Label

Khamis, 19 Januari 2017

NOVEL Luka Melukai Bab6

Usai memakir kereta di halaman rumah,Mayra mula melangkah masuk ke rumah mertuanya. Buah tangan yang dibawanya dari rumah ibunya diangkut sekali bersama.

“Assalamualaikum,”suaranya pada Uncle Zareef yang baru mengeluarkan kereta dari garaj.

“Waalaikumussalam,”balas Uncle Zareef dikejauhan.

“Uncle,mana semua orang?Cam sunyi je hari ini..,”suaranya lagi pada Uncle Zareef yang mula
mengundurkan kereta sambil menurunkan cermin disebelah penumpang berdekatan tempat Mayra berdiri.

“Puan keluar tadi.Pergi spa depan tu.Tuan pulak ada hal.Ni Uncle nak pergi ambil Puan lah ni,”jawab Uncle Zareef ringkas.

“Eh, jap Uncle.Anaz?”soal Mayra separuh menjerit memandangkan kereta yang dipandu Uncle Zareef mulai menjauhinya.

“Anaz keluar.Keluar dengan kawan,”balas Uncle Zareef ringkas.

“Keluar?Dengan kawan?”Mayra terkaku sebentar.Jarang sekali Anaz nak keluar saat dia disisi Anaz.Apatah lagi dengan kawan‐kawannya.Mayra melangkah masuk ke dalam banglo yang agak sunyi tika itu.Perlahan,dia mengintai ke bilik yang dikongsinya bersama Anaz.Kemas,bisik hati kecilnya sambil terus melabuhkan duduk disisi katil.



******

“Thanks Bib datang jumpa aku.Dah lama jugaklah kita tak jumpa.Kalau dulu hari‐hari,”suara Anaz sambil menepuk bahu Habib,rakan perkongsian perniagaannya bersama.Mereka juga adalah sahabat baik untuk sekian lama.Kereta Volkswagen CC yang dipandu Habib meluncur keluar dari kawasan perumahan yang didiami Anaz itu.

“It’s okay beb.Aku pun dah lama tak melawat kau kan.Before this sibuk dengan business,urusan wife aku lagi nak bersalin.Ni aku dapat datang melawat kau pun sebab wife aku dah berpantang kat rumah mak dia kat Bukit Changgang tuh.Sorry,Anaz,”balas Habib pula menjelaskan keadaan.Di usia 30 tahun,dia sudah pun memiliki 4 orang cahaya mata.Sementara Danish yang turut sama menemani Anaz leka bermain gadgetnya di seat belakang.

“That’s alright.Aku faham.How’s your wife and your baby?”soal Anaz pulak.Habib mengukir senyuman mendengar soalan itu.

“Alhamdulillah,semuanya baik‐baik sahaja.I got twins.Now I have 4 kids.Aku ada post kat group
whatsapp,”ujarnya dengan wajah yang penuh kebahagiaan.Terbayang diruangan mata wajah isteri tercinta yang berpenat‐lelah berkorban melahirkan zuriat untuknya.Satu kesyukuran buatnya memiliki isteri yang sangat menyayangi dan memahaminya.

“Wow..Seriously??Sorry aku tak online lagi.Tak sangka pulak aku kau dapat twins.Congrats bro!" Ucap Anaz bagaikan tak percaya.

"Wahh..Baby boy ke girl Boss?Tahniahla.."sampuk Danish pulak.

"Boy and girl.Sepasang,"balas Habib bersahaja.

"Wahh..cayalah."Danish menepuk bahu Habib dari belakang.

"Hebatlah kau Bib!"puji Anaz terhadapnya.

"Thanks.Syukurlah rezeki dari Allah."

"Alhamdulillah.Rezeki kau.Aku seorang anak pun tak ada lagi,”suara Anaz.Dalam masa yang sama hatinya sedikit tersentuh mengenangkan rakan sebayanya itu telah pun mempunyai ramai anak sedangkan dia masih lagi tidak memiliki seorang pun.Entah kenapa,dulu,Anaz tidak pernah terdetik untuk memikirkan pasal perkahwinan,alam rumah tangga..Kehidupan bersama isteri tercinta dan anak‐anak yang comel.Baginya,pekerjaan adalah keutamaan buat dirinya saat itu.

“It’s okay.Tak lama lagi adalah tu.Kau pun dah kahwin kan..,”usik Habib pulak.Habib,dia tidak tahu akan cerita perkahwinan Anaz.Saat Habib menghadiri majlis nikahnya dahulu,Anaz memberitahu yang mereka diperkenalkan seseorang,sekadar bertaaruf dan bercinta selepas nikah.

Lantas,Habib langsung tidak tahu kisah disebalik perkahwinan Anaz tika itu.Perkahwinan yang bersebab.Yang bermula dengan sebuah kelukaan.Yang bersyarat.Yang mungkinkah akan kekal?Hati Anaz kerisauan sendiri.

“Insya‐Allah.Eh,kau tak padan dengan anak empat eh Bib.Still nak sado eh,”ujar Anaz sambil mengalih topik.

“Itulah boss.I pun perasan,hebatlah badan bro Habib nih,”sampuk Danish pula yang kagum dengan tubuh sasa yang dimiliki Habib.

“Mestilah,my wife sukalah.Aku buat untuk isteri aku je ni.Selain tu,for sure untuk kesihatan. Anaz, hilang dah tough kau.It’s okay,nanti kau dah pulih kita pergi gym sama‐sama cam dulu ya.Aku yakin kau cepat sembuh,”balas Habib positif.

“Tak apalah,tak payah.Wife aku pun lagi suka aku yang sekarang.Tak mahu dah sado‐sado ni,”balas Anaz pula dalam ketawa.

“Eh nak singgah mana ni?”soal Habib berkenaan tempat makan yang akan dinikmati oleh mereka pada hari itu.

“Danish?Any idea?”tanya Anaz pulak sambil mengerling sedikit ke arah Danish yang masih asyik dengan gadgetnya di tempat duduk belakang.

“Mawar Pink la boss,”cadang Danish bersahaja dan terus dipersetujui oleh mereka berdua tanpa banyak soal.

*******

“Masya‐Allah,sedapnya cekodok pisang ni Mayra.Mama tak pernah rasa cekodok sedap macam ni.Haishh..Mama pun tak terror la nak buat cekodok rasa macam ni,”puji Puan Raissya sambil terus menikmati keindahan rasa cekodok pisang yang dibawa Mayra daripada rumah ibunya.

“Sedap,kan?Mayra pun suka.Tulah,beria ibu nak bagi,sebagai buah tangan ibu kata.Alangalang kami breakfast tadi,”balas Mayra riang sambil turut mengunyah cekodok yang dimasak oleh ibunya itu,Puan Annur.Hati berbunga riang apabila masakan ibu kandungnya itu disukai ramai.Semenjak dahulu lagi,sesiapa sahaja yang merasai masakan Puan Annur pasti akan terus terpikat.

“Alhamdulillah,terima kasihlah kat ibu kamu.Susah‐susah je buat,”ucap Puan Raissya ikhlas.

“Tak ada apalah mama..Cekodok je pun,”balas Mayra segan.

“Eh,cekodok je pun,tapi rasa..hebat!Nanti‐nanti bolehlah mama belajar buat dari ibu Mayra,kan..” Puan Raissya memasang impian.Sambil tu bolehlah merapatkan hubungan sillaturrahim antara mereka,fikirnya.

“Boleh,”ujar Mayra sambil tertawa mendengarnya.

******

Usai menunaikan solat zuhur,Mayra terus menyelak jendela yang menutupi ruangan bilik saat mendengar bunyi kenderaan yang memasuki ruangan kamar dari tingkap yang terbuka.

“Anaz!”Bibirnya menyebut kecil nama itu saat melihat kelibat insan yang dinantikannya itu dalam diam selamat tiba.

“Handsomenya suami aku,”suaranya perlahan saat menatap wajah insan yang dirinduinya tanpa disedari itu dikejauhan.Bagaikan mendengar apa yang disebutnya,tiba‐tiba Anaz memandang ke atas.Tepat ke arahnya.Menyedari keadaan itu,Mayra cepat‐cepat menyembunyikan dirinya disebalik tirai.Wah,macam main sorok‐sorok pulak..

“Alamak,dia perasan ke?Alamak,malunya..”Mayra berbisik sendirian bagaikan tak keruan.Wajahnya sudah memerah.Perlahan dia duduk dibirai katil sambil menenangkan diri.

“Adakah dia akan naik ke atas?Adoii..,malunya kalau dia perasan.Baik buat‐buat tidur jap,”suaranya sendirian sambil terus membuka dan melipat telekung yang masih setia membaluti tubuh sebentar tadi.

*******

“Assalamualaikum,mama..”

“Waalaikumussalam Anaz..Macam mana tadi dengan Habib?Okay tak?”soal Puan Raissya sambil menutup pintu usai Danish dan Anaz melangkah ke dalam.

“Alhamdulillah.Semua okay,ma..At least Anaz dah tahu,apa projek‐projek baru yang our company got.Semua Habib explain dah tadi.Anaz percaya dengan dia sebab dia memang bagus,”jawab Anaz sambil menghalakan wheelchairnya ke ruang santai keluarga ditemani oleh Puan Raissya.Sementara Danish sudah pun meminta diri untuk berehat.

"Maa.. Habib baru sahaja dapat baby.Twins.."beritahu Anaz tiba‐tiba.

"Comel,"sambung Anaz lagi.

"Oh iya?Alhamdulillah..Rezeki dia,"

"Anaz tak ada seorang pun kan ma.."adu Anaz yang tiba‐tiba timbul naluri kebapaan itu.

"Anaz dengan Mayra macam mana?"soal Puan Raissya pula.

"Entahlah,"balas Anaz bagaikan orang tak bermaya.

"Anaz sayang Mayra?"soal mamanya lagi inginkan kepastian.Perlahan Anaz mengangguk.

"Anaz..Dah jatuh sayang kat dia mama.Tapi,Anaz tak nak terlalu berharap,"luah Anaz menceritakan hal sebenar.

"Anaz,Anaz kena banyak berdoa.Istikharah.Solat Hajat.Hanya Allah je yang tahu isi hati hamba‐Nya. Dan,belajarlah untuk pikat Mayra.Usaha.Mama hanya boleh nasihat je.Tapi,segalanya terletak ditangan Anaz,"pesan Puan Raissya bagaikan seorang pakar motivasi.Anaz termenung panjang mendengarnya.

"Insya‐Allah,ma,"balas Anaz akhirnya.

“Oh ya,Mayra dah balik tadi.Anaz nak tak jumpa dia?”soal Puan Raissya terus terang.

“It’s okay,ma..Anaz nak berehat kat bawah dulu,”balas Anaz pula tenang.Anaz terus menyambung borak bersama ibunya diruangan santai keluarga.

*****

“Alamak,macam mana boleh tertidur ni?Adoii,”getus Mayra sambil cuba duduk.Matanya
mengerling jam di dinding.Sudah pukul 4 petang!Tak lama lagi dah nak asar.Astagfirullah hal
azim..Mana Anaz?Tak naik lagi?Geramnya,desis hati kecil Mayra saat merasa penantiannya
hanya sia‐sia.
Masih terbayang diruang fikirannya akan angan‐angannya sebentar tadi.Anaz datang padanya
dan menatap wajahnya dengan penuh kerinduan disaat dia sedang berpura‐pura tidur.Dan
saat itu,dia akan bangun dan mengenakan Anaz membuatkan Anaz tersipu
sendiri.Namun,tanpa disangka,angan‐angannya saat itu tidak menjadi kenyataan.Ku sangka
engkau ‘heran’,rupanya tak ‘heran’ langsung.Cis!Hatinya terasa marah walaupun Mayra sedar
yang amarahnya tidak dapat diluahkan kepada sesiapa.
“Mesti dia ada kat bawah lagi ni.Penat aku tunggu.Geram betullah!”
Sabar Mayra.Sabar.Takkan kau suka kat dia kot nak marah‐marah ni?Eh tak,lah.Tak
mungkin.Aku cuma…sayang la kot sebab dia dah jadi suami aku,kan..Hati Mayra bermonolog sendiri.Lantas,Mayra bangun dan terus menuju ke bilik air.Setelah selesai membersihkan
diri,dia keluar dari kamar mandi dengan rasa marah yang bersisa.Pelbagai perkara yang
bermain difikiran membuatkan rasa ketidakpuasan hatinya masih belum mampu dikikis
sepenuhnya.
“Mengada betul.Ingatkan dia naik tadi.Hasihh..Sedih,kecewa,geram..!”ujar Mayra seakan
berbisik meluahkan ketidakpuasan hatinya sendirian.Dia terus mengelap rambutnya sambil
duduk diatas tilam yang empuk.
“Sedih kecewa geram?Mayra tunggu abang ke?”soal Anaz bersahaja yang tiba‐tiba muncul
dari ruang beranda itu.
“Whattt???”Mayra terjerit sambil terbangun dari duduknya.Entah dari ceruk mana,Anaz tibatiba
sahaja muncul.Dan..mendengar apa yang dikatakannya sebentar tadi?Mayra terasa macam
nak pengsan!
“Ab..abb..abang dari mana ni?”soal Mayra bagaikan tak percaya.
“Betul ke apa yang abang dengar tadi?”tanya Anaz inginkan kepastian.
“Dengar apa?Mana ada apa‐apa,”elak Mayra malu.Dah sudah,aku pulak yang terkena sendiri!
“Mayra rindu abang eh?”soal Anaz tanpa berselindung.
“Bila?Bila masa?”Mayra bagaikan terkaku untuk memberi jawapan saat itu.
“Mayra,abang dah dengar semuanya.Dari sebelum Mayra mandi lagi.Can you please
explain?”Bagaikan sesuatu terhempas dikepalanya terasa saat Anaz menuturkan padanya ayat
itu.
“Sorry abang.Mayra nak keluar jap.Ada hal,”ujar Mayra tanpa memandang wajah Anaz sambil
kelam‐kabut menuju ke arah pintu.
“Mayra,Mayra…”Anaz tertawa melihat gelagat isterinya.Hmm..Betulkah apa yang didengarinya
sebentar tadi?Apakah Mayra sudah jatuh sayang pada dirinya?
****
Tiga bulan lebih telah berlalu saat Mayra ditakdirkan untuk menjadi separuh dari jiwa
Anaz.Pelbagai cubaan dan dugaan dihadapinya dengan tenang.Kadang‐kadang,Mayra dapat
melihat senyuman sinis diwajah jejaka itu saat Anaz sengaja membuat sesuatu yang
menyusahkannya.Anaz kini semakin positive.Tidak lagi berkurung didalam bilik sahaja.Kadangkadang,
Mayra juga membawa Anaz berjalan‐jalan diluar tanpa ada rasa segan atau
malu.Malahan,keluarga mertuanya jua senang dengan kehadiran Mayra.Kadang‐kadang,ibu
dan ayah Mayra juga akan datang melawat Anaz.Mayra jua sesekali berkunjung ke rumah ibu
dan ayahnya di Taman Ixora,Salak Tinggi.
“Mama!Mama!Papa!”panggil Mayra teruja.
“Mama!Papa!Cepatlah!”panggil Anaz pulak.
“Ya,ya…mama datang.Kenapa?”
“Tengok ni Anaz,”ujar Mayra terharu.
“Ya Allah,Anaz dah boleh jalan!”Puan Raissya menekup mulutnya penuh kegembiraan.Bagaikan
tidak disangka.Kelihatan Mayra memaut sebelah tangan Anaz dan sebelah lagi dibantu oleh
tongkat dicelah lengannya.Segaris senyuman terukir diwajah tiga beranak.
“Papa mana maa?”soal Anaz.
“Alhamdulillah..”spontan wajah Encik Ayden muncul di ruangan santai keluarga mereka itu
dengan air mata terharu.Gembira dia melihat kemesraan antara Mayra dan Anaz.Terlihat
betapa Mayra memapah Anaz dengan penuh kasih sayang.Kebahagiaan bagi mereka.
“Syukur Ya Allah.Akhirnya Anaz mendapat nikmat ini semula,”suara Encik Ayden lagi dengan
rasa terharu.
“Alhamdulillah..Ya Allah..Finally abang..”suara Aizzat yang turut berada dirumah ibu bapanya
saat itu.Dia sedang bercuti beberapa hari pada ketika itu.Mereka masing‐masing terus
mendapatkan Anaz dan memeluknya.Mayra memberi ruang untuk anak‐beranak itu
meluahkan rasa.
“Congrats Mayra,Anaz..Mayra,terima kasih sebab selalu jaga Anaz,bagi Anaz semangat,”ujar
Puan Raissya dengan air mata yang bergenang terharu sambil memegang erat kdua‐dua
tangan menantunya itu.
“It’s okay,ma..Tak ada apa pun,”balas Mayra merendah diri.
“Tahniah,abang.Teruskan kuat semangat.I support you!”ujar Aizzat memberi sokongan. Mayra
membetulkan sedikit tudungnya sambil terus memerhati mereka dengan senyuman.Bahagia
melihat mereka bahagia.
“Aizzat,can you call the doctor?”Arah Encik Ayden pula berkenaan Doctor yang merawat Anaz.
Memandangkan Danish yang merupakan nurse peribadi Anaz juga tiada saat itu.
“Okay,pa..”balas Aizzat akur.
Dengan kudrat yang ada,bertemankan tongkat yang berada dicelah lengannya,Anaz
mendapatkan Mayra semula.
“Thanks sayang!”ucapnya sambil mengucup dahi Mayra.Mayra terpaku.Bagaikan tidak percaya
dengan reaksi spontan Anaz itu.Dengan ahli keluarga yang berada disitu..Bagaikan dalam
mimpi rasanya apa yang dilakukan Anaz itu.Wajahnya terus memerah saat itu.Anaz tertawa
melihat reaksi isterinya.Kadang‐kadang cara wanita itu cukup menghiburkan nalurinya tanpa
Mayra menyedarinya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan