"Maaf..." Raila menunduk namun pemuda itu terlebih cepat daripadanya. Bahkan sempat merenggut buku yang dijatuhkan Raila. Malangnya dia juga turut sempat menghadiahkan satu hantukan ke dahi Raila. Satu perlagaan yang amat kuat lagi menyakitkan.
Ironisnya pemuda itu pula yang mengaduh. Raila disebaliknya pula. Sekadar diam memerhatikan reaksi spontan pemuda itu sambil dirinya sendiri menahan denyutan pedih yang teramat dibahagian dahinya.
"Kalau awak biarkan saya saja yang ambil tadi, kita berdua takkan kesakitan begini." Raut wajah
Raila sedikit terkilan.
Pemuda itu angkat kening. Mendadak tertarik untuk meneliti paras gadis yang kini sedang mencuka memandangnya.
"Awak cantik. Rasa saya, cantik sangat. Rambut bulu jagung tu 'real' ke?"Soalannya itu menambah digri terkesima Raila.
"Awak tau? Ada yang kata, rambut Siti Hawa, tulang rusuk Nabi Adam askita ituialah warna perang‐perang emas. MashaALLAH...seperti bulu jagung inilah agaknya. Cantik. Asli ke?" Dia tersenyum mengagumi. Namun agak biadap bila sengaja mempamerkan perasaan skeptikalnya. Boleh pula dia bertanyakan soalan personal seperti itu.
Raila terdiam. Hatinya sudah merudum.
Baru dia hendak sukakan pemuda ini, ternyata pemuda itu juga gemar mengulangi ayat‐ayat murahan yang klise mudah tersembur dari mulut pemuda‐pemuda yang begitu cepat tertarik pada parasnya seumpama kupu‐kupu yang juga begitu cepat tertarik pada cahaya lampu malam. Raila mengeluh. Perlahan angkat kaki meninggalkan pemuda itu. Sangkanya pemuda ini lain dari yang lain. Sama sahaja! Semua pentingkan cantik. Sikit‐sikit cantik. Habis kalau aku dah tua dan dah kerepot, dah tak cantik, tak ada sapa yang akan pandang lagilah?
Mulutnya mencebik rimas...
Dia terus menghayun kakinya dan sengaja enggan berpaling sewaktu terdengar suara lelaki itu melaung,
"Saya Adam!"
Aku taulah... Itu sebab kau cerita pasal rambut Saiditina Hawa... bisik Raila.
Dia terus melangkah.
Sekembalinya dia dari UQ di Queensland beberapa bulan yang lalu, dia terus memohon masuk ke UPM dalam jurusan sains haiwan kerana serik setelah ditendang dari Veterinary Medical Centre di sana. Apakan daya, dia tidak berminat. Paksaan ibunya yang bosan dengan karenahnya yang terlalu obses dan sukakan haiwan peliharaanlah yang telah menghantarnya ke sana. Sekurang‐kurangnya kediamannya tidak lagi diimarahi haiwan‐haiwan peliharaan Raila yang dibiarkannya bebas berkeliaran di ruang tamu rumah itu setiap kali dia tiada di rumah.
“Raila tak nak jadi vet daddy, mummy tu dah kenapa. Raila nak jadi artis. Biarlah Raila belajar di sini saja, bolehlah kembangkan bakat Raila dalam bidang seni.” Ayahnya memandangnya dengan pandangan terbeliak. Terpempan beberapa saat.
“Daddy tak pernah pun tengok bakat kau. Bakat apa?” Apabila Raila tertawa, Muzaffar ikut tergelak. Maheran mencucuh.
“Mummy tak peduli. Pergilah ke OZ tu. Ambil vet. Dah dapat digri nanti pulang dan bukak praktis dekat sini.”
Muzaffar berpaling ke arahnya.
“Kenapa tiba‐tiba awak nak halau budak ni dari rumah. Dulu awak jugak yang bagai nak gila kalau berpisah dengan dia?” Mendengar itu muka Maheran serta merta berubah. Seakan‐akan pucat. Muzaffar mengecilkan matanya menganalisis. Kemudian kembali berpaling kepada Raila.
“Daddy serahkan semuanya kepada anak daddy. Daddy tak paksa. In the end, daddy yang kena blame nanti. Daddy cuma nak yang terbaik untuk anak daddy dan yang terbaik itu harus pilihan Raila sendiri. Full stop. Daddy ada kerja sedikit kat atas.” ungkapnya mengerling sinis kepada isterinya yang seperti disimbah lahar gunung berapi wajahnya.
Sebaik‐baik Muzaffar hilang di atas, dia kembali menghadap Raila.
“Result yang cemerlang, juga perlukan universiti yang cemerlang pencapaian akademik para penuntutnya. Itu sebab mummy pilih UQ tu. Daddy tu, dia peduli apa? Dia tu cuma sekali seminggu sahaja berada di rumah ini!” Jelas itu ketetapan Maheran. Raila berasa seperti hendak merajuk. Memang dia merajuk. Tetapi rajuknya itu dilepaskannya setelah berada di seberang laut. Hendak tak hendak belajar. Selalu ponteng kelas dan berpoya‐poya, akhirnya ditendang. Matlamatnya tercapai. Kini dia kembali berada di Malaysia. Di Malaysia ini ada sesuatu yang menambat hatinya di sini. Seorang pelajar tahun akhir bernama Adam Syahriz.
Cuma sikap pemuda itu tidak seperti yang diangan‐angankannya. Kecewa...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan