“Ni air apa pulak?” soal Wan Zamilah sambil menilik gelas di tangan menantunya.
“Air tembikai mummy,” beritahu Iddya Melissa lagi. Kalau pun warna yang merah menyala tu tidak dapat diteka, mustahil deria bau ibu mertuanya itu tidak boleh berfungsi dengan baik. Jelas‐jelas jus tembikai itu berbau segar.
“Tak nak! Mummy tak minum air manis. Ambilkan air lain.” Kali ini Iddya Melissa terasa seperti darahnya berderu‐deru menyerbu naik ke kepala. Bibir diketap geram, setelah dua minggu tinggal di rumahnya, nampaknya ibu mertuanya itu makin selesa dan semakin berani menjadikan dia sebagai orang gaji.
Tidak ada langsung layanan bertaraf menantu yang diberikan kepadanya. Dia juga tidak meminta diberikan layanan seperti itu. Dia sudah diberikan kasih sayang yang cukup dan melimpah ruah daripada suami, keluarga, dan sahabat‐sahabatnya yang tercinta. Dia tidak perlukan kasih sayang seorang ibu mertua yang tidak tahu menilai dan menjalankan tanggungjawabnya kepada seorang anak!
“Saya bawak air durian belanda, mummy cakap tak minum. Saya bawakan jus tembikai, mummy cakap tak minum air manis. Mummy nak saya bawakan air apa sebenarnya? Cuba beritahu jelas‐jelas, nanti tak adalah saya ulang alik dari taman ni ke dapur sampai sepuluh kali.” Iddya Melissa sudah baran, dia rimas dan bengang apabila dirinya diperlakukan seperti itu. Kesabaran yang dipupuk di dalam hati kini berterbangan bebas!
“Amboi, dah pandai menjawab nampaknya?” Wan Zamilah mempamerkan senyuman sinis, suka dapat menaikkan kemarahan menantunya itu.
“Bukan saya menjawab, tapi saya manusia mummy. Ada hati dan perasaan, siapa je yang tak penat kalau kena berulang alik masuk ke dapur semata‐mata pasal segelas air? Saya bukan orang gaji di rumah ni. Kalau mummy nak air, mummy ambil sendiri ye. Saya nak naik berehat. Maaf.” Gelas berisi jus tembikai yang masih tidak disentuh oleh ibu mertuanya itu diteguk rakus sambil berjalan masuk ke dalam.
Tangga didaki dengan pantas, ingin segera merebahkan tubuh ke atas tilam yang empuk. Hatinya sakit! Tambahan pula dia seperti terlihat ada bayangan burung yang berterbangan di sekeliling kepalanya menyanyikan lagu riang. Wan Zamilah menghantar langkah menantunya dengan tajam.
"Siap kau aku kerjakan!" Bisiknya sendiri.
Sebaik terpandangkan kereta anaknya melingkar masuk ke dalam rumah, dia mula menitiskan air mata dan menguatkan esakan, berharap anak lelakinya sedar yang dia sedang menangis.
“Mummy? Kenapa ni?” Saat mendengarkan pertanyaan itu, dalam tunduk dia menyimpul tawa. Berselindung daripada dilihat oleh mata kasar anaknya itu.
“Melissa…” Wan Zamilah teresak lagi.
“Kenapa dengan isteri saya mummy?” Hati Izdham Syah mula dipalu kompang. Cemas!
Ada sesuatu yang menimpa isterinyakah?
“Melissa marah mummy… mummy mintak dia ambilkan mummy air je, mummy haus sangat nak minum. Tapi dia marah‐marah, tengking‐tengking mummy, suruh mummy ambil air sendiri macam mummy ni hanya parasit yang menumpang di rumah kamu.” Wan Zamilah sengaja menokok tambah akan cerita yang tiada.
“Melissa buat macam tu kat mummy? Ya Allah, maafkan isteri Izdham. Nanti Izdham nasihatkan dia, mummy jangan sedih lagi ye? Mummy nak air apa? Izdham ambilkan.” Izdham Syah menawarkan pertolongan.
“Tak apalah, mummy dah kenyang minum air mata.” Izdham Syah berasa tersindir mendengarkan kata‐kata itu.
“Mummy… Izdham minta maaf, jangan terasa hati ye dengan kelakuan Melissa. Nanti Izdham nasihatkan dia. Izdham minta diri ye mummy, nak jenguk Melissa sekejap.” pinta Izdham Syah.
Hanya anggukan yang diberi tanda mengizinkan anaknya meminta diri. Air mata palsu dilap dengan hati yang puas. Kemudian dia juga beredar masuk ke dalam rumah memandangkan hari sudah merangkak senja.
Di meja makan, Wan Zamilah mula menunjukkan sikapnya yang mesra dalam melayani menantunya itu. Sengaja ditunjukkan di hadapan anaknya, ingin meracuni fikiran anak lelakinya. Iddya Melissa yang sudah terbiasa dengan lakonan itu hanya membiarkan sahaja.
Dia tidak akan sekali‐kali mengikut rentak mahupun jejak langkah ibu mertuanya itu.
Dalam diam, Izdham Syah memerhatikan kelakuan dan ekspresi wajah isterinya dengan tajam,
sedikit kurang senang apabila ibunya dilayan dengan dingin.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan