Malam itu Kebeng tidak lena tidur. Puas dia cuba memejamkan mata namun tidak juga mahu lelap. Pertemuan petang tadi menganggu tidurnya. Wajah Juita yang tersenyum manis terbayang‐bayang di ruangan matanya. Sungguh dia tidak menyangka yang selama ini Juita juga ada menyimpan perasaan. Kalaulah dia tahu sejak dulu, mungkin ketika itu dia sudah menghantar pinangan. Sekonyong‐konyong wajah tua ibunya muncul. Bergenang air matanya mengenangkan ibu dan adik‐adik di kampung. Tidak sabar rasanya dia mahu mengkhabarkan berita gembira kepada mereka.
Kebeng merancang mahu pulang ke kampung sebaik mendapat persetujuan dari orang tua Juita. Kebeng sudah bersedia untuk melangkah ke dimensi baru kehidupan yang lebih mencabar dan komited. Pekerjaan yang terjamin dan pendapatan bulanan tetap yang diterima menyakinkannya. Insya‐ALLAH dia mampu untuk menyara keluarga. Dia pernah berjanji kepada ibunya yang sering mendesak yang dia akan bernikah setelah keadaan ekonominya stabil. Kini sudah tiba masanya.
Dia inginkan ibunya sendiri menyarungkan cincin pertunangan ke jari gadis pilihan hatinya. Dia mahu melihat senyuman bahagia yang terukir di wajah ibunya. Kakak‐kakaknya dan adik-adiknya pasti gembira dan tidak sabar untuk melihat bakal ipar mereka nanti. Sudah lama dia mendambakan suasana yang begitu.
Kebeng menatap skrin telefon bimbit. Wajah Juita terpampang di skrin itu. Petang tadi sebelum pulang, sempat mereka mengabadikan kenangan bersama. Senyuman yang terukir di bibir Juita tersembunyi seribu cerita. Wajah keibuan yang dimilikinya menyakinkan Kebeng yang gadis itu akan menjadi ibu yang sangat penyayang dan bertanggung jawab. Kebeng tidak tersalah pilih. Juita seorang gadis yang baik, bersopan santun dan berbudi pekerti. Dia yakin ibunya akan berkenan dengan pilihan hatinya itu.
Wajah gadis pujaan hatinya itu dibelek berulang kali. Tanpa rasa jemu. Semakin ditenung gambar itu semakin kasih dan cintanya mendalam. Cinta itu bahagia dan cinta itu juga derita. Bahagia tatkala bersama dan derita apabila cinta sudah tiada. Semoga cinta mereka akan terus berkembang mekar sentiasa dan berkekalan sampai bila‐bila.
Lazimnya insan yang sedang dilamun cinta, jiwanya sarat dengan bahasa puitis dan romantis. Kata orang muda, jiwang karat. Kebeng tidak terkecuali. Adakalanya dia seperti orang angau. Tersengih‐sengih tidak mengira waktu dan tempat. Entah dari mana datangnya ilham, tercetus bait‐bait kata indah di dalam fikiran. Pantas jari‐jari kasar Kebeng menyusun aksara indah itu di skrin telefon. Lalu punat hijau ditekan.
Cintaku ibarat air sungai yang tidak berhenti mengalir dan tidak pernah akan berakhir.. ♥♥♥ Deringan mesej berbunyi. Juita lantas berpaling ke arah telefon bimbit yang diletak di atas meja sisi. Suasana bilik tidurnya sudah gelap gelita. Bukan saja Kebeng yang tidak boleh lelap malah Juita juga sukar mahu lena. Puas dia melayan mata tapi tidak menjadi. Malah semakin jauh pula fikirannya menerawang. Bermacam‐macam yang difikirkannya.
Juita bergegas mencapai telefon. Dia mengagak, pasti itu mesej dari Kebeng. Dengan segera kotak mesej dibuka. Sebaris ayat dibaca dengan penuh perasaan. Saat itu juga air mata bergenang. Hatinya diburu rasa sayu. Betapa tulusnya cinta Kebeng terhadapnya. Ayat yang dikirim sudah cukup mentafsirkan perasaan lelaki itu.
Saya tidak pandai menyusun ayat‐ayat indah. Terima kasih kerana menyayangi saya. Sama-samalah
kita berdoa semoga Allah memperkenankan dan mempermudahkan segala urusan kita untuk bersatu. Insya‐Allah… ◕‿◕
Kebeng tidak berkelip merenung telefon bimbit yang masih di dalam genggaman. Tidak sabar menunggu balasan dari si dia yang dirindui walaupun baru petang tadi mereka bersua muka. Getaran telefon bimbit menggegarkan tangannya. Belum sempat telefon itu berbunyi, dengan gelojoh skrin itu ditatap lalu kotak mesej dibuka. Setiap patah perkataan dibaca dengan senyum melirik. Lapang rasa dada.
Mulai hari ini saya akan menggelarkan diri saya abang bila bercakap dengan Juita. Saya tidak kisah kalau Juita tidak mahu. Tak mengapa. Saya percaya dan yakin, satu hari nanti awak pasti akan memanggil saya abang. Saya akan sabar menunggu detik‐detik itu. Oh ya, terima kasih kerana sudi menerima cinta abang yang serba kekurangan.
Ya, bersabarlah menunggu detik itu..J
Abang berhasrat mahu masuk meminang. Awak setuju?
Kenapa tergopoh‐gopoh? Takkan lari gunung dikejar..
Abang takut awak dikebas orang. Awak kan ramai peminat?
Awak kena bagi saya masa. Saya kena bagitau emak dan ayah saya terlebih dulu. Lagi pun saya masih ada adik‐adik yang masih belajar. Mereka memerlukan saya. Kesian mak saya. Kalau tanpa saya menolong di gerai, tentu mak saya susah hat nanti.
Abang bukan nak rampas awak dari keluarga. Abang faham awak ada tanggungjawab pada adik‐adik awak. Abang pun sama juga. Abang pun ada emak dan adik‐adik di kampung yang perlukan abang juga. Mereka adalah tanggung jawab abang sepenuhnya. Harap‐harap bila dah kahwin nanti, awak boleh terima keluarga abang.
Eh eh sampai jauh ke situ awak fikir?
Apa pulak? Betullah.. abang serius tau nak kahwin dengan awak.
Okeylah.. Saya akan bagitau keputusannya dalam minggu ini.
Mudah‐mudahan Allah permudahkan niat baik kita… Amin..
Amin.. Okeylah, saya nak tidur, esok nak bangun awal pagi.. Jumpa awak tengahari esok di gerai..JJJ
Mimpikan abang dalam tidur. Insya‐ALLAH, kita jumpa esok. Assalamualaikum..
Waalaikumsalam..
Juita meletakkan semula telefon bimbit di meja sisi sambil tersenyum‐senyum. Hatinya berbunga‐bunga. Dia merebahkan tubuh dan berbaring menghadap dinding. Kain selimut ditarik hingga ke paras dada dan bantal peluk didakap erat. Bahagia rasanya hidup tatkala diri dicintai. Sebelum ini belum pernah Juita merasai perasaan yang sedemikian. Rupa‐rupanya cinta itu indah. Saling merindui diantara satu sama lain. Juita yakin dengan keseriusan Kebeng mahu memperisterikannya. Tiba‐tiba dia rasa bertuah kerana lelaki itu memilih dirinya. Patutlah setiap kali ternampakkan kelibat lelaki itu, hatinya berdebar sakan. Rupa‐rupanya si dia itu berhasrat memperisterikannya. Tidak sangka betul.
Juita akan cuba untuk mencari masa yang sesuai. Esok. Tidak boleh bertunggu lama. Ya, esok juga Juita mesti memberitahu emaknya tentang hajat Kebeng. Juita tidak gusarkan tentang Kak Jah tetapi apa yang membimbangkannya ialah Bakri. Takut kalau‐kalau Bakri tidak setuju dengan pilihannya itu. Bakri itu cerewet dan memilih. Lelaki itu pernah memberi amaran kepada Juita supaya mencari bakal suami dari keluarga orang berada. Kata lelaki itu, kalau Juita hidup senang mereka sekeluarga juga boleh menumpang senang.
Bagaimana jika Bakri menghalang perhubungannya dengan Kebeng? Atau lelaki itu enggan menjadi wali untuk menikahkannya nanti? Juita tidak mampu menjawab kerana jawapannya tidak ada padanya. Risau dan runsing memikirkan masalah itu. Bolehkah Kak Jah memujuk Bakri supaya menerima Kebeng sebagai calon menantu?
Ahh.. pening. Pening kepala. Tapi Juita tidak peduli. Selama ini Bakri tidak pernah mengambil tahu tentang dirinya. Jadi, mengapa sekarang apabila bercakap soal jodoh Bakri perlu masuk campur? Memang benar dia ayahnya dan dia berhak memberi kata setuju atau pun tidak, tetapi yang mahu berkahwin adalah dirinya.
Ya ALLAH, permudahkanlah segala urusanku. Kau lembutkanlah hati‐hati mereka demi sebuah perhubungan yang halal. Amin.
Perlahan‐lahan air hangat mengalir membasahi bantal. Juita menyapunya dengan kain selimut. Dia memejamkan mata rapat‐rapat. Dia cuba untuk membuang segala persoalan yang menghimpit fikiran. Biar fikirannya tenang dan dapat lena sehingga pagi esok untuk meneruskan rutin seperti biasa.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan