Cecil sudah lama terlelap. Manakala Shaq pula masih terkebil‐kebil di sebelahisterinya. Jiwanya
gundah memikirkan kelibat tersebut. Sesekali tunaknya menjengah tingkap dan semua kawasan bilik, namun tidak melihat apa‐apa. “Agaknya kelibat tu ada kaitan dengan Cecil. Sebab itulah Cecil boleh melihatnya,” bisiknya tanpa suara. Desahan halus Cecil menggamit pandangannya.
Dia tersenyum pabila melihat wajah polos isterinya. Selimut yang bergumpal atas pinggul gadis itu dinaikkan hingga menutupi dada. Shaq kemudiannya mencapai telefon bimbit. Buat seketika, dia hanya melihat‐lihatpesanan ringkas yang masuk hari ini. Selang dua minit, Shaq bangkit dan beredar ke luar pintu cermin. Dia mahu menelefon Wadi.
“Perempuan yang mati terbunuh tahun lalu tu, awak dah kubur elok‐elok ke?” tanyanya dalam nada berbisik.
“Sudah, Bos. Aku tanammayat tu berhampiran bukit kat pulau tu? Kenapa Bos?”
“Hantunya datang menghantui bini aku, tahu tak?” Shaq berang.
Wadi terdiam sejenak. “Sorry Bos.Tapi betul... mayat perempuan tu dah kami tanam elok‐elok.”
Wadi berdusta. Dia cuba mengingati peristiwa tahun lalu.
“Aku tak suka hantu perempuan murahan tu datang mengganggu bini aku, faham tak?”
“Faham, Bos. Bos janganlah susah hati. Adik perempuan Firul tu kan cuma rakan subahat...”
“Itu sebelum ni. Sekarang tak lagi. Dia akan jadi bini aku selama‐lamanya. Jadi sekarang, aku mahu awak dan mereka yang lain gali kubur perempuan tu dan alihkan mayatnya. Aku tak mahu ada mayat dalam pulau ni lagi.”
“Baiklah Bos. Tapi sekarang kan dah jauh malam, Bos. Pulau tu pula jauh dari bandaraya Kota Kinabalu.”
“Besok, kau orang semua turun kat Sandakan dan masuk pulau ni senyap‐senyap. Kita akan berjumpa di tempat biasa.”
“Baiklah, Bos.” Perbualan dimatikan. Shaq menarik nafas dan terkejut bila belakangnya dipeluk.
Dia tersenyum tatkala suara mersikCecil menyusur kegegendangtelinganya.
“Abang..Cecil nak...” Suara wanita itu kedengaran berat.
“Nak apa?” Senyuman Shaq semakin lebar. Suara berat itu mengujakannya. Dirasakannya bilah‐bilah jemari isterinya yang runcing dan sejuk itu merayap ke bawah pusatnya. “Sejak bila pula Cecil ni nakal dan agresif?” Dia hairan tatkala terpandang jari‐jariCecil yang pucat kehitaman.
“Abang!” panggilCecil yang tercancang di tubir pintu cermin. Shaq tersentak. Dia menoleh dan
terkejut melihatCecil yang terpinga‐pinga memandangnya. Waktu yang sama, dirasakannya pelukan makhluk yang tidak diketahuinya apa semakin mengetat. Shaq menggeletar. Dia cuba menoleh namun batang lehernya terasa kejang. Aliran darahnya seperti terhenti apabila kedua tangan makhluk tersebut mencerut tubuhnya.
Cecil yang dapat merasakan sesuatu yang tidak kena segera mendapatkan Shaq. Ternyata sentuhannya berjaya meleraikan makhluk tersebut dari Shaq. Shaq termengah‐mengah. Segera dipeluknyaCecil sambil mengucapkan terima kasih. Mereka berdua kemudiannya beriringan masuk. “Kenapa dengan abang tadi?” Segelas air kosong diberikannya. Shaq segera meneguknya hingga habis.
Dia kemudiannya memandangCecil. “Terima kasih,sayang.” Diletakkannya gelas kaca itu di atas meja lampu. “Abang bermimpi buruk.” Demikian cerita yang disajikannya. Cecil tidak bertanya apa‐apa lagi. Punggungnya dialihkan di sebelah suaminya, lalu dipeluknya lengan lelaki itu sambil merebahkan kepala ke bahu.
“Cecil pun bermimpi buruk tadi.”
Kening Shaq bertaut. “Cecil mimpi apa?”
Gadis itu menghela nafas berat. “Cecil bermimpi mama mati berdarah kat dalam sebuah bilik.”
Shaq tersentak. Dadanya dihentak debaran. “Siapa yang bunuh?Cecil nampak ke siapa yang bunuh mama?” Lelaki itu tegang.
Cecil hairan bila terdengar nada suara Shaq. “Itu cuma mimpi bang. Cara abang tanya seolah-olah kejadian bunuh tu benar‐benar berlaku.”
“Ha’ah pula.” Shaq cuba menenangkan diri. Dikucupnya ubun‐ubunCecil, seraya memohon maaf.
“Cecil tak nampak pula siapa yang bunuh mama.” Mereka berdua membatu. “Cecil risaulah bang jika mimpiCecil tu benar‐benar berlaku.”Cecil berasa ngeri.
“Itu semua cuma mainan tidur, sayang,” bisik Shaq sambil menggosok bahu Cecil. Cecil menguap. Dia masih mengantuk sebenarnya. “Mari sambung tidur,” ajak Shaq selepas mengintai jarum jam dinding.Cecil berbaring lalu cuba memejamkan mata.
Dalam diam, dia berasa takut pula jika sesuatu berlaku padaCecil. Dia tidak mahu hantu perempuan murahan itu datang mengganggu isterinya. Kemudian cuba membunuh insan yang disayanginya itu. Pandangannya beralih pabila terdengar bunyi angin laut bersiuran di udara. “Bang...”Cecil memusing tubuh ke arahnya. “Abang belum tidur ke?” Kedua belah mataCecil terbuka sedikit.
“Tidurlah sayang. Abang belum mengantuk lagi.” Anak‐anak rambutCecil yang bersepaian di muka ditepikannya. Wajah itu membuatkannya rasa tenang.
“Abang...” panggilCecil dalam keadaan terlelap. Nada suaranya kedengaran berat.
“Apa dia?”
“Abang dah boleh ingat ke siapa gerangannya kelibat tu?”
Shaq terpempan. Tidak disangkanya soalan itu pula yang terhambur dari bibir mungil isterinya.
“Belum lagi. Abang memang tak tahu siapa gerangannya pemilik kelibat tu.”
“Abang tak tipuCecil kan?”Cecil menggeliat lalu tidur mengiring. Shaq yang berada di belakangnya menarik nafas. Tidak dijawabnya pertanyaan tersebut.Cecil pula membatu dan terus saja terlelap.
SHAQ keluar. Benaknya berkecamuk memikirkan lokasi mayat perempuan itu ditanam. Ketika ini hari dah pagi, namun suasana masih samar. Pada perkiraannya, matahari akan tersembul selang 30 minit dari sekarang. Sambil berlari anak, Shaq meneruskan haluan menghala ke sebuah bukit. Pulau milik keluarganya ini memang besar dan luas. Sebab itu dia memerlukan sebuah kereta jika mahu bersiaran di sepanjang tebing pulau ini.
Tetapi seawal pagi ini, Shaq lebih senang memilih untuk berjoging. Dia tidak mahu menumbuhkan syak wasangkaisterinya. Bukan kerana dia malas mahu menyumbang jawapan terhadap persoalanwanita itu, tetapi kerana dia enggan merosakkan sesi bulan madu ini. Entah sejak bila perasaan ini bermula, sedar‐sedar saja dia dah sayang sangat pada Cecil.
Segalanya bermula dengan pantas tanpa disedarinya. Agaknya perasaannya bercambah setiap saat dan kemuncaknya mungkin malam ni atau malam besok. Barangkali juga lusa ataupun tulat ini? Huh! Shaq mengguman. Dia berhenti sekejap. Tuala kecil yang terselempang di bahunya diambil lalu dikesat ke leher dan muka. Dia berpeluhselepas 20 minit berlari anak mendaki bukit. Tiba‐tiba telefon bimbitnya berdering.
Dia segera menyambutnya. “Tengah joging ni,” beritahunya.
“Kenapa tak bagi tahu? AjakCecil pun tak.”Isterinya seperti merajuk. Dia sebenarnya terkilan, bila mendapati suaminya tiada di sisi sewaktu bangun tidur tadi.
Shaq ketawa perlahan. “Sengaja tak bagi tahu sebab abang tak nak kacauCecil.”
“Yalah tu. Lama ke abang joging?”
“Tak lama. Kejap aje.Cecil pergilah mandi sementara tunggu abang. Nanti kita nak pergi sarapan kat rumah sebelah.”
“Okey bang. Jangan lama‐lama tau.”
Shaq menyambung lariannya. ManakalaCecil pula bergegas ke kamar mandi. Dia mahu membersihkan diri. Selesai mandi dan berpakaian, Cecil menepikan semua langsir. Bilik tidur yang luas itu dibersihkannya. Vakum yang tersorok dalam bilik stor dikeluarkannya. Dia memulakan kerja dan hanya berhenti sesudah selesai. Dipandanginya jam di dinding.
Nampaknya sudah 30 minit berlalu dan lelaki yang dinantikannya belum muncul lagi. Dia mula risau dan mahu menelefon suaminya itu. Apapun, niatnya dibatalkan. Lagipun tempoh tersebut masih normal. Bunyi ombak menghempas menggamit hatinya untuk keluar bersiaran di luar.
Udara pagi sangat bagus untuk kesihatan danCecil mahu menghirupnya.
Patutlah suaminya beria‐ia sangat mahu memiliki pulau ini, rupanya pulau ini adalah sebuah pulau yang cantik. Ia terletak di pinggir Perairan Sulu. Dari arah ini,Cecil boleh melihat Bandaraya Sandakan.Cecil juga boleh melihat Pulau Berhala dan beberapa Tanjung yang tidak diketahui namanya.
Cecil menoleh ke belakang. Dilihatnya rumah ibu mertuanya sunyi seperti tidak berorang.
“Hmm... mungkin masih tidur,” tekanya lantas memandang ke arah laut semula.Cecil terkejut apabila dia dipeluk dari belakang. “Abang... nanti mama dan papa nampak.”Cecil memusingkan tubuh.
“Tak mengapa, mereka faham,” kata Shaq lantas mendukung isterinya.Cecil terkejut. Bunyi telefon bimbit memaksa Shaq menurunkan isterinya semula. “Kejap sayang.” Dia menjauhi isterinya. “Okey. Jumpa awak semua nanti,” katanya sesudah membincangkan hal tersebut dengan Wadi. Dia menoleh dan meliarkan pandangan pabila tidak melihatCecil di tempat tadi.
“Sini bang!”
Shaq terkejut apabila melihat isterinya berada di bawah tebing. “Cecil buat apa kat situ?”
“Cecil nak ambil ni?” Berderau darah Shaq tatkala melihat benda tersebut. Ia sebuah peti besi.
“Sayang! Biar abang yang ambil benda tu.”
“Tak apa!Cecil boleh ambil.” Tangannya dihulur ke air.
“Sayang! Dengar cakap abang!” marah Shaq.Cecil tergamam. “Mari naik!” Tangannya dihulurkan.
“Tapi...”Iris seperti enggan meninggalkan peti besi tersebut.
“CepatCecil,” desak Shaq. “Macam mana peti sial ni boleh berada di sini?” katanya tanpa suara.
Dalam rasa terpaksa,Cecil mengunjukkan tangannya. Shaq mencapai tangan isterinya lalu menarikwanita itu naik.
“Abang, peti besi tu...”Cecil cepat‐cepat mengingatkan apabila Shaq mengajaknya pergi.
“Biarkan dulu. Nanti abang suruh sesiapa naikkan peti besi tu.” Muka Shaq kelihatan tegang.
“Tapi bang...”
“Cecil, apa yang penting sangat kat peti besi tu?” Terik pula hatinya apabilawanita itu terlalu memaksa.Cecil tergamam. “Abang tak suka pasal peti tu aje Cecil dah kecoh sangat. Peti tu papa yang punya. Tiada apa kat dalamnya selain kertas‐kertas kosong.”
“Habis kenapa letak kat dalam air tu?”
“Manalah abang tahu. Bukan semua perkara papa dan mama kena bagitahu abang. Dahlah! Abang tak mahu panjangkan hal ni.” Ditariknya tanganCecil. MukaCecil berkerut. Tangannya terasa sakit diheret begitu.
“Abang, sakitlah tangan Cecil.”
Shaq tersentak. Cengkamannya segera dilonggarkan. Dilihatnya mukawanita itu bertukar merah. “Maafkan abang.” Dia berasa bersalah. Segera diambilnya tangan isterinya lalu diusapnya. Cecil tidak berkata apa‐apa. “Maafkan abang, okey,” pintanya lantas tersenyum memujuk.
“Teruklah abang ni kalau marah,”rungut Cecil tidak berpuas hati.
“Abang tak marah, abang cuma tak suka didesak buat benda remeh‐temeh. Pasal peti besi tu sajaCecil dah kecoh sangat. Abang tak suka macam tu. Apapun maafkan abang...”
DitariknyaCecil ke dalam pelukan lalu dikucupnya ubun‐ubunwanita itu. “Abang sayangkanmu. Amat‐amat sayang,” ucapnya setulus hati.
Cecil berasa bahagia. “Cecil juga sayangkan abang. MaafkanCecil kerana mendesak abang tadi. Tak sangka pula peti besi tu hanya berisi setimbun kertas.”
“Ya Cecil. Hanya setimbun kertas.” Dia tiba‐tiba teringatkan sesuatu. Namun ingatan tersebut terpadam apabila telefon bimbitnya berdering.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan