“Okeylah ni markah kau dapat. Daripada kosong je memanjang,” perli Suhaila tersengih mengusik temannya itu.
“Banyaklah kau kosong. Ini kira nasib baik tau. Syukur Alhamdulillah,” ucap Nuraini tidak terhingga kerana dia mencapai markah sebegitu rupa walaupun tidak setinggi mana.
“Nasib baiklah sebab laki kau tolong. Kalau tak, sejarah bakal berulang,” kata Suhaila tergelak
terbahak‐bahak mengenakan Nuraini. Ketawanya semakin besar bila Nuraini memukul‐mukul
lengannya tanpa henti.
“Mulut tu jaga sikit ya. Aku yang minta tolong dia, memang patutlah aku dapat markah macam ni. Bukan macam kau, maintain dari dulu sampai sekarang,” balas Nuraini turut rasa geram.
“Eleh! Mulalah tu nak berlagak. Setakat 50 je markah, aku pun boleh tau,” kata Suhaila turut merasa berkeyakinan untuk memperolehi markah sebegitu rupa juga.
“Siap kau kalau tak dapat,” bidas Nuraini tergelak dengan jawapannya. Suhaila juga tidak terkecuali dalam tawa persahabatan mereka berdua tu.
“Woi! Gelak je lebih. Makan tak pun korang berdua ni,” suara itu bergema di telinga mereka berdua yang baru tiba di meja makan mereka di mana mereka selalu makan bersama.
“Rehat lambat lagi habis,” balas Nuraini membela dirinya serta Suhaila.
“Memanglah. Dah banyak sangat aku tengok asid masuk dalam bihun sup korang tu,” sindir Faridah pedas selamba duduk bersama mereka di meja makan.
“Mulut!” serentak mereka berdua menyebut tanda terkejut.
“Gembiralah kau kan hampir semua subjek kau dapat cemerlang. Tak macam kita orang. Dari form four asyik markah sama je,” puji Hafizuddin tiba‐tiba menyuara di kala mereka semua sedang enak menjamah makanan bersama.
“Biasa‐biasa je. Aku pun study macam korang jugak. Tak ada beza pun,” ujar Zamri merendah diri ketika menyuapkan nasi lemak ke mulutnya.
“Nampak je biasa tapi hasil memang amat luar biasa. Susah sikit Zam nak gagal. Kalau kita, senang je kita dapat markah rendah,” tutur Shahrul turut bersetuju dengan apa yang katakan oleh Hafizuddin itu.
“Itulah, dah kita asyik sangat study sendiri. Bila nak markah tingginya. Cuba study dengan Zam
sekali. Baru dapat sikit aura A dia tu,” sampuk Afiq turut menyuarakan pendapatnya sendiri.
“Korang tak nak, tak kan aku nak paksa pulak. Kena ikhlaslah sikit. Sekejap je lah SPM nak dekat,” kata Zamri mengingatkan dia tentang ajakan dia kepada temannya agar belajar berkumpulan. Mereka lebih suka belajar berkumpulan di akhir‐akhir saat. Bagi Zamri, dia pula tidak bisa berbuat begitu. Seawal yang boleh dia merancang untuk belajar berkumpulan dan seorang diri di saat akhir bagi persediaan akhir bagi tujuan peperiksaan.
“Iyalah. Kita orang menyesal. Sebab banyak sangat nak cover masa akhir,” rungut Hafizuddin sambil memohon maaf pernah menolak ajakan Zamri berlajar bersama teman sekelasnya yang lain.
“Suka sangat study last minute, macam tu lah jadinya. Kena cover awal‐awallah baru A dapat. Ini jawab soalan macam nak tak nak je,” perli Zamri menjadi mereka ketawa seketika.
“Kami ni jenis banyak main sikit. Tak macam kau dengan Shahrul. Jenis kaki study. Nama pun kelas belakang lagikan,” Syafiq turut bersuara waktu itu. Syafiq, Hafizuddin dan Afiq masing-masing
berada di kelas belakang dari Zamri dan Shahrul. Mereka berdua pula tidak memilih untuk bersahabat bersama mereka dan yang lain waima tidak setanding dalam pelajaran.
“Kalau korang kelas belakang pun, boleh dapat A apa. Cuba kena tekankan sikitlah bab study ni. Jangan sampai tak rehat langsung sudah. Tak pasal‐pasal tak masuk dewan pulak nanti,” nasihat Zamri serba sedikit.
“Jangan ambil exam dekat hospital sudah,” seloroh Shahrul membuatkan mereka berempat tergelak besar.
“Itu minta simpang jauh‐jauh. Senakal‐nakal kita orang pun belum pernah lagi ambil exam dekat hospital. Aku tak mahu cari publisiti murahan,” ujar Afiq cuba berjenaka. Zamri dan Shahrul hanya tersenyum kecil.
“Kalau subjek‐subjek teras bolehlah Zam ajarkan kita nanti,” usul Hafizuddin memberi cadangan. Oleh kerana sebelum peperiksaan pertengahan sekarang mereka sibuk belajar seorang diri, kini mereka inginkan bantuan Zamri dan Shahrul yang mempunyai kelebihan masing‐masing. Zamri pula bijak di dalam matematik tambahan. Jadi, matematik juga bukan masalah baginya jika tahap begitu dia sudah mampu menguasainya. Shahrul pula mahir menguasai fakta sejarah. Apa yang berlaku pada zaman dahulu kala, dia cuba mengingati peristiwa‐peristiwa penting saat Negara Malaysia di ambang kemerdekaan dan selepas bebas dari jajahan.
“Itu pun, kalau dia masih sudi ajar koranglah,” penuh makna Shahrul menutur ayat smabil tersenyum manis. Zamri pula sudah berkerut seribu tanda tidak memahami. Begitu juga mereka bertiga yang lain.
“Kenapa pulak?” Syafiq memberanikan diri untuk bertanya.
“Dah jadi cikgu tak bergaji sekarang ni,” sinis saja suara Shahrul masih mahu mengusik Zamri yang sudah berubah air muka.
“Bila masa pulak Zam jadi cikgu?” giliran Afiq pula naik hairan bila dia kurang memahami.
“Dia jadi cikgu kepada kekasih hati dialah maksud aku,” Shahrul membongkarkan rahsia sebenar tanpa sempat Zamri membuka mulut untuk berdalih. Zamri sudah membuat muka bosan dan bersedia saja pelbagai soalan dari tiga pegawai JPJ di hadapannya kini.
“Wah, patutlah tak sudi ajar kita orang. Rupanya, kumbang dah jumpa sekuntum bunga,”
Hafizuddin berbahasa kias sambil tersenyum kecil.
“Tak ada kena mengena pun ek kesudian aku nak mengajar korang ke tak. Sendiri mahu ingatlah. Dah dia minta tolong, aku tolonglah sebagai classmate,” Zamri mencipta alasan logik.
Moga mereka semua tidak dapat menghidu agendanya.
“Sebagai classmate or sebagai kekasih Zam?” selamba saja Afiq bertanya sambil meneguk sisa air di dalam gelasnya.
Zamri hanya diam. Sedang berfikir sejenak jawapan yang membolehkan mereka percaya seratus peratus. Akhirnya, dia berlaku jujur.
“Yes! As my girlfriend. Puas hati?” akui Zamri penuh tenang di hati.
“Wow! Bravo man. Rupanya kawan aku ni dah jatuh cinta. Habis je SPM, terus kahwin. Memang
terbaik aku kata Zam,” begitu teruja Hafizuddin memberi cadangan bernas di fikirannya.
“Banyaklah kau. Result pun tak keluar lagi, jangan mimpilah parents aku nak bagi. Lagi pun, aku nak sambung belajar lagi. Baru fikir pasal kahwin,” ujar Zamri ingin melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi lagi.
“Kau jangan Zam. Buatnya terjadi betul‐betul, memang gempaklah aku cakap. Aku respect kau
tinggi‐tinggilah,” kata Afiq menyokong kata‐kata Hafizuddin juga.
“Dah, dah. Tak payah nak mengarut sangat. Mustahil nak jadi macam tu. Aku waras lagi nak fikir mana saya untuk di dahulukan,” bantah Zamri serius. Malas mahu melayan kerenah mereka bertiga sebenarnya. Seperti mengharap perkara itu akan terjadi pada dirinya.
Ketika itu, loceng berbunyi tanda waktu rehat sudah pun tamat. Mereka yang mula menyedarinya mula bangun dari bangku dan bergerak ke kelas semula. Sepanjang perjalanan pulang ke kelas, Zamri dan Shahrul berjalan beriringan seperti selalu namum Zamri lebih berdiam diri daripada bercakap sebelum ini. Shahrul tahu, ada sesuatu yang sedang di fikirkan oleh Zamri dan ada juga kaitannya dengan hal tadi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan