Dua tahun kemudian… Julai 2006.
Suasana di Dewan Tunku Canselor, Universiti Malaya agak bingit dengan suara pelajar – pelajar baru yang ingin mendaftar. Irina yang masih menunggu gilirannya memegang kejap fail dan dokumen – dokumen yang perlu disediakan seperti yang tercatat dalam surat tawaran kemasukannya. Sesekali dia memerhatikan jam tangan di pergelangan tangan kanannya.
Sudah pukul satu tengahari.
Bunyi deringan telefon Nokia N70 berwarna silver di dalam beg tangannya mematikan lamunan Irina. Cepat sahaja tangannya menyeluk ke dalam beg tangan untuk mencapai telefon bimbit. Melihat nama pemanggil yang tertera di atas skrin, Irina lantas menjawab panggilan tersebut.
“Areen, lama lagi ke? Dah dua jam rasanya ni.”
“Belum lagi papa. Lagi tiga orang sebelum giliran Areen. Papa masih dekat luar dewan ke?”
Kesian papa, getus hati Irina.
“Papa dekat kafe berhampiran dengan dewan ni. Tak apalah. Dah settle nanti Areen telefon papa ok? Papa datang jemput Areen.”
“Okey.”
Irina mematikan panggilan telefon. Mujurlah gilirannya sampai sebaik dia menamatkan panggilan. Selesai berurusan dengan pihak pendaftar, Irina melangkah keluar daripada dewan. Tidak sanggup mahu berlama – lama di dalam dewan tersebut.
Panas terik daripada bahang matahari seolah – olah membakar kulit Irina yang putih mulus itu. Wajahnya kemerah – merahan menahan panas. Rambutnya yang panjang mengurai diikat kerana tidak tahan rimas. Ikutkan hati mahu sahaja dia cepat – cepat mendaftar masuk ke kolej pula. Bolehlah bersantai – santai dalam bilik nanti. Irina sudah berangan – angan sendiri.
Irina menelefon bapanya. Tidak sampai lima belas minit, Johan sudah sampai di depan dewan. Irina tersengih apabila melihat bapanya melambai ke arahnya dari dalam kereta. Langkahnya dilajukan mendapatkan kereta bapanya.
“Hai, letih sangat ke? Lapar?”
Johan tersenyum melihat keletah anak tunggalnya yang tersandar kepenatan di sebelahnya. Aircond sengaja dikuatkan. Irina memejamkan matanya. Mendengar pertanyaan Johan tadi, Irina cuma mengangguk. Mahu sahaja Johan ketawa. Seperti baru selesai berlari marathon saja lagak anaknya itu. Johan membawa Irina ke kafe tadi. Sesak. Mujurlah masih ada meja kosong untuk diduduki. Selesai membuat pesanan, Johan lantas mendapatkan anaknya kembali yang duduk menunggu di meja kafe.
“Tiket penerbangan papa balik Melbourne pukul berapa? Sempat ke ni?” Irina membelek –belek jam tangannya. Setahunya, papanya akan pulang ke Melbourne hari ini, tetapi pukul berapa dia tidak pasti.
“Malam ni, pukul sembilan. Sempat. Papa dah call driver papa dekat ofis KL ni jemput papa petang nanti.”
“Kereta papa? Papa pindah balik KL la… kan susah asyik ulang alik dari Melboune ke KL. At least papa ada dekat KL tak la Areen sunyi.”
“Pak Mail, tukang kebun kita tu kan ada. Nanti papa serahkan kunci kereta pada dia. Kalau Areen nak guna senang. Call je Pak Mail. Kunci rumah Areen pegang. Kalau Areen nak balik rumah bila – bila masa pun boleh. Papa bukan tak mahu pindah balik KL, tapi projek papa yang dekat Melbourne tu masih belum siap. Papa balik KL sebulan atau dua bulan sekali, jangan risau.” Johan cuba memujuk anak tunggalnya.
“Emm…”
Bapanya sudah berkata begitu apa yang boleh Irina lakukan. Johan adalah tulang belakang syarikat di mana dia bekerja sekarang. Dia sedar, masa bapanya untuk bersama – sama dengannya agak terbatas. Dia bersyukur kerana sekurang – kurangnya bapanya sudah banyak berubah berbanding dahulu.
Sesudah selesai makan tengahari, Irina dan bapanya menuju ke kolej kediaman di mana Irina ditempatkan oleh pihak pengurusan pelajar. Setelah pihak kolej menyerahkan kunci kepada Irina, dia beredar mendapatkan bapanya yang setia menunggu di dalam kereta. Melihat Irina yang berjalan ke arahnya, Johan segera keluar daripada kereta.
“Dah selesai?”
Irina mengangguk. Johan membuka but kereta untuk mengeluarkan barang – barang Irina. Untuk menghantar anaknya sampai ke bilik sememangnya mustahil kerana kolej kediaman itu khas untuk pelawat perempuan sahaja. Kasihan juga melihat Irina sendirian terpaksa mengangkat barang – barangnya sendiri ke tingkat empat!
Jam sudah menunjukkan pukul tiga petang. Johan perlu segera beredar memandangkan jadual
penerbangannya ke Melbourne adalah malam ini. Sayu hatinya mahu meninggalkan satu –satunya permata hatinya. Namun apakan daya, dia perlu pulang ke Melbourne.
Sebaik bersalaman dan melihat bapanya beredar dari kolej kediamannya, Irina memulakan tugas pertamanya. Mengangkat barang – barang! Melihat jumlah barang yang perlu diangkut sendirian menyebabkan Irina sedikit mengeluh. Sebuah bagasi sederhana besar berisi pakaian, sebuah beg laptop, sebuah beg berisi barangan keperluannya yang lain, sebuah baldi dan gayung dan beberapa beg plastik yang mengandungi barang keperluan harian seperti sabun basuh dan lain ‐ lain. Okey! Cukup boleh turun satu kilo dalam masa sehari!
Irina terbaring kepenatan di atas katil setelah selesai mengemas bilik dan menyusun barang ‐ barangnya. Sepatutnya, Irina bakal berkongsi bilik dengan seorang lagi pelajar baru, tetapi memandangkan katil disebelahnya masih kosong seperti tiada penghuni, Irina menganggap dia bakal tinggal sendirian di bilik itu. Bagus jugak! Aman dunia aku! Irina tersenyum sendirian. Irina mengerling jam loceng yang diletakkan di meja belajar. Sudah pukul enam petang! Ya Allah, aku tak solat Asar lagi!
Irina bingkas bangun daripada pembaringannya. Sebaik pintu dibuka, seorang perempuan muda berkaca mata hitam muncul di depan pintu. Bersamanya ada seorang wanita berbadan sederhana sedang mengangkat barang – barang. Tanpa sebarang senyuman, perempuan muda itu terus sahaja meluru masuk ke dalam bilik. Hampir saja Irina dilanggar.
“Owh, ada orang rupanya. Bibik, beg – beg I letak sana ye. Baju – baju I tolong susun dalam almari sekali. Jangan lupa lap – lapkan sekali almari dan katil tu. Berhabuk betul la bilik ni…geli betul.”
“Baik cik Vee…” Wanita yang dipanggil Bibik tadi terangguk – angguk menerima arahan daripada perempuan muda bernama Vee itu. Perempuan muda entah dari mana usulnya termundar – mandir sementara menunggu bibiknya mengemas. Malas mahu melayan perempuan muda yang agak ‘kerek’ itu, lekas sahaja Irina keluar ke bilik air untuk mengambil wuduk.
Sekembali dari bilik air, panas hatinya melihat perempuan muda tadi sedang sedap berbaring di atas katilnya. Sungguh kurang ajar perempuan ni! Sudahlah begitu, novel baru milik Irina yang diletakkan di sisi katil juga dibelek – belek. Melihat Irina yang tajam memerhatikan tingkahnya, selamba sahaja mukanya seperti orang tidak membuat salah.
“Owh, I ingat you keluar lama tadi. I tumpang rehat dekat katil you kejap. Katil I my bibik tak siap kemas lagi, so I penat nak diri lama – lama. Boleh kan? Lagipun kita kan sebilik.” Ujar Vee.
Irina tidak menjawab. Dikawalnya rasa marah tadi. Sabarlah hati! Esok – esok entah apa pula kau kena hadapi dengan perangai tak semegah kawan sebilik kau tu!
“Duduklah. Lagipun you dah duduk pun. Sori, I nak solat kejap. Your name Vee kan?” Irina cuba
berbasa – basi.
“Yup. Mana you tahu ye?” soal Vee.
“I dengar pembantu you sebut nama you tadi…” Irina membalas.
“My name is Vanida. Just call me Vee. Your name?”
“Irina Fahreen. Panggil I Irina.”
“Owh…” ringkas sahaja jawapan daripada Vee, seperti tidak berminat untuk menyambung bicara. Melihat Irina menuju ke arah almari, dia kembali membelek – belek novel milik Irina.
Irina mengeluarkan telekung daripada almari. Dibentangnya sejadah di tepi katil, menghala ke arah kiblat. Wanita yang dipanggil bibik tadi entah mana perginya. Mungkin ke bilik air mencuci kain lap. Sebelum itu sempat dia menjeling melihat barang – barang milik Vee. Kasut sahaja sudah berkotak – kotak. Kesemuanya adalah barangan berjenama luar negara. Belum lagi segala jenis macam beg yang terdapat di dalam bagasi yang terbuka luas. Belum lagi dicampur dengan bagasi yang berisi pakaian yang masih belum dikemas. Tahulah Irina, yang perempuan itu adalah anak orang berada. Dia ingat universiti ni agensi model ke? Entah jurusan apalah dia ni ambil…
Irina berighstifar sendiri. Ya Allah Irina… Cukup. Cukup. Entah solat kau ke mana nanti, dosa yang kau dapat mengkritik orang yang belum dikenali. Dan kemudian, Irina mula mengangkat takbir, menandakan dia sudah mula bermunajat dan menyembah kepada Allah yang Maha Esa…

Tiada ulasan:
Catat Ulasan