2014...
“Babe, kau suka dia! Kau sukakan dia kan?”
Mata Anna membulat seiring dia menutup mulut. Riak wajahnya seakan tidak percaya selepas diajukan soalan itu kepada sahabatnya. Hampir dia menjerit tadi!
Excited oh! Teruja benar dan masih tak percaya Nayla boleh jatuh hati, gerutunya di dalam hati. Nayla Nazreena pula yang menerima soalan ituu, hanya mampu memberikan respons, muka longo dia tu. Melopong. Blur dia mai lagi lah tu. Soalan Anna tak dijawab. Digaru kepalanya yang berlapis tudung sarungnya itu, walhal tak gatal pun. Lantas Nayla bangun.
Kepalanya buntu tiba‐tiba. Tepu.
‘Aku suka dia? Takkanlah...’ Nayla cuba menidakkan. Hati dan perasaannya sendiri ditidakkan.
Dia geleng kepala. Berkerut seribu wajahnya.
Dipejamkan matanya. Cuba bertenang.
Entah kenapa... Bayangan mamat yang berkaca mata dengan muka skema dia tu yang menjengah kepala otaknya sekarang ini. Boleh menggetarkan hati dia sekali pulak tu.
Padahal selama ni, dah banyak kali pandang, takde pun rasa apa. Sekadar pandangan terhadap teman biasa. Tapi sejak dua menjak ni... Lepas kejadian tanpa sengaja hari tu... hati dia berdebar‐debar pulak tiap kali bertembung dengan mamat berkaca mata lagi nampak sungguh skema itu...
Disentuh dadanya. Berdebar‐debar. Kencang. Senyuman si mamat berkaca mata itu nampak manis pada bayangannya.
Nayla merengus. Perasaannya bercampur‐baur. Dicelikkan semula matanya. “Kenapa perlu kau muncul lagi dalam bayangan aku, Hareez?” kata hatinya menggerutu lagi. Cukup tidak berkenan dengan perasaan begini.
Riak wajahnya juga mulai berubah‐ubah. Seiring dengan apa yang difikirkannya. Kejap cemberut, kejap tersenyum sendiri. Kejap geleng‐geleng kepala. Kejap tunduk, kejap dongak dah tu garu‐garu muka pulak.
Kejap terkinja‐kinja melompat macam kuda mabuk ketum ala tarian Gangnam Style tu. Berapa banyak kejap lah. Dah macam orang tak betul pulak Anna melihatkan si sahabatnya ini. Nasib baik lah dia tak buang tebiat, kejap‐kejap korek hidung macam yang selalu dibuatnya bila otak sengal dia mai. Kalau tak, pasti kuat jeritan Anna nanti yang begitu geli dengan taik hidung masinnya itu. Tak senonoh.
“Argghhhh, serabut!” Tengoklah bila dah serabut ni, keluar semua kemengarutannya. Apa tu kemengarutan? Adik‐beradik mengarut. Nayla bermonolog sendiri.
Anna yang sedari tadi memandang dah makin pelik, kelu melihatkan gelagat tak semena sahabatnya ini. Nayla, Nayla. Sempat lagi dia buat tarian kekuda Gangnam Style tu tadi.
“Hai la, bila minah kusut dah makin serabut. Dah macam orang gila aku tengok,” gerutu si Anna, perlaha aje suaranya. Dia juga geleng kepala melihatkan Nayla yang serba tak kena ni.
Ini baru dia yang tanya betul ke Nayla sukakan mamat tu.
Kalau mamat tu sendiri yang tanyakan Nayla, mahu direct kejung kat situ jugak si Nayla ni agaknya.
Hampir terhambur tawa Anna melihatkan gelagat temannya ini. Tapi cuba ditahannya. Kang sentap pulak kalau Nayla perasan dia gelakkan depan‐depan. Lucu melihatkan Nayla yang dah blushing lain macam dah tu termangu‐mangu ni.
Hai la, bila orang yang susah jatuh cinta bila dah ‘TER’jatuh cinta ni kan, memang payah.
“Babe, kau ni dah kenapa? Dah macam beruk mak yeh aku tengok. Aku tanya soalan satu tu simple je kot. Terus keluar balik perangai beruk mak yeh kau ni?”
Anna jongket kening. Nayla cemberut. Sekilas dijeling tajam akan Anna. Terbalik bibirnya. Anna pula ketap bibir, baru tersedar mulutnya dah terlebih dose. Eh bukan, terlepas cakap la. Sentaplah tu si Nayla ni, dah tunjuk muncung macam penyangkut baju ni, duga Anna. Nayla mendengus. Dia dah lah tengah kusut ni, Anna boleh cakap dia beruk mak yeh pulak... Lantak lah...
Yang penting, macam mana dia nak hilangkan perasaan berdebar‐debar kencang ni. Dengan muka yang dah memerah macam udang kena steamboat. Aduuhaaaiii... Parok!
Lantas Nayla kembali mencangkung, tepat‐tepat di hadapan Anna. Dipegang kemas kedua belah pipi Anna supaya mata temannya itu kembali menatap anak matanya. Terkujat beruk Anna dibuatnya dengan tindakan pantas dan tak diduga si Nayla itu. Hingga macam mulut itik memuncung mulutnya Nayla pegang.
Mata pula sudah tepat merenung ke dalam mata hitam satu sama lain. Dah kenapa lagilah si Nayla ni! Gerutu Anna, dalam tergamamnya.
Nayla hela nafas. Reaksi terkedu Anna tak diendahkan. Dengan riak monyok, dia bersuara...
“Anna... Takkan aku dah sukakan dia kot? Betul ke aku suka dia? Macam mana aku boleh sukakan dia pulak? Takkanlah... Ada nampak ke gaya aku suka dia?” soal Nayla bertubi‐tubi.
Beria‐ia dia bertanya.
Nayla sangsi. Susah hati! Main game Candy Crush Saga level 242 pun tak ada la susah sampai macam ni! Menggerutu habis si peminat tegar aplikasi permainan Candy Crush Saga ini. Anna pula, hanya mampu mengangguk, dengan mata kuyunya itu. Mata kuyu, tanda simpati dengan Nayla yang termangu dalam kesangsian itu. Tanpa suara dia memberikan jawapan. Melalui anggukannya. Mengiakan. Mengiakan yang... Nayla dah sukakan mamat cermin mata skema tapi macho tu!
“Ya, Nayla. Dari pemerhatian aku, kau memang dah mula sukakan dia... Dan kau tak dapat nak sangkal lagi sorokkan dari aku. Kau sukakan dia. Kau sukakan Hareez!” Anna mula bersuara.
“Apasal kau cakap macam tu?” wajah Nayla semakin mendung. Tadi dia mengharapkan Anna berikan ‘Tak’ sebagai jawapan. Tapi itu memanglah mustahil.
Nayla geleng‐geleng kepala lagi. Tak nak percaya! Tak nak percaya perasaan di hati sendiri. Lantas Nayla tertunduk kembali memandang lantai bilik mereka.
Kedua tangan Nayla yang masih di wajahnya Anna tarik. Dipegang kemas lagi erat, tapi masih penuh kelembutan akan kedua belah pergelangan sahabatnya itu. Diusap lembut sekejap tangan Nayla.
“Nayla, dengar sini...” tukas Anna lagi. Giliran Nayla pula mencari semula anak mata Anna.
Dengan mata sayunya itu, Nayla memandang anak mata Anna semula.
Anna sempat mengukir senyuman. Senyuman penuh makna. Lantas dia menyambung bicara.
“Nayla...”
“Hurmmm?” Nayla membulatkan matanya.
“Bertenang dulu...” pinta Anna.
“Aku tak boleh... Aku buntu. Aku keliru sangat sekarang ni, Anna. Takkanlah betul aku suka dia...” rintih Nayla lagi. Jatuh bahunya. Merengus panjang. Dia betul‐betul buntu, tidak tahu apa perasaan sendiri. Sudahlah buntu, keliru pula tu. Kesian...
“Kau cuba rasa hati kau...” arah Anna pula. Cukup nada memujuknya.
Nayla cuba menurut. Disentuh kembali dadanya.
“Pejam mata kau..” Nayla ikut lagi arahan Anna. Dipejamkan kembali matanya.
“Tarik nafas... hembus... Slowly...”
Nafas Nayla hela dalam‐dalam lalu dihembus, perlahan‐lahan.
“Okay, sekarang aku nak kau jujur dengan aku...”
“Apa dia?” tanya Nayla dalam keadaan mata masih terpejam.
“Apa yang kau nampak sekarang?” soal Anna, berbisik tepat ke telinga Nayla. Tapi dalam hati, membuak‐buak dengan rasa ingin tahu.
Nayla terdiam. Agak lama.
Membuatkan sengihan sumbing terbit di bibir Anna. ‘I got you, dear...’
“Huhhhh...” Keluhan berat dilepaskan. Perlahan‐lahan Nayla buka mata.
“Anna... Aku nampak...”
Cepat‐cepat Anna mendekati Nayla dengan lebih dekat. Ternanti‐nanti.
“Apa yang kau nampak?” Anna menyoal. Dengan penuh rasa tak sabar.
Nayla tertunduk. Pandangan mengharap Anna yang macam memberi maksud “kau nampak apa weyh? Nampak dia kan kan kan...” itu melemahkan semangatnya. Huhhu!
“Aku... nam... nampak dia. Masa dia tengah rushing nak masuk saf solat jemaah kat surau hari tu... Dengan muka dia yang masih basah dengan wudhuk tu... Masa tu dia tanggalkan cermin mata dia... Dia khusyuk baca doa habis wudhuk pastu terus masuk saf... Then... Bayangan tu yang... kerap datang menjengah tiap kali aku pejam mata.”
Beria‐ia Nayla menuturkan kata walaupun agak tersekat‐sekat pada awalnya.
Membuntang mata Anna mendengarkan patah bicara Nayla itu lalu dia mengukir senyuman. Senyuman paling lebar.
“Kau dah suka dia... Oh my babe, kau dah terkena simptom Oh My Candy Crush nampaknya! Huwaaaa...” tukas Anna, gembira. Melonjak kegirangan dia.
Nayla mengerutkan dahi. Simptom Candy Crush? Apa tu?
Anna ni pun duduk berteriak pulak bila dah gembira sangat. Nasib baik dia orang berdua aje dalam bilik ni. Kalau kawan‐kawan bilik yang lain ada, memang makan pelangkung si Anna ni, omel Nayla di dalam hati.
Nayla ni pun kalau mengomel kalah mak nenek! Walaupun cuma dalam hati. Huhhu...
“Babe, kejap... apa benda simptom Oh My Candy Crushtu? Adik‐beradik game Candy Crush Saga tu ke?” soal Nayla. Masih pelik.
Apakebenda la menatang simptom Candy Crush tu gamaknya. First time dengar kut. Selama ni yang dia tahu main game Candy Crush je...
“Oh my candy crush tu...” ujar Anna separuh lalu terhenti. Nafas dihela sekejap.
“Urmmm...” Nayla setia memandang Anna, terkelip‐kelip matanya menantikan jawapan yang
ditunggu‐tunggu.
“Kau rasa sweet‐sweet macam makan candy tak bila kau tengok dia? Rasa macam bahagia sangat bila gula2 tu mencair penuh dalam mulut kau... Happy sangat, and macam tu lah jugak perasaan ‘bahagia’ tu bila kau terbayangkan mamat tu. Happy sangat hati kau tiap kali terpandang dia... Betul tak?”
Nayla yang khusyuk mendengar pantas mengangguk perlahan. Tak menyedari respons yang dia sendiri beri. Hehe...
Anna pula masih seronok menyambung bicaranya. Menenggelamkan Nayla dalam lamunan panjang, memikirkan mamat berkacamata yang kerap menjengah benaknya kebelakangan ini.
“And... Selalunya kan... Trend zaman sekarang, bila suka atau minat seseorang tu sangat-sangat... dan bila kita belum tahu sama ada orang tu suka kita balik atau tak... Itulah yang dipanggil crush... Lupa ke? Bukan kau yang ajar tentang crush ni kat aku dulu?”
Anna tersengih lalu mencuit ppipi Nayla.
Nayla tersenyum malu. Hihi...
“Tapi apa kaitannya?” soal Nayla, masih kurang mengerti. Mahu gugur rambutnya memikirkan.
“Alahai kau ni, slow la pulak malam ni. Lepas tersuka si mamat skema tu terus slow pulak...” selamba sahaja Anna memerli.
Nayla buat muka meluat. Huk alorh, tanya lain dapat jawapan lain pulak.
“So, macam ni... Bila kau terkena simptom Oh My Candy Crush ni... Maknanya kau dah mula sukakan dia, sayangku intan paung zamrud umbrellaku...”
Begitu bersahaja Anna buat gaya menggoda konon membuat gaya ciuman layang dan dikenyit lambat sebelah matanya. Bagai seorang dewi penggoda. Cehhh...
Nayla memuncungkan bibirnya. Dah buat lagi mulut itiknya itu.
“Dan maknanya kau nak cakap, sekarang dia ni crush aku lah? Aku sekarang ni penghidap simptom Oh My Candy Crush tu... sebab aku dah mula terjatuh suka kat dia?”
Anna yang sudah kembali tersenyum, mengangguk. Mengiakan soalan Nayla.
“Welcome to one‐sided love, Nayla Nazreena.”
“Nampaknya bertambah lagilah penghidap Candy Crush lepas ni...”
Nayla senyum senget. Muka tak percaya.
One‐sided love? Cinta? Cinta sebelah pihak? Candy Crush? Biar betul? Mengarut aje lah, getusnya.
“Oh my candy crush...” Nayla meraup wajahnya.
Meski dia cuba menyangkal, dia dah mula sukakan si skema yang macho itu nampaknya. No more denial...
Welcome to Candy Crush world, Nayla Nazreena...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan