Aswal Madri ﴾Bos﴿
SEJAK hari pertama aku melihat Izz Zahrah, aku jadi tertunggu‐tunggu setiap kali break time.
Macam hari ini sengaja aku menunggu di tepi dinding untuk menanti kemunculannya dan dia
datang tepat pada masanya.
Hari ini Izz Zahrah memakai blaus berwarna maroon dan seluar hitam. Shawl berwarna putih
disematkan dengan pin perbagai bentuk, kecil dan besar. Memang fesyen yang kena dengan
trend terkini.
Di luar sana sudah aku sediakan sebuah meja kayu antik berserta kerusi khas untuk Izz Zahrah.
Tak perlulah dia duduk bersila lagi di atas surat khabar. Dan aku sedang menunggu untuk melihat reaksinya hari ini. Dia nampak teruja bila melihat meja kayu antik itu. Wajahnya cukup ceria dan aku turut tersenyum melihat gelagatnya.
Mata aku sudah tertumpu pada mangkuk tingkat yang sudah diletakkannya di atas meja. Hari
ini aku bercadang untuk keluar dan menyertainya untuk makan tengahari. Aku dah minta setiausaha aku menempah nasi dan lauk pauk juga air jus buah‐buahan. Bila dia sudah membuka mangkuk tingkat, aku pun perlahan‐lahan membuka pintu pejabatku dan keluar.
Aku berjalan perlahan‐lahan ke arahnya.
“Assalamualaikum, boleh join sekali? Zuhaimie tak ada pula di pejabat hari. Saya tak ada kawan
nak ajak makan. Tak best pula makan sorang‐sorang.” aku meletakkan makananku di atas meja
sambil memberikan alasan. Mulut Izz Zahrah sedikit ternganga sambil memandang ke arahku.
“Encik Awal? Macam mana encik Awal tahu saya ada di sini?” Izz Zahrah bertanya dengan
wajah yang masih bingung.
“Saya mana tahu awak ada di sini. Zuhaimie cakap tempat ni best, jadi saya naiklah di sini. Bagus juga awak ada sekali. Boleh juga temankan saya makan. Awak bawa apa tu? Kita tukar boleh tak? Saya dah jemu makan makanan kedai. Teringin juga nak makan masakan dari rumah.” aku bertanya sambil menarik mangkuk tingkatnya dan menghulurkan nasi dan lauk paukku untuknya. Izz Zahrah tayang wajah bengang lagi. Aku tak pedulikan dengan reaksinya.
Nasi goreng yang ada di depan mata terus aku suapkan ke mulutku.
“Makanlah cepat, takkan awak nak tengok saja. Masa sedang berjalan Izz.” tanpa menunggu dia meluahkan kata aku terlebih dahulu menambah rencah rasanya. Dia nampak macam serba salah namun bekas makanan yang aku hulurkan kepadanya dibuka juga. Lega hatiku bila dia mula menyuapkan nasi ke mulutnya. Aku pula sedang berusaha untuk menelan nasi goreng yang pedas dan terlebih masinnya.
“Encik Awal, tak payahlah paksa diri. Saya dah makan nasi goreng tu di rumah tadi. Tak sedap
pun, lagi pun saya tertambah garam dua kali.” Izz Zahrah berkata sambil cuba mengambil bekas makanannya semula. Aku pula bertegas untuk terus menjamahnya walaupun sebenarnya aku alah dengan makanan pedas.
“Izz..mulai esok awak bawa bekal lebih ya. Nanti saya bayar untuk awak.” aku berkata perlahan
dan merenung wajah Izz Zahrah. Dia sudah mengerutkan keningnya dan memandang wajahku.
“Encik Awal ni teringin nak mati kerana keracunan makanan ke? Saya mana pandai masak. Encik Awal tempah la di restoran mana‐mana, kalau dah rasa mampu sangat.” dia berkata sambil menarik bekas makanannya sekali lagi. Aku pun berkeras juga dan melarikan bekas itu serta mula menyuap lagi.
“Awak makan sajalah nasi di depan awak tu. Kenapa nak rebut nasi saya pulak?” ujarku sambil
terus menyuap walau sebenarnya aku dah tak berdaya nak menelan. Memandangkan Izz Zahrah yang memasak aku paksakan diriku menelannya.
“Kalau sakit perut atau terkena tekanan darah tinggi nanti, jangan saman saya sudahlah. Orang
tak bagi, nak jugak..” bila dia sudah mengalah dan mula menjamah nasi yang aku beri kepadanya, aku terus tersenyum kemenangan. Bila dia makan aku memerhatikan wajahnya.
Rasanya hati aku mula berkata sayang. Aku harap masa akan berhenti di sini dan Izz Zahrah
sentiasa ada di depanku.
“Kenapa tengok saya pulak? Tadi nak sangat nasi tu, makanlah sampai habis.” aku tersenyum
kepadanya mendengar dia berkata begitu. Tak menduga bahawa dia akan perasan aku sedang
menelek wajahnya.
“Esok awak akan datang makan ke sini lagikan?” aku memberanikan diri untuk bertanya.
“Tak naklah. Sebelum ni tempat ni aman saja. Tapi hari ni ada pula penganggu ketenangan. Rasanya hari ni hari terakhir saya naik ke sini.” aku sedikit kecewa mendengar kata‐katanya.
“Tapi…” dia ingin menyambung kata‐katanya. Aku menunggu dengan sabar.
“Saya tak tahu nak pergi makan di mana. Orang dalam pejabat saya tu semuanya dah ada pasangan. Time rehat semuanya tak pernah ajak saja. Kalau tak, jangan haraplah saya nak menapak ke tingkat teratas ni. Encik Awal kerja tingkat berapa ya?” aku menjadi kelu seketika mendengar soalannya. Kalau aku jujur dan menerangkan hal yang sebenar, apa pula yang difikirkannya nanti.
“Err..saya ni drebar saja Izz. Kadang‐kadang jadi drebar Zuhaimie. Kadang‐kadang jadi drebar
CEO syarikat ni. Kadang‐kadang jadi drebar abang ipar CEO ataupun kakak CEO.” aku mengambil keputusan untuk auta saja. Izz Zahrah sudah terangguk‐angguk. Aku melepaskan nafas kelegaan.
“Siapa CEO syarikat ni?” aku telan liur mendengar soalannya.
“Awak tak tahu ke?” aku bertanya dia kembali.
“Kalau dah tahu, buat apa saya tanya.” dia menjawab sambil mengebamkan bibirnya. Aku sudah tersenyum gelihati.
“CEO syarikat ni paling handsome tau dalam bangunan ni.” aku terpuji diri sendiri. Izz Zahrah
mengerutkan keningnya. Bekas makanannya ditutup dan dia mencapai bekas air dan meminumnya. Aku juga berbuat perkara yang sama. Dah tak berdaya nak menelan nasi goreng yang pedas dan masin tu.
“Handsome kalau baik tak apalah juga tapi kalau rupa saja handsome, perangai sebijik crocodile land and sewaktu dengannya, hancoq ler..” dengan selambanya dia berkata. Aku pula yang mengerutkan keningku.
“Crocodile land tu khas untuk Zuhaimie sorang ja. CEO tak macam tu. Dia sedang mencari cinta sejati yang abadi. Dan rasanya dia dah jumpa seorang, cuma perempuan tu payah sikit nak tackle. Jual mahal sangat.” aku mematahkan kata‐kata Izz Zahrah. Dia mencebik dan menelek jam di tangannya.
“Dah nak habis time rehat. Saya balik pejabat dululah encik Awal.” dia berkata sambil bangun.
“Encik Awal serius ke nak saya bawa bekal lebih esok?” Izz Zahrah mengajukan soalan yang aku
teringin sangat nak dengar. Aku terus mengangguk laju.
“Tapi, masakan saya tak sedap. Encik Awal bagi tahu saja apa yang encik Awal nak makan.” ujarnya lagi. Aku sudah tersenyum lebar.
“Apa saja awak masak saya akan makan cuma jangan pedas dan masin sangat. Pendek umur saya nanti. “ aku berkata sambil tersenyum. Izz Zahrah turut tersenyum dan aku berharap semoga aku dapat melihat senyuman itu lagi.
“Tak nak turun ke?” dia bersuara lagi. Aku menjawab soalannya dengan gelengan.
“Ada hal dengan CEO. Nanti dia cari pulak. Jumpa lagi esok di sini. Jangan tak datang pulak.
Malam tu kenapa awak pulang lewat? Takkan awak buat overtime? Awak masih belum menjadi
pekerja tetapkan?” aku bersuara juga agar dia tak menaruh syak kepadaku.
“Hmm..saya turun dulu kalau macam tu. Soalan encik Awal tu biar saya fikirkan dulu jawapannya. Okey..bye.” dia berkata sambil tersenyum dan berlalu. Aku duduk kembali dan melihat Izz Zahrah hingga dia hilang. Beberapa minit kemudian barulah aku masuk ke dalam pejabat aku semula.
Di dalam pejabat aku melamun lagi. Izz Zahrah..sejak dia hadir di sini dan melakukan pelbagai
aksi pelik di depanku, dia sudah mula membuatkan hatiku berdebar‐debar dan aku seringkali
mengintai gerak lakunya dan mencari identiti dirinya. Zuhaimie yang sering menjadi mangsa
aku untuk mengumpul maklumat. Apa saja mengenai Izz Zahrah akan aku tanya kepada Zuhaimie. Ya, dia memang playboy tapi aku tahu kenapa Zuhaimie jadi macam tu. Dia pernah suka dengan seorang gadis tapi cintanya kepada gadis itu ditolak kerana gadis itu sudah menaruh hati kepada sahabat baik Zuhaimie sendiri. Akulah sahabat baiknya itu namun aku tak menyintai gadis itu. Aku sudah menganggap dia seperti adikku sendiri.
Perkara itu sudah lama berlalu. Kebetulan Umairah adalah sahabat baik adikku dan kebetulan juga kami tinggal berjiran dulu. Selepas keluarga Umairah meninggal dan terlibat dalam kemalangan jalan raya, dia tinggal bersama kami.
Kami tiga beradik dan aku anak kedua. Kakak aku yang sulung sudah berkahwin. Namanya Nur
Afifah Madhiah dan abang ipar aku juga merupakan salah seorang pekerja dalam syarikat ini.
Namanya Saiful Amri. Adik bongsu aku pula masih menuntut di luar Negara dan namanya Nur
Adlina Madihah. Lina dan Umai berkawan sejak kecil dan mereka sangat akrab. Bila Lina bermanja dengan aku, Umai juga berbuat perkara yang sama. Apa saja barang atau hadiah yang aku beri kepada Lina, aku akan beri kepada Umai juga. Aku tak pernah pilih kasih antara Lina dan Umai. Kedua‐duanya adalah adikku tapi sebaliknya bagi Umairah. Tanpa aku sedar rupa‐rupanya dia menyimpan perasaan lain terhadapku.
Aku tersenyum sendiri bila mengingati gelagat adik‐adikku yang banyak kerenah itu. Mereka
cuma ada aku dan kak Afifah untuk bermanja. Mama dan papa kami juga sudah meninggal dunia ketika kami masih kecil. Syarikat ini dulu pak Usu yang jaga iaitu adik papa yang bongsu.
Selepas aku habis belajar pak Usu serahkan kembali syarikat ini kepada kami. Kak Afifah tak mahu menguruskan syarikat. Dia lebih berminat untuk membuka kedai buku. Aku pula tak ada pilihan lain selain mengambil alih syarikat ini namun aku masih tak mahu diperkenalkan lagi.
Aku nak cuba menyesuaikan diri sebagai pekerja biasa dulu. Aku menguruskan syarikat dalam diam dengan bersembunyi di sebalik Zuhaimie dan abang Amri.
Aku nak mengenali semua pekerja sebagai pekerja biasa dan bukan sebagai bos besar. Aku
ada misi dan prinsip aku sendiri. Aku perlu berkawan dengan semua pekerja agar aku dihormati oleh mereka sebagai bos yang berpotensi dan bukan kerana mereka menghormati aku kerana aku ini adalah bos mereka. Mungkin hanya beberapa orang pekerja saja yang tahu tentang kewujudan aku sebagai CEO syarikat ini. Mereka terdiri daripada orang‐orang kepercayaan aku. Selain Zuhaimie dan abang Amri, setiausaha aku dan setiausaha Zuhaimie juga tahu tentang kewujudanku. Pekerja selebihnya hanya menganggap aku sebagai pekerja biasa saja. Adakalanya aku memperkenalkan diriku sebagai pembantu peribadi Zuhaimie atau abang Amri.
Aku ingin melihat reaksi pekerja‐pekerja bawahanku. Bagaimana penerimaan mereka terhadap
diriku. Sebetulnya pula sekarang ni aku hidup menyewa di rumah teres yang berhampiran pejabat. Rumah teres murah satu tingkat yang kecil. Hujung minggu saja aku akan pulang ke rumah besar peninggalan arwah papa. Rumah itu sekarang menjadi milik kak Afifah. Kami akan berkumpul juga sekali sekala di rumah itu. Aku juga teringin nak berdikari. Caraku begitu berbeza dengan orang lain. Kalau P. Ramlee mencari jodoh dengan menyamar sebagai pengembara dalam filem Musang Berjanggut, aku pula mencari teman hidup dengan menyamar sebagai pekerja yang hanya hidup tanpa barang mewah. Dan kenderaan aku bila pergi ke pejabat hanyalah motor EX5 yang aku beli dengan harga borong.
Inilah hakikatnya kehidupanku. Bagi aku, nak mencari yang berkualiti haruslah berkorban segalanya. Aku sudah lama hidup dalam kemewahan. Demi mendapatkan seorang suri dalam hidupku, aku tak mahu wanita yang hanya memandang kemewahan. Aku nak seorang wanita yang biasa‐biasa saja dan paling utama sanggup hidup susah dan senang bersamaku. Dan aku sudah mendapat seorang dan sedang berusaha untuk memikatnya atas bantuan Zuhaimie dan abang Amri. Mereka berdua memang boleh dipercayai untuk terus menyokongku dari belakang. Izz Zahrah, inilah namanya. Akan aku pastikan dia menjadi milikku suatu hari nanti!

Tiada ulasan:
Catat Ulasan