Senyuman Anggun Danisha melebar apabila melibat insan yang amat dirindui berada di hadapannya. Sungguh dia amat merindui saat ini. Di dalam diam dia bertekad akan mendapatkan Bunyamin kembali dalam hidupnya.
"You look different," kata Bunyamin sambil terus merenungi Anggun Danisha.
Anggun Danisha tersipu‐sipu malu apabila mendengarkan pujian kekasih hatinya itu. Dia tahu
Bunyamin amat terkejut dan sudah tentunya tertarik dengan penampilan barunya itu. Jauh di
dasar hatinya mula berputik satu harapan bahawa segala misi yang direncanakan ini bakal menjadi kenyataan.
"You suka imej baru I ni?" tanya Anggun Danisha. Senyumannya melebar. Pandangannya tidak lepas memandang Bunyamin yang amat dirinduinya itu. Keadaan restoran yang tenang memberi peluang untuknya untuk terus berkasih dengan Bunyamin.
Bunyamin tersenyum lebar. Apabila melihat senyuman itu membuatkan Anggun Danisha penasaran. Tangan yang sebentar tadi bermain dengan gelas sudah bermain di dada meja. Imej love mula dilukisnya di situ. Satu habit yang tidak dapat disingkirkan di dalam dirinya.
"Suka. Cantik sangat. I harap you terus kekalkan imej sebegini," kata Bunyamin.
Anggun Danisha sudah berada di awangan. Indahnya saat ini hanya Allah sahaja yang tahu. Ternyata tidak sia‐sia dia pulang ke Malaysia. Malah apa yang diingininya kini sudah berada di hadapan matanya. Tika dan saat ini mahu sahaja dia mengajak Bunyamin untuk berkahwin dengannya. Namun dia sedar siapa dirinya. Dia tidak boleh menjadi perigi mencari timba.
"I will do everything for you, sweetheart," kata Anggun Danisha manja.
Bunyamin berdehem apabila mendengarkan bicara Anggun Danisha. Malah senyuman yang
sebentar tadi melebar mula tawar. Anggun Danisha mula tersentuh dengan reaksi spontan lelaki itu. Bagaikan ada sesuatu yang tidak kena! Anggun Danisha dapat merasakannya.
"Jangan untuk I tapi sepatutnya untuk Allah," nasihat Bunyamin dengan tenang.
Anggun Danisha menarik nafas lega. Malah dia berasa mahu ketawa apabila mengingati
tanggapannya sebentar tadi. Ya Allah, apa yang sudah terjadi kepadanya? Kenapa dia begitu
takut sekali kehilangan Bunyamin? Kalau boleh dia mahu terus bersama Bunyamin dunia dan
akhirat.
"Of course sweetheart," kata Anggun Danisha.
Sekali lagi dia dapat merasakan yang Bunyamin tidak selesa dengan apa yang dibicarakannya
itu. Malah Bunyamin tidak lagi tersenyum. Ya wajahnya kelihatan tertekan. Tetapi kenapa? Anggun Danisha mula mengetap bibir.
"What's wrong, sweetheart?"
Anggun Danisha memberanikan dirinya untuk bertanya. Dia tidak mahu keadaan canggung ini
berterusan antara mereka. Bunyamin yang berada di hadapannya kelihatan resah. Gelas yang penuh berisi air sirap bandung dicapainya lalu dihirupnya penuh rakus. Anggun Danisha tahu Bunyamin berbuat begitu demi untuk menenangkan hati dan perasaannya sendiri.
"I tak suka you panggil I sweetheart," terang Bunyamin. Dia kelihatan serba salah untuk menuturkan bicaranya itu.
"But why? Bukankah panggilan itu yang selalu I panggil you? Or you nak I tukar. May be I boleh
panggil you honey, darling or what about sayang? Mesti you lebih prefer sayang bukan? Nampak lebih kemelayuan," kata Anggun Danisha. Entah kenapa dia berasa panik dengan bicara Bunyamin itu. Malah dia begitu takut untuk mendengar bicara seterusnya daripada Bunyamin.
"Isha..please stop it!" kata Bunyamin dengan tegas.
"But why? I love you, Bunyamin. I really love you," kata Anggun Danisha. Dia terasa mahu
menangis dengan situasi ini.
"But it's over, Danisha! You dah lupa ke hubungan kita sudah lama putus?" kata Bunyamin cuba
menyedarkan Anggun Danisha hakikat yang sebenar.
"Tapi kita terpaksa putus sebab papa I bukannya sebab I! In fact I datang sini semata‐mata untuk menyambung semula hubungan kita," pujuk Anggun Danisha. Dia sudah berjanji dalam dirinya sendiri untuk tidak akan sesekali mengalah dengan penolakan kali pertama ini. Dia yakin cinta Bunyamin masih kuat untuknya. Kalau tidak masakan Bunyamin masih mahu berjumpanya. Malah lelaki itu tidak pernah mahu menghalang niat Anggun Danisha untuk pulang ke Malaysia.
Bunyamin bersandar di kerusi. Dia mengeluh sambil matanya meliar memandang keadaan di
sekitar restoran itu. Dia mahu menghilangkan sedikit tekanan yang dibawa oleh bekas kekasihnya itu. Bukan dia tidak sayangkan Anggun Danisha tetapi dia sudah serik dengan halangan yang diberikan oleh bapa Anggun Danisha. Bagi dirinya cinta tanpa restu tidak akan membawa hubungan mereka ke mana.
"Macam mana dengan papa you? Dia sudah restu hubungan kita ke?" tanya Bunyamin.
"I dah putuskan hubungan dengan dia!" kata Anggun Danisha tanpa ada perasaan bersalah.
Mata Bunyamin membuntang. Sungguh terkejut dirinya apabila melihat semudah itu Anggun
Danisha membuat keputusan. Berbaloikah memutuskan hubungan persaudaraan semata‐mata demi untuk mempertahankan sebuah cinta? Bunyamin mula rasa bersalah dengan apa yang telah terjadi. Dia tidak sanggup membiarkan Anggun Danisha membuang bapanya hanya kerana dirinya.
"Semudah itu sahaja you buang dia? You tak kasihan ke kepada papa you? Sudahlah dia sebatang kara di sana," kata Bunyamin. Dia cuba menyedarkan Anggun Danisha hakikat yang sebenar.
"I juga ada hak untuk mempertahankan apa yang I mahu," jawab Anggun Danisha. Hakikatnya
Bunyamin tidak kenal siapa papanya yang sebenar.
Bunyamin hanya menyepi. Dia faham benar dengan sikap Anggun Danisha yang degil. Sikap
yang diwarasi oleh papanya menyebabkan mereka berdua tidak pernah sebulu.
"Selepas mama meninggal I dah tak ada sesiapa selain you, Min," pujuk Anggun Danisha. Dia
cuba meraih simpati Bunyamin.
Bunyamin tertunduk. Dia berasa simpati dengan gadis yang berada di hadapannya. Terlalu dalam cinta gadis itu terhadapnya. Perlukah dia menerima cinta gadis itu lagi?
"I..I.."
Bunyamin kematian kata. Dia sendiri tidak tahu bagaimana mahu membalas bicara Anggun Danisha. Pelbagai rasa sedang menghempap perasaannya. Keliru! Ya dia benar‐benar rasa keliru.
"You dah ada girlfriend lain?" tembak Anggun Danisha. Sikap Bunyamin benar‐benar meresahkan hatinya.
"Bukan macam tu," nafi Bunyamin. Namun terasa kelat kerongkongnya dengan bicaranya itu.
"Habis tu siapa perempuan dengan you yang you upload dalam Facebook?" tanya Anggun Danisha lagi. Kali ini dia mahu tahu siapa gadis itu di mata Bunyamin.
"Oh...dia officemate I," kata Bunyamin. Tiba‐tiba dia jadi gelabah.
"Tapi kenapa komen‐komen di situ seperti you all berdua ada apa‐apa?"
Anggun Danisha masih tidak puas menyelidik. Dia perasan sikap Bunyamin sudah banyak berubah semenjak dia pulang ke Malaysia.
"Itu semua tanggapan orang sahaja," bela Bunyamin sambil menelan liur. Entah kenapa dia
tersenyum bagaikan kerang busuk.
Anggun Danisha terus merenungi Bunyamin. Jawapan dan bahasa tubuh lelaki itu sungguh
meragukan Anggun Danisha. Dia dapat menggagak pasti ada sesuatu yang sedang disembunyikan oleh lelaki itu.
"So bagaimana dengan I? You masih sayangkan I?" tanya Anggun Danisha. Dia cuba membuang segala tanggapan negatifnya itu. Malah dia yakin dia mampu membuatkan Bunyamin kembali jatuh cinta kepadanya.
Bunyamin mengetap bibir. Dia rasa serba salah. Bukan mudah untuk dia membuat keputusan
di saat ini. Kehadirannya yang secara tiba‐tiba di bumi Malaysia ini juga masih mengejutkan
dirinya.
"I rasa buat masa ini kita berkawan dulu boleh?"

Tiada ulasan:
Catat Ulasan