“Noli, boleh saya pinjam kereta awak? Saya nak bawak Aira keluar sekejap. Tadi, masa keluar
rumah, saya terlupa nak bawak topi keledar untuk dia.”
“No hallah, bang. Nah!”
Kunci yang dilempar oleh Noli disambut oleh Adham. Lelaki itu kemudian membuka pintu dan
menolak Aira yang kebingungan memasuki kereta. Dia kemudian mengunci kereta itu sebelum
memberikan kunci motor LCnya kepada Noli. Siap pesan lagi suruh Noli menjaga motornya itu baik‐baik.
“Alah, Aira punya pasal, abang bawak kereta Noli balik ke rumah abang pun tak apa.” Pelawa Noli.
“Betul ni? Terima kasih, Noli.” Balas Adham sambil tersenyum.
Noli hanya mengangguk.
Tidak lama selepas itu, kereta proton meluncur laju meninggalkan pekarangan rumah sahabat baik Aira itu.
Perasaan Aira Syuhada berbunga‐bunga mengenangi betapa Adham Faiz sanggup datang kepadanya. Dia tahu, lelaki itu hendak memujuk. Kini, di dalam hati, dia sedang berkira‐kira.
Sama ada mahu terus merajuk ataupun berlembut hati. Dia risau! Kalau dia terlalu ikutkan kehendak rajuknya, nanti Adham jadi jemu lalu membiarkan dia. Takut pula nanti Adham tidak lagi mahu mendekat. Tetapi, perlukah beralah? Dalam sejarah hidupnya, dia tidak pernah mengalah. Dia sentiasa menang. Egonya masih tinggi. Hatinya masih sakit.
Sakit? Ke, sayang?
Sayang, bisik hati.
Hmm, sayangg...
“Jom!”
“Hah??”
Adham ketawa. Geli hati melihat Aira yang terkejut. Entah apalah yang menjadi lamunan gadis itu tadi, fikirnya.
“Jom makan. Saya rasa awak tentu lapar, kan? Saya pun lapar jugak. Jadi, kita makan di KFC ni lah. Boleh?”
Tentulah boleh! Terus Aira terliur bila terpandangkan gambar cheezy wedges. Yummy.
Di dalam restoran, Aira mencari tempat sementara Adham pergi berbaris. Dari tempat duduknya, Aira memerhati lelaki itu. Rasa kagum melihat tubuh sasa pujaannya. Rasa geram pada gadis yang berbaris di depan Adham yang kelihatan mesra mengajak lelaki itu berbual dengannya. Arghh, cemburu! Cemburu! Tetapi rasa cemburu itu terbang semasa Adham menoleh dan mengenyitkan mata kepadanya. Saat itu dia berasa bagaikan berada di langit ke tujuh. Bahagia!!“Peluang tidak datang berkali‐kali dalam hidup seseorang. Jadi, bila sedar peluang itu datang, cepat‐cepat rebut. Jangan biarkan peluang itu pergi dan hilang begitu sahaja!”Tak! Tak mungkin akan aku lepaskan peluang ini. Tak mungkin akan aku lepaskan Adham dari hidupku. Dia anugerah terbaik untukku. Aku cinta dia. Dan, aku dapat rasakan yang dia juga cintakan aku. Usia bukan halangan. Beza umur yang besar juga bukan halangan.
Yang penting.....,
Apa ya? Nantilah fikir, bisik hati yang masih remaja. Hati yang hanya mahukan kemanisan dalam berkasih.
“Senyum sorang‐sorang aje dari tadi. Kenapa? Dah kena sampuk?” tanya Adham, mengusik.
Jelingan Aira disambut dengan ketawa bahagia.
“Awaklah yang dah sampuk saya,” balas Aira tidak mengalah.
Adham ketawa. Sesungguhnya waktu ini, dia memang tersangat bahagia. Sikap Aira yang tidak
lagi marah dan merajuk menambat sekeping hati yang tadinya keresahan. Rasa bersyukur kerana masih berpeluang memujuk. Mujurlah! Kalau gadis ini terlalu mengikut perasaan tadi, pastilah susah untuk dia mengatur bicara.
“Aira,” panggilnya lembut. Wajah yang putih itu sedang merona merah. Sepasang mata itu sengaja Aira kalih, mungkin malu untuk membalas renungannya yang tajam menikam.
“Aira, tengoklah saya. Yang tengok kiri kanan tu, buat apa?” pinta Adham dalam tawa mengusik.
“Nak apa?” tanya Aira manja.
“Nak kahwin dengan awak.”
Aira tergamam mendengar kata‐kata Adham Faiz. Wajah lelaki itu ditatapi lama. Menanti dalam debaran, kata‐kata seterusnya.
Dia tahu dia tidak salah dengar. Dia tahu, Adham maksudkan apa yang dikata. Dia kini hanya
mengharapkan kepastian. Menunggu Adham mengulangi kata‐kata.
“Awak sudi kahwin dengan saya tak, Aira? Saya ni miskin. Saya tak ada harta. Adik beradik saya
ramai. Awak sanggup hidup susah dengan saya? Sanggup bina hidup sama‐sama dengan saya? Kalau awak sudi jadi isteri saya, saya janji yang saya akan bekerja keras untuk masa depan kita. Saya janji, saya akan sediakan apa sahaja yang awak nak. Saya janji, tak akan marah‐marah pada awak macam sekarang. Saya janji, saya akan cuba membahagiakan awak. Saya janji....”
Kata‐kata terhenti bila Aira meletakkan jari telunjuk di bibirnya sambil menggeleng‐gelengkan
kepala.
“Janganlah janji banyak‐banyak, awak. Saya cuma nak awak aje. Saya cuma nak cinta awak. Kasih sayang awak. Harta tu semua, saya dah ada. Tak perlu susah payah nak cari dah. Yang penting, kita saling membahagiakan satu sama lain. Kan?” bisik Aira lembut bersama senyum yang menawan hati.
Adham tersenyum. Kalaulah ikutkan hati, ingin rasanya dia menggenggam jari‐jemari Aira yang
runcing. Ingin dibawa ke bibir untuk dikucupi. namun, hati harus bersabar. Kalau sudah kahwin, lebih dari itu boleh dibuat. Hmm..."Janganlah senyum macam tu! Jangan tengok saya macam tu," Aira sudah malu dengan perangai menggoda Adham yang tiba‐tiba.
“Kenapa? Tak suka saya buat macam tu?” usik Adham bersama sengih lebar hingga ke telinga.
“Tak baik tau, goda‐goda kita!” balas Aira manja bersama kerlingan.
“Arghh.... habislah saya malam ni! Tak lenalah tidur saya teringat‐ingat dan terpandang-pandangkan
jelingan maut tu. Auww...”
Aira ketawa dalam rasa tidak percaya. Lelaki yang selama ini disangkakan serius itu rupa-rupanya
pandai juga bergurau senda. Hmm, entah‐entah dirinya yang tidak dapat tidur lena malam ini. Entah‐entah dia yang asyik terbayang‐bayang pulak....
“Aira, saya sayang awak. Saya cintakan awak. Ingat tu, ya! Sebab, saya tak suka mengulang cakap banyak kali. Dan, awak kena faham saya. Saya ni tak romantis. Saya tak pandai nak beli bunga bagi kat awak. Saya tak pandai beli hati awak. Sayang saya dalam hati. Cinta saya juga dalam hati. Awak faham maksud saya, tak?”
Aira mengangguk.
“Saya dah bersedia untuk kahwin dengan awak, Aira. Saya dah bersedia memikul tanggung jawab sebagai seorang suami. Saya dah bersedia menjadi ketua keluarga kita. Menjadi ayah kepada anak‐anak kita. Tapi, kalau awak rasa yang awak masih mahukan kebebasan, saya akan sabar menunggu. Saya boleh tunggu awak masuk universiti dan bekerja. Saya boleh sabar. Saya tak akan paksa. Sebab saya percaya, kalau Allah dah tetapkan jodoh kita, ke manapun awak nanti, awak akan balik ke pangkuan saya. Dan, saya? Saya akan berada di sini. Menanti awak dengan setia, insya‐Allah.”
Hanya air mata bahagia menitis di pipi. Itupun diseka oleh Adham Faiz. Hanya senyuman menghiasi bibir, dan Adham membalasnya. Ungkapan tidak terlahir di bibir namun Adham seakan tahu isi hatinya. Renungan redup sepasang mata, pandangan dilemparkan menusuk kalbu. Aira lemas dalam cinta yang Adham pamerkan untuknya. Aira bahagia. Teramat bahagia.
Terima kasih Tuhan.
Sepanjang perjalanan balik ke rumah Adham, suasana sepi di antara mereka. Sepi namun hati sedang berbunga bahagia. Dan, ketika kereta diberhentikan di hadapan rumah, Adham menahan Aira, tidak membenarkan gadis itu jauh darinya.
“Awak masih tak beri persetujuan lagi,” Adham mengingatkan.
Aira tersenyum manis.
“Dah lama awak tahu apa yang saya rasa, kan? Awak baru aje cakap awak cintakan saya tapi saya dah berbulan‐bulan terseksa mencintai awak, tau! Awak baru cakap awak sayang saya, tapi saya dah berbulan‐bulan menangis takut kehilangan awak. Tapi, bila nanti emak dengan ayah balik, awak mesti cepat‐cepat jumpa dia orang, okey! Lagi cepat, aduii!!!”
Adham ketawa sambil menggosok‐gosok manja hidung gadis itu yang baru dipicitnya.
“Sakit?”
“Mestilah!”
“Tu sebab awak dah tak sabar‐sabar nak kahwin!” sindir Adham.
“Tapi, tadi, awak pun cakap nak kahwin cepat‐cepat jugak, kan? Hei, jangan nak mengelak. Awak dah janji tadi!” Aira mengingatkan dalam tawa. Alah, tak boleh nak marah dah masa ni. Perasaan sedang berbunga, kan....
“Saya janji, saya akan beritahu mak malam nanti. Waktu emak ayah awak balik nanti, saya akan cuba pujuk mereka untuk benarkan kita kahwin. Tapi, kan.... Sekarang ni, saya dah rasa ketar. Menggigil kepala lutut saya, tau! Buatnya Tan Sri tengking saya nanti, alamak! Kecut perut saya,” Adham berbisik mesra mengundang tawa gadisnya. Tawa yang akhirnya tenggelam dalam cinta Adham yang mengasyikkan.
“Cantiknya awak, Aira. Tak sabar nak kahwin dengan awak. Tak sabar nak jadikan awak milik saya.”
Aira Syuhada cepat‐cepat keluar meninggalkan Adham keseorangan di dalam kereta. Dia takut lemas dalam godaan. Melihat lelaki itu yang sedang bersandar sambil merenungi dirinya, dia tersenyum.
“Saya dah pun serahkan hati ini pada awak, Am. Insya‐Allah, diri ini juga hanya untuk awak.
Sabarlah, ya! Saaaa yang awak. Muahhh....”

Tiada ulasan:
Catat Ulasan