“Eeii... Aira, macam mana kau boleh tahan duduk dalam rumah ni? Rumahnya dahlah sempit. Adik beradik si Adham Faiz tu pulak ramai. Tak rimas ke kau?”
Aira cepat‐cepat menutup mulut Noli Diana. Sepasang matanya menjegil luas. Geram dan bimbang bersatu, manalah tahu kalau‐kalau ada yang mendengar tadi, tak ke haru? Uisy, memanglah dasar mulut celupar, cakap ikut selera dia aje.... marahnya di dalam hati kepada Noli yang kini sedang menyengih.
“Aku tahu apa jawapan kau nak bagi aku,” kata Noli. Dia bagaikan tidak nampak kemarahan Aira tadi.
Aira semakin lemas dengan perangai Noli. Risaunya dia. Tangan cuba menutup mulut Noli lagi.
“Diamlah, kau! Tu tak lain, nak mengarutlah! Macam aku tak kenal Noli Diana yang becok
mulutnya, yang suka kutuk aku, kan?” sela Aira.
Noli ketawa. Semakin seronok melihat Aira yang gugup. Semakin seronok mengusik gadis itu.
“Tapi, aku nak cakap jugak!” katanya.
“Tak payah!”
“Nak!”
Aira sudah bercekak pinggang. “Aku cakap, jangan! Janganlah! Kau ni, kan? Kalau kau datang sini sengaja nak buat aku sakit hati, lebih baik kau pergi balik ke rumah kau. Aku tak suka.” marahnya.
“Apa yang awak tak suka?”
Kan dah? Tiba‐tiba Adham mencelah perbualan mereka. Wajah Noli dan Aira ditatap silih berganti. Dilihatnya Noli sudah tersenyum manis sementara Aira pula menahan geram. Hmm, Aira...
“Abang Am nak pergi kerja dah ke?” tanya Noli manja. Hai, kalaulah lelaki ini masih solo, teringin juga dijadikan calon suami. Tetapi, Aira sudah cop dulu, kan? Maka tidak mungkin direbut pula. Kasihan Aira nanti. Tak mahulah melihat kawanku itu putih mata, hati nakal Noli berbisik.
Adham mengangguk namun seraut wajah Aira masih di dalam tatapan. Sesekali dia hairan dengan sikap gadis itu. Sukar benar hendak memandang wajahnya. Kalau pandangpun, cepat sahaja Aira mengalihkan renungan. Kenapa? Dia fikir aku ada penyakit berjangkit ke apa? Tanya diri.
“Apa yang dia ni tak suka?” Adham mengulangi soalan yang tadi tidak dijawab oleh Aira, kepada Noli.
“Alah, Noli tanya dia, boleh ke dia sesuaikan diri tinggal kat rumah abang Am ni. Kan bezanya
macam langit dengan bumi, kan? Manalah tahu kot‐kot si Aira ni kekok pulak?”
Jujurnya Noli. Dia tidak sedar apa yang terjadi kini. Dia tak nampak betapa tegang wajah Adham. Bulat mata lelaki itu mendengar omelannya.
Aira pula terus terkedu. Dia dan Adham saling berpandangan. Dan, Aira sudah dapat mengesan kemarahan lelaki itu. Oh Tuhan, apa nak buat ni? Dia dah sala faham tu!
Aira ingin membetulkan tanggapan lelaki itu namun.....
"Saya ingat kes tu dah selesai. Tapi nampaknya awak memang tak sesuai tinggal kat rumah ni, kan? Okey, kalau awak nak balik ke rumah awak, silakanlah! Tak kuasa saya nak tahan‐tahan dah! Telefon aje pak Saad, Aira. Suruh dia datang ambil awak. Sekarang pun tak apa! Lepas tu, ajak Noli ni temankan awak di rumah besar awak yang macam istana tu. Lagipun Tan Sri dengan Puan Sri pun dah nak balik, kan? Eloklah kalau awak balik. Boleh kemaskan rumah yang mungkin sudah berhabuk tu.”
Aira berasa sangat‐sangat berkecil hati. Kalau hari tu Adham menghalang dia keluar dari rumah ini, sebaliknya pula pada hari ini. Hanya dengan mendengar soalan Noli, terus dirinya dihalau. Tanpa langsung menghiraukan perasaannya.
Ah, lelaki yang sangat rendah keyakinan diri! Sentiasa sahaja mencari kesalahannya biarpun sekecil kuman. Adham yang hanya tahu marah dan tidak pernah langsung memberi peluang untuk dia mempertahankan dirinya.
Lama Aira diam sebelum akhirnya dia melangkah perlahan‐lahan menuju ke arah tangga, perlakuan yang membuat dahi Adham berkerut.
“Nak ke mana pulak tu?” tanya Adham.
“Ha ‘ah, Aira. Kau nak pergi mana?” Noli turut jadi bingung.
Aira menarik nafas panjang sebelum berpaling. “Nak kemas beg. Nak telefon pak Saad. Lepas tu nak minta maaf dengan mak cik dan dengan semua orang. Kenapa tanya?” Soalan diajukan kepada mereka namun hanya muka Noli yang direnung. Muka Adham? Tak kuasa...
“Err....” Noli terpana, mula menyedari kesilapannya. Adham sudah salah faham dan tadi, lelaki itu sudah menghalau Aira dalam lembut tutur kata. Adoyai... insan dua orang ni tidak tahukah
berkompromi? Asyik salah faham sahaja? Asyik hendak berkelahi sahaja? Anjing dengan kucing di zaman siber ni pun dah pandai berbaik‐baik. Tapi mereka? Uisy, geram!
“Abang Am, abang dah salah faham ni. Aira tak pernah cakap pada Noli yang dia tak suka tinggal di sini. Noli saja aje mengusik dia,” tutur Noli kuat sekadar ingin membetulkan keadaan.
“Tak payahlah kau nak bela aku, Noli. Dia ni hati kayu, mana nak dengar cakap orang lain? Kalau batu, boleh jugak dihakiskan oleh air. Tapi, mamat ni kayu...tak ada jiwa. Tak reti bahasa!” kutuk Aira khas untuk Adham yang masih kelu, berdiri kaku. Hanya sepasang mata asyik mengekori pergerakan Aira.
“Tapi...”
“Dahlah, Noli. Saya tak kisah. Memang saya dah lali dengan sikap sombong anak orang kaya ni. Cakap dia aje yang betul padahal banyak yang tak betulnya. Hipokrit pulak tu! Ingatkan ikhlas masa dia gelak, ketawa, masa dia tolong mak buat macam‐macam. Rupa‐rupanya berlakon aje. Memanglah! Kal.... “
“Adham Faiz? Kenapa cakap macam gitu?” Puan Mahani yang sudah mendengar, bersuara keras. Jerkahannya membuat Adham terdiam.
“Tak apa, mak cik. Saya dah biasa dengan kemarahan anak mak cik ni. Betul cakap dia. Saya hanya berpura‐pura. Saya hanya berlakon padahal sebenarnya saya tak suka tinggal kat sini. Saya tak suka mak cik. Saya tak suka adik‐adik tu semua. Saya hipokrit.”
Aira Syuhada segera naik ke atas rumah. Cepat‐cepat dia memasukkan semua barangannya di dalam beg. Sebaik turun semula ke laman, dia mendekati Puan Mahani. Tangan wanita itu dikucupi.
“Maafkan saya, mak cik. Saya balik dulu.”
Tanpa menunggu, dia menarik tangan Noli yang sedang terpinga‐pinga. Dia ingin segera pergi. Dia ingin segera meninggalkan Adham Faiz! Laju sahaja dia bergerak ke arah kereta proton milik Noli yang berwarna biru itu.
"Eh, kata nak telefon pak Saad," Noli yang keliru, kehairanan dengan tingkah Aira.
"Tak payah tunggu lagi! Kereta kau kan ada ni? Kita balik aje la!" balas Aira dengan wajah mencuka.
Adham Faiz terduduk di atas pangkin. Tidak sanggup menentang pandangan ibunya yang sedang mencerlung ke arah dia.
“Tunggu apa lagi tu? Pergi cepat pujuk si Aira. Nanti, merajuk lagi dia, siapa yang susah? Kamu
jugak, kan? Tak tidur malamlah. Tak lalu makanlah. Nak demamlah! Sakit kepalalah! Dah, jangan nak buat muka sedih tu pada mak. Pergi sekarang! Pujuk Aira balik sini! Sekarang juga!” Jerkah Puan Mahani.
Adham pernah ditinggalkan oleh Aira sekali dulu. Dan, pedihnya terasa hingga kini. Kini, sekali lagi dia melakukan kesilapan serupa. Memarahi tanpa usul periksa membuatkan Aira merajuk semula. Adham Faiz tahu bahawa, kalau sekali inipun dia membiarkan, bererti, tiada kemaafan untuknya lagi. Aira tidak mungkin akan menjadi miliknya.
Tidak! Dia tidak mahu kehilangan gadis itu lagi. Dia cintakan Aira. Aira, gadis kesayangannya, gadis yang ingin dinikahinya satu masa nanti. Gadis yang ingin dibelai, disayangi, dimanjai apabila mereka diijabkabulkan. Hanya Aira yang memiliki hatinya, bukan Anita atau siapapun jua.
Oh, Aira.... I’m so sorry! So very, very sorry.
Tangan ibu dikucup. “Terima kasih, mak. Am akan bawak Aira balik ke sini semula. Kali ni, dia akan tahu apa yang Am rasa sebenarnya. Am akan berterus terang dengan dia. Am akan pastikan dia terima Am semula,” ujarnya penuh yakin.
Mahani menggelengkan kepala melihat gelagat anak terunanya. Macam‐macam... fikirnya. Dia
segera berlalu menuju ke dalam rumah. Dia tahu akan kemampuan Adham memujuk. Dia yakin, Adham akan berjaya memujuk rajuk Aira Syuhada.
Ketika Adham Faiz membrek motosikal, Noli baru sahaja memberhentikan kereta di luar rumahnya. Aira Syuhada pula tidak perasan bahawa di belakang mereka, Adham sedang terkocoh‐kocoh hendak menghampiri. Mungkin kerana hati yang walang, semua yang terjadi di sekitar tidak disedari. Dia hanya tersedar apabila tangan sasa itu menyentuh lengannya.
“Saya nak cakap dengan awak,” kata Adham sambil menarik Aira mendekat.
Aira menarik muka masam. Dia cuba menolak jemari kasar yang kemas di lengan namun dia gagal. Wajah memerah menahan marah.
“Lepaslah! Lepas!!! Kalau tidak saya menjerit nanti!” Aira mengugut dalam meronta. Dahlah hatinya sakit, sekarang dirinya pula disakiti. Benci betul!
“Awak nak menjerit? Jeritlah! Boleh saya cium awak.” Balas Adham selamba. Kali ini, dia sudah
berdiri tegak dan tidak lagi menyentuh gadis itu namun senyuman sinis di bibir seolah‐olah mencabar Aira untuk melaksanakan ugutannya.
“Sewel! Gila!” sudahnya itu yang keluar dari bibir nipis Aira.
“Sebenarnya, kan, aku rasa, korang berdua ni sama‐sama gila. Angau! Tapi tak mahu mengaku,” celah Noli sambil tergelak‐gelak. Jegilan Aira tidak dipeduli. Renungan tajam Adham tidak diendah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan