HUJAN baru sahaja berhenti. Titisan hujan masih lagi nampak memberkas di hujung‐hujung daun. Cuaca nampak redup pagi itu. Manissa terasa nyaman apabila angin laut bertiup dingin menyapa muka. Perlahan‐lahan dan berhati‐hati Manissa melangkah melalui jalan kampung yang berlopak di sana sini itu. Kebetulan hari itu Mak Intan tidak berkerja di chalet hari itu maka dia mengambil keputusan untuk bertandang ke rumah wanita itu.
Agak lama juga dia tidak merasai suasana aman dan nyaman seperti di kawasan perkampungan nelayan itu. Disedut udara dalam‐dalam lalu dilepaskan. Terasa kelegaan yang amat hebat. Bagaikan hilang segala masalahnya. Dia tersenyum puas sambil memejam mata sambil kaki terus melangkah.
“Tak apalah Mak Intan….tak payah jemput Nissa. Biar Nissa jalan kaki saja….lagipun boleh juga
Nissa lihat‐lihat kawasan kampung ni. Bukannya jauh sangat….1 kilometer saja…,” beritahu
Manissa kepada wanita tua yang beria‐ia sangat mengajak dia bertandang ke rumahnya.
“Jauh juga tuu….penat Nissa nanti,” balas Mak Intan sambil tersengih.
“Tak apalah Mak Intan….kalau penat Nissa berhentilah. Nissa pun dah alam tak bersenam….,” ujar Manissa pula sambil menguntum senyum.
“Errrmmm….suka hati Nissalah….nanti jangan salahkan Mak Intan!”
“Nissa okey saja….tak apa, esok biar Nissa jalan kaki saja. Memang Nissa malas nak memandu…. tak mungkin sesat kot!” seloroh Manissa lagi.
Mak Intan hanya melawan senyum. Dia amat gembira dan bersyukur melihat perubahan sikap
Manissa. Sejak dia meninggalkan rumah Manissa dahulu, sikapnya memang lain. Dia suka
memberontak dan marah‐marah. Ada sahaja yang tidak kena. Ada sahaja kesalahan yang akan
terbeban kepadanya. Mak Intan memang kasihan melihat kehidupan yang dilalui oleh anak gadis Datuk Zulkifli itu. Ada sahaja konflik yang menyesakkan pemikiran Manissa ketika itu. Sebagai orang tua yang turut sama membesarkan Manissa, dia amat memahami detak rasa yang ada di dada anak gadis itu.
“Kenapa Mak Intan tak habis‐habis lagi senyum ni?” soal Manissa kehairanan.
“Errmm…tak ada apalah Nissa….err…,” terasa serba salah perasaan Mak Intan apabila dia ditegur begitu oleh Manissa.
“Errmmm…Mak Intan fikir apa? Ada masalah ke atau Nissa ni menyusahkan Mak Intan saja?” soal Manissa lagi.
“Ehhh….mana ada…mana ada Nissa menyusahkan Mak Intan…cuma…” belum sempat Mak Intan menghabiskan ayat itu, Manissa memotong cakapnya.
“Cuma apa Mak Intan? Nissa tahu…dulu Nissa banyak menyakitkan hati Mak Intan. Maafkan
Nissa…..,” ujar Manissa inginkan kepastian.
“Nissa cakap apa ni? Cerita lama tu dah lama Mak Intan tutup buku….dah lama Mak Intan maafkan Nissa…..,”
“Dulu memang Nissa banyak kurang ajar dengan Mak Intan….selalu marah‐marah….selalu tingikan suara….Nissa masih ingat lagi….,”
“Sudahlah tu Nissa….jangan ingat lagi. Jangan diungkit lagi….,”
“Tapi mana mungkin Nissa boleh lupakan semua itu begitu saja….memang Nissa banyak kurang ajar….ermm....,”
“Nissa….Mak Intan rasa syukur sangat bila dapat jumpa Nissa sekarang ni….Nissa dah banyak
berubah….Nissa dah boleh terima hakikat ke mana akhirnya hidup kita nanti….tapi satu lagi pinta Mak Intan…..,”
“Errr….apa dia Mak Intan?”
“Selagi ada titik hitam di hati kita….selagi itulah jiwa kita tak akan tenang….percayalah cakap Mak Intan ini….,”
“Apa maksud Mak Intan?”
“Hanya kemaafan akan meleraikan segala kekusutan ini….,”
Maaf? Kenapa dia yang harus meminta maaf sedangkan orang lain yang mencetuskan
permasalahannya. Dia faham apa yang cuba dikatakan oleh Mak Intan. Bukan dia tidak faham tetapi sahaja buat‐buat tidak faham. Selagi dendamnya belum terlerai, selagi itulah hatinya bertambah sakit. Hatinya bertambah bengkak bila mengenangkan perbuataan tidak bermoral ayahnya. Semua tindakannya melukakan hati, bukan sahaja hatinya tetapi yang lebih penting hati ibunya yang kini hilang dari pandangan. Mengenang ibunya, hatinya turut disayat sembilu.
Kelopak matanya mula terasa panas.
“Apa salah Nissa? Kenapa pulak Nissa yang mesti minta maaf?” bertalu‐talu soalan itu ditujukan kepada Mak Intan yang masih tercegat di hadapannya.
“Sudahlah Nissa…jangan dikenang‐kenangkan lagi….,”
“Sampai bila‐bilapun Nissa akan ingat….Nissa belum dapat maafkan ayah lagi. Lebih‐lebih lagi
perempuan gedik tu….memang Nissa marah sangat dengan ayah. Kalau ayah sanggup buang
mama…. tak mustahil Nissa juga ayah boleh buat begitu!” omelan Manissa semakin panjang.
Mak Intan hanya tersenyum kecil. Dia mahu mengimbangi suasana yang mula terasa panas. Rasa bersalah di hati Manissa mesti dikendurkan. Jika tidak dikawal, pastinya gunung berapi yang diam akan meletus semula. Ombak di dada Manissa mesti diredakan.
“Okey….segalanya di tangan Nissa….ambillah masa Nissa….err…maafkan Mak Intan kalau‐kalau
dah mengguris hati Nissa….,”
Manissa perasan sedikit perubahan air muka wanita itu. Mungkin Mak Intan terasa di hati apabila dia berkata sedemikian. Terasa juga rasa bersalah di benaknya. Tanpa dipaksa, dia memeluk erat wanita yang berada di hadapannya itu. Mak Intan juga membalas pelukan itu dengan penuh kasih dan sayang. Manissa terasa amat disayangi, lama sungguh dia tidak merasai pelukan manja dari seorang ibu. Dadanya semakin sebak.
“Nissa pun nak minta maaf pada Mak Intan….maafkan Nissa juga…,” terasa ada sedikit rembesan air mata mahu jatuh dari pelupuk matanya.
Manissa tersenyum sendirian apabila mengingatkan kembali pertemuannya dengan Mak Intan petang semalam. Terasa bosan juga duduk seharian di bilik chalet maka dia mengambil keputusan untuk bertandang ke rumah Mak Intan pagi itu. Hujan agak lebat pagi tadi turut menggagalkan keinginannya untuk lebih awal ke rumah Mak Intan.
Langkahnya terus kemas melalui jalan kampung yang berlopak itu. Dia harus berhati‐hati takut
terpijak lopak berair dan akhirnya akan mengotorkan pakaiannya. Kasut tumit tinggi yang dipakainya agak menyukarkannya untuk berjalan. Dia terpaksa berhati‐hati memijak tanah jalan yang agak lembut. Menyesal juga dia memakai kasut tumit tinggi itu tetapi apa boleh buat hanya kasut itu yang dia ada. Berseluar jeans biru dan memakai baju blaus jingga yang agak longgar potongannya menunjukkan ciri‐ciri dominan Manissa sebagai gadis yang datang dari kota.
“Errmm….jauh lagi ke rumah orang tua ni?” getusnya dalam hati.
Manissa terus melangkah perlahan‐lahan. Dalam hatinya turut berkata‐kata, penat juga berjalan walaupun hanya satu kilometer sahaja. Manissa cuba menyeka sedikit peluh yang mengalir di dahi. Tanpa Manissa sedar ada sebuah kereta yang meluru laju melalui jalan yang sama bersebelahan dengannya. Tayar kereta tersebut telah melanggar lopak berair dan tanpa dapat di tahan satu percikan air tanah telah menyimbah sebahagian daripada tubuh Manissa.
Kereta yang dipandu tiu terus meluncur ke hadapan.
Manissa terkejut dan serta merta ingatannya kepada Mak Intan hilang dari fikiran. Tanpa dipaksa juga, mulutnya mula mengomel. Dia benar‐benar marah. Habis basah pakaiannya, sebahagiannya nampak lencun.
“Hoiii….buta ke? Tak nampak orangkah?” tukas Manissa cuba melepaskan geramnya.
Tanpa segan dan silu Manissa menunjukkan isyarat penumbuk ke arah kereta itu. Pemandu kereta itu memberhentikan keretanya lalu mengundur perlahan‐lahan ke belakang. Bahang api kemarahan di dada Manissa masih lagi menyala. Dia segera mendapatkan kereta yang masih mengundur perlahan itu. Tanah jalan yang agak lembut dan kasut tinggi yang dipakai oleh Manissa menyukarkan sedikit caranya berjalan. Dalam keadaan yang geram, dia membuka kasut tumit tinggi itu lalu dijinjingnya.
“Kurang ajar….memang nak kena ni!” gerutunya sendirian.
Kereta mengundur itu berhenti tepat di sisi Manissa. Sambil tangan kirinya bercekak pinggang,
tangan kanannya mengetuk dengan agak kasar cermin hadapan kereta itu. Dia tidak peduli apa nak jadi ketika itu. Marahnya tetap membuak‐buak. Dia cukup malu apabila berkeadaan sedemikian, berlumpur dan berbau busuk satu badan. Mana dia hendak letak muka apabila ada mata‐mata yang lalu di jalan itu memandangnya nanti.
“Cepat turunkan cermin ni….cepat!” tukasnya dengan agak kasar sambil kasut tumit tingginya masih berada di tangan.
Cermin kereta diturunkan perlahan‐lahan. Manissa memang tidak sabar. Ditekannya cermin kereta itu sekuat hatinya. Kelihatan seorang pemuda berkaca mata hitam berada di tempat duduk pemandu. Semakin menyirap darah Manissa.
“Patutlah tak nampak orang….buta rupanya!”
Pemuda itu nampak serba salah. Terasa bersalah hatinya apabila dilemparkan kata‐kata yang
menyakitkan pendengaran telinganya. Tanpa dipaksa cermin mata hitamnya dibuka.
“Awak tahukan apa salah awak!” jerit Manissa lagi.
“Okey….okey…saya tahu saya salah. Err….err…saya…saya minta maaf…,” agak tergagap‐gagap
suara pemuda itu.
“Ohhh…..senang nak minta maaf macam itu saja! Nampak tak apa yang awak dah buat pada saya!”
“Iye…..saya tahu….sebab itu saya minta maaf. Saya…saya tak sengaja sebab nak cepat tadi…,”
pinta pemuda itu sambil cuba tersengih macam kerang busuk.
Sempat juga Manissa melihat raut wajah pemuda itu. Boleh tahan juga lelaki yang bertentang mata dengannya saat itu. Seketika mata mereka bertemu. Manissa bagaikan mengingatkan seseorang. Macam pernah bertemu tapi di mana ya? Namun ingatan itu segera dimatikan sebab api amarahnya masih belum reda.
“Apa senyum‐senyum? Awak ingat saya suka dengan senyum awak yang macam kerang busuk tu!”
“Saya minta maaf sekali lagi….memang saya nak cepat tadi….ermmm….,”
“Banyaklah awak punya nak cepat….saya pulak yang jadi mangsa awak!”
Manissa mengangkat tangannya yang memegang kasut tumit tinggi seakan mahu memukul pemuda itu. Pemuda itu cuba mengelak kerana terkejut. Manissa memang geram dan marah apabila pakaiannya yang cantik bertukar menjadi kotor.
“Amboi….garangnya! Errm…mari saya hantar awak balik…,”
“Ehhh…..jangan nak mengada‐ngada! Saya tak kenal awak?”
“Saya ikhlas ni….marilah saya hantarkan…err…nama saya…..,” ujar pemuda itu memberanikan diri untuk memperkenalkan dirinya.
Manissa mengetap bibirnya. Api di hatinya masih belum padam. Dia berfikir‐fikir untuk mengenakan pemuda itu. Pemuda itu menghulurkan tangannya namun Manissa segera mengaup sejumlah tanah merah di pinggir jalan lalu dilumurkan kepada muka pemuda itu.
Alangkah terkejutnya pemuda itu apabila diperlakukan sedemikian oleh gadis yang tidak dikenali itu.
“Nah…ambil ini….salam perkenalan juga dari saya!” tukas Manissa lalu meninggalkan pemuda itu dalam keadaan terpinga‐pinga. “Lain kali kalau tak nampak jalan….pakai pemandu!” sembur
Manissa lagi.
Sekarang baru puas hatinya. Dendamnya sudah berbalas. Terubat juga rasa sakit di hatinya. Manissa terus melangkah menuju ke arah rumah Mak Intan. Dia hanya berkaki ayam kerana kasutnya sudah dipenuhi selut. Pemuda itu ditinggalkan dengan mukanya penuh dengan tanah merah. Sakit juga hatinya apabila diperlakukan begitu.
“Errmm….main kasar ye. Tunggulah nasib kau kejap lagi!” desisnya dalam hati.
Manissa terus melangkah. Pemuda tadi hanya memerhatikan lenggok jalannya dari kejauhan. Pedal gear ditekan perlahan dan keretanya mula bergerak ke hadapan. Semakin lama semakin menghampiri Manissa yang sedang berjalan. Walaupun marah, pemuda itu cuba
menenangkan perasaannya. Di fikirannya, belum pernah dia bertemu dengan gadis itu. Siapa
Manissa, mula berlegar‐legar di fikirannya.
“Anak siapa pulak? Tak pernah aku tengok dia sebelum ni….atau orang luar…,” bertubi‐tubi
persoalan bermain dibenaknya.
Kalau diingatkan semua insiden tadi, memang ada benarnya kesalahan diletakkan pada kelalaiannya kerana memandu agak laju. Biasalah ada banyak lopak air di atas jalan kampung selepas hujan. Bila difikirkan balik, dia tersenyum sendirian. Akibatnya mukanya turut menerima padah.
“Ohhh….sombong ye!”
Kereta itu terus meluncur laju. Kali ini pemuda itu memang ingin mengenakan gadis yang kurang sopan berbahasa dengannya tadi. Sekali lagi satu lopak air dilanggar. Sepantas itu juga sekali lagi air di lopak itu menyimbah kepada Manissa yang agak terhencut‐hencut berjalan. Kereta terus dipecut laju. Manissa terkejut sekali lagi. Sambil bercekak pinggang dia menjerit sekuat hatinya.
“Setannnnnnnn!!!!!!!!”
Namun jeritannya tiada siapapun mendengar ketika itu. Namun dia berasa puas kerana yang terbuku di hatinya sudah dilepaskan. Amarahnya yang mula kendur kembali membara. Rumah yang hendak dituju sudah hampir di hadapan matanya. Mesti Mak Intan hairan apabila bertemu dengannya nanti. Errrmmm…apalah malang dirinya hari itu. Manissa mula mengenangkan nasibnya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan