CINDY terasa sakit kepala yang amat sangat. Kepalanya berdenyut‐denyut. Sakitnya bukan kepalang. Badannya bagaikan dicucuk‐cucuk duri; sakit melata ke seluruh anggota badan. Lemah dan tidak bermaya. Dia cuba membuka mata namun ada kesukarannya. Pedih dan perit setiap kali dia mencuba untuk membuka kelopak matanya.
“Mengapa badan aku ni? Rasa seram sejuk pulak…ermmm…,” satu keluhan keluar dari mulut Cindy.
Di ruang tamu apartmen itu, Cindy masih lagi bergelut dengan rasa sakit kepala yang amat sangat. Fikirannya melayang jauh, terasa kosong. Dia masih lagi terbaring di sofa. Perlahan-lahan dia cuba untuk bangun. Namun kudratnya tidak mengizinkan. Lemah sungguh rasa badannya. Pandangannya nampak berbinar‐binar. Dia hanya mampu untuk duduk bersandar seketika di sofa sementara menanti redanya sakit di kepala. Sesekali dia meraup muka dengan kedua‐dua tangannya.
“Kenapa dengan aku ni? Sakit dan lemahnya badan…,” omelannya kembali bersambung.
Cindy cuba mengingati apa yang memungkin dirinya berkeadaan sedemikian. Apa yang dia ingat, Johnny Tan masih bersamanya sebelum dia tertidur malam tadi. Sejak tinggal beberapa hari di apartmen itu, selera makannya terpaksa disekat. Berkurung di apartmen itu membuatkan dirinya sentiasa berada di dalam ketakutan. Setiap masa, setiap detik bagaikan ada bayang‐bayang yang mahu menangkapnya. Hidup dalam tekanan membuatkan selera makannya turut terbantut. Setiap masa terpaksa berjaga‐jaga dan bersiap sedia. Kini hidupnya bagaikan telur di hujung tanduk. Tersilap langkah, bila‐bila masa nyawanya pasti melayang.
Orang‐orang Albert Gan ada di mana‐mana. Ini bermakna, bahaya menantinya di luar sana.
“You kena bertahan…I akan cari jalan untuk kita keluar dari tempat ini. You kena bersabar…
serahkan semuanya pada I…kita pasti selamat!” Johnny Tan cuba menyakin Cindy setiap kali wanita itu diburu ketakutan.
“Tapi sampai bila? I dah tak tahan lagi duduk terkurung di sini…rasa bagai terpenjara!”
“You fikir I sukakah duduk terkurung macam ni? Walaupun macam penjara tapi kita selamat!”
“Siapa kata selamat? Siapa kata? I dah tak larat dah hidup macam ni….I tak sanggup!”
“Buat masa ni…inilah pilihan terbaik untuk kita. Kalau nak selamat…kita kena bertahan.”
Semakin bercelaru kepala Cindy apabila memikirkan keadaan hidupnya sekarang. Hubungannya dengan dunia luar bagaikan terputus. Hidup bebas bagaikan burung tetapi terpenjara di dunianya sendiri.
“Dunia ni memang kejam…kejam!” bentak Cindy.
Ingin sahaja dia menjerit meminta tolong tetapi siapakah yang akan mendengar rintihannya itu? Jeritan yang melantun ke arah dinding ruang tamu itu akhirnya akan berbalik ke arahnya semula. Tindakannya itu hanya sia‐sia. Malah macam terdengar ada suara‐suara yang mentertawakannya. Ada suara‐suara yang mencemuhnya. Semuanya membuatkan fikirannya semakin tertekan. Semakin bercelaru!
Setengah jam berlalu, Cindy merasai sedikit kekuatan untuk berdiri. Ditarik nafas dalam‐dalam.
Kemudian dilepaskan perlahan‐lahan. Ada sedikit kelegaan di rongga dadanya ketika itu.
Dikumpulkan kekuatan yang ada untuk melangkah. Suasana di dalam apartmen itu amat sepi. Di meja kecil nampak berselerak dengan pelbagai botol minuman dan juga bekas makanan. Nampak tonggang‐langgang. Puntung rokok dan habuknya juga nampak bersepah di satu sudut meja itu. Memang nampak semak apabila mata memandang.
Cindy sudah tidak kesah semuanya itu. Bersepah atau tidak bukan apa yang difikirkan sekarang. Anak matanya sedang mencari seseorang. Namun bayangan yang dicari tidak kelihatan di hadapan matanya. Sempat juga otaknya berfikir. Ke manakah perginya Johnny Tan? Dia tidak nampak lagi kelibat lelaki itu. Puas matanya mencari namun tetap tidak menemukan susuk lelaki itu. Dia cuba mengimbas apa yang dikatakan oleh Johnny Tan kepadanya malam tadi sebelum dia melelapkan mata.
“I kena buat sesuatu untuk kita keluar dari tempat ini.”
“Tapi macam mana? I memang dah tak tahan tinggal kat sini. I takut!”
“Jangan takut…kita masih selamat di sini. Orang‐orang Albert Gan tak akan dapat mencari kita.
Percayalah pada I…jangan bimbang!”
“Macam mana I tak bimbang…dah hampir seminggu kita di sini. Berapa lama lagi kita nak bertahan? I tak sanggup lagi duduk lama‐lama di sini. Tolong bawa I keluar dari sini!”
Johnny Tan memandang tajam ke arah Cindy. Geram juga rasa hatinya apabila Cindy bagaikan tidak memahami masalah yang sedang mereka hadapi sekarang. Cindy hanya tahu mendesak sedangkan kepalanya bagai nak pecah memikirkan jalan untuk keluar daripada masalah itu.
Dia perlu berhati‐hati. Dia tidak mahu percaturan yang dibuat nanti akan mengundang merbahaya kepada mereka sendiri.
“You boleh tolong diam tak? Kalau you berterusan membebel macam ni…sampai bila masalah ni tak akan selesai. Boleh tak you fikirkan sama‐sama! Jangan nak beratkan lagi fikiran I yang dah memang kusut ni!”
Cindy terdiam. Dia tahu lelaki itu sedang marah kepadanya. Dalam keadaan marah, apa‐apa pun boleh terjadi. Johnny Tan memang ada panas barannya. Cepat melenting apabila kemahuannya tidak dituruti. Bagi Cindy, perwatakan lelaki itu hampir sama dengan Albert Gan.
Mukanya nampak bengis, memang menakutkan. Silap hari bulan, penampar singgah ke muka. Bagi meredakan keadaan, Cindy terpaksa membuat helah. Dalam keadaan tertekan sebegitu, air mata amat murah baginya.
“Yang you menangis kenapa? I tak suruh pun you menangis! Tension…tension I macam ni!” gerutu Johnny Tan menahan marah.
“Ma..maafkan I…I memang benar‐benar tertekan. Ma..maafkan I…,”
Sekeras‐keras hati lelaki, cair juga perasaan Johnny Tan apabila melihat seorang perempuan
mengalirkan air mata di hadapannya. Dia sebenarnya amat faham apa yang sedang difikirkan oleh Cindy. Dia juga memahami situasi apabila berada di dalam keadaan tertekan. Baginya, Cindy perlu kekuatan untuk menghadapi kenyataan itu. Mungkin telah tersurat nasib yang mereka alami sekarang. Cuma mereka mesti memikirkan bagaimana untuk melepaskan diri daripada belenggu masalah yang sedang mereka hadapi sekarang.
“Errmm….I tak ada niat untuk marah pada you. Apa yang I buat ni untuk kita juga. You kena percaya kepada I….you kena faham situasi genting sekarang ni. Kita tidak boleh berleka lagi… sesuatu yang drastik perlu dilakukan. Kalau tidak kita memang susah!”
Johnny Tan rapat ke sisi Cindy. Kedua‐dua belah tangannya kemas memegang bahu wanita itu.
Seketika pandangan mereka bersatu menjadi satu. Cindy terasa bagaikan satu tikaman tepat ke arah matanya. Urat dan nadi berdenyut laju. Debaran di dada terasa semakin kencang.
Terasa longlai tubuhnya apabila disentuh manja oleh Johnny Tan. Sentuhannya membuatkan hati perempuan menjadi cair. Panas menjadi dingin, perasaan menjadi beku.
“Pandanglah tepat ke mata I….pandanglah.”
Bagaikan terpukau, Cindy mengikut sahaja arahan lelaki itu. Wajah yang garang umpama singa
bertukar menjadi seekor kucing yang jinak. Ngauman yang menakutkan bertukar menjadi ngiauan yang manja. Terasa sedikit kelegaan di hati Cindy apabila keadaan semakin reda dan terkawal. Fikirannya kembali bersedia untuk menghadapi realiti kehidupan yang sebenar. Di benaknya berkata‐kata, ada juga sisi romantik lelaki yang sedang berdiri mendepaninya itu.
Seketika dia juga bagaikan hilang kata‐kata.
“I dah mula jatuh cinta pada you….hanya you yang berhak mendapatkan cinta I.”
Ucapan kata‐kata Johnny Tan membuatkan Cindy semakin terkesima. Degup jantung semakin
kencang. Helaan nafas semakin kuat naik turunnya. Benarkah apa yang sedang didengarinya itu? Sedikit ketenangan mula menyelinap masuk ke setiap urat dan nadinya. Dirinya bagaikan bermimpi. Terasa badannya terbang di awang‐awangan. Pelukan Johnny Tan menghangatkan badannya.
“I sedang bermimpikah?”
“You tak bermimpi sayang.”
“I kehilangan kata‐kata…benarkah apa yang I dengar ni?”
“I akan selalu ada untuk you. Percayalah!”
Di bibir, Cindy menguntumkan sebuah senyuman. Namun di hatinya tetap berkata‐kata. Ahh…ini semua mungkin mainan perasaan lelaki itu sahaja! Haruskah dia mempercayainya bulat-bulat?
Dalam keadaan terdesak, pelbagai kemungkinan boleh berlaku. Watak manusia boleh berubah‐ubah secara tiba‐tiba. Orang boleh mengambil kesempatan pada ruang kesempitan yang dialami oleh orang lain. Cindy amat berharap Johnny Tan bukan seperti apa yang sedang difikirkan sekarang. Manis hanya di mulut tetapi sebaliknya lain di hati. Buat seketika itu, perasaannya dipujuk supaya memikirkan hanya perkara yang baik‐baik sahaja. Kalau benarlah lelaki itu ikhlas, apakah yang harus dia lakukan? Persoalan itu mula menghentam tangkai hatinya.
“Kita mesti keluar secepat mungkin dari tempat ini. Kita mesti ke luar negara secepat mungkin!” Johnny Tan mula menukar topik perbualan.
Cindy juga rasa teruja apabila mendengar kata‐kata Johnny Tan. Dia memang tidak sabar untuk keluar dari tempat persembunyian itu. Sehari terasa sebulan, seminggu bagaikan setahun siksanya. Dia amat mengharapkan siksaan itu akan segera berakhir.
“Lagi cepat lagi bagus…I rela ikut ke mana saja you pergi. Di sini memang kita tak selamat lagi.”
“You jangan bimbang. Duit yang ada itu akan membantu kita membina hidup baru di luar negara nanti.”
“Kita nak ke negara mana? You mesti dah buat pilihan!”
Johnny Tan nampak seperti sedang berfikir. Ditinggalkan Cindy dalam keadaan sedang tertunggu‐tunggu jawapan darinya. Langkah kakinya mula menuju ke arah jendela apartmen yang terbuka. Suasana malam nampak tenang. Dari ketinggian sepuluh tingkat apartmen itu, nampak cahaya neon memancar indah menerangi kota kosmopolitan, Kuala Lumpur. Cuaca dingin membawa bayu malam menyapa wajahnya. Seketika dia menoleh kembali ke arah Cindy lalu menghampiri semula wanita itu.
“I dah fikir masak‐masak….I pilih Australia sebagai destinasi pertama kita.”
“Australia!”
Serta‐merta negara kanggaru itu tergambar di ruang ingatan Cindy. Mengapa negara Australia? Banyak lagi negara lain yang boleh mereka pergi. Dalam keadaan berserabut itu, fikirannya mati di situ. Berfikir lebih‐lebih membuatkan dia sakit kepala. Biarlah ke manapun ingin lelaki itu membawanya, yang penting dia selamat. Selamat daripada buruan Albert Gan dan kuncu‐kuncunya. Mungkin ada sebab mengapa lelaki itu memilih benua Australia sebagai destinasinya.
“Dari sini kita akan ke kepulauan Indonesia dulu. Kemudian kita akan ke Cristmas Island sebelum menyelinap masuk ke negara Australia. You jangan bimbang….kawan I ada untuk membantu kita. I dah rancang lama rancangan ni….I yakin kita akan berjaya.”
Sedikit kelegaan terasa di hati Cindy. Jawapan itu bagaikan jaminan untuknya untuk terus hidup. Kali ini dia sudah nekad, dia akan mengikut ke mana sahaja lelaki itu pergi. Nyawanya akan selamat selagi berada di sisi lelaki itu. Kalau pun hujan batu di negara orang, dia sanggup. Dia tidak mahu berterusan menjadi mangsa keadaan di negara sendiri. Hidup dalam keadaan yang tidak tenang. Sentiasa diburu oleh bayang‐bayang ketakutan.
“I kena keluar jumpa kawan untuk uruskan perkara ni esok.”
“I nak ikut you….I takut tinggal seorang diri.”
“Jangan…bahaya! You akan selamat tinggal di sini.”
“Tapi….,”
“Tak ada tapi‐tapi lagi. Kalau you nak selamat, dengar cakap I!” suara Johnny Tan mula meninggi.
Keadaan tenang kembali bergelora. Di fikiran Cindy hanya memikirkan perkara yang negatif sahaja. Memang dia takut tinggal bersendirian di situ. Walaupun hakikatnya macam selamat tetapi fikirannya sentiasa berfikir yang bukan‐bukan. Rasa bersalahnya tetap tidak hilang.
Bayang‐bayang ketakutan sentiasa mengekorinya. Jiwa dan perasaannya kembali bercelaru. Dia takut ditinggalkan oleh lelaki itu. Dia takut menjadi mangsa keadaan. Wang menjadikan manusia berubah watak bertukar sikap. Pintanya, moga lelaki itu tidak berubah niatnya.
“I tahu you masih lagi bercelaru….nah ambil ni. Nanti you akan lega…tak payah nak fikir yang
bukan‐bukan. Apa‐apa berlaku, you tetap akan bersama dengan I.”
Termakan dengan pujuk dan janji lelaki itu, Cindy tanpa berfikir panjang terus menelan beberapa biji pil yang diberikan. Seketika, fikiran yang memberat di kepala semakin hilang. Segala yang berwarna bertukar kelam. Cindy mula hanyut dan tenggelam di alam fantasi.
Seingat Cindy, itulah permulaan kepada kesakitan yang dialami sekarang. Perbualannya malam
tadi bersama lelaki itu memang cukup menyakinkan bahawa dia akan selamat.
Namun bagaikan ada sesuatu yang tidak kena pagi itu. Setelah gagal mengesan Johnny Tan di
ruang tamu, dia bergerak ke arah bilik tidur utama. Pencariannya tetap hampa. Dalam keadaan
kesakitan yang masih berbaki, Cindy bergerak menuju ke bilik mandi. Tetap tidak kelihatan
kelibat lelaki itu. Perasaannya kembali tidak tentu arah. Almari pakaian diselongkar. Setiap laci
dibongkar. Pakaian milik Johnny Tan sehelaipun tidak ada di situ. Malah beg yang berisi wang
hampir sejuta ringgit Malaysia itu turut tidak kelihatan. Dadanya kembali berdebar. Semakin
lama semakin memuncak! Perasaan, tenanglah!
“SELAMAT TINGGAL SAYANG!!!!”
Sebaris nota yang tertulis di cermin menamatkan pencarian Cindy terhadap Johnny Tan.
Benarlah telahan hatinya sebelum ini, lelaki ini memang tidak boleh dipercayai. Kerana duit,
kawan menjadi lawan. Saudara menjadi mangsa. Dalam keadaan terhoyong‐hayang itu, Cindy
menuju ke pintu utama. Dia cuba membuka pintu itu tetapi gagal. Semakin kuat dia meronta
semakin hilang tenaganya. Pintu itu bermangga dari luar. Mati akalnya untuk meloloskan diri
keluar dari apartmen itu.
“Memang dasar lelaki durjana!” jerit Cindy memecah sunyi ruang apartmen itu.
Cahaya matahari yang muncul menerusi beranda yang terbuka membawa Cindy ke arah itu.
Jiwanya kembali tertekan. Dia tidak mahu mati terkurung di dalam apartmen itu. Jalan keluar
mesti dicari. Fikirannya terus jauh melayang. Langkah kaki terus membawanya ke arah beranda
apartmen yang terbuka itu. Perasaan ingin melepaskan diri dari kurungan itu semakin
meronta‐ronta. Semakin lama semakin berat tekanan yang ditanggung. Otaknya bagaikan
sudah tidak boleh berfikir lagi. Segala fungsinya hilang tiba‐tiba.
Antara sedar dengan tidak, kaki Cindy mula memanjat dinding beranda. Cahaya yang terang
mula bertukar menjadi kehitaman. Ingatan Cindy terus menerawang jauh. Mindanya terasa
kosong. Apa yang dilakukan hanya mengikut gerak kaki. Kesilapan melangkah memakan
dirinya. Satu laungan yang kuat terus bergema bersama tubuhnya yang melayang jauh.
Seketika jeritan itu mati bersama tubuh badannya yang remuk di tanah. Akhirnya, sekujur
tubuh itu terus diam bermandikan darah.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan