Label

Sabtu, 10 Disember 2016

NOVEL Ps Cinta Itu Kamu Bab4

HANA bersama Sofea dan beberapa orang staf lain berlegar‐legar di kawasan kolam renang. Kolam renang yang luas memisahkan antara lobi resort dan kawasan pantai. Di tengah‐tengah terdapat sebuah jambatan kayu yang kecil menghubungkan antara dua buah kawasan. Hari pertama dalam briefing,dia telahdiberitahu oleh General Manager yang dia akan mengambil alih sebuah Majlis Resepsi Perkahwinan yang akan disempurnakan bulan depan.

Acara pertama yang akan diuruskannya bukan calang‐calang acara. Acara yang sangat penting dan besar. Semua bahagian dan kakitangan akan dikerah dalam funtion ini dan tiada seorang yang terkecuali. Tapi, kepala yang memastikan semuanya berjalan lancar ialah Hana. Bukan dia tiada pengalaman dalam menguruskan Majlis Perkahwinan di hotel. Telah beberapa buah Majlis yang telah diuruskan. Tapi, kali ini agak berbeza. Di tempat kerja lama, majlis dibuat dalam dewan hotel. Kali ini di luar atau lebih dikenali dengan Majlis Resepsi ala taman.

Hari pertama menguruskan acara luar yang pertama. Hana motivasikan diri sebagai cabaran dan dia sentiasa berpegang pada prinsip bukan senang untuk jadi senang dan bukan susah untuk jadi susah. Hana akan cuba untuk tidak melakukan kesalahan walaupun kesalahan itu merupakan pengalaman.

“Daripada perancangan yang telah dibuat sebelum ini, pelamin di hujung kolam dan meja makan beradab di atas jambatan kecil ni. Kiranya untuk mempelai sajalah. Keluarga dan sanak-saudara
makan di meja tetamu. Manakala meja tetamu disusun di kiri dan kanan sepanjang kolam. Betul Sofea?” Hana membuat pengesahan. Sofea lebih mengetahui projek yang diuruskan oleh bos lamanya dulu.



“Betul Cik Hana.”

“Okey... Nabila, you tanyakan wedding planner, bila pelamin akan dipasang supaya kita boleh reserve bahagian ini dulu. Tidaklah berlaga dengan pelancong ketika persiapan sibuk buat nanti.” Arah Hana.

Dia perlu tahu kerana semua peralatan pelamin datang dari seberang laut, dibawa dan dipasang di pulau itu. Komunikasi mereka perlu jelas untuk mengelakkan kesalahan dari berlaku supaya tidak merugikan kedua‐dua belah pihak daripada segi kos serta mencapai matlamat untuk memuaskan hati pelanggan.

“Baik. Saya akan buat pengesahan dengan pihak mereka.” Jawab Nabila sambil tangannya bergerak‐gerak perlahan menulis dalam buku notanya.

“Ada apa‐apa lagi Cik Hana nak tambah?” tanya Nabila.

“Tema Fantasi dan warna tema putih birukan...” Hana berfikir sambil jari‐jari runcing bermain cincin di jari manisnya. “Hahhh... cadangan saya, untuk menghidupkan suasana wedding lebih romantik dan cantik, kita gantung tanglung putih di tengah‐tengah kolam dan letakkan bunga ros putih atau kelopak bunga ros ke dalam kolam untuk kombinasi warna tema itu..” tambah Hana dengan penuh semangat. Tangannya juga mendepa ke depan kolam. Dalam tidak sedar jari kiri menarik cincin keluar dari jari manis kanannya. Cincin pertunangan Hana tercampak jatuh ke dalam kolam renang paras kedalaman 1.8 meter. Kolam yang paling dalam di situ.

“Haaa....” Hana menjerit kuat tiba‐tiba.

Sofea dan staf lain terkejut melihat gelagat Hana.

“Kenapa ni Cik Hana?” Lantas ditanya Sofea.

“Cincin... cincin saya... jatuh dalam kolam.” Sambil menuding jari ke arah kolam.

“Apa... macam mana boleh jatuh.” Sofea mula gelabah. “ Saya nak tolong, tapi saya tak pantai
berenang Cik Hana.” Wajahnya semakin cemas.

Hana tidak keruan, terjun ke dalam kolam renang tanpa berfikir panjang. Dia yang tidak pandai
berenang, terkapai‐kapai. Sofea bertambah cemas bila Hana kelihatan tenggelam timbul. Tangannya terkapai‐kapai ke atas permukaan dan mulutnya tercungap‐cungap cuba bersuara meminta bertolongan. Sofea menjerit‐jerit meminta pertolongan. Nabila mencari penyelamat kolam tapi tiada. Salah seorang staf terjun untuk menyelamatkan Hana tapi lambat kerana saiz badan yang gempal.

Ridduan yang baru pulang dari snorkeling terpandang dari jauh keadaan kelam kabut di kolam renang zon dewasa. “Kenapa tu? Kecoh aje.” soal Ridduan.

Pemandu bot menoleh tanpa memberi respons.

“Tolong... tolong... ada orang lemas” Laung Sofea dengan wajah yang cemas. Sofea berlari anak ke hulur ke hilir sambil melompat‐lompat mencari bantuan.

Lemas... Ridduan melangkah laju. Sempat dia membaling smartphone ke tanah lalu terus berlari ke arah kolam. Serta merta dia membuat terjunan sempurna dan berenang laju ke arah Hana. Ridduan mencapai tangan dan menarik Hana yang telah tenggelam. Pinggang Hana didakap kuat. Dia berenang naik ke permukaan. Membawa Hana ke tepi kolam, mendukung dan baringkan di atas kerusi rehat.

Ridduan tergamam, bila terpandang wajah Hana. ‘Perempuan itu benar‐benar wujud...’ bisik hati Ridduan. Perempuan yang diselamatkan itu rupanya perempuan di tepi pantai pagi tadi.

Dia masih ingat wajah itu. Sejak itu tidak henti‐henti bermain di benaknya. Ridduan kaku. Sofea datang bersama paramedik dari Medical Department untuk merawat Hana. Sofea pula terkedu. Orang yang menyelamatkan Hana rupanya Ridduan. Dia tidak perasan akibat terlalu cemas. Sejak detik itu, Ridduan menjadi hero di hatinya. Dilirik tubuh Ridduan yang basah kuyup, bergetar hati Sofea. Pertama kali dapat melihat dari jarak dekat, wajah Ridduan yang bercukur bersih tanpa misai dan janggut. Kulit mukanya juga licin. Wajah Ridduan kelihatan seksi walaupun rambutnya basah tidak terurus sama seperti pelakon Korea. Serius handsome...

“Thank you... Mr. Ridduan.” Mulut Sofea berkata dan masih terkesima. Matanya tidak mampu
menoleh lagi, hanya Ridduan yang mampu menarik perhatiannya kini. Dia ingin memandang sepuas‐puasnya.

Ridduan yang kaku tersedar bila Sofea menegurnya. Matanya masih berpusat pada Hana. Rupanya perempuan itu wujud. Jantungnya tiba‐tiba berdegup laju. Hatinya bergetar, berdebar‐debar, dadanya terasa sesak, dalam tidak sedar Ridduan menyentuh dada.

“Kenapa ni Mr. Ridduan? Are you okey? Ada sakit di mana‐mana?” mata Sofea masih tidak lepas merenung wajah Ridduan.

Hana terbatuk‐batuk, lalu muntah air selepas bantuan pernafasan dibuat oleh doktor perempuan cina. Hana telah sedar sepenuhnya tapi badannya masih lemah. Dia diangkat dan dibaringkan atas stretcher, lalu dibawa pergi ke klinik resort. Inilah salah satu lagi keistimewaan resort mempunyai klinik sendiri untuk merawat pekerja dan pelancong yang perlu rawatan segera. Seorang doktor dan jururawat bertugas di sana.

Ridduan masih tidak berganjak. Matanya tidak lepas melihat Hana dibawa pergi.

“Thank you Mr. Ridduan. Thank you very much.” Berat hati Sofea meninggalkan Ridduan. Tapi dia perlu menemani Hana. Dia senyum meleret.

“Tapi macam mana dia boleh lemas?” Ridduan bersuara tiba‐tiba, menyebabkan Sofea berhenti melangkah.

“Cincin Cik Hana jatuh ke dalam kolam.” Jawab Sofea dan melangkah kembali mengejar Hana telah jauh dibawa pergi.

Ridduan memandang kolam seraya kelibat Hana hilang. “Cincin?... Hana... kerana sebutir cincin dia sanggup mati lemas?” dia suara perlahan.

“Mr. Ridduan... telefon Mr. Ridduan berbunyi ni.” Smartphone yang dibaling tadi, diambil pemandu bot.

Teguran itu mengejutkan Ridduan daripada lamunan. Smartphone bertukar tangan.

“Nasib baik Mr. Ridduan sempat baling telefon ni. Tapi, jam tangan Mr. Ridduan dah berendam
dalam air. Macam mana?” tanya pemandu bot lagi.

“Hah... Haa, tak apa. Jam boleh beli lagi. Terima kasih ya...”

Telefon berbunyi lagi. Ridduan yang masih kebingungan, menjawab panggilan. Pemandu bot berlalu pergi.

“Ya...”.

“Bos... anak ikan yang fresh baru sampai.”

“Aku dah tak uruskan benda tu lagi. Kau tak faham lagi ke? Tak ada kena‐mengena dengan aku. Kau bawa mereka jumpa Aleece. Pandailah dia menguruskannya.” Tegas.

“Baik bos. Bos tak nak makan satu?”

“Aku nak, aku call. Dah jangan ganggu aku. Ada masalah bagi tahu Aleece aje.” Ridduan mematikan talian dan memandang kembali arah Hana tadi.

Hana.... jantungnya berdegup kencang lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan