Hari ketiga.
Aira sedang berehat di dalam bilik selepas solat Zohor. Matanya tidak mampu hendak dibuka.
Cadangnya, dia hendak tidur sekejap. Kantuknya ini mungkin kerana semalam, dia berjaga sehingga ke pukul 2 pagi. Ialah, konon hendak menjadi budak yang rajin untuk membantu Mahani yang mendapat tempahan membuat beberapa jenis kuih daripada kelab guru Sekolah Kebangsaan Pandan Jaya. Hari ini, sekolah itu mengadakan jamuan awal tahun bagi meraikan guru yang berpindah masuk ke sekolah itu.
Aira amat mengkagumi ibu Adham itu. Walaupun Adham suruh dia menolak tempahan itu, Mahani tidak sampai hati mengecewakan harapan cikgu yang menempah. Aira mendengar Mahani memujuk Adham supaya membiarkan dia membuat apa yang dia suka. Lagipula, katanya, sedikit sebanyak duit hasil jualan kuih itu dapat juga digunakan untuk belanja adik-adik si Adham.
Tersentuh hati Aira melihat bagaimana susah payah seorang ibu hanya untuk membantu anaknya menampung hidup. Baru dia sedar betapa selama ini dia hidup senang bersama ibu dan ayahnya. Betapa duit bukan satu masalah kepadanya. Dan, dia sangat boros apabila berbelanja. Tidak pernah kenal erti perkataan jimat. Tidak pernah kenal erti perkataan simpan.
Yang dia tahu... shopping, shopping, shopping! Adoyaiii....
Tinggal bersama‐sama keluarga besar ini memberi kesedaran kepadanya tentang hidup dan
kehidupan. Bahawa dia antara manusia paling beruntung memiliki ibu dan ayah yang kaya. Hendak apa sahaja, pasti dapat! Namun, Adham? Adik‐adiknya?
Tiba‐tiba teringat kepada Ahmad dan insiden semalam.
“Mak, kasut bola Mad yang abang ngah beli tu dah koyaklah! Boleh tak kalau Mad beli yang baru?” tanya Ahmad kepada ibunya.
“Abang ngah kata apa?” soal Mahani lembut.
“Alah, abang ngah cakap tak payah beli. Nanti pakai kasut yang sekolah sediakan.” Ahmad jelas tidak berpuas hati.
“Kalau macam tu, ikut ajelah apa yang angah cakap.”
“Mak, masa latihan, mana ada disediakan kasut sukan tu? Masa main betul‐betul, bolehlah! Nak suruh Mad kaki ayam ke? Sakit tau, mak! Nanti, terseliuh tulang ke, patah jari ke, siapa yang susah? Mak jugak, kan?” bentak Ahmad.
“Pinjam kasut Ojan.”
Ahmad mula bebal lalu menarik muka masam. “Kasut Ojan tu besarlah, mak! Macam mana Mad nak lari nanti? Asyik tercabut aje la!" suara Ahmad mula nyaring. Wajahnya pun sudah merah, tanda marah.
"Kamu ni... macam‐macam alasan, ya? Tu la! Bila mak mintak tolong, buat tak dengar. Kalau tidak, ada juga duit saku yang mak bagi dan kamu boleh simpan dan kumpul. Sekarang? Tengoklah! Masa kamu hendak, tak dapat beli! " omel Mahani.
"Alah! Mak ni, kan! Sama macam abang ngah. Kedekut!” kata Ahmad kasar, sambil berlari naik ke atas rumah.
Ahmad tidak makan malam bersama‐sama mereka. Tidak Adham, tidak Mahani mempedulikannya. Adik‐adik yang lain juga pun begitu. Mereka seolah‐olah tidak kisah terhadap Ahmad dan rajuknya.
Aira belas dan berasa kasihan. Dia memujuk Ahmad makan malah dia membawa pinggan nasi yang sudah dibubuh lauk ke dalam pinggan itu. Adham menjegilnya namun tidak dia endahkan. Dan, Aira berasa sangat gembira apabila dia berjaya memujuk Ahmad. Ahmad akhirnya sudah mampu
tertawa.
Ketika Ahmad hendak pergi ke sekolah pagi tadi, secara sembunyi‐sembunyi, Aira memberikan
wang RM50 kepadanya. Tidak dapat dia lupakan wajah girang Ahmad menerima pemberiannya. Waktu itu Aira berasa sangat gembira sehingga air mata menitis di pipi. Tetapi, sewaktu Adham balik makan tengah hari tadi, Aira menjadi resah. Mahunya tidak? Dia melihat Adham membimbit satu beg plastik yang di dalamnya ada berisi dengan satu kotak kasut. Semakin hati terusik apabila mendengar si ibu mengusik Adham.
“Eleh, kata nak biarkan Mad main bola berkaki ayam aje. Geramlah konon sebab si Mad tu tak
cermat jaga kasut. Cepat sangat koyak. Biar aje kasut tu kotor berselut. Marah konon, sebab si Mad tu tak pandai berjimat. Hmm, cakap tak serupa bikin. Esok‐esok si Mad tu lemak, sebab dia tahu yang apa dia hendak mesti dapat. Sebab abang ngah dia sangat‐sangat baik hati,”
Mahani mengusik. Aira menjadi penonton dengan mulut yang masih melopong.
Adham ketawa kuat sebelum membalas, “Alah, mak. Kalau Am tak beli kasut ni pun, tentu mak bagi duit pada dia, kan? Lagipun, Am tak sampai hati pulak nak biarkan Mad, mak. Nanti, buatnya patah jari ke, tulang kering ke, siapa yang susah? Mak jugak, kan?”
Tadi, Aira melihat sisi Adham yang baharu. Sisi yang selama ini tersembunyi. Bahawa di satu sudut hati lelaki itu, ada kelembutan. Ada belas ehsan. Ketegasan dalam membuat keputusan bukannya tidak bertempat.
Perlahan‐lahan, Aira mendekati dua beranak itu. Dia berdehem. Risau dowhh hendak memberitahu apa yang sudah dilakukan.
“Awak ni kenapa? Muka macam orang dah buat salah aje!”
Ah, rasa macam kena tembak. Berdas‐das!
“Saya.... saya......saya.....”
“Apa?” Adham sudah hilang kesabaran. Matanya tajam menatap raut serba salah di hadapannya.
“Ssss....saya bagi duit pada Mad suruh dia beli kasut masa dia nak pergi ke sekolah pagi tadi,” jawab Aira dalam keadaan teragak‐agak.
"Apa?" Wajah Adham terus berubah. Keceriaannya hilang serta merta. Kini dia sudah seperti seekor singa yang ingin membaham mangsanya. Garang!
“Siapa yang suruh awak buat macam tu? Siapa yang suruh awak bagi dia duit? Siapa?” marahnya menggegar alam.
"Awak tak suruh. Mak cik pun tidak! Saya aje yang nak bagi dia sebab saya kesian pada Mad.
Lagipun, mana saya tahu yang awak nak belikan dia kasut," Jawab, tetap jawab. Kalau tidak, bukan Airalah...
“Saya tahu awak banyak duit. Saya tahu awak anak orang kaya. Tapi, jangan nak berlagaklah! Saya abang dia! Saya tahu apa yang saya buat! Yang awak menyibuk sangat ni apesal?"
Sesungguhnya, Adham berasa sangat sakit hati terhadap Aira yang disangka ingin menunjukkan kekayaannya. Sesungguhnya, Adham benci bila gadis itu menggunakan wang untuk membeli hati adiknya. Sesungguhnya, dia benci pada gadis ini yang disangka sengaja ingin menyakitkan hatinya.
Aira memang tidak dapat bertahan. Kesabarannya hilang apabila dijerkah sesuka hati oleh Adham. Maka, suara dia pun sama naik tinggi, menengking...
“Awak, saya tak maksud macam tu pun. Tak adanya saya nak tunjuk yang saya banyak duit! Tak
adanya saya nak bagitahu satu dunia yang saya ni anak orang kaya. Tak adanya saya nak berlagak! Saya cuma kesian pada Mad, itu aje! Saya cuma nak tolong dia! Nak bagi dia seronokmain bola pakai kasut baru. Tahu tak?”
Adham menghampiri gadis itu. Dekat sangat mereka sekarang sehingga nafas panas masing-masing
dapat dirasa. Tetapi, kini, kedua‐duanya sedang marah. Garang ketika saling memandang. Uish...
"Penyibuk!" kutuk Adham.
"Perengus!" Aira tak mahu kalah.
"Busy body!"
"Garang! Sombong! Hati batu!"
"Awak ingat dengan duit tu awak boleh beli hati saya? Ingat, saya nak sayang awak bila awak tabur duit pada adik‐adik saya? Jangan haraplah!" bisik Adham keras namun hanya untuk Aira
mendengarnya.
Aira terpana. Kata‐kata keras Adham jauh menusuk ke lubuk hatinya. Bisa! Dan... sayu! Sayu
sungguh perasaannya ketika ini. Terus air mata menitis tiba‐tiba. Ialah, perempuan, kan? Hati kecil itu mudah tersentuh!
Mahani menggeleng. Kini dia sudah tidak sanggup melihat pasangan di hadapannya. Kelahi, kelahi, kelahi! Nampaknya, Aira tewas dan sedang menangis. Hisy, geram pada Adham.
“Am, tak baik kamu marahkan Aira. Manalah dia tahu yang kamu nak belikan adik kamu kasut tu?” Mahani cuba meredakan ketegangan.
Adham masih dengan egonya. “Sebab itu, jangan sibuk dalam urusan rumah tangga kita. Duduk aje diam‐diam, jangan pedulikan budak‐budak tu! Ini tidak! Sengaja aje hendak tunjuk pandai. Hendak tunjuk lagak! Sengaja aje hendak menyakitkan hati Am ni!”
Aira terkedu. Geramnya apabila dituduh sebegitu. Sedihnya hati kerana tidak satupun yang dibuat mampu membuat Adham menghargainya. Betapa kecewa.
“Amm??” Mahani sudah meninggikan suara. “Nak ke mana pulak tu?”
Adham berpaling sekilas ke arah Aira sebelum menjawab, “Ke mana lagi, mak? Nak ke sekolah Mad lah. Nanti, kalau dia sempat ke kedai kasut, tak ke membazir pulak?”
Wajah Aira yang basah ditatap seketika sebelum dia merendahkan nada suara.
“Lain kali jangan memandai, tau! Tanya dulu pada emak atau pada Gee sebelum nak buat apa-apa,”
pesannya sebelum berlalu ke arah motosikal.
"Mak cik, Aira masuk bilik ya,"
Tidak perlu menunggu jawapan. Terus sahaja Aira meluru ke bilik...............
Sepanjang hari, Aira dibebani rasa bersalah. Tambah pula, Adham tidak balik semula ke rumah
selepas itu. Lagilah diri rasa terbeban.
"Mak cik, Aira minta maaf sebab,"
Mahani tersenyum. "Aira tak buat salah pun. Am tu aje yang kurang sabar," balasnya.
Aira tersenyum kelat.
“Am tu memang kasar sikit. Tapi, hati dia lembut. Percayalah cakap makcik. Dia mesti menyesal tadi tu lepas marah kamu,"
"Tak apalah. Memang Aira yang salah,"
Dahi Mahani berkerut. Aik, lain macam aje bunyi suara si Aira ni, hati berdetik.
"Aira ingat, Aira nak balik rumah Aira la, mak cik," bisik Aira perlahan.
Mahani genggam tangan gadis itu. Dia cuba memujuk. "Mak cik tahu Aira kecik hati. Tapi, mak
cik rasa, Aira kena tunggu Am balik. Nanti, depan dia, luahkan apa yang terbuku dalam hati tu.
Marah dia, mak cik tak akan masuk campur. Sesekali, Am kena tahu yang perbuatan dia tak
selalu betul,"
"Tak apalah, mak cik. Aira dah call pak Ad pun. Nanti, pak Ad sampai, Aira balik. Tak adalah
Aira ni asyik mengganggu anak mak cik tu," Aira yang keras hati sudah nekad dengan
keputusannya. Waktu itu, dia mendengar bunyi motosikal memasuki halaman rumah. Tahu
yang Adham sudah balik, dia minta izin Mahani untuk masuk ke biliknya semula.
Tak sempat hendak duduk, pintu biliknya diketuk seseorang. Aira tidak peduli. Malas hendak
membuka pintu.
"Kak Aira, Mad ni..." suara Ahmad terdengar.
Huh, mujur Ahmad. Kalau Adham? Tak sudi nak buka pintu!
Ahmad tersengih lebar sebaik pintu dibuka oleh Aira. Dia segera menunjukkan kasut bola
kepada gadis itu. "Cantik tak?" tanya dia penuh keriangan.
Aira mengangguk.
"Ni, kasut yang abang ngah belikan untuk Mad, kak. Mahal ni! Memang Mad dah lama teringin
kasut cam ni,"
"Okey," hanya itu yang mampu Aira katakan.
Ahmad menghulurkan duit RM50 kepada gadis itu. "Abang ngah cakap, tak macholah kalau
orang lelaki terima duit belanja daripada orang perempuan," ujarnya.
Aira diam menerima duitnya yang tidak laku. Dia berpaling untuk masuk ke dalam bilik ketika
Ahmad memanggilnya lagi. Ketika menoleh, Ahmad hulurkan sekuntum mawar merah
kepadanya.
"Abang ngah bagi," kata Ahmad ceria.
Spontan mata mencari Adham. Oh, rupanya sejak tadi, lelaki itu ada. Berdiri sambil
menyandarkan tubuh pada pintu depan. Sebaik mata bertentang, Adham mula mengatur
langkah untuk mendekat.
"Mad, Mad turun dulu. Pergi makan nasi. Mak dah tunggu tu,"
Tergesa‐gesa Ahmad meluru tunggu meninggalkan mereka berdua.
"Mak cakap, awak nak balik,"
Aira diam. Malas hendak menyahut.
Adham garu kepala. Susahnya hendak bersuara tetapi dia harus melakukannya.
"Saya minta maaf sebab marahkan awak," ucapnya lembut dan perlahan.
Aira tetap beku.
"Aira, awak kena banyak bersabar dengan saya. Saya ni..."
"Tak apalah. Saya pun dah nak balik. Kejap lagi Pak Ad datang," Aira mencelah. Tidak mahu
mendengar suara Adham. Dah naik menyampah.
Adham berdehem. "Dia tak akan datang,"
Mata Aira dah terjegil besar. "Kenapa pulak?"
"Lepas awak telefon dia, dia call saya. Saya tak bagi dia datang," selamba Adham
memberitahu.
Aira pamer wajah keliru dengan tindakan Adham itu. "Awak ni pelik. Kalau dah tak suka saya,
kan baik biar saya jauh dari awak? Mata awak, hati awak semua tak akan sakit dah!"
Adham tersengih. "Kalau awak tak ada, sunyi hidup saya. Siapa lagi yang nak kelahi dengan
saya nanti?"
Betul atau tidak lelaki ini? Berguraukah atau menyindir?
"Saya tak mahu awak jauh dari saya, Aira. Kalau sebab tadi awak marah saya, saya minta maaf
sekali lagi. Memang saya kasar sangat dengan awak. Tapi, I need you here. Kalau jauh‐jauh
takut saya rindu awak pulak,"
Adham cepat‐cepat berlalu. Malu beb! Tak pernah‐pernah jadi mat jiwang, hari ini, dia
meluahkan apa yang dirasai. Hai, kalau Aira masih tak faham hati dia... tak tahulah!
Aira akhirnya tersenyum manis. Bunga nan sekuntum yang dipegang dihidu lama. Hati jadi
kembang pula. Alahai....
Rindu? Hmm, ini sudah bagus. Kan?

Tiada ulasan:
Catat Ulasan