Tanpa amaran kereta proton waja tersebut memecut laju dan berhenti tidak jauh dari kedudukan Rezad dan Siti Narida berdiri ketika ini. Tayar kereta berdecit kerana di brek mengejut. Beberapa orang lelaki bersenjata api keluar sambil mengacukan pistol semi automatik di tangan masing‐masing. Rezad dan Siti Narida berasa tersentak disebabkan oleh aksi berani samseng‐samseng yang tidak dijangkakan tersebut. Muncung‐muncung pistol dihalakan tepat kepada mereka berdua.
Rezad segera menarik tangan Siti Narida dengan cepat dan masing‐masing tunduk semasa beredar dari situ. Rezad mengeluarkan pistol untuk mempertahankan diri. Dia dan Siti Narida segera tunduk dan berusaha mencari tempat perlindungan sebaik mungkin di sebalik sebuah kereta yang berdekatan.
Tembakan kedengaran dilepaskan bertalu‐talu oleh samseng‐samseng berkenaan. Namun tembakan yang dilepaskan tidak mengenai sasaran. Tembakan sia‐sia.
Sepertinya tembakan rambang itu hanya merosakan kereta yang dijadikan tempat berlindung dengan teruk. Melihat itu semua Rezad dengan pantas bertekad menyerang semula.
Sementara samseng‐samseng tersebut terleka. Timbul satu keberanian. Rezad bergolek ke sebelah kiri kenderaan dan mencari sudut yang sesuai untuk melepaskan tembakan. Sebaik sahaja, berpeluang dia dengan pantas melepaskan tembakan bertubi‐tubi. Bidikan tepat mengenai sasaran ke dada musuh.
Tembakan pertama yang dilepaskannya tadi menyebabkan penyerang yang kurang berhati-hati itu rebah ke bumi mati serta merta di tempat kejadian. Dua rakan samseng yang lain terkejut apabila melihat rakan mereka mengelupur mati di hadapan mereka. Nyata sekali, mereka adalah penjenayah amatur dan kurang professional.
Mereka tidak lebih daripada samseng jalanan yang bersikap terburu‐buru ketika melakukan tugasan yang merbahaya. Lawan mereka kali ini bukan calang‐calang orang.
”Berundur...! Jahanam itu olang...!" suara itu memekik mengarahkan rakan subahatnya segera beredar dari situ. Berdasarkan percakapan lelaki tersebut telah menjelaskan lagi lelaki yang memeberi arahan itu berbangsa cina.
Rezad mengatur nafas. Berusaha untuk bersikap tenang. Dia melakukan serangan balas sekali lagi. Rezad tahu hanya dengan bersikap tenang serta memberikan sepenuh perhatian sahaja lah yang akan memberikan kelebihan kepadanya di saat sukar dan merbahaya ini.
Sesungguhnya ada sesuatu yang membuatkan Rezad berfikir ketika ini. Sebenarnya dia langsung tidak mengenali ke semua samseng yang terlibat. Namun apa yang pasti dan paling penting sekarang ialah dia harus menumpaskan penyerang tersebut terlebih dahulu.
Orang ramai yang berada di sekitar kawasan tersebut turut sama gempar akibat dari aksi kejadian tembak menembak secara tiba‐tiba itu. Beberapa orang di kawasan sekitar tersebut ada yang mencari perlindungan dan berusaha menjauhkan diri, takut ada nanti peluru sesat mengenai mereka.. Selain itu ada juga yang bertindak berani tampil untuk menghubungi pihak berkuasa.
Rezad menarik nafas lega apabila dua penyerang itu berjaya ditumpaskan tadi. Baki dua orang samseng bersenjata itu pula kini menjadi tumpuan dan sasaran muncung pistol bertuahnya. Siti Narida ketakutan. Rezad berusaha sedaya upaya untuk melindungi Siti Narida.. Sempat dia memberi nasihat kepada Siti Narida supaya tunduk dan berhati‐hati. Dia tidak mahu wanita itu cedera. Ini urusan antara polis dan penjenayah.
Sementara itu pihak polis yang berjaya dihubunggi oleh orang awam bergegas ke tempat kejadian sebaik sahaja menerima pangilan telefon. Bunyi siren dari beberapa buah kereta peronda polis dari jauh kian gamat. Sungguh bertuah kerana kebetulan ada beberapa unit buah kereta pegawai peronda polis yang bertugas sedang meronda berdekatan dengan tempat kejadian. Memang lumrah pihak jabatan polis ada menempatkan kakitangannya dibeberapa kawasan tertentu yang srtegik untuk memantau perkembangan semasa. Penempatan balai polis bergerak di setiap lokasi berkepadatan tinggi adalah bertujuan untuk memudahkan kerja polis dalam usaha memantau kadar peningkatan indeks jenayah .
Ketibaan pihak polis membuatkan Rezad menarik nafas lega. Sebaliknya penyerang terbabit menjadi kelam kabut berhadapan dengan situasi sedemikian. Mereka bergegas dari tempat kejadian untuk melarikan diri namun Rezad sempat melepaskan tembakan yang mana disasarkan pada kaki kedua‐dua penjenayah. Mereka tersungkur rebah.
Darah merah pekat meleleh di bahagian yang terkena tembakan. Akhirnya mereka pasrah diberkas pihak polis.
“Saya Inspektor Rezadiel Basyaq...” tangan kiri Rezad menunjukkan lencana polisnya kepada pegawai polis yang berada di situ ketika itu. Mereka juga turut sama menghampiri dua penyerang tersebut. Rezad membiarkan sahaja polis‐polis tersebut melakukan tugasan mereka. Dia cuma memerhatikan.
Pegawai polis tadi mengangguk tanda memahami kehadiran Rezad di situ. Kebanyakkan pegawai polis yang berada di Kuala Lumpur ini sudah sedia maklum dan mengenali siapa Rezad yang memangnya agak terkenal kerana kecemerlangan dalam kerjayanya sebagai seorang Anggota polis.
Suspeks penjenayah bersenjata yang tercedera tadi akan dihantar untuk mendapatkan rawaan dan kemudian setelah itu mereka akan dibawa ke balai polis untuk di soal siasat terlebih dahulu..Dan begitulah seterusnya mengikut prosuder yang telah ditetapkan. Mayat dua orang penjenayah itu pula akan diperiksa oleh bahagian jabatan forensik terlebih dahulu untuk diperiksa butir‐butir pengenalan peribadi mereka, itupun setelah menepati segala prosuder yang telah ditetapkan.
Rezad memandang Siti Narida. Nalurinya sebagai seorang angota polis cepat mengesan sesuatu. Dia seolah dpaat meneka punca sebenar kejadian tembak menembak yang berlaku tadi. Dia mengagak pasti bersangkut paut dengan Mezahi dan Siti Narida sendiri. Mungkinkah ada rahsia disebalik semua cerita ini?
“Awak janganlah takut dan risau. Saya dan pihak polis akan menyiasat siapakah yang bertanggungjawab dalam hal ini? Saya juga akan memastikan keselamatan awak. Ermm.... apa yang saya harap awak dapat memberikan kerjasama kepada saya dan pihak polis sepenuhnya untuk membantu siasatan lanjuit” jelas Rezad cuba memujuk Siti Narida yang masih sugul di depannya itu.
"Ermm... Boleh tak? Rezad memandang Siti Narida sambil menyoalnya untuk meminta persetujuan.
" OK... " Siti Narida menganguk lemah. Wajah manis itu cuba untuk tersenyum.
Rezad mengerti Siti Narida sebenarnya masih terkejut disebabkan peristiwa kejadian tembak-menembak tadi pagi. Peristiwa itu pastinya akan menjadi igauan ngeri dalam hidupnya. Terasa nyawa betul‐betul berada di hujung tanduk pada saat itu.
“Terima kasih....” perlahan ayat itu meluncur keluar dari mulut Siti Narida yang mungil.
"Sama‐sama....." Rezad menghadiahkan senyuman..
Sebenarnya kebelakangan ini Rezad sudah terasa seolah‐olah dia sedang diburu oleh sesuatu yang berniat jahat. Dalam kata lain bermaksud dia dan abangnya Mezahi berada dalam keadaan bahaya.
“Sebenarnya saya kurang pasti apa sebab semua ini berlaku... akan tetapi sebelum ini abang Mezahi tetap bertegas menyuruh saya datang untuk mencari awak. Penting katanya.” akui Siti Narida jujur. Kata‐kata Siti Narida itu membuatkan Rezad terdiam.
“Dia ingin berjumpa dengan awak secepat yang mungkin. Saya rasa awak akan bertemu jawapannya apabila awak bertemu abang Mezahi sendiri. Hal yang lain saya tidak tahu mengapa. Ini kerana saya hanya disuruh untuk menyampaikan pesanan." Sambung Siti Narida lagi. Dia menerangkan semua yang terbuku di dalam hati tentang tujuan asalnya sebelum ini.
“Di hospital mana saudara Mezahi sekarang?” Kedengaran suara Rezad sedikit mendatar
apabila bertanyakan hal perihal Mezahi sahabat karib lamanya itu. Kelihatan sekali wajahnya
nampak serius ketika bertanya.
Pertanyaan itu membuatkan Siti Narida terkedu dan tiada jawapan diberikan. Setelah
keterangan diambil dan soal siasat dilakukan dan memandangkan pula tiada kecederaan.
Maka Rezad memutuskan untuk mengiringi dan berhasrat untuk menghantarnya Siti Narida
pulang nanti. Rezad berasa bertanggungjawab untuk melindungi Siti Narida lebih lagi kejadian
yang menimpa mereka berdua siang tadi ternyata begitu membahayakan sekali.
Siti Narida diam membisu seribu bahasa sepanjang perjalanan pulang. Rezad memandu
keretanya dengan penuh berhati‐hati sebagai langkah mengelakkan mereka diekori penjahat.
Rezad tahu insiden kejadian siang tadi tidak akan berakhir dengan begitu sahaja. Selagi dalang
yang bertanggungjawab tidak dibawa ke muka pengadilan pastinya keselamatan Siti Narida
tetap tidak akan terjamin. Rezad merasakan ada tanggungjawab terletak di bahunya sekarang
ini. Dia berasakan dia perlu untuk
melindungi Siti Narida. Pasti ada sebabnya Mezahi menyuruh Siti Narida datang menemuinya.
Dia yakin betul...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan