Raila menutup perlahan pintu kereta Nissan X‐Trail 2.5L ibunya sambil merenung bangunan yang mempunyai kubah bulat terletak menelangkup di tengah‐tengah bumbungnya itu. Indah dan menyejukkan pandangan. Dadanya terasa sesak tiba‐tiba. Al Maklum manalah pernah dia ke masjid sebelum itu? Ada perasaan aneh tetapi nikmat menjalari dada.
"Kau ambil aku dekat masjid tau? Lepas Asar!" berkali‐kali Mawaddah memantak ke gegendang telinganya. Sedar tak sedar, kakinya sudahpun berada di tengah‐tengah pintu masuk hendak ke masjid itu. Dia tersentap bila kedengaran bunyi azan dilaungkan agak kuat.
Mungkin Mawaddah sudah ada di dalam bersiap sedia untuk solat. Dia menggelar Mawaddah dengan panggilan muslimah kerana Mawaddah tidak seperti rakan‐rakannya yang lain yang juga berjilbab. Ini kerana pakaiannya biasa‐biasa sahaja. Kalau tidak juba kelabu, jubah gelap atau hitam yang jadi pilihannya. Dia juga tidak suka memakai tudung yang meleret‐leret atau melilit‐lilit.
Matanya dirapatkan. Perasaannya syahdu semacam. kalau boleh biarlah azan itu berkumandang terus dan jangan berhenti. Dia mahu terus mendengarnya. Nikmat bagaikan halwa telinga.
'Cik, nak mintak saya langgar ke?" Raila terkejut lalu membuka pelupuk matanya luas‐luas.
Bibirnya separuh ternganga.
Adam pakai jubah macam ni? Jubah putih pula! Malah, dia juga memakai ketayap putih bersinar di kepalanya. Waah... kacaknya. Nuraninya berbisik. Mata nakalnya mengagumi paras wajah yang kelihatan amat berseri‐seri itu. Lebih berseri berbanding selalu. Dia berkira‐kira hendak kembali meminati lelaki itu. meskipun benci dengan mulutnya yang gemar memuji kecantikannya.
Tapi, bila masa pula Adam berhijrah...
"Cik ni dah kenapa? Terpinga‐pinga macam orang sesat..." Pemuda yang disangkanya Adam itu bersuara lagi. Raila menekup sepasang bibirnya yang terlopong. Meskipun ayat pemuda itu agak kasar, namun nadanya yang dilembutkan menutupi kekurangan caranya itu.
"M... maaf." ringkas dan perlahan daripada Raila. Pemuda itu mengerutkan dahi.
"Kalau nak solat, di bahagian wanita ada disediakan telekung." Mulutnya berkata tetapi perkataan 'telekung' itu seolah‐olah memaksanya menembak pandangannya ke lain. Mungkin dia bimbang jika Raila akan terasa hati pula. Maklumlah dengan keadaan dirinya yang tidak berjilbab dan terdedah aurat dari paras lutut ke kaki.
Pandang jujur pemuda itu membuat Raila terasa seolah‐olah dia sedang dibogelkan di depan khalayak ramai. Dia berasa amat malu.
"Abang... tunggu! Kita solat sekali."
Adam?
Dua kali terkejut. Pemuda yang menghadapnya itu turut menoleh ke arah pemuda yang sedang melaungkan suara.
Raila berasa aneh menyaksikan dua wajah yang serupa benar itu.
Patutlah wajah dia mirip Adam... bisik Raila. Adik beradik rupanya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan