Arianna menikmati keindahan Bandaraya Kuala Lumpur dari pelantar setinggi 276 meter. Dia benar‐benar teruja memandangkan itu kali pertama dia menjejakkan kaki ke Menara Kuala Lumpur. Suasana di situ membuatkan dia teringat saat pertama kali mereka mengunjungi Eiffel Tower di Kota Paris.
“Seronok tak?” tanya Fariez yang setia di sisi.
Arianna sekadar mengangguk tanpa menoleh. Asyik melihat panorama di depan mata.
“Macam kat Eiffel Tower, kan?” Arianna berpaling. Fariez mencemikkan wajah lagak berfikir.
“Lebih kuranglah. Tapi kat sini tak ada salji,” sahut Fariez.
“Kenapa Riez bawa Rian ke sini? Untuk mengingati kenangan kita?”
Arianna bersandar pada palang besi mengadap Fariez. Fariez tidak segera menjawab. Hanya tersenyum menatap wajah di depan.
“Riez nak minta maaf pada Arianna.”
“Untuk apa?”
“For everything. Riez tak pasti kalau Rian dapat terima apa yang akan Riez katakan,” Fariez
menundukkan wajah seketika. Hati yang sedia gusar kian bergetar hebat.
Benar dia takut untuk meluahkan segalanya. Takut dia akan kehilangan Arianna. Namun begitu dia perlu berterus terang sebelum perkara itu diketahui Arianna melalui orang lain.
“Kenapa ni? Suspense semacam aje? Riez curang dengan Rian ke?” Arianna sengaja menduga.
Dia turut berdebar‐debar.
Fariez mengangkat wajah. Seulas senyuman diukirkan sebelum keluhan halus terluah.
“Kenapa ni? Tolong jangan buat Rian takut.” tanya Arianna lagi. Dia hanya membiarkan tatkala
Fariez meraih jemari.
“Riez... nak berterus terang dengan Rian,” Fariez menghela nafas kencang.
Arianna tak melarikan pandangan. Sedia untuk mendengar sedangkan debaran kuat menghentak dada. Selama mengenali Fariez, belum pernah dia melihat lelaki itu berwajah serius.
“Mungkin perkara yang akan Riez cakapkan ni boleh membuatkan Rian marah. Dan mungkin juga Rian akan benci pada Riez. Tapi Riez tak boleh tangguh lagi. Riez perlu beritahu segala-galanya,”
Fariez merenung mata Arianna sedalam mungkin. Dahi Arianna jelas mempamerkan kerutan.
“Kenapa ni? Please. Just straight to the point,” Arianna makin berdebar. Jemari Fariez erat digenggam.
“I want to marry you,” ujar Fariez perlahan.
Arianna terpana. Terkaku dan terkelu.
Fariez menyeluk poket jeans yang dipakai. Mengeluarkan sebuah kotak baldu. Sebentuk cincin kelihatan berkilau setelah dia membuka kotak itu.
“Sudikah Arianna jadi isteri Riez?”
Arianna tetap tergamam. Seketika dia tersenyum.
“Itu aje perkara yang Riez nak beritahu Rian. Buat suspense aje,” Arianna menarik cebik.
“Tapi Rian tak boleh nak beri kata putus sekarang. Sebab kita ada adat, kan? Elok kita ikut adat orang melayu. Lagipun Rian masih ada family,” Arianna memandang Fariez. Wajah lelaki itu masih tak berubah riak.
“Iye. Riez tahu. Tapi Riez ada...”
Ayat Fariez tergantung mendengar deringan telefon bimbit Arianna. Arianna turut tersentak.
“Err... sekejap ya,” pinta Arianna.
Dia beranjak menjauhi untuk menjawab panggilan. Fariez hanya mengangguk. Dalam diam, dia
menghela nafas tenang. Sekurang‐kurangnya dia masih diberi peluang meraih semangat yang tiba‐tiba hilang.
“Hello.”
“Hello. Boleh saya tahu siapa di sana? Telefon saya ada merakamkan panggilan Cik. Emm... beberapa kali. Siapa di sana, ya?” kedengaran satu suara wanita di hujung talian.
Arianna segera melihat kembali nombor yang tertera pada skrin telefon. Dia yang ingin bersorak riang berpaling memandang Fariez.
“Err... Nor Diana binti Mohd Rafi ke tu?” tanya Arianna untuk kepastian.
“Err... Iye. Saya Nor Diana. Err... boleh saya tahu siapa di sana?”
“Alhamdulillah. Maaf kerana mengganggu akak. Saya ... err... saya Arianna. Akak mungkin tak kenal saya dan saya pun tak pernah jumpa akak. Tapi saya adik Amiruddin. Adik ipar arwah Maizura,” beritahu Arianna. Dia benar‐benar gembira kerana usahanya sudah membuahkan hasil.
“Adik ipar Maizura?” Diana begitu terkejut setelah nama arwah teman baiknya disebut kembali.
Setelah sekian lama.
“Iya, kak. Saya Arianna. Err... sebenarnya saya ada banyak perkara nak tanya pada akak. Berkenaan arwah Kak Zura. Boleh saya jumpa akak?”
“Berkenaan Maizura? Emm... akak rasa dah tak ada apa nak dicakapkan pasal arwah. Lagipun arwah dah lama meninggal. Tapi kalau adik nak jumpa akak, akak tak kisah.”
Diana menyembunyikan kesayuan hati. Namun begitu dia tetap tertanya‐tanya apa maksud gadis bernama Arianna itu.
“Bila kita boleh jumpa?” tanya Arianna tak sabar.
“Err... Arianna, kan? Akak sebenarnya tak lama kat KL ni. Sebenarnya esok akak akan fly ke Australia. To be with my family. Akak akan tinggal kat sana. Emm... apa kata kalau Arianna datang rumah akak sekarang? Atau Arianna ada hal lain?”
“Err... sekarang memang saya ada hal. Emm.. kalau saya datang malam nanti boleh? Tak mengganggu akak dengan family ke?” tanya Arianna sedangkan mata memandang Fariez yang tunak melihat keluar.
“Boleh. Tak mengganggu. Lagipun cuma ada akak dengan anak bongsu akak aje. Arianna nak datang malam ni ke? Kalau macam tu tulis alamat akak ni.”
Diana memberitahu alamat rumahnya. Terkocoh‐kocoh Arianna menyelongkar beg tangan menyalin alamat itu.
“Terima kasih, kak. Insha‐ALLAH, lepas Isyak, saya akan ke rumah akak. Assalamualaikum.”
Arianna menamatkan panggilan. Dia segera menghampiri Fariez dengan senyuman melebar di bibir. Fariez pula tersenyum tawar setelah dihampiri.
“Siapa?” tanya Fariez.
“Kawan,” jawab Arianna ringkas.
Fariez sekadar mengangguk. Keluhan halus terluah lagi. Hati kembali berdebar‐debar.
“Okeylah. Back to our topic. Apa perkara yang Riez nak beritahu Rian? Selain daripada marry you?” soal Arianna membuatkan Fariez kembali menggelabah.
“Err... Sebelum tu Riez nak minta maaf banyak‐banyak dengan Rian,” Fariez merenung mata Arianna. Gadis itu kelihatan tenang.
“Ada apa ni? Memang Riez ada buat salah dengan Rian ke?” Arianna kehairanan. Entah kenapa
Fariez tak habis‐habis meminta maaf darinya.
“Iye. Riez banyak buat salah pada Rian. Riez banyak berbohong pada Rian.”
“Berbohong? Apa maksud Riez?” Arianna mula kaget.
“Riez berbohong tentang siapa diri Riez yang sebenarnya,”
“What ... what do you mean?”
“Sebenarnya, Err... Riez memang anak yatim piatu. Riez tak ada sesiapa kat dunia ni selain angkat kat Malaysia. Riez berasal dari keturunan kerabat. Nama sebenar Riez ... Tengku Farizan bin Tengku Kamil. Dan keluarga angkat Riez adalah Mak Senah dan Pak Usin.”
Fariez bersuara perlahan supaya semua itu didengari Arianna. Tanpa perlu untuk dia mengulanginya. Mata tunak memandang. Dia sudah bersedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan. Kecuali kehilangan Arianna.
“Ap... apa yang Riez cakap ni?” Arianna tersentak seketika. Spontan kaki terundur ke belakang.
Fariez yang terkejut dengan tindakan Arianna segera menarik tangan gadis itu.
“Riez tak berniat nak berbohong pada Rian. Riez sebenarnya dah biasa hidup sendiri. Riez lebih
dikenali sebagai Fariez bin Kamil. Tak bermakna hidup Riez walau berasal dari keluarga ternama sekalipun. Kerana Riez tetap anak yatim piatu. Riez tetap tak punya ibu bapa.”
“Macamana dengan Mak Senah? Maknanya Riezni anak angkat Mak Senah yang selalu Mak Senah ceritakan tu. You are... Tengku Ezan, anak angkat arwah Mama Lia?” Arianna mencerunkan pandangan.
Saat itu tangkai hati terasa disentap kasar. Sungguh dia tidak menyangka semua itu. Dan dia juga tidak pasti apa yang sedang dirasa. Terkejut? Marah? Atau gembira?
“Iye. Riez adalah orang yang sama. Riez pernah jadi anak angkat Mama Lia dan...”
“Kenapa Riez tak pernah beritahu semua ni? Bertahun kita kenal tapi kenapa Riez tak pernah beritahu Rian yang Riez ni anak angkat Mak Senah? Kenapa mesti nak sembunyikan semua ni? Atau Riez fikir Rian tak akan terima Riez hanya kerana...”
“Oh! How could you think like that?”
Air mata Arianna mula bergenang. Perlahan dia menarik jemari dari pegangan Fariez.
“Arianna, Riez tak bermaksud macam tu.”
Fariez cuba meraih kembali jemari Arianna tapi gadis itu beranjak menjauhi.
“You mean kita pernah kenal waktu Mama Lia meninggal?"
"Arianna, Riez... maafkan Riez. Riez tak berniat nak..."
"My God! Rian... boleh terima kalau Riez cuma berbohong pada Rian. Tapi Riezjuga dah berbohong pada arwah Mama. Mama yang terima Riez dan anggap sebagai saudara sendiri. Tapi Riez tak pernah beritahu kebenarannya. Riez berbohong pada mama until she past away. And you... Oh! How could you?”
“Tak, Arianna. Riez tak bohong. Riez cuma...”
“Cukup! Rian tak dapat nak terima semua ni. Mungkin cinta Riez juga satu pembohongan. Another lying.”
Arianna mula menangis. Fariez benar‐benar tergamam dan terpana. Semakin dia cuba mendekati semakin Arianna menjauhkan diri.
“Tak, Arianna. I do and I really love you.Sejak pertama kali Riezlihat foto Rian kat rumah lama Dato’. Sejak hari itu juga Riez berusaha untuk cari dengan Rian.”
“Maknanya, masa tu pun Riez berpura‐pura sakit? Oh! How could you?”
“Tak, Rian. Riez memang...”
“Sudah. Rian dah tak sanggup nak dengar lagi. Rian dah.....”
Sendu Arianna kian kedengaran. Dia merenung wajah Fariez. Perlahan, cincin platinum yang tersarung di jari ditarik. Dikembalikan pada Fariez membuatkan lelaki itu semakin tergamam.
“I’m so... upset with you,” ujar Arianna lalu meninggalkan lelaki itu.
“Arianna!” Fariez mengejar namun Arianna tetap berlalu.
“Arianna, tunggu dulu! Dengar penjelasan Riez.”
“Arianna...”
Fariez tertunduk. Langkahnya terkaku di situ. Sungguh dia tidak menyangka begitu sekali reaksi Arianna. Dia hanya mampu memandang kepergian Arianna tanpa dapat berbuat apa-apa sebelum kembali merenung sebentuk cincin di tapak tangan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan