“Mel ni, kenapa?” soal Izdham Syah. Enjin kereta dimatikan sebaik sahaja Camrynya tiba di kawasan dataran MBMB air keroh. Sengaja dia memilih tempat itu untuk berbincang dengan isterinya. Tidak mahu berbincang di rumah, khuatir akan sampai ke pendengaran ibunya lalu tersentuh pula hati tua itu.
“Kenapa apa bang?” Terpinga‐pinga dia mendengar soalan cepu berlian yang keluar daripada bibir suaminya.
“Kenapa Mel buat mummy macam tu? Layan pun dingin aje… petang tadi mummy mintak air, kenapa Mel marah‐marah dia? Dia dah terasa macam menumpang di rumah kita, kesian dia. Dia menangis masa abang balik tadi,” ucap Izdham Syah menjelaskan maksud pertanyaannya sebentar tadi. Iddya Melissa yang mendengar kata‐kata itu membeliakkan mata, mulutnya terlopong dengan sendirinya.
“What?! Itu yang mummy adukan pada abang?” tanya Iddya Melissa inginkan kepastian.
Apabila suaminya mengangguk mengiayakan, semakin melopong mulutnya.
“Wow! Ya Allah... wow!” Iddya Melissa kematian kata dengan situasi itu. Berani benar ibu
mertuanya menipu dan memburukkan namanya di hadapan suaminya itu!
“Apa yang wow? Kenapa Mel berperangai macam ni? Abang serius ni, Mel wow‐wow pula. Ingat, mummy tu ibu kandung abang. Kalau dia terluka, abang yang berdosa. Kalau dia tak ampunkan abang, abang tak cium bau syurga,” tegas Izdham Syah mengutarakan kata.
“Wow! Sejak bila abang pandai berkasar dengan Mel? Abang dengar cerita sebelah pihak je, kenapa tak tanya Mel apa sebenarnya yang terjadi? Tahu tak mummy tu buat Mel ni macam orang gaji? Berkali‐kali Mel kena keluar masuk dapur ambilkan air untuk dia, semua air yang Mel bawak, ada je alasan dia menolak. Tak minum, tak minum manis. Habis, bila Mel tanya nak air apa, dia kata apa‐apa pun boleh? Abang ingat Mel tak sakit hati ke dia buat macam tu kat Mel?” Iddya Melissa menerangkan segala yang berlaku.
“Apa pun, dia tetap mummy abang. Mel kena layan dia dengan elok, abang tak nak tengok dia menangis lagi. Abang tak nak dengar dia mengadu pasal Mel layan dia dengan cara yang tak elok. Macam manapun, dia ibu mertua Mel. Mel kena belajar hormat dan ambil hati dia.” Nada suara suaminya tetap kedengaran tegas. Iddya Melissa menelan liur yang pahit, sampainya hati suaminya berbicara seperti itu dengannya? Apa salahnya?
Semua yang diceritakan benar belaka, mengapa tetap juga suaminya memberi arahan seperti dia terlalu buta dan tidak pandai menghormati orang tua? Soalnya sekarang, wajarkah ibu mertuanya itu dihormati jika baru dua minggu menetap di rumahnya, sudah kelihatan bait-bait racun yang dicucuk ke dalam rumah tangganya?! Iddya Melissa sebak sendiri. Tiada kata yang dapat dilontarkan lagi, sudahnya dia hanya diam membatukan diri sehingga mereka menapak masuk ke dalam rumah. Malam itu, lenanya ditemani air mata.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan