Label

Sabtu, 26 November 2016

Di Sebalik Talian Bab7

Sepanjang malam itu saya tidak dapat tidur. Saya asyik mengenangkan pertemuan saya dengan Ste tadi. Tangan saya masih menggenggam handphone saya, berkali‐kali sudah saya cek Whatsapp tetapi tiada satu pun mesej datang daripadanya. Sibuk kali dia ni. Saya mengeluh panjang. Jam sudah menunjukkan sudah pukul tiga pagi. Saya hanya ada sejam lagi sebelum alarm clock saya berbunyi. Saya kena tidur juga sekarang!

Tetapi senang bercakap, susah mahu buat. Sejam kemudian mata saya masih segar. Posisi saya
di katil masih sama juga. Mood saya sudah mula down. Saya rasa macam mahu menangis pun
ada, mahu teriak pun ada, tetapi saya tidak mahu membuat kecoh pula di tengah malam ini.
Maka, terpaksalah saya pejam mata dan buka mata beberapa kali ini.

Setelah gagal menidurkan diri, akhirnya saya mengalah. Saya bangun daripada katil dan terus
turun ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi. Saya kalau dalam bab memasak ini ada kurang sedikit. Saya hanya tahu masak yang biasa‐biasa sahaja. Hari ini saya memasak mi goreng cukup untuk kami satu keluarga. Lantaklah kalau Angie dan bapa tidak berkenan dengan masakan saya, yang penting saya puas makan.

Sambil saya memasak, sambil itu saya menyanyi. Mungkin suara saya cukup kuat sebab selepas beberapa ketika kedengaran bunyi tapak kaki yang sedang turun menuju ke arah dapur.

“Annie, awalnya kau bangun?” ujar mak saya dengan nada lembut dan penuh kehairanan. Saya
cuma tersenyum saja lalu meneruskan aktiviti memasak saya itu. Mak saya tidak bertanya lebih
lagi. Dia terus pergi mencuci muka, memberus gigi, dan mencapai jag dan mula membuat kopi
panas. Kopi yang mak saya buat memang sangat sedap. Kami berdua masing‐masing membuat kerja sendiri, dan akhirnya hidangan disediakan di meja lengkap sekali dengan utensil.

“Kamu pergi mana semalam, Annie? Lewat betul kamu balik.” Bapa saya bertanya semasa kami
sekeluarga menjamu selera.

“Saya jumpa kawan di kedai Encik Ramu itu,” kata saya dengan selamba.

“Siapa kawan kamu itu? Tidak pernah pun kamu sebut sebelum ini.”

“Boyfriendlah tu, siapa lagi, Pa,” sampuk Angie dengan nada sindiran.

“Boyfriend? Betulkah, Annie?” tanya bapa saya dengan nada seolah‐olah idea tentang saya
mempunyai kekasih itu sesuatu yang luar biasa. Yalah, tahulah saya ini tidak sekurus Angie, tidak secantik Angie, tidak sepandai Angie, tetapi agak‐agaklah bah, Pa! Tetapi sudah semestinya saya tidak berani mengutarakan rasa kekecewaan saya itu kepada bapa saya.

Sebaliknya saya menjawab,

“Bukan Pa. Kawan biasa saja.”



“Kalau kawan biasa saja kenapa balik lewat sangat?” ujar Angie lagi. Saya menjeling tajam pada
adik saya yang banyak celupar itu, tetapi Angie buat‐buat tidak tahu sahaja.

“Angie, jaga tepi kain sendiri bolehkah?” Saya sudah mula marah. Dahlah saya langsung tidak dapat tidur tadi malam, saya tidak memerlukan perangai menyampah adik saya ini untuk menambahkan api kemarahan di dalam sanubari saya!

“Sudahlah tu Annie. Angie cuma ambil berat saja tu, itulah dia banyak tanya,” kata bapa,
menyebelahi Angie seperti biasa. Mak cuma diam sahaja melihat karenah kami bertiga. Dalam
hati saya berharap agar mak menyebelahi saya tetapi harapan itu seperti menunggu bulan jatuh ke riba. Tak akan terjadi punya. Mak saya sangat taat kepada suaminya. Dia merasakan bahawa kalau dia masuk campur pertanyaan bapa, itu namanya kurang hormat.

Pa, dia bukan ambil berat, dia menyibuk saja tu! Kata hatiku.

“Ha, Angie. Bulan depan keputusan SPM mahu keluar sudah itu. Bapa harap kau lulus dengan
cemerlang, okey? Boleh terus hantar kamu ke London sambung belajar,” kata Bapa kepada Angie, topik tentang saya sudah dilupakan. Dalam hati saya rasa lega sudah. Saya tidak tahu kenapa sukar sangat bagi saya untuk kongsi sahaja cerita saya dan Ste kepada mereka. Saya betul‐betul ingin memberitahu mereka, sesiapa sahaja di dalam hidup saya, tentang betapa gembiranya saya dengan Ste. Si Zero pun sampai sekarang tidak ada balasan daripadanya.

Zerolah kawan baik saya tetapi rasa sayu pula bila pada saat‐saat yang penting ini, Zero tiada
di sisi saya.

***

Saya sekarang berada di sebuah taman bunga yang sungguh indah. Wangi yang harum mengelilingi saya. Bunyi burung menyanyi mendayu senang di telinga saya. Angin bertiup sepoi‐sepoi sahaja. Saya dengan berpakaian selendang menikmati keindahan ciptaan Tuhan yang Mahakuasa ini. Saya berlari sambil berpusing‐pusing, lalu menyanyikan lagu “Kuch Kuch Hota Hai”. Cakap pasal itu, di manakah Shah Rukh Khan saya?

"Tum paass aye, Tum paass aye
Yun Muskurayee, Tum ne na jaane kya
Sapne dekhaye, Ab to mera dil
Jaage na sota hai, Kya karoon hai,
Kuch kuch hota hai"

Muncul kelibat Ste dengan pakaian yang segak sambil menyanyikan lagu popular itu. Dia dengan perlahan‐lahan jalan ke arah saya dan memeluk saya sambil mengucup pipi saya. Saya mahu nyanyi dengan dia tetapi masalahnya........

Saya lupa lirik!!

“Annie............ Annie......”

Siapa yang memanggil saya itu? Mata saya liar mencari punca suara panggilan itu tetapi tidak
saya jumpa.

“ANNABELLA HALLIE AGUSTINE!”

Saya tersentak daripada mimpi indah itu. Di hadapan saya kelihatan wajah Jeff yang tersengih-sengih
itu. Saya mengelipkan mata saya beberapa kali, lalu menggosoknya. “Sorry. Saya tidak tidur langsung tadi malam. Tidak sedar saya terlelap.”

“Alala, jangan risau. Nasib baik saya pandai cover untuk kamu, kalau tidak, kantoi sudah kamu
oh,” kata Jeff dengan selamba.

Saya berterima kasih kepada Jeff lalu saya tengok jam tangan saya. Jarum menunjukkan pukul
dua belas tengah hari. Tinggal sejam saja lagi sebelum syif saya habis. Tidak sabar saya mahu
pulang ke rumah. Saya betul‐betul mengantuk! Fikiran saya tertumpu pula kepada Ste.

Oh, Ste....Daku merinduimu sekarang.....

***

Saya betul‐betul mengantuk semasa saya memandu pulang ke rumah. Jeff ada juga mempelawa dirinya untuk hantar saya balik ke rumah tetapi saya menolak dengan lembut. Saya berjaya menyakinkan dia yang saya masih mampu memandu, lagipun rumah saya tidaklah berapa jauh, cuma perlu lima belas minit sahaja untuk sampai ke situ.

Sekarang ini saya rasa menyesal pula tidak ikut cakap Jeff. Pandangan saya kabur semacam
sahaja. Saya tidak mampu untuk meneruskan perjalanan ini. Kalau tidak, saya akan ditimpa
kemalangan!

Dengan hati yang berat, saya pun memandukan kereta saya ke tepi jalan, lalu saya mengundurkan kerusi saya dan terus tertidur sebelum saya sempat mematikan enjin. Tidak lama selepas itu, saya dikejutkan pula dengan ketukan di cermin bahagian pemandu. Saya pun rasa marah kerana tidur saya diganggu. Saya cuba tengok siapa yang berani mengganggu saya itu tetapi cermin saya sudah dikaburi oleh wap daripada air‐cond kereta saya. Jadi saya pun menurunkan cermin saya, dan kamu boleh bayangkan betapa terkejut beruknya saya bila saya nampak muka lelaki idaman saya betul‐betul di hadapan saya!

“S‐ Ste?” gagap saya.

“Hai, Annie! Wah, apa kamu buat di sini?” tanya Ste sambil tersenyum lebar.

“Saya mahu tidur sekejap bah. Terlalu mengantuk, nanti saya kemalangan pula, kan.”

Tanpa disedari saya unlock kereta saya dan mengajak dia masuk ke dalam kereta saya. Dia
menyelesakan dirinya lalu memandang saya dengan pandangan lembut. “Kau tidak cukup tidurkah?”

“Ya. Saya insomnia tadi.” Saya tidak akan mengakui padanya yang saya insomnia sebab saya
menunggu mesej daripadanya!

“Oh...Gitu. Bah, nanti kamu tidur puas‐puas ya, supaya malam ini kau boleh keluar dengan saya,” kata Ste sambil mengangkat kedua‐dua belah dahinya.

“K‐keluar?” gagap saya lagi.

“Ya, Annie. Saya ajak kamu date ini,” jawab Ste dengan nada gembira.

Saya terlalu gemuruh sehingga tidak mampu berkata apa‐apa. Jadi, saya cuma mengangguk tanda setuju.

“Bagus! Saya jemput kamu di rumah jam lapan malam nanti okay?”

Sebelum saya sempat bertanya, Ste sudah pun keluar daripada kereta saya. Aneh. Dia tahukah
rumah saya di mana? Saya cuma mengangkat bahu saya lalu sambung perjalanan balik saya.
Mata saya sudah segar kembali, terima kasih kepada Ste kerana kehadirannya tadi itu.

Date? Saya ada date? Rasa seperti saya berada di awang‐awangan pula, kan? Sebab selama
dua puluh empat tahun saya hidup di muka bumi ini, belum pernah pun seorang lelaki ajak
saya date, apatah lagi lelaki yang baru saja hadir ke dalam hidup saya selama beberapa
minggu ini!

***

Rasa mengantuk saya terus hilang selepas saya melangkah masuk ke dalam rumah saya. Perbualan saya dengan Ste kerap kali bermain di fikiran saya. Rasa macam berada di awang-awangan pula.

Saya ada date! Saya ada date! Saya ada~

“Hah, ni kenapa senyum seorang‐seorang ni?” tegur mak saya.

“Saya ada dat‐ehem...saya ada dapat bonus bulanan mak,” sempat saya cover sebelum tersasul
pula. Bukannya apa, mak saya memang tidak tahu langsung tentang saya dengan Ste, dan saya
belum bersedia lagi untuk bagitahu dia.

Ini bermakna Ste tidak boleh jemput saya di sini, nanti kedapatan!

“Hah, baguslah tu kalau ada bonus. Boleh juga tolong bayar elektrik. Kan sekarang GST ada,
makin mahal bil sejak akhir‐akhir ini,” leter mak saya.

Nanti saya kena Whatsapp Ste ni, tidak boleh bagi dia datang sini!

“Annie, kau dengarkah tidak ni?”

Saya tersedar daripada lamunan saya. “Ya mak, nanti saya bayar bil, okey?” Habislah kau, Annie. Mana kau mahu cari duit ini...itulah, kelentong pun bertempatlah. Saya pun pergi ke bilik saya dan terus mencapai handphone saya dan buka Whatsapp.

Saya: Hai, Ste, Annie ni. Nanti kita jumpa di Suria saja okay? Tidak payah jemput saya. Kita
jumpa di Upperstar jam lapan malam. Okey, saya mahu tidur dulu, bye.

Sebelum saya sempat meletak kembali handphone saya ke atas meja, saya sudah pun terlelap
dibuai mimpi indah yang sudah semestinya dipenuhi oleh wajah Stephen.

***

Saya dikejutkan oleh bunyi deringan telefon saya. Tanpa membuka mata, saya terus menjawab
panggilan itu.

“Hello..”

“Hello. Annie?”

“Ste?”

“Ehem. Bukan. Ini Zero.”

Saya terus terduduk, terpaku buat sementara. Lepas itu, baru saya teringat siapa Zero itu. “Oh,
hai, Zero. Sorry, saya masih mamai lagi.”

“It’s okay. Kamu expect Ste ya?” usik Zero.

Saya tersenyum malu. “Mana ada. Kamu ni. Eh, ke mana kamu pergi ya? Lama betul tidak dengar khabar daripada kamu.”

“Lama meh? Macam baru lusa kelmarin kita berchatting, kan?”

Laa, baru tiga hari pula berlalu sejak pertemuan saya dengan Ste. Saya pun ketawa kecil.

“Maafkan saya. Sejak akhir‐akhir ini fikiran saya tidak menentu.”

“Gara‐gara Ste kan? Kamu kena cerita pada saya dari A ke Z ni.”

“Boleh saja Zero, tapi nanti saya ada date..”Saya melihat jam dinding saya, lalu terlompat terus
dari katil, telefon saya terlepas daripada tangan saya, nasib baik ia jatuh di atas katil, kalau tidak, gerenti pecah! “Ya ampun! Astaga! Sudah jam lapan malam ni. Zero, sorry banyak-banyak, saya sudah lewat ke first date saya ni. Nanti kita cakap lagi, okey? Bye!” Sebelum Zero sempat membalas, saya sudah pun tutup telefon saya lalu bergegas ke tandas. Tidak sampai lima minit saya sudah siap mandi, lalu saya terus pilih secara rambang saja baju jalan saya dan memakainya. Tanpa memakai mekap, saya pun bergegas turun ke bawah dan memakai kasut sneaker saya.

“Eh, mahu pergi mana ni malam‐malam Annie?” kata Bapa saya yang sekarang ini sedang
menonton berita Astro Awani.

Bukan sekarang, Bapa! Bukan sekarang.....!

“Bapa, saya kena jalan sekarang, saya lupa saya janji sama kawan untuk dinner sama‐sama. Bye
Pa!” Saya terus keluar berlari ke garaj kami dan masuk ke dalam kereta saya. Saya terus memandu dengan lajunya sehingga saya hampir‐hampir melanggar anjing milik jiran kami itu. Tidak sampai lima belas minit saya sudah sampai ke Suria Sabah. Nasib baik banyak parking space lagi, jadi saya cepat saja letak kereta saya. Saya pun bergegas ke lif dan tekan butang ke basement. Harap‐haraplah Ste tidak marah saya lambat! Dahlah first date!

Saya seperti memijak lantai berapi masa itu ketika berjalan ke arah Upperstar.

“Selamat datang cik~”

“Saya ada kawan tengah tunggu di situ,” saya memotong kata pelayan itu.

“Oh ya kah? Okay, silakan masuk,” kata pelayan itu dengan nada mesra. Saya senyum padanya,
ucap terima kasih, lalu terus masuk dan mata saya liar mencari kelibat si Ste. Ste tengah duduk
membaca menu di hujung sana. Saya pun menarik nafas panjang dan berdoa secara senyap.

“Hai Ste,” kata saya sambil mengambil tempat di hadapannya.

“Oh, hai Annie! Saya risau pula kalau kau tidak datang. Nasib baik kau datang,” kata Ste dengan senyuman yang manis. Nasib baik dia tidak marah!

“Sorry Ste. Saya terlanjur tidur. Nasib baik Zero call tadi, kalau tidak memang tidak sedarlah
saya.” Saya menunjukkan muka sepuluh sen padanya.

“Zero? Siapa Zero?” tanya Ste dengan kerutan dahinya. Kalau saya tidak silap, Ste nampak macam cemburu saja. Hati saya melompat bila saya sedar akan hal itu! Kalau dia cemburu, bermakna saya ini istimewa baginya!

“Zero itu kawan online saya. Kami berkawan dari tahun lalu lagi. Dia orang Sarawak, seorang
pilot di syarikat AirAsia,” jelas saya kepadanya. Tanpa diduga, Ste meletakkan tangannya ke
atas tangan saya. Saya mula blushing.

“Saya harap kamu dua hanya kawan saja. Nanti tiada peluang pula saya mahu memikat kau,”
kata Ste dengan terus‐terangnya.

“Cik sudah sedia mahu pesan?” ujar pelayan itu tiba‐tiba.

“Oh, sudah. Saya mahu chicken chop satu... Ste, kau mahu apa?”

“Saya mahu grilled chicken satu.”

Pelayan itu tiba‐tiba pandang saya dengan pandangan pelik. Saya pun pelik juga. Ada apa-apakah
di muka saya. Tetapi seperti dia sedar yang saya nampak riak wajahnya, dia terus senyum pada saya. “Okey, terima kasih. Makanan kamu akan sampai sekejap lagi.” Lalu dia beredar daripada tempat kami.

“Ste, kau nampak tidak pelayan tu tengok saya lain macam saja?” Saya bisik padanya.

“Bukan pelayan itu saja, tetapi hampir semua orang di sini oh,” bisik Ste balik. Saya pun mencuri pandang di sekeliling kami. Ya, memang betul kebanyakan orang di sini sedang merenung ke arah kami. Entah kenapa pula. “Jangan risaulah Annie. Diorang cemburu yang kita dua ini power couple macam si David dan Victoria Beckham.”

Saya ketawa kecil mendengar kenyataan itu. “Kau memang sekacak David, tetapi saya mana
setanding dengan Posh Spice itu.”

“Bagi saya, kau lebih cantik daripada Victoria ataupun siapa‐siapa artis Hollywood yang lain.”

Ste memegang tangan kanan saya lalu dia mengucup belakang tangan saya.

“Ste, malulah, orang lain tengah tengok itu,” bisik saya, tetapi saya tidak menarik tangan saya.
Romantik betul Ste ini! Tidak sangka doktor bedah ini sangat romantik. Sepadan dengan wajahnya yang sememangnya kacak itu.

“Ini baru cium tangan, kalau cium tempat lain?” Dia mengangkat dahinya dengan gaya seksi.

“Ste!” Saya tendang kakinya dengan lembut. Dia cuma ketawa kecil.

“Comel betul kamu ini, Annie,” katanya sambil mencubit pipi saya dengan lembut.

Perbualan kami terhenti buat seketika tatkala makanan kami sampai. Kami berdua masing-masing
fokus menikmati hidangan yang enak itu. Biarpun tiada perbualan namun suasana sangat selesa. Asalkan Ste ialah teman saya, apa‐apa suasana pun akan selesa punya.

“Kau mahu dessertkah?” tanya Ste selepas kami berdua siap makan habis makanan kami. Saya
cuma menggeleng kepala sambil menunjuk perut saya, tanda kekenyangan. “Kalau begitu,
mari kita jalan‐jalan window shopping.”

Selepas kami membayar makanan kami, kami pun beredar dari situ lalu kami pun jalan‐jalan pusing Suria Sabah yang sememangnya besar ini. Tanpa disedari, Ste memegang tangan saya dengan erat. Jantung saya berdegup dengan pantas ketika itu. Saya rasa sungguh gembira sekarang .First date saya sangat romantik walaupun kami di shopping mall. Nanti lain kali mahu ajak dia ke pantai Tanjung Aru pula tengok sunset, mesti lagi romantik!

“Dear, saya pergi tandas dulu, okey?” kata Ste.

DEAR? Adakah saya silap dengar atau adakah dia telah panggil saya 'dear'?

“Ya‐Ya.... B‐‐boleh saja Ste. S‐‐‐saya tunggu di sini,” kata saya dengan gagapnya.

Adakah kami sudah official jadi couple? Nanti saya kena tanya dia ni!

“Hai Annie!”

Jantung saya seakan‐akan terhenti buat seketika.

Itu suara Angie, adik saya!

Apa dia buat di sini pada malam‐malam begini?

Saya pun berpaling ke arah Angie yang sedang jalan berlenggang‐lenggok ke arah saya,
meninggalkan kawannya yang sekarang ini sedang bercakap di telefonnya. “Angie, kenapa kau
di sini? Lewat sudah ni, jam sepuluh malam sudah!” tegur saya dengan tegas.

“Annie, rileks lah. Kau pun sama, malam‐malam buta di sini. Bagus lagi saya, ada kawan. Kau
satu orang saja ni,” balasnya dengan nada sinis.

“Saya sama kawan saya bah! Dia di tandas sekarang. Kalau tidak percaya, kau tunggu saja.”

“Boyfriendkah? Kalau begitu saya tunggulah. Mana tahu kacak‐”

“Dia kacak atau tidak itu bukan hal kau. Kau pergi main jauh‐jauh. Kacau daun saja,” saya potong cakapnya. Biarpun dia adik kandung saya, tetapi saya tidak akan biar dia kacau bakal boyfriend saya! Tidak sama sekali! Ste hanya milik saya seorang saja!

“Kedekut betul. Macamlah saya mahu sangat sama boyfriend kau. Dahlah, bagus saya pergi karaoke daripada layan orang pemarah macam kau ni. Dahlia! Mari kita pergi karaoke!” Angie pun beredar dari sini sambil menarik tangan kawannya yang bernama Dahlia itu. Saya pun mendengus dengan kuat. Geram saya sama adik saya ini. Saya tidak tahu kenapa kami tidak pernah satu hala. Selalu saja bertentangan.

“Annie, kamu okeykah? Saya dengar macam ada hal saja ni,” tegur Ste dengan lembut sambil
dia mengurut kedua‐dua bahu saya. “Wah, ketat juga bahu kau! Jangan begini, Annie. Tarik
nafas dalam‐dalam.”

Saya tersenyum sipu, mood baik saya datang balik. “Tadi adik saya Angie nampak saya jadi dia
sengaja mahu cari gaduh. Marilah kita sambung jalan Ste.”

“Okey, dear.”

Nah, ayat itu lagi! Lama‐lama boleh cair saya jadinya kalau dia teruskan jadi romantik begini!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan