Deringan telefon tidak dibiarkan lama oleh Adiib. Segera dia mencapai gagang.
“Assalamualaikum, Dr. Adiib.”
“Waalaikumussalam. Ada apa Aida?”
Terus Adiib bertanya tujuan mengapa receptionist itu menghubunginya di pagi‐pagi ini.
“Dr. Karim arahkan Dr. ke bilik dia sekarang.”
“Sekarang? Emm… Dr. Karim ada suruh saya bawak apa‐apa fail atau dokumen ke?”
Adiib terasa sedikit terganggu dengan arahan ketuanya yang disampaikan oleh Aida itu. Mana
tidaknya, pada hari ini terlalu banyak kerja pending yang harus disiapkan.
“Tak ada pulak.”
“Baiklah. Kalau macam tu saya akan ke bilik dia sekarang.”
Segera gagang diletakkan. Adiib bangkit dari duduknya dan melangkah ke pintu sebelum
membolehkan dirinya membolos keluar. Langkah masih diatur sederhana sehinggalah diriannya betul‐betul di hadapan pintu bilik Dr. Karim. Ketukan diberikan di dada pintu kayu itu. Terdengar arahan menyuruhnya masuk ke dalam.
“Dr. Adiib. Silakan duduk.”
Senyuman diberikan sebelum Adiib melabuhkan punggungnya di hadapan ketuanya itu. Terlihat sedikit kegusaran di wajah Dr. Karim.
“Dr. Sihat ke?”
Adiib berbasa‐basi.
“Bukan saya yang sakit tapi Dr. Balkis.”
Membulat mata Adiib. Entah mengapa dadanya berdegup kencang. Kerisauan mula memucatkan wajahnya sehingga terlihat di mata Dr. Karim.
“Dr. Adiib. Awak okey ke?”
“Saya… Okey. Macam mana Dr. tahu yang Dr. Balkis sakit? “
Hati Adiib sudah meronta‐ronta inginkan kepastian. Mahu sahaja rasanya dia mencapai
handphonenya dan menghubungi wanita yang sudah mula mengambil tempat di hatinya itu.
“Pagi‐pagi lagi Dr. Balkis menghubungi saya... Dia memaklumkan yang hari ini dia tidak dapat
masuk ke pejabat. Demam katanya. Saya dengar suara Dr. Balkis lemah sangat. Risau saya dibuatnya. Seingat sayalah sepanjang Dr. Balkis bekerja dengan syarikat ni, hari ini merupakan hari pertama dia mengambil MC. Jarang pula dia mengambil cuti.”
Keresahan kian memuncak di hati Adiib saat mendengar penjelasan daripada lelaki yang masih
mahu menyambung bicaranya.
“Dr… Tujuan saya memanggil Dr. adalah kerana saya mahu Dr. menggantikan Dr. Balkis untuk
beberapa sesi kaunseling dengan client‐clientnya pada petang ini.”
Arahan yang diberikan oleh Dr. Karim ibarat angin yang menyapa pendengaran Adiib. Berlalu tanpa berkesan sedikit pun di mindanya sementelah tumpuannya masih kepada insan yang bernama Balkis!
“Dr. Adiib…”
“Ya. Saya faham.”
Adiib kelihatan sedikit menggelabah. Dudukannya dikemaskan dan tumpuannya kini diarahkan
sepenuhnya kepada lelaki di hadapannya. Bayangan Balkis cuba diusir pergi buat seketika. Namun, hatinya meronta mahu mengetahui butiran lanjut mengenai tahap kesihatan wanita itu.
“Baguslah. Kalau macam tu, kejap lagi saya akan minta Aida menghantarkan beberapa buah fail yang berkaitan dengan client‐client Dr. Balkis yang akan Dr. Adiib handlehari ini.”
Anggukan tanda persetujuan diberikan oleh Adiib. Tetapi lahiriah beriak ketenangan yang cuba dipamerkan oleh Adiib langsung tidak tersemai akibat pemberontakan yang sedang tercetus di hati dan jiwanya. Kedua‐duanya mahukan kepastian! Kepastian yang menjadi tumpuan minda dan akalnya. Tumpuan kepada seorang wanita. Wanita yang akan dihubunginya sebentar nanti.
“Terima kasih pak cik.”
Senyuman diberikan oleh lelaki yang berpakaian putih di tempat pemandu.
“Sama‐sama.”
Ringan pula mulut lelaki tua itu menyambut ucapanku sebelumnya. Tanpa berlengah, aku mengatur langkah dan menghampiri bangunan biru‐putih di hadapanku ini. Teksi yang membawaku ke sini juga sudah bergerak ke destinasi lain. Terlihat Inspira silver kepunyaanku masih terparkir elok di hadapan balai polis ini seperti semalam.
“Morning.”
Aku mengurut dada. Tolehanku membawa aku meneliti wajah lelaki yang sedang tersenyum di
hadapanku ini.
“Sorry. Kalau I buat youterkejut.”
Aku hanya mengukirkan senyuman tanpa membalas kata‐kata lelaki yang masih memandang tepat ke wajahku ini.
“You dah makan?”
“Dah. Dekat rumah tadi saya dah makan dengan Dalila.”
Simpati meluruh kembali saat nama gadis malang ituku tutur.
“Dalila macam mana?”
“Keadaan dia dah semakin tenang. Tak terlalu tertekan macam semalam.”
Sayu suaraku saat ini.
“You pulak macam mana?”
“Saya? Kenapa dengan saya?”
Inspektor Alvin Yee tersenyum. Mungkin kelakar dengan pertanyaanku itu.
“Semalamkan you deman. Tak sihat. Hari ni dah okey?”
“Better.”
Jawabku sepatah.
“Hari ni you busy tak?”
Cepat pula pertanyaan lain diutarakan kepadaku. Serius lelaki Cina ini memandangku.
“Hari ni saya ambil MC. Saya tak kerja. Kenapa Inspektor?”
“Macam ni… Sebenarnya I ada beberapa perkara yang berkaitan dengan kes Dalila serta beberapa perkembangan positif berkaitan dengan kes ini yang ingin I maklumkan kepada you.”
“Apa dia?”
Laju aku bertanya dan cepat pula Inspektor Alvin Yee menggelengkan kepalanya.
“Bukan dekat sini.”
Segelas Jus Oren diletakkan di hadapan Inspektor Yee dan segelas Milo panas pula diletakkan di hadapanku sebelum pelayan lelaki itu berlalu meninggalkan kami berdua.
“Betul ke you tak nak makan?”
Aku menggelengkan kepala.
“Perkembangan apa yang Inspektor nak maklumkan pada saya?”
Wajah Balkis dipandang. Diteliti wajah bersih itu. Entah mengapa setiap kali Alvin Yee bertemu
pandang dengan wajah di hadapannya ini, pasti akan hadir suatu perasaan indah di hatinya. Tetapi yang pastinya perasaan itu bukanlah cinta! Mana mungkin dirinya mencintai insan lain sedangkan dia sudah menemui cinta sejatinya.
Thina. Wanita berbangsa India yang telah berjaya mencuri hatinya itu telah disunting untuk menjadi isterinya tiga tahun yang lalu. Kebahagiaan sentiasa sahaja hadir membungai alam perkahwinan mereka. Di atas dasar cinta terhadap dirinya, akhirnya isterinya itu sanggup meninggalkan bidang kerjayanya sebagai pramugari untuk menumpukan sepenuh perhatian tehadap rumah tangga setelah lahirnya anak tunggal mereka, David. Segala pengorbanan isterinya itu tetap sahaja menambahkan kecintaannya terhadap wanita itu. Jadi perasaan apakah sebenarnya yang sedang berirama di hatinya setiap kali menatapi wajah Balkis?
Telitiannya kian halus menjalari setiap inci wajah yang kelihatan sedikit terganggu kerana menjadi tumpuan sepasang mata miliknya. Dia tahu Balkis berasa kurang selesa diperlakukan seperti itu. Tetapi nalurinya tetap sahaja mahu mengetahui apakah sebenarnya yang sedang bergolak di jiwanya. Telitiannya itu akhirnya membawa kepada imbauan silam.
Imbauan terhadap seorang gadis bawah umur yang dirogol oleh sekumpulan mat rempit. Sudah acap kali dirinya mengendalikan kes‐kes seperti itu. Tetapi saat terlihatkan wanita yang sedang memujuk dengan penuh kasih sayang gadis yang menangis beria‐ia di dalam pelukannya, hatinya tersentuh. Disangkanya wanita tersebut adalah ahli keluarga gadis malang itu. Namun ternyata sangkaannya meleset. Selepas gadis itu diserahkan kepada kakitangan bawahannya iaitu seorang anggota polis perempuan untuk mengambil report mengenai kes rogol itu, Alvin Yee mempersilakan wanita yang datang bersama gadis itu ke biliknya untuk berbincang serta mengambil beberapa maklumat yang dikiranya perlu. Dari situlah dia mengenali wanita itu dengan nama Balkis. Atau lebih dikenali dengan gelaran Dr. Balkis.
Gelaran itu memang sesuai disandang oleh seorang kaunselor sepertinya. Melihatkan kerjaya Balkis, dia yakin perasaan kasih sayang serta simpatilah yang telah menyebabkan wanita itu sanggup berkorban masa dan wang ringgit semata‐mata mahu mempertahankan maruah-maruah wanita yang telah dicemari oleh ‘binatang‐binatang’ di luar sana.
Imbuannya kian mendalam mengingati pertanyaan demi pertanyaan yang datangnya daripada Balkis. Pertanyaan pertamanya… Apakah yang harus dilakukan oleh seseorang andai dirinya menjadi mangsa rogol? Dengan lancar Alvin Yee memberikan beberapa panduan kepada Balkis. Antara perkara wajib yang harus dilakukan oleh mangsa‐mangsa rogol sebaik sahaja dirinya menjadi ‘habuan’ ‘binatang‐binatang’ itu adalah:
1‐ Mangsa rogol tidak boleh membersihkan dirinya atau mandi. Sebaik‐baiknya hendaklah laporan polis dibuat dengan kadar segera. Pelbagai kesan pada tubuh mangsa boleh digunakan untuk menjejaki si perogol dan turut dapat dijadikan sebagai bahan bukti di mahkamah.
2‐ Mangsa rogol juga hendaklah segera menghubungi ahli keluarga dan juga mana‐mana pusat perlindungan wanita untuk mendapatkan bantuan daripada mereka. Nasihat kaunseling daripada pakar serta panduan untuk menghadapi tekanan dan trauma pada masa hadapan amatlah diperlukan oleh mangsa‐mangsa rogol.
3‐ Mangsa rogol tidak boleh membasuh pakaian yang digunakannya sewaktu kejadian berlaku.
4‐ Kawasan persekitaran kejadian jenayah tidak boleh diganggu. Biarkan ianya di dalam keadaan sebagaimana ia berlaku. Ini akan sangat membantu pihak polis dalam menjalankan siasatan forensik.
5‐ Mangsa rogol hendaklah memberikan maklumat lengkap mengenai kejadian dan rupa paras si perogol. Walaupun di dalam proses ini pasti tekanan akan dialami, namun hanya itu sahajalah cara terbaik untuk pihak polis mendapatkan maklumat yang lengkap bagi membolehkan mereka menjejaki si perogol.
Begitu khusyuk Balkis mendengar. Di dalam kekhusyukkan masih ada linangan air mata yang
membasahi pipi wanita penyayang itu. Setelah hampir sejam berbicara dengan Balkis, Alvin Yee sudah mula dapat menelah bagaimanakah sikap empunya diri wanita di hadapannya pada tika itu. Balkis dilihatnya sebagai wanita yang begitu penyayang, terlalu mengambil berat dan berani dalam mempertahankan sebuah kebenaran. Apatah lagi andai kebenaran itu berkaitan dengan maruah seseorang wanita yang telah ‘dirampas’ oleh lelaki‐lelaki hina di luar sana.
Imbauan yang jauh ke dalam memperingatkan Alvin Yee akan pertanyaan Balkis yang kedua.
Adakah langkah‐langkah yang boleh diambil bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa rogol? Kedengaran sendu saat Balkis mengutarakan persoalan itu. Untuk tidak menghampakan wanita yang sedang bersedih dan merasakan dia perlu menyebarkan maklumat kepada mereka yang memerlukan, lantas beberapa tips diberikan oleh Alvin Yee. Antaranya:
1‐ Jika seseorang wanita memandu sendirian, hendaklah dia melihat di bahagian dalam terlebih dahulu sebelum memboloskan diri ke dalam kereta. Pasang penghalang buka kunci kereta di pintu dan di tempat yang memudahkan kereta dibuka tanpa kunci. Langkah ini bukan sahaja dapat mengelakkan kecurian malahan dapat mengelakkan seseorang yang berniat jahat bersembunyi di dalamnya tanpa kita sedari.
2‐ Segera kunci pintu kereta sebelum menghidupkan enjin. Tujuannya bagi mengelakkan diri dari diserang sewaktu sedang leka menghidupkan enjin kereta atau mengelakkan serangan sewaktu kenderaan berhenti di lampu isyarat mahupun di simpang jalan.
3‐ Seseorang wanita hendaklah sentiasa berhati‐hati ketika menuju ke kereta terutama di tempat letak kereta. Pastikan kereta diletakkan di tempat yang terang, dekat dengan pintu laluan utama dan dikawal oleh pengawal keselamatan dan CCTV.
4‐ Ketika menaiki pengangkutan awam, pastikan penumpang wanita lain ada bersama.
Catatkan nombor plat kenderaan awam yang dinaiki terutama sekali teksi. Sebaik‐baiknya SMS
maklumat tersebut kepada kenalan terdekat.
5‐ Sebaik‐baiknya elakkan diri dari melalui jalan belakang ataupun kawasan terpencil dan sunyi. Jika keadaan memaksa untuk seseorang wanita melalui kawasan‐kawasan seperti itu, dia haruslah memakai kasut yang lebih sesuai bagi memudahkan dirinya melarikan diri andai ada perkara‐perkara yang tidak diingini berlaku.
6‐ Jangan menerima pelawaan untuk menaiki kereta daripada orang‐orang yang tidak dikenali atau baru dikenali.
7‐ Seseorang wanita perlulah membawa bersamanya alatan‐alatan pencegah, seperti siren yang kuat dan juga penyembur lada ketika berada di luar rumah.
“Jauh termenung?”
Tersentak Alvin Yee. Diraup mukanya berkali‐kali bagi menghalau imbauan yang kelihatan masih hendak menampilkan diri. Diatur nafasnya pula bagi membolehkannya kelihatan tenang di mata Balkis, biarpun sedari tadi wanita itu dapat meneka kelainan sikapnya hari ini.
“Tak… I… Teringatkan kes Dalila.”
Agak tergagap lelaki di hadapanku ini. Entah mengapa hari ini sikap Inspektor Alvin Yee berlainan benar dari kebiasaannya. Menungannya sebentar tadi menghadirkan ketidaksenangan di dalam diriku. Tidak senang kerana wajahku menjadi tumpuan sepasang mata milikinya.
Jus Oren di hadapannya disedut. Pandangan ditumpukan semula ke wajah Balkis. Wanita itu tetap kelihatan tenang.
“Sebenarnya… I nak beritahu yang pihak polis telah berjaya membuat tangkapan pagi tadi.”
“Tangkapan? Maksud Inspektor?”
“Seawal pagi tadi pihak kami telah berjaya menangkap Amaal bin Abdul Salim. Bapa kepada
Dalila.”
Membulat mataku dan ucapan syukur cepat sahaja terdetik di hati. Hati yang digayut rasa sayu
secara tiba‐tiba hampir sahaja menitiskan permata. Namun saat menyedari yang diri masih
menjadi tumpuan Inspektor Alvin Yee segera kawalan emosiku ketatkan.
“Terima kasih.”
Sedikit bergetar nadaku. Inspektor Alvin Yee hanya tersenyum.
“Hari ni biar saya yang belanja Inspektor. Inspektor pesanlah apa sahaja yang Inspektor nak
makan?”
Terasa diri perlu membalas budi lelaki di hadapanku ini.
“Eh! I tak boleh terima niat baik you tu.”
“Kenapa pulak tak boleh?”
Soalku pelik.
“Sebab nanti Ikena tangkap dengan SPRA. Nanti terpampang di muka depan surat khabar
Berita Harian… Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor telah menerima rasuah dan
suapan berupa sekeping roti canai dan segelas Jus Oren daripada seorang kaunselor
berpangkat Dr.”
Akhirnya terhambur tawaku dan disambut oleh lelaki yang sudah memerah mukanya akibat
tawa yang kian menggila. Bersama sisa tawa, aku menuturkan kata…
“Inspektor ni pandai jugak buat lawak. Saya ingat serius je memanjang.”
Kata‐kataku tidak segera disambut. Diredakan dahulu tawanya dan kelopak mata yang berair
akibat kegeliaan hatinya sebentar tadi dikesat.
“Memang I seorang yang sangat serius. Tapi… Bila I tengok keadaan youtadi, I rasa I perlu
ingatkan you balik bahawa dalam dunia ini kesedihan yang menimpa bukanlah satu
penghalang untuk kita tertawa seketika. Tertawa untuk menghadirkan ketenangan itu penting.
Agar you boleh berfikir secara lebih baik, bagaimanakah caranya untuk terus membantu Dalila.
I yakin you mampu untuk menjadi ‘bahu’ kepada Dalila agar dia dapat melupakan kisah
silamnya suatu hari nanti.”
Tergamam aku dibuatnya. Biarpun lelaki di hadapanku ini sememangnyaku kenali sebagai
seorang yang begitu fasih dalam menuturkan bahasa ibundaku tetapi tidakku sangka sebaik
dan sedalam itu tafsirannya terhadap erti rasa dan perasaan. Tersentuh hatiku, apatah lagi
renungannya kali ini benar‐benar menyuntik semula semangatku.
Baru kini Alvin Yee mengerti akan makna perasaan indah yang sentiasa membuai rasanya
setiap kali terpandangkan wajah lembut di hadapannya ini. Semuanya kerana wanita ini
mempunyai sesuatu yang tiada pada insan lainnya. Semangat dan keberanian yang begitu
tinggi dikombinasikan pula dengan perasaan kasih sayang dan simpati yang tidak bertepi
terhadap insan lainnya menjadikan Balkis begitu sempurna untuk didampingi sebagai seorang
rakan dan sahabat.
Tumpuanku masih terhala ke hadapan. Namun apa yang berada di minda ini bukanlah apa
yang menjadi santapan mataku saat ini. Kereta yang berderetan tidak sedikit pun
menimbulkan rasa panas di hati. Terasa begitu lapang dadaku tika ini. Semuanya berpunca dari
apa yang diberitakan oleh Inspektor Alvin Yee sewaktu aku menikmati minum pagi
bersamanya sebentar tadi.
“Alhamdulillah, lelaki tak guna tu dah kena tangkap.”
Terukir senyuman. Namun senyuman itu tidak bertahan lama. Deringan telefon yang tadinya
membisu seketika setelahku abaikan si pemanggilnya, kini bergema semula.
“Apalah yang dia ni nak?”
Soalku sendirian dan masih berkira‐kira sama ada hendak menerima atau mengabaikan sahaja
panggilan daripada lelaki itu. Deringan yang bertalu‐talu akhirnya melumpuhkan keputusanku
untuk mengabaikan panggilan itu. Segera signalku berikan dan sebaik sahaja keretaku sudah
berada di bahu jalan, aku pantas menarik brek tangan. Telefon yang masih menggemakan
iramanya ku capai dan butang hijau ku tekan.
“Assalamualaikum. Balkis awak dekat mana ni? Kenapa saya call awak banyak kali awak tak
angkat? Awak sakit ke?”
Pelik aku mendengar corak bicara Dr. Adiib pada saat ini. Kebiasaannya dia akan
membahasakan diriku sebagai Dr. Balkis atau Dr. Ke manakah menghilangnya panggilan itu?
Kenapa pula pertanyaan bertalu‐talu seperti ini disuakan ke pendengaranku?
“Waalaikumussalam.”
Tiada satu pun pertanyaannyaku jawab.
“Balkis, awak okey ke? Awak dekat mana ni? Saya dengar kata awak sakit. Betul ke?”
“Siapa kata saya sakit?”
“Pagi tadi Dr. Karim bertemu dengan saya dan menyuruh saya mengendalikan beberapa sesi
kaunseling yang berkaitan dengan client‐client awak. Pada waktu tulah saya dapat tahu yang
awak sakit. Awak betul‐betul tak sihat ke? Awak dekat hospital ke sekarang ni?”
Rasa bersalah cepat menerpa. Keenggananku untuk menjawab panggilan daripada Dr. Adiib
sebentar tadi amatku kesali.
“Maafkan saya Dr. Adiib. Disebabkan ketidakhadiran saya pada hari ini, beban tugas Dr.
bertambah. Maaf.”
“Tak. Awak tak perlu minta maaf. Saya tak kisah semua tu. Saya telefon ni semata‐mata nak
tahu tahap kesihatan awak. Betul ke awak sakit? Teruk sangat ke?”
“Saya cuma demam biasa je. Esok saya akan masuk kerja macam biasa.”
“Alhamdulillah.”
Terdengar kelegaan dalam nafasnya mengucapkan rasa syukur itu. Tersentuh hatiku dengan
perhatian yang diberikan oleh rakan sekerjaku ini.
“Emm… Macam mana dengan client‐client saya. Mereka semua okey ke?”
“Okey. Tapi, ada seorang client awak yang sanggup menundakan sesi kaunseling. Dia sanggup
menunggu kelapangan daripada awak untuk set semula sesi kaunseling yang baru.”
“Siapa?”
“Tak silap saya, namanya Siti Zainab.”
Serta merta ingatanku melayang kepada wanita mualaf itu. Wanita yang diduga kerana
bersuamikan seorang lelaki yang tidak mampu membimbing dirinya malahan langsung tidak
mengikuti ajaran Allah itu benar‐benar menghadirkan penderitaan kepadanya. Apakah pula
cerita wanita yang sudah begitu akrab denganku itu kali ini? Masihkah dirinya dideritai?
Masihkah suaminya menjadikan arak sebagai minuman hariannya dan wanita sebagai santapan
nafsunya?
“Balkis… Awak dengar ke? Kenapa diam je? Awak dekat mana ni?”
Kerisauan menguasai semula nada suara di hujung talian.
“Saya dengar. Dr. Adiib, saya nak ucapkan terima kasih sangat‐sangat sebab Dr. sanggup ambil
alih beban tugas saya pada hari ni.”
“Kan saya dah cakap yang saya tak kisah semua tu. Tak payah ucapkan terima kasih. Memang
dah jadi tanggungjawab saya untuk membantu awak. Sekarang ni saya nak tanya, awak betulbetul
okey ke?”
“Saya okey. Cuma demam sikit je.”
“Baiklah. Tapi, kalau awak sakit lagi saya nak awak sambung cuti awak. Tak payah datang kerja
esok. Bolehkan?”
Hampir tertawa aku mendengar aturan nada Dr. Adiib. Sekilas dengar bicaranya itu persis
seorang ketua yang sedang memberikan arahan kepada pekerjanya, sedangkan pangkat yang
disandang lelaki itu setaraf denganku.
“InsyaAllah. Doakan saya cepat sembuh ya. Baiklah Dr., saya terpaksa letak telefon ni sebab
saya ada urusan yang hendak disudahkan. Assalamualaikum.”
“Waalaikumussalam.”
Sedikit lambat Dr. Adiib menjawab salam yangku hulurkan. Ada kesayuan pula dalam nadanya.
Pelik. Mengapa perlu lelaki itu berasa sedih saat penggilan hendakku putuskan? Dan mengapa
mesti dirinya mengambil berat tentang diri ini seperti itu?
Ku berikan signal ke kanan untuk membolehkan pacuan empat rodaku bergerak semula ke
destinasi asalnya. Aku perlu segera sampai ke Pusat Perlindungan Sinar Khoofiiroh. Ada
perkara penting yang inginku bincangkan dengan Ustazah Halawah dan harapanku biarlah
wanita mulia itu sanggup menerima Dalila sebagai penghuni baru di pusat perlindungannya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan