Ahad, 2014, 8.30 malam.
Kereta Volvo lama masuk ke perkarangan rumah banglo dua tingkat yang terang bercahaya. Tapi, Liyana pasti, ibu, ayah dan adik lelaki bongsunya belum pulang dari surau lagi. Kereta berhenti, tapi enjinnya sengaja tidak dimati. Liyana menarik nafas, kemudian hembus. Tak jadi dia terus ke KL untuk bertemu Dato’ Ku Shah siang tadi. Pertemuan semula dengan Irwan sebentar tadi telah memercikkan banyak kenangan dan fikiran. Tiba‐tiba banyak perkara yang berdenyar dalam kepalanya. Dia teringatkan kerja, keluarga; terutama ibu dan ayah, dan kenangan masa kanak‐kanak dan remajanya.
Pekerjaan sebagai pengacara televisyen memang dah lama dia angan‐angankan, sejak dari kecil lagi. Dia mendaki perlahan‐lahan, dari seorang wartawan sehingga menjadi pengacara. Ibu dan ayahnya juga banyak bagi dorongan.
Dulu ibu bapa Liyana bukan macam sekarang. Mereka itu dulu ranggi. Ibunya kalau berpakaian gemar yang sendat, dedah dada dan peha. Ayahnya juga tak kalah‐ baju, cermin mata hitam, minyak wangi, kasut, semua jenama import dan mahal‐mahal. Kalau ada tetamu datang, mereka boleh tahu yang keluarga ini keluarga Islam daripada nama ‘Allah’ dan ‘Muhammad’ yang tergantung di dinding ruang tamu rumah mereka.
Itu sajalah. Yang lain‐lain, tiada.
Sembahyang tak pernah. Malah, Liyana teringat ibunya pernah menipu arah kiblat kepada salah seorang tetamu yang hendak solat di rumah mereka. Sebab masa itu Mak Nani, pembantu rumah mereka yang selalu solat itu cuti. Jadi apabila tetamu tanya kiblat, ibunya buat muka kelat. Tanya ayah, ayah pun tak ingat. Kedua‐duanya ‘sesat’ ketika cuba mengingat arah kiblat. Sudah‐sudah mereka menipu. Sejadah pun mereka kebas dari bilik Mak Nani, sebab di bilik mereka sendiri tak ada sejadah.
Liyana tersenyum kecil mengingatkan semua itu. Tiba‐tiba sahaja, mereka mula berubah. Perlahan‐lahan. Ibu yang mula‐mula dulu kerjakan solat. Kemudian ayah. Zuan, adik lelaki bongsu mereka masih kecil ketika itu, jadi dia banyak mengikut di belakang bila ayah solat. Liyana dan adik lelaki di bawahnya, Haikal masa itu dua‐dua tinggal di asrama.
Kemudian, ibu pakai tudung, ayah selalu ke surau, kemudian Zuan ikut sama sebab selalu merengek nak ikut ayah, kemudian ibu pula yang ikut sekali. Begitulah mereka, sehingga sekarang. Haikal pun sejak masuk universiti dulu, mula jaga solat juga. Pengaruh kawan‐kawan barangkali. Liyana pula, dia cuma solat bila balik rumah‐ jaga hati orang tua. Kalau tidak, dia yang tak tahan kena ceramah nanti. Nanti‐nantilah, belum rasa nak berubah lagi.
Bertudung? Lambaaattt lagi barangkali.
Senyum Liyana kendur.
Iya.. banyak betul hal yang dah berubah. Ibu berubah. Ayah berubah. Irwan yang dia jumpa tadi juga berubah. Dan hari ini, dia juga tersedar yang sebenarnya dia juga telah jauh berubah. Dahulu, dia selalu rasa seolah‐olah ada api yang marak dalam dirinya setiap kali dia mengacara, mencari bahan, dan melakukan kerja‐kerja wartawan. Seolah‐olah semuanya terbakar menjadi tenaga untuk dia berlari ke sana‐sini, berbuat itu ini. Tapi, entah sejak bila, hatinya tak dapat lagi merasa ‘terbakar’ seperti dulu‐dulu.
Cita‐citanya itu dicapai bukan mudah. Dia bermula dari bawah. Dia cuma menjalin hubungan dengan Dato’ Ku Shah setelah namanya di puncak. Namun, kalaulah malam ini, dia tertangkap basah dengan Dato’ Ku Shah, dan kisah mereka dijaja di dada depan akhbar‐akhbar tempatan, pasti masyarakat tidak akan memandang reputasinya lagi. Pasti dia dituduh mendapat segala kejayaan kerana disokong Dato’ Ku Shah semata. Pasti usahanya berhempas pulas ketika mula menapakkan nama dalam bidang kewartawanan dan pengacaraan itu, langsung tertimbus oleh skandalnya ditangkap basah dengan Dato’ Ku Shah. Paling dia tidak sanggup, bagaimana aib yang akan ditanggung oleh ibu dan ayahnya nanti?
Liyana menyandarkan kepala ke kerusi kereta. Dia memejamkan mata, dan cuba menyelami kolam jiwanya, mencari‐cari. Namun Liyana Amani yang dahulunya begitu ghairah mengejar cita‐cita itu kini sudah tidak dapat dia temui lagi.
Lamunan Liyana disentap oleh deringan ringtone telefon bimbitnya. Dia mencapai tas tangan Chanel di kerusi penumpang, dan menyeluk mengambil telefon pintarmiliknya.
‘Ku’‐ nama tertera.
Liyana mengeluh kecil, sebelum mengambil panggilan masuk itu.
“Hello, Lee. You buat apa?” Terdengar suara garau Dato’ Ku di dalam talian.
“Tak buat apa‐apa. Baru sampai rumah ni. You, buat apa?
“Thinking of you. Sebab you tak datang malam ni.”
Liyana tersenyum. Inilah yang dia kalah dengan Ku Shaharom ini, lidahnya manis meleting dalam berkata‐kata!
“Sorry..”
“By the way, betul ke you cakap orang jabatan agama nak datang ni? I tunggu tak ada orang ketuk pun tau.”
Liyana terdekih kecil. “Abang Dato’, kalau mereka tak nampak I masuk dalam rumah you, apa hal pula mereka nak serbu rumah you? Walaupun mereka dah mengintip lama, tapi kalau tak ada bukti kuat, mereka takkan berani nak cari pasal dengan orang‐orang macam you tau!”
Liyana tiba‐tiba terdiam. Segala yang bermain di fikirannya tadi, kembali mengganggu. Dan diamnya itu cepat ditangkap oleh Ku Shah.
“Lee, are you okay?”
Lee.. Itulah nama yang hanya dipanggil oleh Tengku Shaharom seorang saja, tak ada yang lain lagi. Dan dia pasti rasa istimewa setiap kali nama itu disebut di mulut Ku Shah. Tapi malam ini, panggilan itu mengundang rasa manis dan pahit yang bergaul‐gaul.
“I’m okay.”
“Are you sure, because you don’t sound okay.”
Liyana melepas hembus nafas yang agak berat. Bagaimana ingin dia katakan kepada Ku Shah? Dia diam untuk beberapa saat, cukup untuk dirinya mengumpul kekuatan bagi meluahkan ungkapan yang tersangkut di anak tekak, hanya menunggu untuk diluah keluar.
“Ku, let’s break up.”
Giliran Ku Shah pula bergumam dalam kesenyapan. Liyana menunggu Ku Shah membalas, tapi Ku Shah masih diam.
“Kenapa, Lee?” Ku Shah meminta penjelasan. Tidak pernah sekalipun Liyana menunjukkan tanda‐tanda muak dengan perhubungan ini. Tiba‐tiba dia minta untuk putus. Bagaimana boleh dia mudah‐mudah terima?
“Ini pasal Rayyan Azrol kah?” Pertanyaan itu sedikit mengundang kejutan buat Liyana. Dia tidak sangka Ku Shaharom akan mengheret nama Rayyan dalam pebincangan mereka ini.
“Kalau pasal budak tu, I bagitahu you, dia bukan budak baik. Gambar you dengan dia kena tangkap dengan paparazzi di Cameron hari tu, dia sendirilah dalangnya. Dia cuma gunakan you! Takkan sebab dia?”
Liyana makin terkejut. “Ku, kenapa I tak tahu pun pasal ni?”
“Sebab I tak bagitahu.”
Liyana mengangguk‐angguk. Oh, rupanya si Rayyan tu punya pasallah habis kecoh satu Malaysia tentang ‘percutian’ mereka di Cameron tempoh hari. Dasar jantan tak tahu malu!
“Tapi, you pukul dia teruk sangat tau. Dia tak sedar lagi tau. Jadi apa‐apa, you jugak susah.”
“Mana I tahu. Budak‐budak I tu yang melampau sangat bantai dia.”
Liyana tersenyum kecil. Tengku Shaharom.. Begitu sekali dia sayangkan aku.
“So, betullah pasal dia?” Ku Shah masih menagih jawapan.
Liyana ketawa kecil. Begitu sekali dia mahukan jawapan!
“Come on lah. I tak pernah serius pun dengan Rayyan tu. He was just for fun, okay?”
“Jadi, pasal Shazwan?” Ku Shah terus menebak soalan susulan. Soalan ini membuatkan Liyana terdiam dan berdebar.
“Ku, please. Jangan babitkan dia dalam hal ni. He’s… different.”
Ku Shah tertawa. Suaranya walaupun garau, tidak membawa getaran ancaman.
“Jangan risaulah. Sebelum‐sebelum ni, pernah I kacau toyboy you yang lain‐lain? Tak ada kan? Cuma dengan si Rayyan tu saja, I tak tahan marah. Dia gunakan you!”
Terharu Liyana mendengarkan kata‐kata Ku Shahbn itu. Tanpa sedar, mulutnya terukir senyuman. “Thanks….”
Ku Shah terdiam. Yang kedengaran hanya hembus nafas yang selama ini, selalu Liyana dengar dari dekat, sedekat pelukan tubuh mereka setiap kali mereka berjumpa. Cuma hari ini terasa jauh walaupun keluar dari telefon bimbit yang rapat melekap di telinga.
“Bukan sebab sesiapa. Bukan juga sebab you. Tapi I..” Liyana memutuskan untuk cuba memberikan jawapan. Sejak dia balik dari hospital pagi tadi, dia tidak putus‐putus memikirkan tentang hal ini. Sebetulnya, dia tak tahu jawapan bulat kenapa dia mahu perhubungan itu berakhir. Tapi dia tahu, sudah sampai masanya perhubungan itu perlu diletak titik.
“I takut….” Suara Liyana bergetar.
“ Harga karier I ni mahal. Banyak benda yang I korbankan untuk sampai ke tahap ini. Masa, tenaga. Kalau semuanya tergadai kerana perhubungan kita, I tak sanggup.”
Liyana merujuk rancangan untuk memerangkap dan menangkap basah mereka malam ini. Ku Shah faham apa yang Liyana takutkan.
“Kita boleh lebih hati‐hati lepas ni.”
“Orang dengki, Ku. Selagi tak kena, dia takkan puas. Tak hari ni, esok. Tak esok, lusa.” Liyana menyuarakan kerisauannya.
“Tapi selama ni kita okey. Cuma kali ni saja, kita terlepas pandang, itupun kita berjaya elak, kan?”
Liyana tersenyum. “Reputasi I cuma perlukan satu serbuan saja untuk runtuh, Ku. Satu, dan semuanya akan runtuh.... I tak sanggup.”
“I dah fikir masak‐masak. Sehari I tak balik rumah hari ni, fikir pasal benda ni. I want to start over. I kena putus dengan you. Dan I juga akan tinggalkan Tv5.
“Tinggalkan tv5? You nak putus, I boleh faham, Lee. Tapi tinggalkan Tv5? Kenapa?”
“I tak tahu you akan faham atau tak, Ku. I lost my passion. Karier I sekarang dah jadi tepu. Mungkin sebab dengan you, I terlalu selesa. I tahu banyak kerja I you yang lobi akhir‐akhir ni, Ku. Banyak yang produser ambil bukan sebab bakat I pun. I pernah jadi orang yang disegani sebab keupayaan I. Tapi sekarang, walaupun krew tak tahu hubungan kita, tapi I tahu mereka boleh rasa ada yang tak kena bila nama I terlalu asyik naik.”
Ku Shah terdiam seketika. Tentang hal melobi iu memang betulpun kerja dia. Tak sangka Liyana bijak menghidu. “Tapi you dah capai cita‐cita you. Sedang jalani cita‐cita you. Takkan you nak tinggalkan semuanya?
Liyana tersenyum pahit. “Betul. I sedang jalani cita‐cita I. Orang lain sesat dalam kejar cita‐cita. Tapi I, sesat dalam jalani cita‐cita.”
Setelah diam seketika, Liyana menyambung lagi. “I takkan tinggalkan cita‐cita I ni, Ku. I cuma cari balik apa yang I dah hilang. Sebab itu, I kena lepaskan semua benda yang ikat I dari terus maju. Termasuk you, dan juga kerja I sekarang ni. I nak jadi budak baru semula. Dengan semangat baru. Suasana baru.”
“You betul nak ini?” Suara Ku Shaharom kedengaran, perlahan dan lembut.
“Hmm…” Liyana sekadar mengeluarkan dehem, mengiyakan.
“Lee, I love this relationship. But I love you more. Kalau ini yang boleh buat you gembira, apa lagi yang I boleh kata?”
Liyana senyum. Air matanya bergenang. Bagaimana lelaki yang dikatakan gasar dan samseng oleh begitu ramai orang lain ini, boleh jadi sebegitu lembut dengannya? Dia sayang mahu melepaskan lelaki ini pergi. Tapi, dia mesti juga melakukannya.
“So, selepas ni, you nak buat apa?” Ku Shah bertanya, sengaja melengah‐lengahkan masa, supaya dia dapat lagi mendengar suara Liyana. Lepas ini, entah dia dapat bercakap lagi dengan Liyana atau tidak?
“I akan balik KL malam ni juga. Lepas tu, I resign dari TV5. Lepas tu, I akan cuti, duduk Perak dengan keluarga I, dalam beberapa bulan. Kemudian I akan mula cari kerja balik.”
Terdengar suara Ku Shah tergelak kecil. “You betul‐betul nak start over nampak gayannya ni, kan? Tapi, apa yang I nak risaukan? You, Liyana Amani. Berebut stesen TV lain nak you.”
Liyana terkekek mendengarkan pujian Ku Shah. “Yes! Kan? I always find my way. That’s me! Liyana Amani.”
Surut gelak tawa mereka, akhirnya talian kembali diam. Senyap sunyi.. Hanya hembus nafas mereka silih bersabung.
“So, I guess this is really goodbye?” Suara Ku Shah kali ini betul‐betul membuatkan hati Liyana goyah.
“Cik Liyana Amani. It has been great to know you. You adalah wanita paling baik yang I pernah
jumpa. It’s a pity, kita terpaksa terperangkap dalam hubungan yang macam ni. And it’s a pity,
kita akhirnya perlu berakhir macam ni.”
Liyana menekup mulutnya. Air matanya perlahan‐lahan turun. Perhubungan ini dasarnya sukasuka
sahaja, dan tidak sepatutnya melibatkan perasaan mana‐mana antara mereka. Namun,
setelah keserasian memaut perasaan, mengucapkan selamat tinggal tidak akan lagi menjadi
mudah.
“I harap you dapat semua yang inginkan, you dapat balik apa yang you hilang. Dan yang
paling penting, I betul‐betul you dapat jumpa cinta untuk diri you. Kalau tak dapat setanding
dengan macam mana I sayang you, I harap you cuma akan dapat yang lebih baik. Kerana you
layak dan berhak dapat yang terbaik.”
Liyana mengangguk‐angguk, sambil cuba menelan esakan halus dari tangisannya. Dari suara,
Liyana tahu bukanlah mudah buat Ku Shah juga untuk melepaskan dirinya pergi.
“You mesti tengah nangis kan?” Tiba‐tiba Ku Shaharom menyergah Liyana. “Janganlah macam
tu. Kita masih kawan, kan?”
Liyana mengesat air matanya. Cebik di bibirnya berganti senyum. “Yes. Of course...”
“That’s more like it.”
Suasana sunyi seketika. Mereka masing‐masing tahu mereka harus menamatkan perbualan itu,
tapi tiada antara mereka yang sanggup. Akhirnya, Ku Shaharom yang terlebih dulu bersuara.
“Goodbye, Liyana Amani.”
Liyana membalas. “Selamat tinggal, Dato’ Tengku Shaharom.”
Talian putus.
Liyana memandang ke depan ke dalam rumahnya. Mak Nani terjenguk‐jenguk dari dalam
rumah, kehairanan kenapa Liyana tak masuk‐masuk. Liyana menghapuskan sisa‐sisa tangisan
di matanya. Lalu dia memulas kunci kereta, dan menariknya keluar dari soket.
Enjin mati.
Namun, dalam kendiri, ada yang kembali hidup.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan