Label

Khamis, 5 Januari 2017

NOVEL Wanita Rembang Malam Bab4

“Mulai malam ni, Cecil jangan sembarangan buka pintu.” Shaq benar‐benar walang. Semua pintu dan tingkap dikuncinya.

“Tapi dia kan hantu. Kalau dia nak masuk... dinding tu pun dia boleh tembus.”

“Memanglah dia dah jadi hantu. Tapi hantu yang berjasad seperti manusia. Dia tidak kelihatan seperti hantu tetapi lebih menyerupai kita yang masih hidup ni. Dia berjasad, boleh berbual macam kita dan...” Shaq mendaratkan punggung di sebelahCecil. Disentuhnya pipiCecil dan menyoroti wajah itu lama‐lama.

“Dan apa bang?”Cecil akhirnya bertanya setelah agak lama ternanti‐nanti.

Shaq menarik nafas. Riak wajahnya seperti kesal. “Dia 100% menyerupai abang. Dari puncak kepala hingga hujung kaki... semua sama.”Cecil terkejut, namun berusaha bertenang. “Abang harapCecil tak tersalah orang nanti. Diamahukan Cecil?”

“Apa?”Cecil tersentak. “Apa yang abang cakapkan ni?”

“Dia mahukan Cecil. Itu yang dia cakap kat abang.” Shaq bangun lalu berjalan mundar‐mandir.



“Abang akan bunuh dia kalau dia teruskan juga kasadnya mahu meratahCecil. Abang akan cabut nyawanya...”

“Nak cabut apanya bang? Kalau dia memang pun dah mati. Nyawa mana lagi yang abang nak musnahkan?” Susah pula hatinya pabila melihat Shaq begitu.

“Nyawa abang,” kata Shaq dua patah.

Cecil terpelangah. “Abang dah gila ke? HabisCecil ni macam mana?” Dia bingkas lalu memeluk Shaq dari belakang. Air matanya terlucut. “Abang janganlah fikir yang bukan‐bukan. Kita kan baru menikah.” Dia berkalih di depan, lalu menatap wajah Shaq dalam‐dalam. Dia berharap sangat agar suaminya itu berubah fikiran.

Shaq menarik nafas. DirangkulnyaCecil lalu dikucupnya ubun‐ubun isterinya. Air matanya menitis. “Abang sayangkanCecil. Abang tak pernah berasa begini dan inilah julung kalinya.Cecil bagaikan mentari yang menerangi siang abang.Cecil juga bagaikan rembulan yang menyuluh malam abang. TanpaCecil, abang rasakan hidup abang gelap gelita.Cecil adalah segala-galanya.”

Pelukannya semakin kejap.

“Jika begitu, abang janganlah fikir yang bukan‐bukan. Seeloknya, kita berdua dekatkan diri pada‐NYA.”

“Abang.. abang tak mampuCecil.”

“Kita semua lebih dari mampu bang.”

“Cecil, tolonglah faham keadaan abang. Abang tiada cara lain untuk menyelamatkanmu dari Aziq. Aziq tu zalim dan kejam. Dia akan musnahkan sesiapa saja yang cuba menghalangnya. Hanya abang seorang dia tak berani nak bunuh, sebab nyawa abang nilah yang telah menghidupkan jiwanya.”

Cecil bingung. Kata‐kata suaminya itu berbelit‐belit. “Jika abang nak dia mati, abang kena bunuh diri abang dulu. Selepas itu, barulah hantu Aziq lenyap dan pulau ini aman.Cecil juga akan selamat.”

“Sudahlah bang.Cecil tak nak dengar. Sakit hatiCecil, abang tahu tak?” Air mataCecil melimpah.

Bibirnya bergetar menahan tangis yang hendak pecah. Shaq segera mengajaknya duduk di pinggir katil lalu cuba memujuknya. “Apa yang telah abang dan keluarga abang buat, hingga roh kembar abang tu berkeliaran dalam pulau ni? Apa yang telah berlaku bang? Kenapa dia begitu zalim?”
soalCecil bertubi‐tubi.

Shaq berasa terperangkap. “Abang tak buat apa‐apa. Kami semua tak buat apa‐apa. Dia jadi begitu kerana hatinya hitam. Dulu, dia bawa perempuan murahan kat rumah atas bukit tu, lalu dibunuh dan dikeratnya jasad mangsa tu.”

Cecil tersentak. Dikesatnya kedua belah matanya yang basah lalu memandang Shaq. “Abang nampak ke dia buat begitu?”

“Abang taknampak, tapi abang nampak bahagian‐bahagian badan mangsa tu. Aziq tak buang, dia kumpul anggota badan yang sudah terpisah tu dan...”

Bluerkk..! Cecil berlari ke kamar mandi lalu termuntah di situ. Isi perutnya mencanak bila terbayangkan ketulan‐ketulan daging yang sudah dikerat‐kerat. Shaq mnyusulnya. Lelaki itu berdiri di sebelah Cecil lalu menggosok perlahan belakang isterinya. “Okeylah. Kita stop cerita pasal ni. Sebaiknya, kita bersihkan diri dan makan malam. Lepas tu masuk tidur.”

“Cecil tak lapar. Abang pergi ambil tuala mandi kat atas bangku meja solek.Cecil nak mandi.”

Dia berdiri lemah. Perutnya terasa kosong. Tanpa kata, Shaq bergegas untuk mengambil tuala yang dimahukan oleh isterinya.

Cecil sedang membersihkan muntahnya sewaktu Shaq melangkah masuk. “Abang letak kat luar pakaianCecil.”

“Okey bang. Tolong bawa ni sekali,” katanya. Shaq tersenyum. “Kenapa abang ni? Nak gatallah tu.” Ditolaknya muka suaminya dengan manja. Shaq tersengihbusuk lantas keluar. Dia masuk semula ke kamar mandi selepas isterinya selesai.

“SEGARNYA lepas mandi,” katanya usai membersihkan diri.Cecil yang sedang membelek gaunputih pemberian ibu mertuanya sekadar melirik Shaq. Shaq menapak ke peti sejuk lalu membukanya.“Cecil tak lapar ke?”

“Tak.”Cecil menyarungkan gaun tersebut ke tubuhnya. Dia kemudiannya bergegas ke meja solek. “Abang lapar ke?” Diaseperti baru teringat perut suaminya yang belum berisi apa‐apa.

“Tak juga.” Diambilnya sebiji epal hijau lalu memakannya.Cecil bangun. Shaq yang sedang duduk menyandar di kepala katil terkejut. Dia seperti melihat sesusuk tubuh menyeramkan, walhal wanita yang berada di hadapannya itu adalah Cecil. “Cecil nak ke?” Diacuba bertenang.

“Nak apanya? Buah epal ke? Tak mahulah.”Cecil mendaratkan punggung di hujung kaki suaminya. Shaq tersenyum dan masa bersepoian pergi.

Cecil sudah lama terlena dengan berbantalkan lengan Shaq. Dia tidur dengan nyenyak sekali. Shaq menaikkan gebar hingga menutupisebahagian tubuh isterinya. Risau pula jika hantu Aziq tercongok di situ dan sedang leka menatap isterinya.

Dia enggan berkongsi keranaCecil hanyalah miliknya seorang. Hanya dia seorang berhak ke atas wanita itu selain Firul. “Cecil,” sebutnya lantas mengucup ubun‐ubunCecil. “Abang sanggup berkorban jika terpaksa,” lanjutnya.

Malam ini, Shaq sukar melelapkan mata. Sejak tadi, dia hanya terkebil‐kebil memikirkan kemunculan kelibat perempuan murahan, dan permintaan hantu Aziq. Bunyi kerusi diseret dari arah luar menyentakkan Shaq. “Shaq!” Kedengaran namanya diseru kasar. Shaq terpaksa mengalihkan kepala isterinya ke atas bantal. Hujung gebar yang menutupi paras dada diseret hingga ke pangkal leher.

Dia kemudiannya mengucup dahi wanita itu sebelummengesot ke hujung katil. Dia bergegas keluar apabila terdengar namanya dipanggil sekali lagi. Dasar puaka kurang ajar! Hatinya berbahang. Dilihatnya Aziq sedang menanti di pinggir kolam. Adiknya itu memakai pakaian serupanya, menyikat rambut serupanya dan segala‐galanya nampak serupa!

SITUASI ini membuatkan hati Shaq semakin membengkak. Dia seperti melihat dirinya sendiri tercancang ego di depan mata, dengan senyum sinis tersaji di bibir. Dia benci melihat senyuman tersebut. “Apa kena dengan awak ni Aziq?!” Disambarnya lengan lelaki itu, lalu ditariknya menjauhi kolam termasuk rumah tersebut. Dia tidak mahuCecil terjaga.

“Nampaknya awak semakin berani sekarang ni? Apa yang awak mahukan hah?” Mahu saja dicekiknya lelaki yang selamba memandangnya.

“Bertenanglah. Bukannya isteri awak tahu pun siapa aku. Kita serupa Shaq. Awak adalah aku, aku adalah awak...”

“Kita berdua tidak serupa!” Rimas betul Shaq dibuat adik kembarnya. “Kita berdua jauh berbeza!”

Aziq ketawa sinis. “Tiada apa yang membezakan kita berdua, Shaq. Awak nak cakap aku pembunuh kejam, tak berhati perut.. tak berperikemanusiaan. Jadi awak apa kurangnya? Awak bunuh aku, awak bunuh perempuan tu dan mereka yang lain...”

“Heh!! Sejak bila pulak aku bunuh betina tu? Dan mereka yang lain hah?! Sudah‐sudahlah Aziq! Lebih baik awak masuk lubang kubur dan berehat. Jangan ganggu hidup aku lagi,” katanya menekan suara. Aziq tergelak selamba. Dia melangkah selangkah ke depan.

“Aku nakkan bini awak. Tak adil kalau awak saja yang dapat membahamnya, aku tak.” Bera muka Shaq tatkala mendengar ungkapan tersebut. Penumbuknya digenggam. Giginya menggerutup menahan luapan kemarahan yang terasa meramas segenap dadanya.

“Awak bangsat Aziq! Awak setan!” Dia bertempik.

“Aku memang setan. Itu aku tak nafikan.” Aziq ketawa berdekah‐dekah. “Awak tak akan luak apa‐apa, biarpun kita berkongsi wanita yang sama,” katanya lagi dalam nada teruja. Shaq bertambah benci mendengarnya.

“Aku sanggup menikam diri sendiri jika itulah yang awak idamkan Aziq. Aku tak akan biarkan awak memperkosa wanita kesayanganku. Dia isteri aku, hak milik aku. Awak memang keparat! Awak tak pernah cuba belajar menghormati perasaan orang. Terutama aku, mama dan papa. Awak tak pernah ambil kira hati kami.”

“Untuk apa aku nak fikirkan semua tu, Shaq? Apa yang aku dapat?” soal Aziq tidak berpuas hati.

“Mama sayangkan awak tapi awak tak pernah menghargainya.”

“Persetankan semua itu! Mama sebenarnya lagi suka aku mati, Shaq. Kau orang semua sebenarnya lagi suka aku mampus.” Aziq menoleh apabila terdengar suaraCecil memanggil Shaq. Dipandanginya Shaq. Shaq keresahan bila ternampak sinar mata Aziq begitu.

“Aku tak akan benarkan!” Shaq bertempik tatkala melihat Aziq memulakan langkah sulung.

“Aziqq!!” Suaranya berhalilintar. Aziq tidak peduli. Dia terus saja melangkah dan melangkah untuk mendapatkanCecil yang masih tersadai di atas ranjang. Shaq cuba melangkah, namun kedua kakinya bagaikan terpaku di situ. Dia berusaha lagi namun gagal.

“Aziqqq! Keparat! Bangsatt!!” Dia menjerit. Namun kali ini tiada apa yang terhembus dari mulutnya selain kata tanpa nada. Air matanya terpercik. Dia menangis semahunya. “Aku akan bunuh awak, Aziq! Aku akan bunuh awak!” Dia berhiba‐hiba dengan jiwa meruntun‐runtun. Dia kesal kerana gagal menyelamatkan maruah isterinya. Dia kesal kerana gagal menghalang puaka itu dari meratah isterinya. Kekesalan tersebut bercampur baur lalu membunuh jiwa raganya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan