Sepuluh Tahun Sebelum...
Kuala Lumpur. Di sebuah apartment mewah milik Rezad. Ketika itu umur Rezad baru sahaja menginjak usia yang ke 24 tahun.
Suasana pada malam itu begitu dingin. Dia bersendirian lagi seperti selalu di apartment. Entah mengapa malam ini sukar benar untuk melelapkan mata? Mungkin kerana terlalu banyak urutan peristiwa yang terjadi semenjak beberapa hari ini. Bahkan semua itu menjadi tanda tanya dan menerawang masuk ke dalam sudut fikirannya pada saat ini. Dan setiap persoalan itu akhirnya membuatkan hati dan perasaannya menjadi rungsing.
Dia menghembus helaan nafas perlahan. Zikirullah meluncur lemah di bibir. Dia tenggelam dalam amukan perasaan yang bercampur baur. Dia memejamkan mata untuk meraih secebis tenang yang mula hinggap ke dasar hati. Dia menarik nafas lega akhirnya. Apakah itu tanda awal ketenteramkan hati berjaya dikecapi. Sebuah keredhaan kepada Allah Sang Pencipta...
Ketika suasana malam kian dingin. Rezad meneliti cuaca di luar apartement. Jelas di balkoni di luar sana masih ada bekas basah tempias air hujan. Pokok‐pokok bongzai mininya seperti sudah disirami. Syukurlah hujan juga sudah berhenti. Bisik Rezad dalam hati. Risau juga hatinya jika berlaku banjir kilat di sekitar kawasan perumahan. Sedang ketika inijJarum jam di dinding sudah menunjukan jam 11.30 malam.
Di saat taktala sendirian begitu entah mengapa getaran rasa kian hebat dirasai, perasaan itu seolah berombak kencang lalu kembali melanda hatinya. Namun dia tidak mampu melontarkan perasaan itu kerana dia tahu dia tiada sesiapa untuk dijadikan sebagai tempat berkongsi cerita. Dia sedar dia hanya manusia kesepian yang tidak punya sesiapa untuk mengadu dan meluahkan perasaannya ketika ini.
Sejak dari tadi dia berasa resah memikirkan hari‐hari yang dilalui. Segalanya terasa kosong. Sedang waktu yang beredar terasa amat membosankan. Ada ketikanya waktu dirasakan terlalu singkat dan kadang‐kadang juga dirasakan terlalu lambat. Itulah kehidupan, dia hanya manusia biasa yang tidak lepas dari berbuat khilaf. Hanya kepada ALLAH s.w.t sahajalah tempat mengadu di saat hati rungsing begitu.
Teralu hebatnya dan janggalnya rasa penangan hidup bersendirian. Kadangkala terfikir juga dirinya untuk bercinta seperti orang lain. Malah mempunyai kekasih. Kalau beristeri pun lebih bagus hidupnya juga pasti tidak sesunyi ini.
Dia bukannya tiada paras rupa. Cuma kerjayanya sebagai seorang polis yang menjadi keutamaan dalam hidupnya sekarang. Kadangkala tergerak juga hatinya sesekali hendak bercuti di kampung halaman yang telah lama ditinggalkan. Namun lantaran kerana kesibukan kerja memaksa dia melupakan semua itu.
"Entah apa perkhabarnya Tok Ki Tua dan orang‐ kampung yang lain sekarang? Apa yang tengah mereka lakukan ketika ini di kampung halaman? Ketika ini bagaikan terbayang kembali kemesraan mereka semua diruang fikiran. Indahnya.
Juga bagaikan terbau bau selut di dataran sawah padi yang menguning luas itu. Alangkah indahnya kenangan semalam. Dia berlari‐lari meniti bendang sawah dengan bebasnya. Hidupnya juga bahagia.
Apa yang pastinya negeri Kedah memang terkenal dengan jolokan negeri Jelapang Padi. Di samping itu negeri berkenaan juga mempunyai pantai yang bersih dan pulau‐pulau yang cantik serta menarik.
Pantai yang indah itu telah menjadi tarikan para pelancong asing ke negeri Kedah. Gunung Jerai juga adalah salah satu daripada daya tarikannya. Mengenang itu semua membuatkan hati Rezad bertambah kerinduan. Terbayanglah segala kemesraan suatu ketika dulu itu. Kenangan manis ketika dia masih ada ibu bapa... Bayangan itu sentiasa menemani kala hatinya kesepian.
Rezad menarik nafas dalam‐dalam cuba meraih ketenangan itu. Detik indah kenangan lalu itu membuatkan hatinya bertambah rindu. Di sebalik hatinya yang perit kerinduan dia menitiskan airmata kesedihan tanpa disedari
“Wahai Ibu... wahai bapa...” Bisik Rezad di dalam hati. Airmatanya tiba‐tiba menitis di pipi ketika ini. Terasa sebak mengenangkan segalanya. Hakikatnya dia sebagai lelaki juga tahu apa itu erti tangisan. Adalahsatu sikap yang normal lelaki menangis. Kerana bukankah lelaki itu juga manusia biasa.
Dia sedar tiada walaupun tiada sesiapa yang menunggunya di sana. Kedua ibu bapanya juga sudah tiada. Cuma yang ada hanyalah Tok AKi Tua yang pernah menjadi tok guru mengaji dan Guru silatnya. Mungkin hanya Tok AKi Tua itu saja yang masih mengingatinya?
Sebenarnya dia ada harta warisan di sana. Namun dia tidak mampu mengusahakan semua itu. Lantaran kerana dia juga sibuk dengan kerjaya sendiri.
Maka terpaksalah dia melupakan harta warisan peningalan itu buat seketika dan mengamanahkan pihak‐pihak tertentu mengusahakannya. Hasil keuntungan dari tanah ladang itu diamanahkan kepada pihak berwajib untuk menguruskannya. Sebahagian kecil pula didermakan kepada pihak yang memerlukan ,sebahagian lagi untuk membayar kos penyelenggaran dan upah para pekerja dan pihak yang menguruskannya. Semua derma itu diniatkan untuk pahala kedua ibu bapanya.
Semoga amal jariah sedekah, membina rumah anak yatim, rumah orang tua dan tanah yang diwakafkan membina tapak masjid itu semua akan menjadi penyambung silaturahim dia dan kedua‐dua orang tuanya yang ketika ini berada dialam barzakh, insyaALLAH.
Dia masih ingat lagi pada pertama kali ketika wasiat dibacakan oleh peguam keluarga di suatu ketika dahulu. Ketika itu umurnya baru sahaja mencecah 21 tahun pada hari lahirnya.
Pada waktu itu dia telah bertekad mengambil keputusan yang hampir mengejutkan semua orang. Sanak saudara dan kaum kerabat sebelah keluarga bapa dan juga sebelah ibunya ramai yang terkejut dengan keputusannya itu.
Ramai yang berangapan dia bodoh kerana berbuat demikian. Oleh kerana tidak mahu memikul semua tanggungjawab itu sepenuhnya, dia mendapatkan nasihat peguam peribadinya untuk membuat draff perjanjian.
Untuk satu tempoh masa diberikan untuk memikirkannya. Ini adalah kerana pada masa itu dia merasakan dirinya masih terlalu muda. Sebenarnya dia mengejar cita‐citanya untuk menjadi seorang pegawai polis yang berjaya terlebih dahulu.
Dia mengamanahkan segala pengurusan harta miliknya kepada orang tertentu untuk menjagakan haknya tanpa berlepas tangan sepenuhnya. Bermakna, dia hanya memantau dari jauh tanpa penglibatan total.
Bagi Rezad. Tugas utama sebagai seorang pegawai polis sudah pastinya menjaga keamanan dan kedaulatan dalam negara.
Setiap langkah dan tindakan yang diambil haruslah dilakukan dengan bijak dan berhemat serta penuh dengan disiplin diri. Dia berhasrat untuk menjadi seorang pegawai polis yang baik. Keselamatan orang awam juga perlu dititik beratkan agar dapat menjaga maruah dan nama baik jabatan polis di negara Malaysia yang berdaulat ini.
Sudah lama dia berhasrat. Akhirnya cita‐citanya untuk menjadi seorang pegawai polis yang berjaya telah tercapai. Kerana dedikasi yang tinggi berbagai kejayaan telah dikecapi. Kecemerlangan dirinya dalam kerjaya kepolisan sering mendapat pujian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan