Sekali sekala Rezad menjeling Siti Narida yang duduk tenang di sebelahnya. Melalui cermin sisi pandang belakang itu secara diam‐diam dia menatap lembut wajah Siti Narida tanpa disedari. Semakin comel pula dia sekarang ni. Bisik Rezad dalam hati.
Sesungguhnya itulah gadis itu yang pernah suatu ketika pernah berjaya mencuri hatinya. Waktu itu seingatnya dia masih bersekolah dan berada di tingkatan 6 atas bersama Mezahi. Ketika itu dia selalu bersama rakan‐rakan yang lain bertandang ke rumah Mezahi. Dan budak perempuan berumur 16 tahun itulah yang suka bermain biola di beranda rumah. Rezad berasa gembira kerana sudah lama mereka tidak bertemu.
Cantik sungguh dia sekarang. Entah mengapa,tiba‐tiba sahaja perasaan yang pernah dirasainya suatu ketika dulu itu kembali berputik di dalam hati? Pelik nim ajaib. Dia jatuh cinta sekali lagi.
“Saya rasa kita pernah berjumpa dulu kan. Waktu itu kita masih budak sekolah dan saya rasa awak masih berada di tingkatan 4. Gadis bertocang dua yang suka bermain biola. Ermm betul tak cik Siti Narida?” Rezad membuka cerita lama. Sambil anak matanya terus memerhatikan Siti Narida yang duduk di sebelahnya. Gadis itu mengerlingnya. Ada senyuman di wajahnya. Manis sekali.
Siti Narida mengukir senyuman apabila Rezad bertanyakan sesuatu yang mampu membangkitkan kembali nostalgia lama dalam hidupnya.
"Gadis bertocang dua yang suka bermain biola?" ajuknya. Kata‐kata Rezad tadi diulang semula.
Entah mengapa kata‐kata Rezad itu membuatkan dirinya tersenyum sendiri. Terhibur dan berasa senang hati...
"Tentu saya hodoh masa tu kan?" Tanya Siti Narida seterusnya...
Pertanyaan itu membuatkan Rezad tersenyum.
"Budak remaja tu sangat comel..," Rezad ketawa mengekek.
Sebenarnya sudah agak lama kenangan itu berlalu. Lagi pula mereka kini masing‐masing sudah meniti alam kedewasan. Apabila mengimbau kembali kenangan manis itu semula. Hati masing‐masing mula berbunga riang.
Sesungguhnya waktu telah menjarakkan perhubungan kasih dan sayang antara mereka berdua selama ini. Kalaulah boleh masa diputarkan kembali, ingin sahaja dia memutarkan masa yang berlalu itu kembali.
“Saya masih ingat dulu awak suka bermain biola di beranda rumah awak. Waktu itu kami berempat sedang mengadakan group belajar berkumpulan bagi menghadapi peperiksaan STPM yang bakal menjelang" Rezad cuba menjelaskan.
“Tak sangka awak masih ingat semua itu. Saya sendiri pun hampir terlupa semua. Maaf... memang betul saya suka bermain biola ketika itu. Ermmm... sekarang pun saya masih dengan hobi yang sama jugak,” jelas Siti Narida. Dia tersenyum simpul. Suaranya agak gugup, namun dia cuba sedaya upaya menceriakan keadaan. Rasa getar disembunyikan. Rahsia bukan lagi rahsia...
“Pasti awak bermain biola semerdu dulu,” ada pujian di sebalik pertanyaan Rezad itu. Sambil itu dia terus memandang Siti Narida dengan senyuman. Dia berasa rindu sebenarnya dengan gadis itu.
Sekilas Rezad memandang Siti Narida dan entah mengapa tiba‐tiba sahaja, mata mereka bertentangan.
Terasakan di saat ini hati kedua‐dua mereka bagaikan mampu berkata‐kata. Suasana romantik yang sungguh indah mula mekar di dalam hati kedua insan. Bagaikan tidak percaya ada getaran ajaib mula meresap ke dalam hati masing‐masing. Sementara itu di corong radio ketika ini kedengaran sebuah lagu lama berkumandang. Lagu yang sungguh menyentuh perasaan.
Agak lama juga mereka tidak bertemu. Sungguh tidak disangka pertemuan mereka pada hari ini penuh dengan kejutan.
Sebuah kenangan lampau yang hampir dilupakan turut kembali mengusik ruang jiwa. Malah raut wajah mereka suatu waktu dahulu juga begitu jauh berbeza setelah meniti kedewasaan. Hakikatnya masa hampir sahaja membuatkan dirinya tidak mengenali siapa Siti Narida pagi tadi. Bagi Rezad pertemuan hari ini adalah merupakan suatu keajaiban.
Di sebalik kejutan itu ada keajaiban dan disebalik keajaiban itu ada keindahan.
Jam sudah menunjukkan ke angka 7.00 malam. Masih awal lagi bagi bandaraya besar seperti Kuala Lumpur ini. Tiba‐tiba sahaja perut Rezad berbunyi. Siti Narida menoleh. Lalu bertanya tentang itu. Melihat muka Rezad yang selamba dia menahan mukanya yang merah padam hendak ketawa.
“Jomlah saya belanja makan. Kita pergi ke KFC nak tak? Saya dah lama tak pergi makan kat sana tau. Saya tengah lapar ni...” Sengih Siti Narida.
“Bagus jugak tu," bagaikan orang mengantuk disorong bantal. Kita terima aje la pelawan orang tu. Perut jugak tengah lapar ni. Ada bunyi tadi kan.... Hahaha...." Rezad ketawa menyedari dirinya diperhatikan gadis itu. Sesungguhnya inilah peluang untuk menjalin kembali kemesraan. Dia mensyukurinya.
Sesungguhnya dia bersyukur kepada Allah kerana setiap urusan bagaikan telah dipermudahkan. Mudah‐mudahan pertemuan mereka berdua kali ini penuh dengan makna. Mungkin sudah jodoh agaknya.
“Ini sebagai ucapan terima kasih saya kerana awak menyelamatkan saya petang tadi. Tapi jangan salah sangka pulak saya membalas budi awak dengan semurah tu. Saya ikhlas nak belanja,”senyuman diukir Siti Narida untuk menyembunyikan kegugupannya..
“Saya pun ikhlas jugak bantu awak. Tak harap pun sebarang balasan. Akan tetapi kalau awak sudi apa salahnya. Oh... ya cik Siti ,selepas ini maksud saya selepas makan nanti kita nak ke mana pula. Saya menunggu perintah dan arahan awak je...” Rezad cuba tersenyum dan cuba untuk tidak bersikap terlalu serius,
Lagi pula peristiwa kejadian tembak menembak pada petang tadi agak mengusarkan perasaa. Insiden tadi boleh saja membuatkan seseorang trauma. Siti Narida tahu sebenarnya dalam debaran resah yang dialaminya itu Rezad cuba untuk menghiburkan hatinya.
“Thanks.. Saya amat menghargainya."
"Sama‐sama... Awak harus ingat tau. Sekarang saya bertanggungjawab penuh untuk memastikan kejadian tadi tidak berulang lagi. Saya berjanji akan melindungi awak dan Mezahi dengan sedaya upaya saya," bisik Rezad. Kata‐kata itu diluahkan seikhlas hatinya.
Sampai sahaja di restoran KFC yang berdekatan mereka memesan beberapa set hidangan untuk makan malam.
“Saya suka makan drumstick,” terang Siti Narida.
“Saya juga sama...”
"Kebetulan kan," ujar Siti Narida. “Awak selalu makan kat kat sini ke?”
“Apa boleh buat dah nasib orang bujang seperti saya ni...”
“Awak masih belum berkahwin lagi ya?”
“Ermmm...” tiada jawapan diberikan.
“Ermmm.... Kenapa tak jawab...?
“Tak tau nak jawab apa"
“Jawapan yang mudah pun tak boleh jawab. Peliknya...”
“Kadangkala ada jawapan yang begitu senang tetapi teramat sukar untuk dijawab," ujar Rezad selamba. Dia tersenyum apabila terpaksa memberikan alasan sedemikian.
“Maksudnya?”
“Seperti jodoh, hati dan perasaan...”
“Tak faham.”
“Cuba‐cubalah faham...”
“Ya la tu... Hehehe.." Siti Narida tertawa.
“Kenapa ketawa/” Rezad hairan bila Siti Narida tersengih sambil mengunyah cheezy wedgesnya.
“Tak sangka awak ni pelahap juga err.”
"Mana ada pelahap, saya laparlah.."
"Ermmm..."
“Hahaha... Apa boleh buat.. Lagipun drumstick ayam KFC ni sedap sangat. Sepatutnya awak kesian kat saya tau. Sejak dari pagi tadi belum makan lagi”
“Sorry...”
“Kenapa pulak nak mintak sorry...?
“Sebab saya ketawakan awak tadi.."
“Ermmm.... Makanlah. Tadi awak kan kata lapar.”
“Tengah makanlah ni...”
“Sedapnya. Sampai menjilat jari...” Rezad cuba berlawak.
"Ya lah tu sedap sangat tengok ni sampai menjilat jari jugak." Siti Narida tersenyum manis. Dia mengajuk ayat yang sama.
Sewaktu dalam perjalanan pulang itu, tanpa mereka sedari sebuah kereta telah mengekori kenderaan mereka dari arah belakang.
Raut wajah pemandu itu seperti dikenali. Namun pemandunya sekadar mengiringi dan berniat baik. Dia terus memandu dengan berhati‐hati dan berusaha agar kehadirannya tidak disedari. Mezahi tersenyum bahagia. Rancangannya hampir berjaya.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan