OMBAK laut petang itu terus beralun memukul pantai. Dari anjung rumah tua milik Mak Intan memang jelas kedengaran deburan suara ombak itu. Manissa masih melayan perasaan sama ada mahu pergi atau tidak ke majlis kenduri kesyukuran di rumah Mia Salmi. Dia berkira‐kira macam tidak mahu pergi apabila teringatkan Luqman Adzlie. Dia tidak menyangka lelaki itu adalah abang kepada Mia Salmi.
“Kak Nissa jangan lupa tau datang rumah Mia.”
“Ermm … insyaAllah…,”
“Mia tunggu tau.”
“Iyelah … jangan bimbang. Nanti Kak Nissa pergilah.”
“Janji … mesti datang!”
Sambil tersenyum, Manissa memberi satu anggukan. Itu janji Manissa kepada Mia Salmi tempohari. Janji sebelum dia mengetahui siapakah lelaki itu. Dia semakin serba salah. Macam-macam bermain di fikirannya. Apa yang berlaku ke atas dirinya dan apa yang dilakukan ke atas Luqman Adzlie masih mengimbau jelas. Seolah‐olah baru semalam semua peristiwa itu berlaku. Kalau kueh, panasnya memang masih lagi terasa.
“Nissa pergilah mandi dulu. Matahari semakin meninggi dah ni…,”
“Pukul berapa sekarang Mak Intan?”
Manissa masih kelat matanya. Mulutnya nampak menguap, sepantas itu juga tangan kanannya menyeka mulut yang masih melopong. Manakala tangan kirinya pula mula mengosok kelopak mata yang masih kuyu dan layu itu. Rasa mengantuk mash bersisa di kelopak matanya. Malam tadi waktu tidurnya agak lewat pagi kerana asyik memikirkan sesuatu.
“Anak dara tak baik bangun lambat!” bebel Mak Intan menyebukan telinga Manissa. “Dah pukul sepuluh pagi ni.”
“Errmm … awal lagi tu…,”
“Awallah sangat! Kalau ada mak mertua memang dah kena bambu!”
“Ke situ pulak Mak Intan ni! Nissa tak teringin nak ada mertua lagi. Tak terfikir pun!”
“Pergilah mandi cepat. Air kolah pun dah penuh tu.”
“Ermm … nak pergilah ni.”
Mak Intan hanya menggelengkan kepala. Di benaknya, perangai yang ditunjukkan oleh Manissa masih tidak berubah. Sama sahaja semasa dia masih bekerja di rumah Datuk Zulkifli dahulu. Kalau di hujung minggu memang liat sedikit Manissa untuk bangun pagi. Tersenyum Mak Intan bila teringatkan memori lamanya itu.
“Ambil tuala ni. Kejap lagi Mak Intan letakkan pakaiannya di atas katil.”
“Nak pakai baju apa pulak ni Mak Intan?”
“Sudah … jangan banyak tanya? Pergilah mandi cepat … tahulah Mak Intan uruskan nanti,”
“Iye … nak pergilah ni.”
“Jangan tidur balik … tempat tidur tu kemaskan sikit.”
“Ermm…iyelah.”
Manissa mencuka di wajahnya. Dia masih teringat lagi arahan yang sama menjamah cuping telinganya semasa wanita itu bekerja di rumahnya dahulu. Tegasnya tetap sama, tidak berubah walaupun sepotong ayat. Kalau diingat‐ingatkan semula, memang ada benarnya kata‐kata Mak Intan itu. Kain alas tilam ditarik supaya nampak kemas. Sebiji bantal ditepuk‐tepuk supaya kembali gebu. Kemasan di katil tidurnya nampak semakin terurus. Apabila dia agak berpuas hati barulah dia beredar menuju ke bilik mandi.
Setengah jam berlalu. Manissa sudah kembali semula ke kamar tempat dia melepaskan penat untuk beristirehat di waktu malam. Di birai katil masih terlipat kemas sepasang baju kurung berwarna merah hati. Turut tertancap juga di situ sehelai selendang polos berwarna hitam.
Sesekali Manissa menoleh pandang ke arah baju kurung dan selendang itu. Fikirannya tambah serabut apabila Mak Intan memaksanya memakai baju kurung bersama selendang hitam itu. Dia memang amat jarang sekali memakai pakaian sebegitu. Malahan seingatnya memang dia tidak memiliki sebarang baju kurung biarpun sehelai di dalam koleksi terbaru pakaiannya. Apa yang dia ingat, kali terakhir dia memakai baju kurung semasa dia masih kecil lagi. Itupun setahun sekali kerana mahu menyambut hari raya. Dia masih berkira‐kira sama ada mahu memakai pakaian itu atau tidak.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk tidak memakai pakaian itu. Dia lebih selesa dengan memakai blause dan berseluar jeans. Dari dalam almari sudah tersedia tergantung baju blause miliknya. Baginya pakaian itu memang selesa, sangat praktikal untuk anak gadis seusianya. Baginya dia suka pakaian yang ringkas, sesuai dengan wataknya yang periang.
“Biarlah … ikut suka aku nak pakai apa!” omelnya sendirian.
Di hadapan cermin, Manissa mengenakan gincu berwarna kemerahan di bibirnya. Dikulum bibirnya supaya warna yang terpalit itu nampak lebih rata. Sedikit palitan bedak asas juga singgah di pipinya. Seketika dia merenung tajam imbasan wajahnya di cermin. Macam ada rasa tidak puas hati di fikirannya. Pensil alis mata diambil lalu dilayangkan sekali lagi di alis matanya. Setelah berpuas hati dengan hasil solekannya, dia tersenyum. Tangannya pula pantas menyisir rambutnya yang sedikit keperangan itu.
“Tak siap lagi Nissa?” kedengaran suara Mak Intan dari luar kamar.
Manissa sedikit tersentak. Teriakan Mak Intan mematikan anganannya di hadapan cermin solek itu. Cepat‐cepat dia menyisir rambutnya supaya kemas dan rapi. Tangannya pula menguis-nguis sisa‐sisa bedak yang ada di pipi.
“Kejaplah Mak Intan … dah nak siap ni!”
“Belum siap‐siap lagi dari tadi?”
“Nak siaplah ni … sikit lagi.”
“Cepatlah sikit. Matahari semakin tinggi!”
“Siap dah ni!”
Seketika pintu kamar terbuka apabila ditolak dari luar. Sepantas itu juga pandangan Manissa terarah ke arah daun pintu yang terbuka itu. Wajah tua Mak Intan sedia menanti di hadapan pintu. Pandangan mereka bersatu. Manissa cuba mengukir senyum namun di wajah Mak Intan gambaran yang sebaliknya. Dia seakan terkejut. Berkerut dahinya dengan biji mata yang terbeliak. Mulutnya sedikit terlopong.
“Kenapa ni Mak Intan?”
Mak Intan mula bercekak pinggang. Bibir tuanya diketap kuat. Biji matanya nampak tidak berkelip walau sedikit pun. Manissa mula dipagut kehairanan. Terfikir juga dia melihat riak wajah Mak Intan. Macam ada sesuatu yang tidak kena. Pertanyaannya tidak segera dijawab. Mulut Mak Intan mula berkumat‐kamit. Ada sesuatu yang ingin diluahkan.
“Macam nampak hantu saja Mak Intan ni! Kenapa dengan Nissa?”
“Kamu nak pergi mana?”
“Ehhh … kenapa tanya Nissa macam itu? Nak ikut Mak Intan pergi kendurilah!”
“Macam ini? Kita nak pergi rumah kenduri kesyukuran bukan nak pergi pasar malam!”
“Tapi mengapa pulak? Nissa tak faham.”
“Pakaian kamu tu!”
“Kenapa pulak? Okey apa!”
“Memang okey kalau ikut Nissa. Tapi tak okey kalau orang kampung tengok nanti.”
Sekarang barulah Manissa faham apa yang dimaksudkan oleh Mak Intan. Dia tersenyum sumbing apabila melihat muka Mak Intan yang semakin mencuka. Patutlah Mak Intan hampir tersembul biji matanya apabila melihat Manissa berpakaian sebegitu. Apa yang difikirkan ungkin tidak sama apa yang dibayangkan oleh wanita tua itu. Mak Intan memang tegas dalam soal berpakaian ini. Baginya apabila berpakaian mestilah sesuai dengan majlis yang hendak dihadiri.
“Nanti bukan orang muda yang jatuh hati, orang tua pun boleh tercabut kopiahnya!”
“Ehhh … Mak Intan ke situ pulak perginya. Nissa tak ada niat nak goda sesiapa tau!”
“Itu kata Nissa tapi orang yang memandangnya?”
“Mana Nissa tahu apa yang dia orang fikirkan? Nissa fikir untuk Nissa saja.”
“Mak Intan tahu tu tapi duduk di kampung tak sama nak banding cara hidup di kota. Apa kata orang … masuk kandang kambing kenalah sama‐sama mengembik.”
Mak Intan tinggalkan persoalan itu untuk dijawab oleh Manissa. Ingatannya bagaikan kosong. Terdiam sebentar Manissa memikirkan pertanyaan Mak Intan itu. Dia mula menggaru‐garu kepalanya yang tidak gatal. Kini dia mula memahami serba sedikit soal adat budaya apabila bertandang ke kampung. Kalau di rumahnya, dia bebas memakai apa sahaja pakaian kegemarannya. Tiada siapa yang hendak melarang. Ayahnya sendiri tidak ambil kesah tentang dirinya. Apabila lagi mahu mengatur makan minum serta keperluan yang lain. Dia sendiri tidak mahu ayahnya memcampuri urusan peribadinya sementelah ayahnya memang jarang lekat di rumah sejak akhir‐akhir ini.
Pandangan mata mereka bersatu sekali lagi. Seketika pandangan Manissa beralih ke arah sepasang baju kurung yang masih terlipat kemas di birai katil. Kemudian pandangannya kembali singgah ke wajah Mak Intan. Senyuman di bibirnya bagaikan dipaksa. Senyumannya ada tetapi manisnya tidak ada. Mak Intan hanya mengangguk perlahan. Manissa terpaksa akur dengan arahan Mak Intan.
“Nak kena pakai juga ke?”
“Anak dara kalau pakai baju kurung memang cantik. Lebih manis lagi kalau bertudung.”
Kata‐kata Mak Intan bagaikan mahu memujuk hati Manissa. Sekali lagi pandangan Manissa singgah ke arah sehelai selendang hitam yang juga terlipat kemas di sisi baju kurung itu. Mak Intan segera mendapatkan baju kurung dan selendang itu lalu disuakan kepada Manissa. Manissa masih teragak‐agak untuk menerima baju kurung dan selendang itu.
“Nissa tak biasalah Mak Intan pakai bau macam ini.”
“Tak apa. Nanti lama‐lama nanti Nissa akan biasa.”
“Errmm … tapi…,”
“Dah … tak ada tapi‐tapi lagi. Kita dah lewat ni.”
“Iyalah … Nissa tukar dulu.”
“Cepat sikit … Mak Intan tunggu di luar.”
Mak Intan segera berlalu keluar dari kamar itu. Ada juga sedikit perasaan geram di hati Manissa apabila dipaksa begitu. Antara suka dengan tidak dia terpaksa akur dengan kehendak Mak Intan itu. Dia terpaksa beralah sebab tidak mahu mendengar bebelan yang panjang dari Mak Intan. Awalnya dia memang terasa agak kekok apabila mengenakan baju kurung itu di badannya. Dia macam tidak selesa. Pergerakannya bagaikan robot kehilangan rentak apabila berjalan.
“Ishhh … biar betul aku ni!” tersenyum Manissa apabila melihat bayangan dirinya di cermin.
Hendak tergelak pun ada sebab macam kelakar pula apabila melihat dia berpakaian sebegitu. Setelah agak berpuas hati, dia mula mengenakan selendang di kepalanya. Sekali lagi dia terkial‐kial mengenakan selendang yang hampir luruh dari kepalanya. Dia memang tidak biasa berseledang. Malah itu merupakan kali pertama dalam hidupnya dia berbuat demikian. Lama kelamaan selendang itu hanya disangkut ke bahunya sahaja.
“Errmm … sabar sajalah!”
Sebelum keluar dari kamar itu, Manissa memastikan supaya penampilannya dengan berbaju kurung itu nampak kemas. Ditarik‐tarik sedikit hujung baju kurung itu supaya nampak seimbang antara kiri dan kanannya. Dia mesti keluar cepat dari bilik itu jika tidak mahu mendengar sekali lagi teriakan daripada Mak Intan. Tidak sanggup lagi cuping telinganya mendengar bebelan wanita itu. Cukuplah setakat yang sudah didengarnya tadi.
“Cepat sikit Nissa! Dah ada orang tunggu kita ni!”
Agak kelam kabut Manissa apabila mendengar suara Mak Intan. Itu yang didengar oleh Manissa setelah langkah kakinya melepasi ruang tamu. Langkahnya terhenti seketika. Siapa pula yang menanti mereka di luar sana? Tiba‐tiba sahaja perasaan ingin tahu berlegar kuat di ingatannya. Dia mula memikirkan siapakah yang sedang menunggu mereka di luar sana. Mak Intan sudah tidak kelihatan bayangnya. Mungkin sudah menantinya di halaman rumah.
“Jangan lupa tutupkan tingkap depan tu. Lupa pulak Mak Intan nak tutup tadi.”
Mak Intan memberi arahan kepada Manissa. Agak kuat suaranya memberi arahan itu. Sebelum
menutup rapat tingkap yang dimaksudkan, sempat juga Manissa meninjau ke halaman rumah. Tiba‐tiba air mukanya nampak berubah. Sebuah kereta memang sedang sedia menanti di halaman. Darahnya tiba‐tiba bergemuruh. Melihatkan kereta itu, dia sudah dapat membayangkan siapakah pemiliknya. Hatinya mula dihentam debar. Ombak resah mula pecah merata di dadanya.
“Issshh … kenapa dia ada di sini pulak! Malunya kalau dia lihat aku berpakaian macam ni. Nak buat macam mana ni?” ujar Manissa sendirian.
Semakin tidak tentu arah langkah kakinya. Ke hadapan salah, ke belakang pun salah. Tangan kanan dan kirinya tergenggam erat. Bagai mahu mengumpulkan kekuatan untuk bersemuka dengan lelaki itu. Di mindanya tiba‐tiba menjelma wajah Luqman sambil mentertawakannya.
Geram juga hatinya apabila diperlakukan sebegitu. Mak Intan pula macam tidak faham apa yang bersarang di fikirannya. Apa yang membenam di dasar hatinya sekarang! Terasa sakit kepalanya apabila wajah lelaki itu juga yang muncul setiap kali dia mahu mengosongkan mindanya.
“Kenapa dengan kamu ni Nissa? Ada apa‐apa masalah ke?” tiba‐tiba suara tua Mak Intan menerjah cuping telinganya sekali lagi.
“Ehhh … Mak Intan. Errr … tak ada apa‐apalah. Nissa…,”
“Mengapa ni? Kamu macam tak sihat saja.”
Apa alasan yang mahu diberikan kepada Mak Intan. Sebolehnya dia tidak mahu bertemu dengan lelaki itu dalam keadaan dia berpakaian sedemikian. Malunya bukan kepalang.
“Entahlah Mak Intan … tiba‐tiba sakit kepala Nissa datang balik. Pening dan sakit sangat
rasanya,” luah Manissa sambil memicit‐micit kepalanya mahu mencari alasan.
Wajah Mak Intan nampak sebal. Dia bagaikan kecewa apabila Manissa mula mengubah fikiran
untuk tidak ke majlis kenduri kesyukuran di rumah Mia Salmi, mahu pun Luqman Adzlie. Apa
pun alasannya memang Mak Intan nampak kecewa.
“Nissa minta maaf Mak Intan. Bukan niat Nissa tak mahu pergi. Migrain Nissa datang balik.”
“Dah kamu tak sihat nak buat macam mana. Tak apakah Nissa duduk seorang di rumah?”
“Tak apa Mak Intan. Tahulah Nissa jaga diri. Bukan tak biasa duduk sendirian.”
“Ubat ada tak?”
“Ohhh … ada … ada. Nissa memang ada bawa ke mana Nissa pergi.”
“Kalau macam itu, biar Mak Intan pergi dulu. Kesian pulak Luqman tunggu di bawah tu. Jangan
lupa makan ubat tu … kunci semua tingkap dan pintu.”
“Baiklah Mak Intan. Maafkan Nissa sekali lagi,” terdengar sayu kata‐katanya itu.
Sebaik sahaja tubuh Mak Intan hilang dari pandangan, Manissa segera menutup pintu.
Gembiranya bukan kepalang apabila lakonannya berjaya memujuk hati Mak Intan. Memang
dia sengaja tidak mahu berjumpa dengan Luqman Adzlie. Tentu lelaki itu sedikit kecewa
apabila dia tidak dapat bersama ke majlis kenduri di rumahnya. Dia ada sebab dan alasan
untuk berbuat sebegitu. Memang dia ingin rapat dengan Luqman Adzlie tetapi bukan dengan
cara dia yang terhegeh‐hegeh mendekati lelaki itu. Sebaliknya dia mahu Luqman Adzlie yang
mencarinya.
“Yes! Yes!”
Gembiranya bukan kepalang. Rancangannya mula diatur perlahan. Moga apa yang difikirkan
bergerak seiring dengan apa yang dimahukan. Namun yang pasti, dia telah mengecewakan
perasaan dan hati Mia Salmi. Memang Mia Salmi beria‐ia sangat mahukan dia datang ke majlis
kenduri kesyukuran di rumahnya itu. Janjinya untuk bertemu dengan Mia Salmi sebelum
berangkat untuk menyambung pelajaran ke Sabah pasti tertunai. Segalanya memang sudah
terancang di fikirannya. Untuk menghilangkan rasa berserabut di kepala, Manissa kembali
semula ke kamar lalu merebahkan diri ke arah katil yang sedia menantinya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan