SITI Fatimah hanya mampu melihat susuk tubuh pemuda itu berjalan menghampirinya, selebihnya, dia rasa terkejut dan hairan. Selang sehari sahaja, rumahnya dikunjungi lagi. Petanda apakah ini? Adakah dia datang membawa hajat lagi? Siti Fatimah cepat menutup kepala paip, hendak menyambut tetamu yang datang.
“Assalammualaikum.”
“Waalaikumussalam warahmatullah.” Jawab Siti Fatimah, tersenyum buat tetamunya.
“Maaf, makcik. Saya datang lagi.”
“Tak apa, cuma...makcik tak boleh nak menjemput masuk ke dalam. Makcik tinggal seorang aje. Nawrah dah balik ke Cameron. Anak yang bongsu pulak jaga anaknya yang sakit di hospital.” Jelas Siti Fatimah, serba‐salah.
Anak muda itu hanya mengangguk, cuma riaknya bagai hendak bertanya lagi kelihatan. Tentu ia perihal Intan Nawrah. Naluri keibuannya bagai dapat membaca. Masakan tidak. Kelmarin, dia datang membawa hajat hendak meminang Intan Nawrah, tetapi dek kerana terkejut, anak sulungnya itu jatuh pengsan. Hari ini, anak muda itu datang menyusul lagi. Barangkali dia hendak tahu keputusannya pula.
“Oh...tak apa. Saya tak dapat cari Nawrah. Tak dapat call dia langsung. Dia dah sihat ke, makcik?”
“Dah sihat. Tu yang dia terus balik ke Cameron tu. Tolong makcik dia berniaga kat sana.”
“Zul, kalau Zul nak jawapan sama ada boleh bawa rombongan ke tidak, Zul tanya sendiri pada
Nawrah, ye? Makcik tak sampai hati nak buat keputusan sendiri. Apa saja keputusan Nawrah, makcik ikut aje.”
Beritahu Siti Fatimah, berterus‐terang. Intan Nawrah tidak meninggalkan apa‐apa pesan kepadanya sebelum pergi semalam. Ketika dia mengusulkan perihal itu malam sebelumnya pun, Intan Nawrah hanya mendiamkan diri. Kalau ikut orang tua‐tua, diam tu tandanya setuju. Tapi diam Intan Nawrah ini lain pula kelihatan di matanya. Ia diam seperti tidak mahu berbahas tentang hal itu.
“Nanti saya sendiri tanyakan pada dia.”
“Emm...”
“Yang nak kahwin tu tuan punya badan. Kena ada izin dari dia.”
Tambah Siti Fatimah lagi. Mata tuanya menyorot reaksi anak muda bernama Zulkarnaeen itu. Dalam diam, dia memuji juga sikap Zulkarnaeen yang datang berjumpa sendiri dengannya, tidak seperti sesetengah anak muda yang dah puas menggendong anak dara orang ke hulu ke hilir, barulah nak memohon restu. Itu pun mohon restu nak jadi menantu.Kalau tak jadi menantu, sampai sudahlah tak bertemu mata dengan mata antara si lelaki dan ibu bapa si wanita.
“Saya ni tak pandai ambil hati dia. Saya datang jumpa dia, terus ajak kahwin. Kemudian, saya datang jumpa makcik pulak dan beritahu hajat saya. Mungkin cara saya salah, saya mintak maaf. Tapi saya dah bulat hati nak memperisterikan Intan Nawrah.”
“Oh...Patutlah Zul kata baru kenal Nawrah.”
“Ye, makcik! Baru dua kali jumpa dia sebelum saya buat keputusan untuk ke rumah makcik.”
“Patutlah dia pengsan hari tu. Terkejut sangat agaknya.” Balas Siti Fatimah, senyum di hujungnya. Anehnya, dia tidak marah pula pada Zulkarnaeen. Jika menunjuk muka di hadapan keluarga, itu tanda kesungguhan. Sepatutnya Intan Nawrah mempertimbangkan hajat lelaki itu sebagai suami.
“Maaf makcik. Saya menyusahkan makcik sekeluarga.”
“Tak apalah. Nak buat macam mana? Hal dah jadi. Nawrah pun dah sihat. Tak apalah, Zul. Kita
tutuplah kisah tu. Cubalah Zul tanya Nawrah sendiri, mana tahu ada peluang Zul.” Ulas Siti Fatimah, bagai memberi galakan pula.
Alexander Zulkarnaeen mengangguk. Makcik Siti Fatimah bagai memberi isyarat hijau, tak pula
menunjukkan bantahan. Peluang ini patut digunakan sebaiknya untuk berbicara secara dua mata dengan Intan Nawrah.
“Terima kasih banyak, makcik. Saya mintak diri dulu.”
“Iyalah. Hati‐hati memandu tu.”
“Terima kasih. Assalammualaikum.”
Ucapnya, menghulur senyuman sebelum berpatah ke arah keretanya. Pada emak Intan Nawrah, dia mengangkat tangan tanda hormat, sebelum kereta dipandu keluar dari Taman Bukit Hijau. Lebih separuh dari hatinya ingin kembali ke Cameron Highland, menuntut jawapan Intan Nawrah. Alang‐alang ke Cameron Highland, bolehlah dia memantau perjalanan Projek Alexander Hill. Kini, dia punya sebab untuk kembali ke Cameron Highland. Sebab pertama, kerana Intan Nawrah. Sebab kedua kerana Intan Nawrah, sebab ketiga kerana Intan Nawrah. Sebab keempat kerana Intan Nawrah. Sebab kelima kerana Alexander Hill.
PAGI di Cameron Highland, sejuk tetapi mendamaikan. Bagi Alexander Zulkarnaeen, dia terpikat dengan keindahan panorama di kawasan itu, jatuh cinta bak kata orang. Namun, sayangnya, tanggungjawab di Kuala Lumpur lebih berat dari cintanya terhadap panorama indah itu. Muiz mengangkat tangan dari jauh, barangkali ternampak dirinya di tapak Alexander Hill. Dia menyorot mata saja, memerhati aturan langkah Muiz yang semakin lama, semakin mendekati.
“Selamat pagi, bos.”
“Tak cakap pun bos nak datang.” Sapa Muiz, tersenyum‐senyum. Rasanya dia boleh mengagak
Alexander Zulkarnaeen ni. Ragamnya sukar diramal, tetapi apabila ia melibatkan urusan hati, rasanya semua lelaki sama saja.
“Saja. Nak tengok kau buat apa kat sini.”
“ALLAHU Akbar. Saya tengah bekerja lah ni, bos.” Jawab Muiz bersungguh‐sungguh. Alexander
Zulkarnaeen selamba sahaja. Kalau Muiz sedar, dia sedang bergurau sebenarnya, tetapi senyumannya sahaja yang jarang kelihatan.
“Emm. Ada apa‐apa masalah tak?”
“Ambil masa jugak, bos. Struktur tanah bercampur aduk dengan batuan. Kita terpaksa gunawater jetting.”
“Whatever solutions, just use it.”
“Aku beri kepercayaan pada kau, Adriana and the whole team. Yang penting, ikut schedule.”
Tambah Alexander Zulkarnaeen lagi. Kali ini dia tak berniat hendak memantau lagi. Cukuplah
singgah menjenguk projek kerana dia mempunyai agenda lain selepas ini. Sebab kelima sudah
dipenuhi, tinggal sebab pertama, kedua, ketiga dan keempat yang belum dilunaskan lagi. Intan
Nawrah!
“Aye, aye, boss.”
“Bos tak pergi makan nasi lemak sambal strawberi ke?”
Usik Muiz, menyengih kepada majikannya. Alexander Zulkarnaeen buat tidak dengar sahaja. Kalau dia nak pergi pun, takkan dia nak ajak Muiz pulak? Nanti Muiz makin menyibuk urusannya. Tambah rimas kalau dia menjadikan hal Intan Nawrah sebagai modal buat menyakat.
“Kenapa? Kau nak makan ke?”
“Awal lagi bos. Kedai bukak pukul sepuluh.”
“Mendidih perut, baru kedai bukak?”
“Apa nak buat, kedai orang. Kalau kedai bos lain pulak waktu operasi.”
Jawab Muiz selamba. Memang dah sah angau pada empunya nama Intan Nawrah. Walaupun dia tidak sempat melihat wajah itu dengan dekat, tapi dia bagai tahu siapa orangnya yang melekat di hati Alexander Zulkarnaeen. Tak apa! Tanpa Alexander Zulkarnaeen nanti, aku akan singgah lagi restoran tu untuk mencari empunya nama Intan Nawrah. Sekarang, beri peluang pada Alexander Zulkarnaeen untuk mengecapi keindahan rasa cinta. Muiz senyum lagi.
“Senyum‐senyum dari tadi.” Tegur Alexander Zulkarnaeen sebelum beredar.
“Good luck, boss! All the best!” Ucap Muiz, mengangkat ibu jarinya. Alexander Zulkarnaeen buat
tidak dengar sahaja. Dia masuk ke dalam kereta, menekan hon sebelum menekan gear undur.
“Pergi lebih awal pun tak apa. Tentu tak ramai orang. Bolehlah aku cakap sekejap dengan Nawrah.”
Alexander Zulkarnaeen bercakap sendiri tetapi matanya masih fokus di atas jalan raya. Dia masih berfikir, bagaimana cara nak melembutkan hati Intan Nawrah. Sampai bila dia nak berulang alik ke Cameron Highland dengan lagak Intan Nawrah yang tidak mahu didekati?
Hisy! Dugaan betul bila hati sudah berbulat tekad. Rasa tak sabar ingin memiliki. Tambahan pula, teringat janji hendak membawa balik menantu Hajah Normah sebelum hujung tahun ini, buatnya bertambah tidak sabar.
Civic Type R berwarna putih diberhentikan di petak parkir yang masih kosong. Dia hanya
menghantar sorotan mata tepat ke arah Restoran Nasi Lemak Sambal Strawberi Kak Lia. Jam di
tangan baru menunjukkan angka sembilan empat puluh pagi. Ada dua puluh minit sebelum jam sepuluh pagi. Apa dia nak buat di dalam kereta selama dua puluh minit itu? Membuang masa tanpa kerja? Aduhai! Dia tak patut membuang masa begitu, demi seorang perempuan pula. Memang tak patut!Tetapi, yang tidak patut itulah yang sedang dibuatnya. Membuang masa untuk seorang perempuan. Mujurlah deringan telefon kedengaran memanggil‐manggil. Hilang sekejap tumpuannya buat Intan Nawrah.
“Bos kat mana, bos? Peguam call, nak jumpa bos. Dia call handset bos tak dapat‐dapat.”
“Semua urusan rasmi aku selesaikan esok. Hari ni aku masuk ke pejabat lepas pukul dua petang.”
Jawabnya sebelum menamatkan perbualan. Mata masih memaku ke arah restoran di depan. Sebaik melihat pintunya dibuka, dia dulu yang bersinar mata. Suis aircondterus dipadam, begitu juga dengan enjin kereta. Setelah memastikan kenderaan berada dalam keadaan tip top, dia menapak ke arah restoran.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan