Adham Faiz menjadi kalut. Dia ingin segera keluar daripada bilik itu. Ingin segera pergi daripada rumah itu. Ingin segera menjauhi Aira Syuhada. Ingin lari daripada rasa ini!
Kelam kabut dia mengemas buku‐buku yang ada di atas meja. Segala pen marker untuk papan
putih dikumpulkan dan disimpan di dalam bekas yang telah disediakan. Nota‐nota yang dibawa, dimasukkan ke dalam beg sandang. Muktamad keputusannya untuk menamatkan kelas pada hari ini. Cukuplah sekadar 3 jam sahaja. Dia tidak mahu berlama‐lama lagi di dalam rumah itu. Lebih‐lebih lagi di dalam bilik itu!
‘Tapi, masih ada sejam lagi ni!’ hati berbisik. Gerakan tangan terhenti. Otak pula ligat berfikir
mencari jalan untuk menamatkan kelas. Mujur pada ketika ini, Aira tidak berada dekat dengannya, fikir dia. Dapatlah dirinya berfikir dengan waras. Kalau tidak...
‘Kalau tidak? Apa, Am?’ desis di dalam hatinya lagi.
‘Apa? Mana ada apa‐apa!’ Sendiri bertanya, sendiri yang jawab.
Dia duduk sejenak di atas kerusi. Termenung sekejap merenung lantai. Kalau dirinya ialah
Superman, mahu tembus jubin cantik lantai di rumah banglo itu disinari pancaran laser sepasang matanya!
‘Hisy, tak payah fikirlah! Bukan masalah negara pun!’ segera Adham Faiz mengatur langkah
untuk meninggalkan bilik bacaan itu. Bagaimanapun, langkah kaki menjadi kaku, terhenti, apabila Aira Syuhada tiba‐tiba terjengul di muka pintu.
“Abang mekanik, awak nak ke mana?” soal Aira bodoh. Adham berkeadaan sama seperti ketika
dia sampai 3 jam yang lepas. Takkanlah itupun hendak ditanya lagi?
“Saya nak balik!” jawab Adham, tanpa memandang wajah Aira.
Aira bercekak pinggang.
“Ohh, bila Noli balik aje, awak pun dah hilang mood nak mengajar, ya?” marah Aira sambil
memberikan jelingan maut terhadap Adham.
“Habis, takkanlah kita nak duduk berdua‐duaan dalam bilik ni?” bidas Adham pula.
Aira ketawa. Satu sikap Adham yang menarik perhatiannya ialah sikap ini, sikap suka berterus
terang.
“Awak ni lawaklah! Yang awak takut sangat dengan saya ni, kenapa? Awak kan cikgu saya? Macam mana saya nak hormatkan awak kalau awak takut pada saya?” sengaja Aira hendak menaikkan api kemarahan lelaki di hadapannya ini.
“Apa awak cakap? Saya takut pada awak? Kenapa pulak saya nak takut pada awak yang sahsah...,
perempuan, muda daripada saya, bukannya kuat pun kalau nak berlawan, harap mulut aje becok?”
Kata‐kata terhenti bila Aira menghampirinya. Aira yang kini cuba memberanikan diri untuk
berdiri dekat di hadapan Adham. Aira yang kini sedang mendongak menatap anak mata hitam
lelaki itu.
Duk, dak, duk, dak, dada bergetar!
Aduh, beginikah jadinya apabila jatuh hati? Inikah yang dirasai apabila jatuh cinta? Indah sahaja perasaan walaupun si dia sedang mengerutkan dahi? Bahagia sahaja yang dinikmati dengan debaran di dalam dada bagaikan gendang yang dipalu, penuh berirama?
Dalam nada suara yang seakan‐akan berbisik, Aira berkata, “Saya tahu, awak tak takut pada saya. Saya tahu, awak tak pernah peduli tentang saya, tentang siapa saya atau siapa mak ayah saya! Saya tahu, awak tak ambil tahu adakah saya ni kaya atau miskin? Awak ke sini sebab ayah minta tolong dan upah yang awak dapat tu bukannya penting sangat pada awak. Awak selamba. Bila awak rasa nak marah saya, awak marah! Bila awak rasa nak perli, awak lakukannya!”
“Itu dah jadi amanah saya...”
Aira segera mengangguk. “Faham!” balasnya.
Adham cuba menjauh tetapi Aira menghalang dengan kata‐katanya, “Abang mekanik, pada saya, awak ni lain dari lelaki‐lelaki lain. Dia orang tu semua kejar saya tapi awak tidak. Kalau boleh, awak nak lari jauh‐jauh! Dia orang tu semua cari peluang nak dekat dengan saya. Awak? Selalu buat macam saya ni tak wujud depan awak pun. Dia orang tu selalu sangat puji saya, tapi awak asyik kutuk. Tu, abang mekanik, tu yang buat awak berbeza. Tu yang buat awak istimewa. Dan, tadi, saya yakin, awak dah dengar apa Noli cakap, kan? Kalau awak harap saya menafikan, terus terang saya cakap, saya tak boleh. Nak tahu kenapa? Sebab memang itu yang saya rasa.”
Adham mengelak daripada memandang wajah di hadapannya. Dan, dia tidak menyahut. Dia tahu, kalau dia berkata‐kata, pasti Aira akan mendengar getar jantung yang beralun ke peti suara.
“Saya memang dah jatuh cinta pada awak, abang mekanik! Bila? Jangan tanya, sebab saya pun
tak tahu. Tapi, saya memang tahu hati saya. Hati saya ni dah mula sayangkan awak, Adham Faiz!” senyum di bibir meleret dan Aira meneruskan luahan perasaannya. “Yo, awak kena ucapkan tahniah pada diri awak, tau! Sebab, awaklah lelaki pertama yang berjaya mencuri hati saya ni.”
Adham bergerak menjauhi Aira. Dia masih tidak dapat hendak bercakap. Pengakuan Aira membuat dia jadi gamam. Dia tersentak.
Berani sungguh anak dara ini! Dari manakah Aira mendapat keberanian untuk berterus terang?
Tidakkah merasa malu?
“Awak tengah kutuk saya, kan? Tentu awak cakap saya ni anak dara tak tahu malu. Anak dara
yang terlalu berani. Terlalu berterus terang! Tak reti nak selindung‐selindung! Betul tak?”
Adham memandang lama seraut wajah itu sebelum mengangguk. Anggukan yang menyebabkan Aira Syuhada ketawa besar.
“Kenapa ni? Dah tak boleh bercakap? Dah hilang suara? Alah, itu baru dengar saya ucapkan cinta. Kalau saya ajak awak kahwin? Mahu pengsan, ya?” sindir Aira dalam tawa yang masih bersisa.
Adham menjegilkan mata.
“Aira Syuhada binti Tan Sri Fahmi......Tolong jangan mengarut, okey! Tolong jangan cakap yang
bukan‐bukan! Dan, tolongggglah! Jangan dilayan perasaan gila awak tu! Tu bukan cinta. Bukan
sayang!”
“Ya!” Aira membentak.
“Tidak!” Adham menafikan.
“Ya!”
“Tidak!”
“Ya!
“Tidak!”
“Tidak!"
“Ya!”
Dan, Aira ketawa lagi. Puas hatinya melihat Adham Faiz tewas dalam permainan kata‐kata. Puas hatinya melihat Adham menjadi tidak keruan. Puas hatinya melihat Adham yang tetiba menjadi gelisah.
“Saya cintakan awak, Adham Faiz. Benar‐benar cinta!”
“Aira!”
“Mungkin pada awak, saya ni muda sangat. Yalah, usia baru nak masuk 19 tahun. Hujung tahun
ni, baru nak ambik STPM. Dah tu, perbezaan umur di antara kita dekat 8 tahun. Tapi, saya tahu
hati saya. Dan, saya tak mahu simpan sorang‐sorang. Saya nak kongsi dengan awak.”
Adham mengerutkan dahinya lagi. Kerutan yang mencerminkan bahawa sedikit sebanyak, ada
rasa kurang percaya di benaknya kerana pengakuan sebegini tidak diduga. Terutama apabila
dilafazkan oleh seorang Aira Syuhada. Gadis yang sombong, yang mula dikenali Adham lebih
tiga bulan dulu.
“Aira, jangan cakap macam ni. Nanti kalau Tan Sri dengar, kan tak elok? Saya ke sini nak mengajar awak Kimia. Maths! Bukan disuruh mengajar awak bercinta. Saya tak mahu nanti emak dengan ayah awak fikir yang bukan‐bukan pulak! Saya ni miskin, Aira. Yang ada pada saya ialah harga diri dan maruah. Pengakuan gila awak ni akan buat saya hilang semua tu, awak faham tak?” Adham cuba menjadi serasional mungkin.
Aira mula menunjukkan rasa tidak puas hati. Mula geram. Mula sakit hati. “Kenapa? Gila ke
saya bila saya mengaku jatuh hati pada awak?” marahnya.
“Aira, saya tak maksud nak buat awak marah, okey! Cuma, saya rasa, sekarang bukan masa
untuk awak bercinta. Awak ni muda sangat. STPM pun awak belum ambik? Tumpu pada pelajaran, itu yang patut awak utamakan, Aira. Esok‐esok, bila awak masuk U, ramai lagi lelaki-lelaki hebat yang awak akan jumpa. Masa tu, lelaki macam saya ni, awak dah tak pandang dah!” Adham cuba memujuk, memaksa Aira supaya lebih mementingkan masa depan berbanding cinta monyet ini.
“Awak memang tak suka saya dari dulu, kan?” tangis Aira membuat Adham terpana.
Aira menjauh dari lelaki itu. Dia duduk di kerusi. Mata yang basah cuba dilap. Dia sangat berjauh hati sekarang.
“Kalau saya tak suka awak, saya tak akan peduli pada permintaan Puan Sri dulu tu. Saya boleh
aje pulangkan duit yang diberi. Tapi, sekarang, kita bukan bercakap tentang tuisyen. Saya nak
betulkan tanggapan awak tentang cinta. Awak muda, awak tak tahu apa‐apa!”
Adham duduk di hadapan Aira. Wajah gadis itu ditatap semasa dia menghulurkan tisu untuk Aira mengelap titisan air mata. Dia tidak suka melihat gadis ini menangis apatah lagi jika tangisan itu kerana dirinya. Dia rasa sedih!
“Awak, awak tahu tak berapa umur mak saya masa dia kahwin dengan ayah?” Dalam kesedihan, Aira bertanya dan menunggu Adham menggeleng untuk dia menyambung, “18 tahun!” bisiknya. Risau juga di dalam hati kalau‐kalau si ibu memerhati. CCTV ada di dalam bilik ni, naya dia nanti!
“Biar betul!” Adham jelas tidak percaya.
“Ya, awak! Cerita benar ni! Tok yang beritahu saya, tau!”
“Tapi...”
“Syy, dengar! Ayah dengan mak tu jiran sebelah rumah je, kawan sejak kecik lagi. Ayah memang sayang mak sejak azali kut! Semua orang tau dan memang harap dia orang berdua kahwin. Awak nak tahu macam mana mak boleh kahwin semuda tu?”
Adham mengangguk.
“Selepas 3 tahun ayah bekerja, ayah dapat arahan bertugas di Kementerian Luar. Kalau tak silap, umur ayah masa tu 27 tahun. Kata tok, ayah tak tahu berapa lama dia kena duduk luar negara jadi dia takut mak berubah hati. Tu yang dia terus jumpa Tok Wan, cakap dia nak kahwin, nak bawak mak pergi sekali duduk dengan dia di England.”
Aira sudah boleh tertawa semula bila mengenangi kisah percintaan ibu dan ayah yang dikorek
daripada neneknya. Cerita yang turut menyebabkan Adham tergelak sama.
“Lepas tu, apa yang terjadi?”
Aira segera menyambung, “Tok tak izinkan. Tok cakap mak muda lagi tapi ayah berkeras. Ayah
cakap, dia nak mak ikut dia jugak! Tak boleh tidak! Yang mak saya pulak, dengar ayah nak pergi bertugas kat luar negeri, terus aje dia menangis nak ikut. Dia pun takut ayah sangkut dengan minah saleh. Kebetulan pulak, masa nak pergi England tu, mak dapat keputusan SPM dan lulus dengan cemerlang. Dipendekkan cerita, jodoh ayah dengan mak saya kuat, semuanya dipermudahkan Tuhan. Bukan saya cakap ni, tok saya yang cakap.”
Wajah Adham ditatap bersama senyuman yang cukup manis dan menggetarkan hati seorang
bernama lelaki.
“Adham, kalau mak boleh kahwin masa umur dia 18 tahun, takkan saya nak bercinta dengan awak bila umur saya dah 19 ni pun tak boleh? Apa alasan awak? Cakaplah!” Aira merengek manja. Ingin meraih simpati, itu yang pasti.
Adham Faiz mengeluh berat. Mungkin bagi lelaki lain, mereka akan merasa terlalu gembira kerana berjaya mencuri hati gadis ini. Tapi, bagi dirinya, ini sesuatu yang menyesakkan dada. Sesuatu yang membuntukan fikiran. Bisa menyerabutkan otak.
Teringat pada janji yang pernah dibuat terhadap diri sendiri. Janji untuk tidak mengulangi kesilapan dulu. Pisang tidak boleh berbuah dua kali. Ya, dia tidak akan membenarkan hatinya diguris lagi. Tidak untuk kali kedua. Tetapi...
“Awak, saya boleh ubah perangai saya yang awak tak suka kepada yang awak suka. Cakap aje, saya akan ikut. Tengok ni, awak kan cakap saya cantik bila pakai baju kurung, sekarang saya dah pakai tapi...awak tak puji pun lagi.” Aira seakan‐akan merajuk.
Adham ketawa, geli hati melihat wajah keanak‐anakan itu. Polos sungguh! Tanpa dapat ditahan, dia memuji, “Saya dah lama perasan. Sejak saya masuk dalam rumah pagi tadi lagi. Memang awak ayu sangat hari ni, Aira. Cantik!”
Bahagianya Aira melihat wajah Adham yang ceria. Gembira kerana mampu membuat lelaki itu
tertawa. Dan pujian itu membuat dia jadi bahagia. Mungkinkah di suatu sudut hati Adham ada
disediakan satu ruang untuknya? Hanya mungkin...Adham masih tidak menyedari?
Mata saling bertatapan. Jiwa kembali melagukan irama penuh asyik. Balada indah menghiasi sukma. Berwarna warni melodi cinta.
Pun begitu, Adham tidak mahu hanyut dibuai perasaan. Kepada Aira, dia membisikkan, “Aira, terima kasih kerana menyintai saya. Saya tak sangka! Sungguh! Tapi saya tak boleh balas. Saya tak dapat nak sebut 3 perkataan tu pada awak. Jangan tanya kenapa. Saya tak bersedia nak ceritakan pada awak sebabnya. Maafkan saya!”
Aira memandang wajah dingin Adham. Wajah yang kini tidak mempunyai perasaan. Bagai
menyembunyikan segala rasa. Dan dia mengeluh perlahan.
“Saya cuma nak tahu satu benda aje! Boleh?”
Lama baru Adham mengangguk.
“Awak dah ada kekasih?”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan