang menderu di dadanya. Luqman Adzlie mula memahami mainan perasaan Manissa.
“Apakah ini alasan untuk awak menjauhkan diri dari saya? Berterus teranglah awak!”
“Kalau itu pilihan yang terbaik…itulah pilihan yang mesti saya pilih!”
“Momen indah yang baru bermula tak kan nak dibiarkan pergi begitu saja. Pilihan tetap ada di tangan kita.”
“Saya pun harap begitu. Moga ada peluang kali kedua untuk momen indah terukir kembali. Biar pantai ini jadi saksi. Biar pantai ini memateri segala janji…”
Kelu sudah lidah Luqman Adzlie untuk meneruskan kata‐kata. Jiwanya menjadi lemah lantaran teringatkan Syafikah Aziera. Jujur dan ikhlas yang dipegang selama ini haruskah dipertahankan demi hati seorang perempuan? Ironinya dia berhak memilih sesiapa sahaja. Apa sahaja keputusannya, dia sendiri yang akan menentukan. Sesiapa pun yang akan dipilih, pasti ada hati‐hati yang akan terluka.
“Aduhai…”
Hanya keluhan terlepas mengiringi setiap renggusan nafas. Desahnya pecah bercempera mengiringi deburan ombak yang menghempas ke pantai. Warna mega mula mengapung di dada langit petang. Sekawan burung camar terbang rendah dan sesekali mencecahkan badannya ke dada laut. Luqman Adzlie masih terpaku melihat indahnya alam petang itu.
Manissa sudah beberapa tapak melangkah ke hadapan.
“Awakkk! Tak nak balikkah? Jom saya hantar awak!”
“Err…tunggulah saya! Ermm…kalau saya sihat, dah lama saya berlari!”
“Kalau awak sihat…tak ingin saya nak hantar awak!”
“Ohh…awak perli saya ya!”
Manissa menanti Luqman Adzlie dengan senyuman manis. Manisnya umpama ada gula di bibir. Namun di hatinya, tetap ada rasa curiga. Bimbang kalau‐kalau lelaki itu menyalahertikan apa yang telah diucapkan tadi. Lega dadanya, apa yang memberat di hati telah pun terluah. Bukan niat untuk merampas kekasih hati milik Syafika Aziera itu. Perasaan itu hadir tanpa dipaksa. Kalau dia tahu hati lelaki itu sudah dimiliki, memang awal‐awal lagi dia akan menjauhkan diri daripada terus mendekatinya. Perasaan sayang yang mula bertunas itu semakin subur tumbuhnya. Alangkah kejam tindakannya itu, sanggup membunuh cinta milik Syafika Aziera.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan