NAMA aku Zahratul Aishah binti Dato Khuzairi. Ibu aku Datin Maimunah, seorang ibu yang sangat penyayang. Aku anak yang ke empat daripada lima beradik. Walaupun keluarga aku ni bukan orang miskin tapi kami tetap hidup dalam kesederhanaan. Maksud aku biar banyak mana pun harta yang kita ada janganlah kita terlalu boros sangat.
Harta itu hanyalah daki dunia. Banyak mana pun harta yang kita ada bukannya boleh dibawa masuk ke dalam kubur. Lagi pun, memboros itukan amalan syaitan. Daripada kita memboros ada baiknya kita membantu mereka yang memerlukan.
Aku ingat lagi zaman sekolah dulu, ada seorang guru pernah mengungkapkan kata‐kata ini kepadaku 'meminta kepada yang ada, kasih kepada yang sayang'. Dalam hal ni aku terbalikkan saja ayat‐ayat guruku itu. 'Memberi kepada yang tiada, membalas kepada yang sayang'.
Maksudnya memberi kepada yang memerlukan dan membalas kasih sayang kepada orang yang menyayangi kita. Mudahkan?
Okey, sekarang aku nak memperkenalkan pula adik beradik aku yang paling sporting dalam dunia dan paling kuat menyakat dalam keluargaku. Ehemm,.sebenarnya aku pun tersenarai dalam kategori kuat menyakat juga. Almaklumlah, mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasikan?
Abang aku yang sulung namanya Mohd Amirul tapi aku panggil dia Along saja. Kakakku yang nombor dua, Siti Solehah, nombor tiga, Noor Humaira dan adik aku yang bongsu dan yang paling sporting dengan aku merangkap BFF aku juga. Mohd Taufik namanya.
Along, Angah, Alang, Ayang dan Ucu itu panggilan sesama kami. Kami ni rapat sangat ibarat isi dengan kuku. Aku ni penulis sepenuh masa dan aku hanya menulis novel saja. Cuma, aku ni ada satu tabiat pelik. Setiap kali nak menulis aku mesti nak membawa watak yang aku tulis tu untuk menghayati sendiri wataknya. Sekarang ni aku sedang menulis kisah seorang gadis yang tinggal di pendalaman di ceruk kampung.
Justeru itu, cewah ayat. Tak boleh blah punya ayat. Hahaha,.okey, sekarang ni aku nak berterus-terang aku ada di ceruk sebuah kampung di pedalaman. Aku sudah menjadi anak angkat untuk sebuah keluarga dan keluarga ini tersenarai dalam kategori miskin tegar.
''Mak, pucuk ubi kayu ni kita buat masak lemak cili padi ya? Tadi Shah dah ambil kunyit hidup dah. Ishh,.macam dah tak sabar nak makan nasi tengah hari ni bila membayangkan pucuk ubi masak lemak cili padi ni,'' aku bersuara pada Mak Esah ibu angkatku sehabis aku selesai mengutip pucuk ubi kayu di belakang rumah. Hidup di kampung ni memang aman dan tenang. Jauh daripada kesibukan kota raya yang bising, penuh dengan maksiat dan jenayah.
''Kesian dengan Shahkan. Sejak tinggal dengan kami, hari‐hari makan pucuk‐pucuk hutan ni saja. Kami ni tak mampu nak bagi makan sedap‐sedap. Mak dengan ayah ni cuma berkebun saja untuk menyara hidup. Hanya dengan hasil berkebun ni sajalah kami membeli makanan dan pakaian. Kalau nasib baik dan ada rezeki lebih, adalah juga orang dari bandar datang dan menderma kepada kami,'' Mak Esah bersuara sayu. Aku dah mula rasa serba salah mendengar kata‐katanya. Aku duduk di pangkin kayu di sisi Mak Esah. Aku rangkul bahu Mak Esah.
''Mak, rezeki ni datang dari Allah mak.Miskin ke kaya, tak penting sangat pun. Kadang‐kadang orang miskin ni lagi beruntung dari orang kaya, kalau kita selalu bersyukur dengan apa yang kita ada. Banyak harta sangat pun mak, kalau selalu bersikap boros, mendabik dada, sombong dan angkuh, dah tu tak pandai nak bersyukur dengan rezeki yang Allah beri, tak guna juga mak. Walau seribu tahun kita hidup di dunia ni mak, tapi dunia ni tetap sementara sedangkan akhirat juga yang kekal abadi. Shah bukan nak kata la mak, ada antara orang kaya di luar sana yang rasa dunia ini mereka yang punya. Sampai kadang‐kadang tu, kalau boleh dalam mulut orang pun mereka nak ambil. Sanggup buat apa saja, asalkan mereka dapat apa yang mereka nak. Mungkin mereka terlupa Allah itu Maha Melihat. Dahlah mak, jangan mak risaukan sangat pasal Shah ni. Shah makan saja apa yang keluarga mak makan. Makan sedap‐sedap pun mak semuanya bakal jadi baja jugak akhirnya,''
Aku akhiri sesi membebel aku itu dengan senyuman. Mak Esah juga menganggukkan kepalanya. Mungkin mengakui juga kata‐kataku itu ada kebenarannya.
''Betul tu Shah, walaupun kami ni hidup dalam serba kekurangan tapi hati mak ni bahagia sangat, tapi tulah kadang‐kadang bila datang kesempitan hidup terutamanya bila ada sakit demam dan sebagainya serba salah juga dibuatnya. Mana nak cari duit nak berubat, nak keluar ke pekan pun nak kena juga cari kenderaan. Nak kena sewa lagi. Semuanya nak pakai duit, zaman sekarang ni mana ada orang yang nak membantu secara percuma. Kalau ada pun berapa kerat sangat yang betul‐betul ikhlas membantu,'' terdengar Mak Esah mengeluh perlahan. Aku jadi sayu mendengar luahan hatinya. Kalau aku tak datang ke sini tentu aku tak tahu keperitan hidup orang‐orang seperti Mak Esah ni.
''Allah takkan menguji hamba‐hambanya kalau DIA tahu hambanya tak mampu untuk mengalas beban. Keluarga mak mungkin orang yang terpilih untuk diuji sebegini. Sabarlah mak, Miskin di dunia tak semestinya miskin di akhirat,'' aku cuba menyedapkan hati Mak Esah walaupun aku tahu ramai orang miskin di luar sana pun bukannya baik sangat.
Yang paling aku tak suka, ada orang miskin yang berlagak macam orang kaya. Boros mengalahkan orang berada. Dah tu bila terdesak mulalah nak berhutang sana, nak berhutang sini. Aku pernah dengar orang berkata. Orang yang paling kaya adalah orang yang langsung tak mempunyai hutang walaupun duit dalam dompetnya langsung tak ada.
Biarlah miskin harta asalkan kaya dengan budi bahasa. Harta yang banyak pun takkan dapat membantu kita dari azab kubur kalau kita gunakannya dengan cara yang salah. Sebab tu aku cakap jadi miskin lebih baik, daripada menjadi kaya yang selalu lupa asal usul.
''Dahlah Sha, jomlah kita masuk rumah. Asyik berbual saja, nanti satu kerja pun tak jadi. Bila ayah dan adik‐adik balik, tak ada benda pula yang nak dimakan,''
Kami bangun dan berlalu daripada pangkin dan masuk ke dalam rumah. Rumah kampung satu tingkat hasil bantuan kerajaan dengan tiga bilik. Cukuplah untuk berteduh daripada hujan dan panas. Hidup ini indah andai kita tahu menghargainya. Tak kiralah kita ni orang miskin atau orang kaya. Kita harus berusaha untuk menentukan bahagia atau deritanya hidup kita.
Bersyukurlah dengan apa yang kita ada, kerana Allah sentiasa menguji hamba‐hambaNYA yang DIA sayangi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan