Label

Sabtu, 17 Disember 2016

NOVEL Abang Mekanikku Bab32

“Wah, kegembiraan kau berganda‐ganda, ek? Dahlah keputusan STPM cemerlang, ni dapat kahwin pulak dengan buah hati. Amboi, bertuahnya badan, kan?”

Adham Faiz tersenyum mendengar kata‐kata Noli Diyana kepada isteri yang baru dinikahinya.
Mereka kini sedang beramah mesra dengan para tetamu yang hadir. Hati memanjatkan rasa syukur kerana persediaan untuk majlis mereka ini berjalan lancar sejak dua bulan yang lepas. Semakin bahagia apabila seluruh kaum keluarga isterinya begitu baik, menerima dia seadanya. Tidak sedikitpun memandang rendah terhadap ibu apatah lagi adik‐adiknya.

“Abang kena banyak bersabar dengan budak ni, tahu. Dia ni banyak perangai. Nanti, jangan
manjakan dia sangat. Kalau dia terlebih mengada‐ngada, susah abang nanti,” Noli menghulurkan nasihat.

“Ewah, banyaklah kau! Ada hati nak jadi penasihat abang mekanik aku pulak?” sela Aira dengan wajah tidak puas hati.

Noli bercekak pinggang. “Tengok tu! Aira, tak baik panggil abang Am macam tu. Abang mekanik, konon? Tak senonoh. Kecil hati abang Am nanti!” marahnya.

Aira baru menyedari kesilapan. Wajah Adham dipandang. Kenapa ada riak tidak puas hati di situ? Tapi...



“Ini memanglah abang mekanik aku, apa? Aku jatuh cinta masa dia baiki kereta aku. Aku suka
tengok tangan dia yang hitam lepas dia usik‐usik enjin kereta. Aku suka tengok dia bergelumang dengan minyak hitam. Aku suka kerja dia,” balas Aira.

Dia tersenyum. Kenangan demi kenangan yang terjadi di antara mereka berdua, mengusik perasaan. Dari detik pertama hingga kini, terasa semua indah sahaja biarpun dahulu, dia dan Adham asyik bertegang urat sahaja. Cinta yang bermula daripada rasa benci yang menggila.

Cinta yang bermula dengan pertengkaran. Siapa menyangka, ini akhirnya?

Tampang Adham kini dalam tatapannya. “Abang mekanikku, terima kasih sebab sudi ambil Aira jadi isteri abang,” tulus Aira mengucapkan.

Adham kini mampu tersenyum.

“Abang mekanikku? Hmm, bila bibir Aira yang melafazkan, mengapa kedengaran indah benar
bunyinya?” soalnya mesra.

"Abang suka? Aira nak panggil lagi la! Abang mekanikku! Abang mekanikku!"

"Suka, sayang! Suka sangat!!"

“Uwek, Noli nak muntahlah, bang!! Hesy!!!” Noli buat wajah geli geleman. Telatah yang
memecahkan keriangan di antara mereka bertiga.

“Noli, pergi main jauh‐jauhlah. Kau tu budak kecik, apa tahu!” Aira sengaja mempermainkan sahabat karibnya lagi.

“Yalah, yalah! Aku pun nak balik dah ni!”

Kini, Noli dan Aira saling berpelukan. Ucapan tahniah meniti di bibir Noli sekali lagi. Aira
tersenyum manis. Dia bahagia. Sangat bahagia sekarang.

“Untuk pengantin baru dengarkanlah lagu ini, ya!”

Sejurus selepas itu, muzik lagu romantis itu kedengaran. Aira dan Adham saling berpandangan. Aduhai, sempat lagi tu Noli mengenakan mereka. Tu, sedang sibuk hendak berkaraoke pula. Sibuk mendendangkan lagu Mencintaimu. lagu nyanyian Kris Dayanti yang sememangnya merupakan lagu kegemaran Aira Syuhada.

Mencintaimu,Seumur hidupku,Selamanya.....Setia menanti...

Adham kemudian mengikut alunan melodi indah itu. Di luar, Noli menyanyi, di sini dia mengalunkan suaranya perlahan hanya untuk pendengaran isteri kesayangan. suara gemersiknya memukau isteri. terpaku, memandang suami penuh kekaguman.

“Abang sayang awak, Aira. Insyaa Allah, selamanya, akan mencintai awak. Akan menyayangi awak seumur hidup abang ini. Akan selamanya awak tetap menjadi milik abang. Kerana, abang ingin menjadi milik Aira sorang. Itu janji abang dan semoga Allah perkenankan permintaan abang ini,” bisiknya penuh romantis sebaik sudah habis lirik lagu beralun.

Sepasang mata yang berkaca itu dilap perlahan‐lahan dengan jari telunjuknya.

“Jangan nangis. Ini hari bahagia kita. Abang nak tengok senyuman. Sebab, bila Aira senyum, abang tahu yang Aira gembira bersama abang,” bisiknya.

“Aira janji, Insyaa Allah, Aira akan cuba jadi isteri yang sempurna untuk abang. Abang lelaki
pertama dan terakhir dalam hidup Aira. Abang lelaki pertama dan terakhir yang Aira cintai. Aira tak mintak banyak, bang. Cukuplah kasih sayang dan cinta abang untuk Aira,” balas Aira Syuhada penuh kesungguhan.

Adham ketawa.

“Tak nak rumah besar?” tanya dia.

Aira menggeleng. “Pisang sesikat pun dah cukup,"

“Sanggup naik motor aje?”

“Lagi best! Dapat peluk abang rapat‐rapat,”

Ketawa Adham lepas. “Gatal, ya!"

"Dengan abang saja,"

"Hmm, abang tak mampu nak beli mekap untuk Aira, mekap yang mahal‐mahal tu,” usik Adham lagi.

“Tak apa! Nanti Aira tepek bedak sejuk kat muka. Biar tiap malam abang terkejut sebab ingat tidur dengan hantu,"

Adham sudah bercekak pinggang. "Tu macam tak rela aje?"

Aira mengekeh ketawa. "Habis, kalau dah banyak benar celotehnya? Orang dah cakap, orang terima abang seadanya. Tapi abang macam tak percaya pulak," ucapnya.

“Ok, kalau macam tu.... Jom!”

“Ke mana?”

“Ke tempat yang Aira boleh buktikan...."

"Abang! Kan ramai orang tu?"

Adham mengerutkan dahi. "Aira, Aira cakap apa ni? Biarlah mereka! Kita kan,"

"Tak malu!" Aira cubit lengan suaminya.

"Weh, abang suruh buktikan yang Aira sanggup buat apa saja untuk abang. Misalnya, Aira sanggup cuci pinggan mangkuk yang bersepah kat dapur tu. Atau, Aira sanggup tolong adik-adik abang yang kat luar rumah sana. Atau.."

"Masuk dalam bilik lagi baik. Dapatlah Aira buktikan kasih sayang Aira pada abang? Nak?”

Bulat mata Adham Faiz mendengar bisikan isterinya itu. Aduhai, bukan main menggoda lagi.

Hmm....

Aira Syuhada tersenyum lagi. "Nak tak nak ni? Offer terhad," dia mengusik.

Adham ketawa. “Betul tak kisah ni? Abang ni cuma abang mekanik aje, tau?” usiknya.

Aira mengangguk laju. “Abang mekanik pun abang mekaniklah. Semua orang tahu abang mekanik ni Aira yang punya, kan?"

Haih, kalaulah mereka hanya berdua...

"Dah, jangan nak nak goda‐goda abang. Siang lagi ni, puan Aira sayang!"

"Alaa.."

Tingkah keanak‐anakan Aira itu menyebabkan Adham tertawa halus. Nasiblah kahwin dengan budak kecil, kan? Terpaksalah terima perangai manja itu. Lagipun, dia sangat mencintai. Hanya Aira Syuhada yang mampu memberi keriangan ini kepadanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan