Label

Jumaat, 30 Disember 2016

NOVEL Sehelai Nota Di Atas Meja Bab4

DIA SEPERTI BAYANG,ADA KETIKA HILANG,NAMUN ADA KETIKA IA MENGEJARKU, DAN AKU...IA TIDAK PERNAH HILANG..

Farah melihat status fb lelaki yang menjadi pilihan selalunya..

"baru hari ni update,mana la menghilang 4 5 hari mamat ni"

Farah like status itu..dan terus chat..
f ‐As salam..hai,lama x nmpk kt fb,mana menghilang?
k ‐wslm..hai awk,ada je..
f ‐kita chat awk hr tu,tp x bls pun,bz ke
k ‐sory,2 3 hr ni mood down sngt.
f ‐hr ni ada mood x?dah mcm org puan plak ye..x de mood2 ni..hehehe
k ‐ hr ni ok....

bermulalah chating antara Farah dan Kzrul seperti selalunya..hari ini hati Farah gembira,pertama kerana syarikatnya meraih keuntungan yang lebih hasil dari penjualan cat yang meningkat.kedua kerana Kzrul telah membalas chat nya..



Farah ingin sekali berjumpa dengan Kzrul,mahu saja ia melihat lelaki ini,siapakah sebenarnya lelaki yang berselindung disebalik fb dan menggunakan nama Kzrul itu,tiap statusnya seringkali menyentuh perasaan,kebetulan barangkali...

Lelaki yang mak nya suruh add di fb baru saja diblocknya..apa tak nye,selesai saja aprv,sang lelaki terus chat.."hai syg,awk cantik,syg dah mkn?abg suka tngk pic syg,syg cantik sngt2,mak abg ckp syg bakal jd isteri abg,jomlah kita bersama melayar bahtera..till jannah ok "

Bila msj sebegitu yg memenuhi ruang chat Farah,terus Farah membalas "aku nk muntah hijau" fb lelaki itu diblocknya..dan meninggalkan ayat *aku nk muntah hijau* di chat laki tersebut. tak memasal je jantan ni,tetiba lak nak bersayang,ber abang bagai,bila plak ko jadi abang aku!!!...

vromm..vromm..enjin motor di matikan,Kzrul terus ke meja Afifah,Afifah tersenyum manja,hari ni lipstik yang di tenyeh ke bibirnya berwarna pink dr jenama V2..Afifah nampak anggun dengan tudung Fareeda yang di belinya masa sale di butik dulu.Tapi fifah tak la sampai bermalam di kaki lima semata mata nak tunggu kedai buka..ini semua poyo...

"ni kad encik Kzrul"

"terima kasih cik Afifah"

"hmm..encik Kzrul,sy ada whatsap encik Kzrul." pengakuan berani mati dari Afifah,dia dah malas lagi nak berselindung,biar Kzrul tau,biar jelas.tak payah nak berteka teki lagi..lagi berteka teki lagi pening laaa aku nk karang cerpen ni...

"awk ke..laa..sy ingatkan sapa hari tu"

Kzrul nk je mengusik dengan ayat mcm ni 'kalau betul la awk dah tentu sy balas kat whatsap tu,jom kita ke jannah bersama sama"...tu semua ayat dalam hatinya saja,ayat poyo nk ngusik2.. "sy la tu,save ye no sy,ada masa kita boleh berwhatsap lagi"

Afifah tanpa segan silu memberi arahan,dia tak nak buang masa lagi,apa yang harus dilakukan sekarang adalah cuba untuk mendekati lelaki bernama Kzrul itu,dan memahami serta mengerti apa sebenarnya cerita di sebalik bening mata lelaki itu..,yang ni ayat mmg power..

"ok cik Afifah..sy save no awk,sy nak cepat ni,nanti kita bual dlm whatsap ye"

Fifah hanya tersenyum manja,menampakkan baris baris giginya yang putih,lesung pipit di pipi kanan itu dicuri pandang oleh Kzrul...cantik amat weyy budak nama Afifah ni...!!!!

Kzrul berlalu pergi meninggalkan bank hingga terlupa yang dia sebenarnya harus mengeluarkan duit dahulu..

alaaahh bukan situ je bank ada,tempat lain pun banyk..

Antara dua wanita..Afifah Nur Shuhada dan Farah Natasya..dan wanita ini semakin galak bermsj dengan Kzrul..

Afifah Nur Shuhada yang memanggil diri Kzrul dngn gelaran 'abg' seperti wanita keanak anakkan, ada waktu sikap kewarasannya tidaklah sematang nama yang diberi,seringkali di tegur dan diperbaiki oleh Kzrul,namun Kzrul mudah tersenyum akan sikap keanak anakkan Afifah Nur Shuhada ..Fifah kini semakin berani berkongsi kisah percintaannya dulu,ada saja yang ingin dikongsi,hal kerja,keluarga dan adakala intisari rancangan di tv pun menjadi topik whatsapnya dengan Kzrul.

Farah Natasya..gadis ini penuh dengan penelitian dalam urusan kehidupan,kegagalan perkahwinannya dahulu mengajar erti sebenar mengenal apa itu nilai perkahwinan..Farah Natasya yang cantik mampu menawan setiap hati lelaki,matanya yang bulat galak itu sudah cukup untuk buat hati lelaki tergoda.Farah pernah berkongsi cerita tentang kesedihan,kegembiraan malah tentang dirinya tidak pandai memasak pun dikongsinya.. persamaan yang amat jelas antara dua jiwa Farah dan Kzrul ialah melihat keindahan langit,langit indah berbalam balam awan berbentuk dan bintang dihiasi bulan sering menjadi sandaran mereka untuk lebih rapat lagi..

Dan Kzrul masih tetap misteri di hati 2 gadis ini. tiada kisah silam,tiada kisah sedih dan gembira dikongsi...betul2 misteri.

seluar jeans lusuh itu dikenakannya,pilihan baju t'shirt berkoler warna biru menjadi pilihannya hari ini,minyak wangi yang berharga rm10 yang di beli di uptown cheras di spray ke baju dan seluar itu.entah berapa lama boleh bertahan bau keharumannya kzrul pun x pasti.jeans yang lusuh sedikit namun tetap bersih,Kzrul tidak pernah janggal,tidak pernah malu untuk berpakaian sebegitu biarpun orang yang akan dihadapinya amatlah istimewa dari segi personalitinya.ini adalah untuk kali ke 2 pertemuannya dengan Farah..

F ‐ balik kerja nanti sy belanjer awk,jumpa kat mines ye..
K ‐ ok .

ringkasan dari whatsap yang di terima Kzrul pagi tadi sewaktu kzrul sedang berkerja..

"oooo cik Fifah,jng lupa ye balik ni kita g Mines,aku dah ngidam sangat ni nak makan sushi king..."Ayu yang telah disahkan oleh doctor mengandung anak pertama mula merayu,risau Fifah membantutkan ajakannya.

"alaaaa,aku nak ikut,tapi hari ni laki aku balik,dah 2 minggu dia kat perlis..malam ni nak lepas rindu..hehehe"celah si Eton,yang konon kononnya nak join,padahal jiwanya sedang sangap menanti balik..patutla lehernya tak di digigit dracula minggu ni,rupanya si dracula kena kerja luar..

"ye mak buyunggg..ye..ye.."Fifah membalas..

hati Fifah sedikit gelisah,tengahari tadi whatsap yang dihantar ke Kzrul masih tidak berbalas.Fifah masih setia menunggu balasan,seringkali direnungnya note3 itu,last seen di whatsap Kzrul seringkali update..

‐kenapa abg x bls whatsap,fifah tunggu abg balas‐

Fifah menaip untuk kali terakhir sebelum ia berkemas kemas handbagnya untuk ke mines bersama Ayu..hari ni kerjanya tidak bersemangat,hari ni jiwanya tak tenteram,senyumnya tawar.selalunya pagi pagi lagi akan ada saja usikan oleh Kzrul di whatsapnya.ada saja yang diusik..tapi hari ini dia rasa amatlah kosong.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan