Sejak dari hari itu, memang kami selalu juga berjumpa di luar tidak kira masa. Walaupun dia sibuk dengan kerjanya, namun Ste tetap juga akan muncul pada setiapdatekami. Saya cuma agak kecewa sebab setiap kali saya hantar mesej di Whatsapp, dia tidak pernah balas‐balas.
Tetapi kalau saya bagi dia surat di kereta dia, dia akan bacanya dan akan tiba di tempat yang saya tetapkan itu. Pernah sekali saya tanya dia sebab dia tidak pernah balas mesej saya, namun dia punya alasan cuma singkat saja. “Saya jarang buka Whatsapp kalau sudah habis waktu bekerja,” katanya. Saya pula tidak dapat pastikan sama ada kenyataan dia itu betul ataupun tidak, disebabkan setting Whatsappnya yang agak strict, iaitu tidak dapat lihat bila kali terakhir dia online di situ dan tidak ada tick biru yang menunjukkan dia sudah membacanya.
Walaubagaimanapun, saya menyejukkan hati saya dengan mantra “Yang penting dia datang jumpa saya face‐to‐face, lagi bagus daripada setakat bercakap melalui chat, kan?” Biasanya mantra itu berkesan pada saya.
Sudah masuk bulan pertama kami date. Tidak sangka masa berlalu dengan cepat, kan? Sejak kami dating ini, mood saya sentiasa baik sahaja. Apa tidak, setiap minggu dua tiga kali kami berjumpa, biasanya kami akan makan bersama‐sama, lalu window shopping, kadang‐kadang kalau ada wayang yang bagus, kami pergi tengok wayang. Kalau mood sangat baik, kami pergi karaoke. Namun begitu, saya masih belum berpuas hati lagi sebab kami berdua belum pernah dating di pantai lagi, seperti apa yang saya impikan selama ini. Saya pun mengutarakan hasrat saya itu dengan menulis nota untuknya:
Dear Ste, Jom kita pergi pantai petang ini. Saya cuti rehat hari ini. Ramalan cuaca pun cakap hari ini cuaca baik. Kita pergi tengok sunset sama‐sama, okey?
Saya berfikir sejenak sebelum saya membuat keputusan seterusnya:
Saya ada benda yang mahu bagitahu kamu. Jadi kamu kena datang, ya? Saya akan bagitahu kamu segala‐galanya.
Yours truly, Annie.
Saya membaca kembali nota ini dan mengangguk kepala saya tanda puas hati dengan kandungannya, lalu saya bersiap‐sedia untuk ke HQE untuk memberi nota ini padanya. Bunyi ketukan pintu kedengaran, lalu kelihatan mak saya menjenguk ke dalam bilik saya. “Annie, kau mahu ke mana tu? Saya ingat kau cuti rehat.”
“Saya ada benda mahu buat, mak. Sekejap saja, nanti tengahari saya baliklah ni,” jawab saya sambil menyikat rambut paras bahu saya itu.Hmm, nampaknya saya kena pergi salun ni.
Rambut saya semakin panjang. Agak‐agaknya Ste suka saya berambut pendekkah ni?
Mak saya secara automatiknya pergi ke katil saya dan mula mengemaskan cadar katil saya, dan
melipat selimut saya. Saya cuma mendiamkan diri, tanpa complaint apa‐apa. Yelah, dah mak saya baik sangat mahu tolong saya buat itu semua, buat apa pula saya mahu complaint, kan?
“Okey, Annie. Nanti kita makan tengah hari sama‐sama. Petang ini saya ingat mahu bawa kau pergi tamu beli sayur.”
“Mak, petang ini saya ada plan.”
Mak saya mengerut dahinya. “Kau ni, setiap minggu pun ada plan, sejak sebulan ini selalu saja
kau keluar, kan?”
Saya buat muka tidak senang. “Mak, apa salahnya kalau saya keluar selalu? Mak sukakah tengok saya asyik di bilik saja? Dulu mak sendiri juga yang bising pasal itu.” Saya mengeluh kuat.
“Bukan apa, Annie. Kau keluar selalu tetapi tidak pernah sekali pun kau bagitahu dengan siapa kau keluar itu, Mak cuma risau saja.”
Saya memandang mak saya dengan lembut, lalu pergi ke tempatnya dan memeluknya dengan erat.
“Mak jangan risaulah, ya? Tiba masanya nanti saya akan perkenalkan kawan saya itu juga pada mak dan yang lain, okey?” Saya rasa hiba sedikit. Mak sayalah antara sedikit orang yang masih kisah pasal saya, selain daripada Ste, dan juga Encik Ramu di Kedai Mamak 24 Jam itu.
Jangan lupa si Zero juga, bisik hati saya. Saya mengangguk, mengiyakan kata hati saya itu.
“Okey, Annie. Kau jaga diri baik‐baik ya? Mak sentiasa di sini untuk kau,” bisik mak saya. Saya rasa mahu menangis saja mendengar kata‐kata mak saya itu, namun saya berjaya juga untuk tahan diri sendiri daripada mengalirkan air mata ini.
***
Petang itu, kelihatan saya yang sedang duduk di meja makan kafe di Tanjung Aru itu. Ramai orang di situ pada masa ini. Kelihatan kanak‐kanak bersama dengan ibu bapa mereka bermain di tepi laut itu: ada yang mandi laut, ada yang main pasir juga. Tidak ketinggalan juga para remaja yang giat berselfie di situ. Bau wangi makanan mengelilingi kafe ini. Saya belum beli apa‐apa lagi kerana ingin menunggu Ste datang dahulu. Jam sudah menunjukkan jam lima petang. Kelibat Ste belum muncul‐muncul lagi. Namun saya belum rasa risau lagi, kerana memang Ste selalu lewat datang di setiap date kami. Kadang‐kadang sejam lewat juga, tetapi saya tetap dengan sabarnya menunggu. Entah kenapa saya mampu menunggu begitu lambat.
Kalau orang lain, mungkin sudah mengalah awal‐awal lagi.
Sepuluh minit sebelum jam enam petang, barulah nampak Ste sedang kelam‐kabut datang ke arah saya.
“Annie, sorry saya lambat. Ward round habis lambat tadi,jamlagi tu,” katanya sambil mengelap
peluhnya yang mula membasahi mukanya.
“Tak apa, Ste. Tak payah cakap sorry setiap kali kau datang, kan saya sudah cakap saya faham akan kerja kau itu,” ujar saya, menenangkan dia. Tanpa berlengah lagi, dia mencapai tangan saya lalu membawa saya ke tepi pantai untuk menikmati kesegaran dan rasa ketenangan yang dibekalkan oleh si pantai dan laut ini. Matahari sudah kelihatan mahu terbenam sudah. Lalu, saya memberhentikan perjalanan kami dan saya berhadapan dengan Ste dengan muka yang serius.
“Ste, saya mahu kau dengar baik‐baik apa yang saya bakal bagitahu kau ini, okey?”
Dia tersenyum senget. “Okey. Saya fokus seratus peratus sudah ni.”
Saya mendehem dengan kuat. “Okey, begini Ste. Kita sudah sebulan dating, kan?”
“Uh‐huh.”
“Dalam sebulan ini, macam‐macam yang saya rasakan di hati saya. Sering kali buat saya rasa tidak menentu. Kamu fahamkah?”
“Uh‐huh.”
“Jadi... Ada baiknya kalau saya luahkan saja perasaan saya, kan?”
“Uh‐huh.”
Dia ini dari tadi ber “uh‐huh” saja! Buat saya rasa frust saja! “Saya.....saya.......” Rasa gelisah saya
membuatkan saya tidak mampu untuk meneruskan kata‐kata saya itu. Namun, riak wajah Ste yang encourage saya untuk meneruskan juga. Saya mendekatkan bibir saya pada telinganya lalu berbisik dengan pantasnya, “I love you, Ste!”
“Uh‐huh ‐ apa? Apa kau cakap tadi?” Tiba‐tiba dia meninggikan suaranya, membuatkan saya
melompat terkejut.
“Saya tahu kau dengar tu Ste, jangan kau pura‐pura di sana dan menyeksa jiwa saya ini,” kata saya sambil memalingkan badan saya daripadanya, tidak mahu melihat reaksi dia selepas confession itu. Tanpa diduga, Ste memeluk saya dari belakang dengan eratnya, pipinya mengusap rambut saya, lalu dia menarik nafas panjang.
“I love you too, Annie.”
Kalau bukan sebab keadaan di sekeliling ini agak sunyi, mungkin saya tidak mampu mendengar bisikan halus Ste itu. Saya rasa jantung saya berdegup makin pantas. Kami berada di posisi yang sama untuk masa yang agak lama, sampailah matahari sudah selesai terbenam dan bulan pula muncul untuk menyinarkan malam itu. Lalu saya memalingkan badan saya dan berhadapan dengan Ste. Ste juga merenung saya dengan dalam‐dalam. Ste memegang dagu saya lalu dia mengucup pipi saya, dan juga dahi saya dengan lembut. “Saya betul‐betul cintakan kau, Annie,” bisiknya lagi. Kami pun berpeluk kembali. Di saat yang romantik inilah perut saya memilih masa untuk berbunyi. Ste ketawa manakala saya pula menutup muka saya dengan tapak tangan saya, malu akan gangguan yang tidak diingini itu. Ste dengan gaya comelnya membongkokkan badannya dan memegang perut saya. “Okey, okey, wahai perut. Saya tahu kamu lapar. Marilah kita pergi makan sekarang.” Saya cuma geleng kepala dan ketawa melihat gelagat Ste itu.
Kami berdua pun pergi ke kafe untuk menjamu selera, sambil tangan kami berpegangan tanpa
dilepaskan lagi sehinggalah sudah tiba masa untuk makan.
***
“Eh, kau seriuskah ni Annie?”
“Betul, Zero. Dia dan saya saling mencintai. Sukar dipercayai, kan?”
Zero cuma ketawa kecil. “Bukan susah mahu percaya pun. Kau memang gadis yang baik, bodohlah lelaki yang tidak mahu cintai kau.”
“Kau ini saja mahu baik dengan saya, kan?” Saya rasa malu pula dengan pujian si Zero ini.
“Jujur dan ikhlas ni, Annie.”
“Yelah, yelah. Saya percayakan kau. Kau pula, Zero? Ada apa‐apa yang terbaru dalam cerita cinta kau?” Saya ubah topik pula, tiba‐tiba rasa tertanya‐tanya pula tentang kisah cinta Zero.
Saya sangat gembira hari ini sejak date saya dengan Ste tadi petang itu. Sangat gembira sampaikan saya terus saja capai telefon saya dan dail nombor Zero sebaik sahaja saya tiba kembali ke rumah saya. Nasib baik Zero agak free masa itu.
“Saya mana ada masa mahu bercinta, cik Annie oi.”
“Kau jangan mahu bagi alasanlah Zero. Kau sebagai pilot sudah pasti sentiasa jumpa banyak orang baru setiap hari, kan?”
Zero mengeluh. “Yelah, Annie, betul ni saya cakap. Saya cuma fokus pada kapal terbang, laporan cuaca, dan penumpang saja. Kalau saya online pun saya rela lagi cakap sama kau daripada saya pergi sana dating site yang entah apa‐apa itu.”
“Okay, saya mengalah. Bukan apa, saya mahu kau bahagia juga, seperti apa yang saya rasakan.”
“Suatu hari nanti, bila saya ada peluang untuk ke sana, saya mahu berkenalan dengan bakal suami kau tu.”
“Bakal suami? Eh, janganlah sampai ke situ pula. Boyfriend pun baru saja jadi. Saya mahu fokus
untuk kekalkan hubungan kami dahulu baru mahu fikir pasal rumah tangga.”
“Sekurang‐kurangnya biarlah saya orang pertama yang kau bagitahu kalau kau mahu kahwin sudah, okey?” Kami pun ketawa bersama‐sama. Saya melihat jam dinding saya. Alamak, sudah mahu pukul dua belas tengah malam!
“Zero, saya kena tidur sekarang ni. Besok saya syif pagi. Nanti saya kena lapor pada bos pula kalau saya didapati lewat datang.”
“Okey, Annie. Nanti kita cerita lagi. Jaga diri baik‐baik!” Kami pun mengakhiri perbualan kami ini. Saya rasa bagus sangat sekarang. Lega sebab saya dapat menceritakan segala‐galanya kepada kawan baik saya ini. Saya berdoa semoga Zero akan bertemu dengan gadis yang akan mencintainya sebagaimana dia mencintainya. Saya tidak ingin bahagia sendiri saja.
***
Sebaik saja saya melangkah masuk ke pejabat, kelihatan Irma dan Jeff berlegar dekat dengan meja saya. “Eh, apa kamu berdua buat di situ?” Tanya saya dengan nada yang curiga.
“Annie! Kau ini, diam‐diam ada peminat oh!” kata Jeff sambil memukul lembut bahu saya.
“Ha‐ah lah Annie ni. Dengan kita pun mahu berahsia,” ujar Irma.
“Apa yang kamu cakap ini? Saya tidak fahamlah,” saya meletakkan kedua‐dua tangan saya di
pinggang saya. Tanpa berkata lebih lagi, mereka berdua pun menunjukkan saya satu jambangan bunga ros yang terletak dengan kemasnya di meja saya. “Eh, siapa pula yang bagi ini? Adakah orang hantar bunga awal‐awal pagi ini?” Saya mengerutkan dahi saya.
“Eh‐eh, tanya kita pula dia ni. Dia punya peminat, dialah yang tahu,” kata Irma sambil memusingkan bola matanya ke atas.
“Tu lah, kan Irma?” setuju Jeff.
“Aduhai, korang ni. Saya serius pun kamu anggap main‐main,” saya duduk lalu membelek kad yang terletak di atas jambangan itu. Ia tertulis dengan ringkas sahaja,
For you my dear.
I.L.Y.U.S.M.
~You‐know‐who‐I‐am~
I.L.Y.U.S.M? Adakan ia bermaksud, “I love you so much”? Ste yang bagi ini, saya pasti sangat.
Wah, sanggup dia datang awal‐awal pagi ini untuk bagi saya bunga ini ya? Sweet betul dia ni!
Saya tersenyum sendirian, lalu saya sedar bahawa dua orang rakan sekerja saya itu masih
memandang saya dengan tanda tanya.
“Jadi? Dari siapa itu?”
“Beritahulah kami Annie cepat.” Irma dan Jeff bertanya dengan serentak. Saya cuma menggelengkan kepala saya.
“Saya tidak tahu siapa ini,” nafi saya. Bukannya apa, saya tidak mahu mereka tahu tentang hubungan saya dengan Doktor Stephen. Nanti tidak pasal‐pasal pula tersebar satu hospital ini, susah saya nanti. Sebelum mereka berdua mampu bertanya lebih lagi, syif kami pun sudah bermula. Saya rasa lega kerana saya tidak perlu menafikan lebih banyak lagi. Dahlah saya jenis yang tidak suka menipu.
Saya kena tulis nota lagi pada Ste, tanda terima kasih atas jambangan bunga ini! Bisik hati saya
sambil saya menyentuh bunga ros yang wangi itu. Tidak sangka pula boyfriend saya ini sweet sangat! Saya senyum lebar lagi. Wow. Saya kena biasakan diri dengan panggilan 'boyfriend' ini!Saya pandang bunga itu lagi, lalu ada satu perasaan yang aneh datang mengganggu jiwa saya. Agak lama juga saya berfikir dalam‐dalam apa agaknya perasaan aneh itu. Saya membaca kad itu lagi, lalu saya tiba‐tiba teringat akan sesuatu.
Kalau Ste hantar bunga ini di sini, bermakna dia tahu saya kerja di sini! Saya belum bagitahu dia lagi tentang ini, jadi macam mana dia dapat tahu?
Saya terus mencapai kertas putih dan pen, lalu saya mengarang nota itu dengan pantas sebelum panggilan telefon datang bertubi‐tubi.
***
Petang itu, saya berdiri di tepi pantai Tanjung Aru sambil menikmati angin sepoi‐sepoi yang meniup, dan juga bunyi ombak yang kedengaran seperti lagu itu. Fikiran saya tidak henti‐henti daripada bunga dan nota yang saya terima tadi pagi. Saya rasa gelisah pula kerana Ste seakanakan dah tahu tempat kerja saya di mana...
“Annie!”
Saya berpusing ke arah suara garau Ste itu. Dia berpakaian baju T‐shirt sahaja dengan seluar jeans.
“Hai Ste. Kau cutikah ni?” Tanya saya, suara saya bergetar sedikit kerana rasa gelisah itu.
“Iya. Akhirnya!” katanya sambil menghembuskan nafasnya dengan kuat. Dia berdiri di sebelah saya, lalu dia mengerutkan dahinya. “Saya sudah baca nota yang kau bagi tadi..”
Alamak. Inilah saat kebenaran! Saya menelan air liur saya. Dia tidak berkata apa‐apa lagi, dan saya pun rasa terkeluh lidah juga. Selepas beberapa minit dengan keadaan begitu, saya pun sudah tidak tahan lalu memecah kesunyian, “Kau yang hantar bungakah tu?”
Kedengaran dia mengeluh panjang, bahunya ada sedikit turun. “Bukan saya. Saya memang plan mahu bagi kau bunga, tapi nampaknya ada orang lain yang duluan.” Nadanya kedengaran sayu pula. Saya menghembus nafas saya dengan lega. Sekurang‐kurangnya dia masih tidak tahu pasal tempat kerja saya. Tetapi, misteri tentang siapakah penghantar bunga itu masih belum diselesaikan.
“Saya tidak tahu siapa yang hantar tu. Kalau bukan kau, siapa lagi, kan?”
Kami berdua pun diam lagi. Lalu, Ste tiba‐tiba meletakkan tangannya di sekeliling bahu saya dan menepuk bahu saya. “Takpa, orang itu mungkin telah hantar bunga pada kau, tetapi kau
sememangnya milik saya dan berada di pelukan saya sekarang ini,” bisiknya pada telinga saya.
Saya boleh merasakan telinga saya menjadi panas. Ste memang sangat romantik dan juga seksi. Hanya dia yang mampu membuatkan saya jadi tidak tentu arah.
“Ya Ste, betul cakap kau. Kau teman lelaki saya, punyai kau di sisi saya adalah hadiah yang tidak dapat ditandingi oleh apa‐apa pun.” Saya mengucup pipinya. Giliran dia pula yang jadi tidak tentu arah. Kelihatan beberapa orang di sekeliling kami tersengih‐sengih melihat kami berdua. Saya cuma tersenyum kecil, rasa bahagia meluap‐luap di dalam diri saya. Kalau sebulan lalu ada orang kata saya mempunyai teman lelaki dan dating dengannya di pantai ini, saya sudah semestinya akan mentertawakannya kerana itu semua kedengaran mustahil sahaja.
Ya, kamu faham maksud yang saya cuba sampaikan di sini. Semua ini berlaku dalam masa yang singkat saja. Rasa macam saya berada di mimpi sahaja. Untuk membuktikan bahawa saya tidak bermimpi, saya cubit kuat‐kuat pipi saya, lalu saya mengerang kesakitan.
“Eh, kenapa pula kau tiba‐tiba cubit pipi kau tu?” tanya Ste sambil mengucup pipi saya yang
menjadi mangsa cubitan saya itu.
“Saya mahu pastikan yang saya bukan bermimpi,” kata saya dengan nada malu. Ste ketawa
mendengarnya.
“Kau ni, dear, ada‐ada saja. Comel betul kau ni ya,” dia mengeratkan lagi tangannya itu.
“Yelah, dah kau kacak sangat, doktor pula itu... Saya rasa pelik kenapa kau mahu saya. Ramai lagi yang lebih cantik daripada saya..Doktor, dan nurse juga.” Saya tiba‐tiba pula rasa insecure dengan diri saya.
“Hish, kau ni Annie. Kalau saya mahukan diorang dah lama saya couple dengan diorang, faham
tidak? Saya mahu kau kerana kau adalah Annie. Kauspecialbagi saya.” Dia mengucup dahi saya
dengan lembut. Sekali lagi saya perasan ada orang tengah tersengih ke arah kami. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja saya mengjelirkan lidah ke arah diorang, tetapi nanti saya memalukan diri saya sahaja di hadapan Ste. Senang hati saya dengar kata‐kata Ste itu, ia telah menenggelamkan apa‐apa perasaan insecure itu dalam‐dalam. Yelah, saya kan pertama kali berpacar, jadi saya rasa sangat tidak berpengalaman dalam hal ini.
“Saya ada bagitahu kau hari inikah yang saya cintakan kau?” Saya bisik pada Ste. Ste berpura-pura
untuk berfikir lalu dia tersengih.
“Macam tiada pula. Tidak apa, saya tahu kau cintakan saya,” katanya. Saya memukul tangannya
dengan lembut. Tiba‐tiba satu idea datang di fikiran saya.
“Sayang, kau tunggu di sini dulu, okey?” Lalu saya terus berlari ke arah lain dan saya pun terus
mengukir sesuatu di atas pasir pantai itu. Saya juga menggunakan batang‐batang kayu untuk
mencantikkan lagi benda yang saya ukir itu. Setelah siap, saya pun pandang ke arah Ste yang masih mengerutkan dahinya itu. “STE! DATANG SINI, SAYANG!” Saya jerit padanya. Dia pun tanpa membuang masa terus berlari ke arah saya. Saya pun mempersembahkan ukiran saya itu: Saya telah mengukir bentuk hati besar‐besar, lalu saya menggunakan batang kayu itu untuk membuat ayat “I love you THIS BIG, my dear Dr. Ste”.
“Ya Tuhan....Cantiknya lukisan ini,” kata Ste, terharu. Mata dia nampak berair sudah. Saya pun
rasa mahu menangis juga kerana dia sangat menghargai apa yang saya buat ini. Dia mencapai tangan saya lalu dia meletakkannya di dadanya, di mana jantungnya berada. “Kau rasa tidak degupan jantung saya, dear?”
Saya boleh rasa betapa pantasnya dan kuatnya degupan jantungnya itu. Saya memberitahu dia
sedemikian. Dia senyum pada saya. “Begini jugalah cinta saya pada kau Annie, my dear. I love you so much.” Dia dan saya saling berpelukan. Kebetulan pula matahari sudah mahu terbenam, jadi suasana pada masa itu amatlah romantik, boleh mengalahkan filem The Notebook sudah ini. Kalau boleh, mahu saja saya kekal di sini dengannya buat selama‐lamanya. Semuanya rasa sempurna sahaja pada hari ini. Rasa cinta saya pada Ste semakin kuat, dan saya bertekad akan berusaha sedaya upaya untuk mengekalkan hubungan kami sehingga mati memisahkan kami.
Namun, tidak kuduga bahawa selepas ini, suatu kejadian yang tidak disangka pula yang terjadi pada saya...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan